Thursday 17 April 2014

KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN

Assalamualaikum,

hello readers,

pembukaan hari dengan berita semasa,



Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor dilaporkan maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak
Berita nahas kemalangan yang mengejutkan ramai pihak itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi Khamis
Menurut laporan awal, turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Micheal Cornelius sementara anaknya, Ram Karpal dan pemandu mengalami kecederaan
Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital
Mengenai kejadian itu, Karpal dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah pagi ini




Punca kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat
Sementara itu, anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi, Khamis



Laporan terdahulu melaporkan Karpal pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda

semoga keluarga karpal singh tabah.

Sumber : mysumber.com


thanks for your time people,
XOXO Puan Husna

5 comments:

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...