Showing posts with label mh370. Show all posts
Showing posts with label mh370. Show all posts

Friday, 28 March 2014

MH370- Mistri Pesanan Philip Wood Penumpang MH370 Minta tolong dari Diego Garcia

Assalamualaikum,

ok ini agak menarik untuk di baca, aku pun dapat dari internet yang aku sendiri tak tau mcm mane boleh terbaca tentang ini, dan aku nak share dekat korang untuk korang baca juga,, dilaporkan ada satu pesanan dari salah seorang penumpang MH370 menghantar penasan meminta tolong dari pulau yang pernah aku cerita dahulu PULAU DIEGO GARCIA, msgnya berbunyi begini

'I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.'

macam mane orang tau dia berada di sana adalah dengan cara ini..


atau korang boleh click link ni untuk lebih clear ---- >Pesanan dari Philip Wood dan ini adalah original msgnya

dan di pesanan itu juga korang akan nampak ada box hitam ditepinya, dan itu adalah gambar yang diambil dan bila gambar itu di download atau save image, ianya mengeluarkan data seperti ini..




dan latitude GPS tersebut menunjukkan ianya berada disini, PUALU DIAGO GARCIA

mengikut kedudukan latitude itu, ianya berada di sebuah tempat berbumbung yang aku sendiri tak pasti tempat ape itu. dan ianya bersebelahan dengan airport di pulau tersebut.

Phillip wood merupakan salah seorang yang telah disenaraikan sebagai penumpang MH370


wallahualam, aku cuma kongsikan apa yang berkemungkinan, dan jika mereka betul masih hidup, dan berada disana, aku mendoakan mereka masih selamat, dan aku pun tidak pasti sama ada ianya hanya sekadar spam yang direka atau mmg betul-betul berlaku, hanya Allah mengetahuinya..

info dari ------ > Sini


thanks for your time people
xoxo Puan Husna



MH370- Apa Kata Ahli Keluarga dan China?

Assalamualaikum,
salam Jumaat,
Hello readers,




sumber Gambar : google

masih terkesan dengan tragidi MH370, aku merakamkan maaf kepada keluarga kerana tidak ada apa yang aku dapat membantu mereka, hanya ucapan semangat agar mereka terus tabah. aku tertarik untuk mendegar apa yang diperkatakan oleh keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat,

semalam aku ada menonton di TV3 yang mereka sempat menemubual ahli keluarga penumpang, yang kebanyakan nya, mereka masih tidak dapat menerima apa yang di sampaikan oleh PM kita hanya sebagai 'berakhir' mereka kebanyakannya menyatakan selagi tidak menjumpai sebarang bukti, mereka tetap inginkan keluarga mereka kembali dengan selamat, dan ada seorang sepupu kepada penumpang menyatakan kepada wartawan,

 "kenapa perlu di ucap takziah? kita tak tahu lagi mereka hidup atau tidak, kita tidak tahu lagi status sebenar pesawat tersebut,PM cuma kata 'berakhir' bukan 'terhempas' kalau terhempas, kami nak tgk atlist bangkai kapal terbang ke, baru kami akan percaya, bukan kami tak terima hakikat, tetapi kami mahu bukti dulu, dan kami akan terima dengan redha."

pagi tadi, sempat aku menjengah MHI untuk tahu serba sedikit tentang perkembangan MH370, yang mana Satellite ada merakamkan hampir 300 objek baru yang terapung di lautan hindi, tetapi pasukan SAR terpaksa menaguhkan misi kerana halangan cuaca.

dan sempat juga aku menonton, satu team kembara ke China yang menaiki moto berkuasa tinggi untuk melawat keluarga mangsa di china, dan mereka tidak mendapat perkabaran yang baik dari sana, kebanyakan mereka dan berita mereka, menyatakan ketidak puasan hati dan marah terhadap MAS dan Malaysia khususnya, dan menurut team kembara tersebut, apabila mereka mengenalkan diri mereka dari Malaysia,  rakyat cina hanya terus berlalu pergi dan seperti tidak berminat untuk mendengar apa-apa, dan ada juga mengatakan pelajar disana terpaksa mengaku mereka berasal dari negara lain atas faktor keselamatan,

aku berharap, perkara ini, tidak akan terus mengeruhkan hubungan Malaysia -China dan aku berharap pihak kerajaan China yang merupakan salah satu kuasa besar di asia dapat memahami dan menenangkan rakyat mereka agar tidak menyalahkan Malaysia 100%, aku selaku rakyat malaysia juga memohon maaf kepada rakyat China, Malaysia cuba melakukan sebaik mungkin, bukan hanya untuk negara kami, tetapi juga untuk China dan semua yang terlibat. Aku berharap segalanya akan terungkai tidak lama lagi.

thanks for read,
XOXO Puan Husna

p/s: hari jumaat yang mulia ini mari kita memuhasabah diri, mencari mana silap kita agar dapat di perbaiki. :)

Wednesday, 26 March 2014

MH370- Mimpi Ustaz Tentang MH370

Assalamualaikum,

Salam Rabu,
hello readers,

semalam aku tertarik untuk membaca satu perkongsian cerita tentang mimpi yang dialami oleh USTAZ DARUL MANZIL, yang mana die menceritakan bahawa die mendapat bayangan mimpi tentang apa yang berlaku kepada pesawat MH370 yang telahpun dilaporkan tamat di selatan lautan hindi, Ianya dikongsi melalui laman sosial FB dan sempat juga la aku membacanya,

adakah ini petunjuk Allah? atau sekadar mainan tidur?
wallahualam, aku pun tak mampu merungkai melebihi dari tahap kemampuan berfikir seorang umat biasa.
tapi sini aku sharekan apa yang diceritakan oleh ustaz tersebut tentang mimpinya.



Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
sumber : Google
apa yang aku bolehkatakan, aku pun tak pasti tentang ini, aku serahkan segalanya kepada allah jika benar apa yang di mimpikan ustaz itu, aku hanya mampu berdoa segalanya akan terrungkai dan apa yang sebenarnya belaku akan jelas tiketahui. wallahualam,
thanks for your time people.
xoxo PuanHusna

p/s: mimpi ape eh mlm td tak ingat pulok.. hehhh


Tuesday, 25 March 2014

MH370 - Berakhir Di Lautan Hindi

Assalamualaikum,
salam sayang,
salam Selasa,



Salam terakhir buat Penumpang MH370.

sebaik mendengar khabaran dari Perdana Mentri tepat jam 10malam semalam, aku hanya mampu terdiam, terkedu,mengenangkan apa yang keluarga mangsa sedang alami, kalau aku berada di tempat mereka, mampu ke aku lalui semua ni..

seperti yang kita maklum, semalam, satu dunia gempar dengan apa yang telah di sampaikan oleh PM kita tentang berakhirnya pesawat MH370 itu di Selatan lautan Hindi, yang mana disana, adalah tempat paling sunyi di dunia, tempat paling jauh dari mana-mana tempat mendarat, PM mengumumkan yang pengkaji dan penyelidik kemalangan udara UK, memutuskan, bahawa signal terakhir yang dikesan adalah pada pukul 8.11 pagi, dan mengikut kajian tentang keupayaan pesawat itu untuk terbang lebih adalah agak tipis,  ini kerana pesawat tersebut berada dlm keadaan tangki yang hampir kering dan telah melalui perjalanan hampir 7 ke 8 jam, dan untuk sampai ke mana-mana tempat mendarat adalah agak mustahil,kerana kawasan yang agak jauh dari daratan dan mereka telah membuat kesimpulan yang Pesawat MH370 ini mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah laut, di Selatan Lautan Hindi, yang mana lautnya cukup bergelora dengan ketinggian ombak dan angin kencang..

akhirnya setelah 17hari segala tanda tanya telahpun terungkai, cuma untuk memastikan kenapa berlakunya semua ini, kene tunggu pihak SAR untuk mendapatkan kotak hitam, barulah betul-betul terungkai segalanya..

aku berharap, ahli keluarga akan tabah menghadapi ujiannya, dan aku yakin satu dunia mendoakan mereka tenang di sana.walau dilautan terkuburnya mereka, insyaAllah mereka akan di lindungi Allah.. salam takziah buat keluarga mangsa, semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang..


salam ingatan
xoxo Puan Husna


p/s: semoga allah sentiasa melindungi kita dari segala dugaan yang kita tak mampu pikul..


Tuesday, 18 March 2014

MH370- SIMULATOR KAPTEN ZAHARIE ADA 5 DESTINASI MENDARAT DI LAUTAN HINDI?

Assalamualaikum,

penah baca tentang simulator atau nak tau apa itu simulator?
meh baca sini dulu,  ----> SINI

dan setelah korang tau apa itu simulator, ini adalah info terbaru tentang simulator yang dimiliki oleh Kapten Zaharie iaitu Pilot bagi MH370,

menurut sumber dimana, simulator yang dirampas pihak berkuasa mendapati terdapat 5 landasan yang mana kelima 5 landasan ini adalah di dalam search and resque area di lautan hindi, antara landasan
yang terdapat di simulator tersebut adalah 2 di INDIA, SRI LANGKA, PULAU MELDIVES, dan PULAU DIEGO GARCIA.



ini masih lagi disiasat samaada ini ada terlibat dengan kehilangan MH370 atau tidak, segalanya kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan tugasa, dan kita hanya mampu terus berdoa agar MH370 akan dijumpai selamat. dan teruskan #prayforMH370 kita hentikan spekulasi sbb kita tak tau apa sebenarnya yang jadi kan..

Thanks 4 Read People,
xoxo Puan Husna


p/s: tak jadi nak beli simulator sebab mahal sangat..

Friday, 14 March 2014

PULAU DIEGO GARCIA

Assalamualikum,

salam jumaat,

hello Readers,

jom berkenalan dengan pulau yang mungkin jarang untuk orang ambil pusing,
aku pun ni baru tau pasal pulau ni bile ada yang berkongsi info tentangnya, al matlumlah geografi dulu slalu ponteng hahaha.

pulau ini adalah salah satu pulau dibawah naungan negara United Kindom , dan Kerajaan British membenarkan Amerika Syarikat untuk mewujudkan sebuah pangkalan tentera di pulau itu.

Tentera Laut Amerika Syarikat mengoperasikan Naval Support Facility (NSF) Diego Garcia, kapal tentera laut yang besar dan asas sokongan kapal selam, pangkalan tentera udara, kemudahan ruang-pengesanan komunikasi dan, dan tempat berlabuh untuk pra-kedudukan bekalan tentera untuk operasi serantau di atas kapal Tentera Perintah Pengangkutan Laut kapal.

sumber : google

jarak diantara pulau ini ke malaysia adalah lebih kurang sama jaraknya malaysia ke baijing..dan kepulauan ini terletak di lautan hindi, seperti mana AS ada mencadangkan untuk mencari MH370 di lautan Hindi, so kira dekat gak la ngan area pulau ni,

pulau ni berjiran dengan pulau meldives,



tapi kalau kita nak berjalan2 bersiar2 kat pulau ni, mmg xde penerbangan khas dari malaysia ke pulau ni, dan tak pasti pulak ada atau tidak disediakan personal travel ke pulau ni,, adakah ini pulau peranginan atau bukan pun tidak pasti.. dan yang pasti pulau ni lebih kepada pengkalan dan terdapat airport yang agak besar keluasannya. Bentuk pulau ni sangat unik,yang mana pulau ni terdapat satu lagon dibahagian tengah mcm kolam renang pulak..








kalau korang nk tgk sendiri pulau ni, boleh la gi goggle map, tkn earth, npk la rupa bentu pulau ni..
semoga bermanfaat ye, ada spekulasi mengatakan MH370 dibawa kesini, wallahualam, hanya allah yang lebih mengetahui..ok bye,,

thanks 4 read people
xoxo Puan Husna


p/s: masih tetap terus berdoa yang terbaik dari Allah.. #Pray4MH370

Thursday, 13 March 2014

MH370- "RAJA BOMOH DATANG LAGI"

Assalamualikum,

dah baca enty pasal to bomoh bubu ni tak? kalo belum men clik sini.. --> SINI raja bomoh

ok kalau dah baca, meh sambung entry,
semalam gempar lagi semelaya dengan kehadiran RAJA BOMOH ini ke KLIA lagi, buat ape? buat ape lagi, retual yang tak habis2,

sumber: google


sumber: google

sumber:google


aku belajar pendidikan islam, aku belajar agama, walaupun aku bukan alim ulama, aku bukan lah
ustazah yang tahu lebih terperinci tentang agama, dan aku juga dalam proses belajar tentang agama
tapi, aku tak penah pulak tau yang islam mengajar kita meminta pertolongan dari Allah dengan cara mcm ni.
sedih ,malu semua ada, kelapa, bakul, tikar,labu, teropong, untuk apa?
tak cukupkah Solat 5 waktu, solat hajat, bacaan yasin dan berdoa untuk meminta pertolongan dari Allah?

tidak cukup kah untuk percaya bahawa Allah itu yang Esa, dan tidak kuatkah kepercayan terhadap kekuasaan Allah? hingga sanggup memperbodohkan diri dengan sketsa2 ala2 cerita P.Ramlee tu? sudah sudah lah dengan karot komedia yang kau lakukan ni.. orang tgk die bukan orang mengatakan tentang kehebatan tok bomoh itu, tetapi dia hanya menjadi bahan tawa serata dunia, dan mengatakan betapa teruknya orang Malaysia. dan secara terangnya, telahpun menjadi alat perodi kepada orang lain.

kehilangan pesawat MH370 bukan barang gelak tawa yang boleh di persendenkan, ini isu nyawa. ini isu keselamatan, dan ini isu negara.

aku harap pihak2 bertangung jawab boleh cepat bertindak, sebelum ramai yang terpengaruh dengan dia,

bagi yang bukan islam, aku nak tegaskan bahawa, apa yang bomoh itu buat,

BUKAN AJARAN AGAMA ISLAM!

dan apa yang bomoh itu buat adalah kurafat!

meh belajar sikit tentang apa tu KURAFAT!

·         KHURAFAT
·         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

·         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat
-     mempercayai sesuatu bende yang kononya mempunyai kuasa sakti

·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
                                                  -            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

Ya Allah jangan kau tolak doa kami kerana orang-orang seperti ini!

semoga Allah sentiasa melindungi kita dari perkara seperti ini..
wallaualam, semoga bermanfaat.

Thankx for read people,
XOXO Puan Husna

p/s: minta pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya agar tidak berlarutan..

Wednesday, 12 March 2014

MH370 - "RAJA BOMOH" SESAT!

Assalamualaikum,

Hello readers, Selamat Hari Rabu,

Wordless Wednesday?.. oh tidak, harini banyak nak bebel..

dah berapa hari dh aku tgk dlm media sosial, dan dari mulut kawan2 semua menceritakan pasal "RAJA BOMOH" so aku pun buat la research pasal sape die BOMOH ni yang aku gelarkan TOK BOMOH BUBU yang diperkatakan itu,

nah tgk video ni dan aku akan cerita lanjut.

sumber : youtube

dah tengok dan amati apa yang dilakukan oleh bomoh ni?
bomoh ni bernama IBRAHIM MAT ZIN, dan dia juga dikatakan antara
bomoh ter'power' la kat melaya ni. dan banyak selesaikan masalah2yang terjadi seperti kes mona fendy dan sebagainya dengan mengunakan teropong ajaibnya itu,die kata dapat melihat PESAWAT MH370 tu sedang terapung diantara 3 negara, fuh power teropong die ni..

tapi, sebelum korang mempercayai apa yang dilakukan oleh beliau, tahukah anda bahawa JAKIM telahpun memutuskan bahawa bomoh ini didapati SESAT.

sumber : facebook Ustaz Dr.Zaharuddin Abd Rahman

kalau secara kebetulan, apa yang dikatakan oleh bomoh itu benar-benar terjadi, percaya dan yakinlah, itu adalah kuasa Allah bukan kuasa Bomoh, dan ini mungkin ujian dari Allah untuk kita, nak tgk kita lebih percaya Allah atau Bomoh,yakinlah kuasa Allah tiada tandingan

aku berharap kita dilindungi dari perkara-perkara yang syirik dan kurafat,
negara kita ramai Alim ulama, dan uztaz yang bertauliah yang boleh  membantu dengan cara yang betul..

wallahualam,,
semoga kita dapat membezakan mana baik dan mana buruk.
teruskan berdoa kerana DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

thanks 4 ur time people
xoxo Puan Husna


p/s: Bubu buat tangkap ikan, teringat zaman tangkap ikan kt kampung pakai bubu dpt ikan keli.. :)

Tuesday, 11 March 2014

MH370 - Pandangan Dari Sudut Berbeza - Kapten Norudin Abd Majid


Assalamualaikum,

Hello raders, selamat hari selasa,

masih diselubungi kesuraman dan kesedihan, tentang kehilangan MH370 yang masih tidak ditemui,
maaf entry ini bukan untuk mencari publisiti, atau ingin mendapat treding, sekadar berkongsi
pendapat dan info-info yang mampu membuka minda kita untuk berfikir sejenak,

aku terpangil untuk mengabadikan sedikit ucapan terima kasih dan tahniah untuk Kapten Norudin Abd Majid, yang membuat ak tersedar dari keseronokan dunia,  semalam dan pagi tadi di MHI beliau ditemuramah oleh TV3 tentang mistri kehilangan pesawat yang mengemparkan dunia.dan beliau mempunyai pendapat yang cukup mengejutkan aku dari mimpi lena dunia.



aku tertarik untuk mendengar secara mendalam apa yang diterangkan oleh Kapten yang lebih kearah  kesilapan manusia itu sendiri dan apa solusi yang boleh di ikhtiarkan,

salah satu ayat yang aku masih ingat pagi tadi dari kapten,

" ada teknologi menghancurkan umat, dan ada teknologi memberi manafaat kepada umat,
dibelakang teknologi adanya Allah"

'"kembalilah kita kepada pencita dengan rendah diri"

aku tertarik dengan kata-kata keptan yang  juga berpengalaman dalam bidang penerbangan tetapi lebih terarah untuk memberi pandanganya kearah ilmiah dan kesedaran kita sebagai hamba kepada Allah,

Dua ikhtiar yang boleh dilakukan menurut kapten norudin

-Doa dari ahli keluarga terdekat, dan membuat solat taubat dan meminta, merayu kepada Allah
agar dipermudahkan urusan pencarian, kerana Allah sahaja yang Mengetahui segalanya,

-Doa dari orang orang soleh, kerana orang soleh ini lebih dekat hatinya dengan Allah.

Wallahualam,
semoga bermanfaat, dan sama2 kita bersihkan diri. dan sedar siapa kita di muka bumi ini,
sehebatmana pun teknologi yang dicipta, tanpa Kuasa Allah maka tidak terjadi semuanya.
Kembalilah kepada Pencipta. Dia maha Mendengar dan Maha mengetahui.


temubual di MHI pagi tadi.

semoga bermanfaat,

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: #prayforMH370 kalau aku yang berada dlm kapal itu, tak tau nak cakap apa...

Monday, 10 March 2014

moody monday - mh370

Assalamualikum,

moody monday,

hati sayu mengenagkan mu,
wahai sang kapal, kami menanti mu,
pulanglah segera kami merayu,
jangan buat kami tertungu.

hilang tanpa berita,
ghaib tanpa tanda,
muncul mukin bermakna,
agar tangisan terhenti jua,

semoga allah melindungi,
kami sentiasa berdoa disini,
pulanglah, agar lega di hati,
tak sangup kami meratapi.

jika takdir tidak bertemu,
tunjukkan kami sedikit tandamu,
mengharap hilang resah gelisah,
agar kami lebih tabah,

teruskan berdoa, agar keajaiban akan berlaku, allah maha besar, allah maha agung, allah maha mengatahui, allah maha mengasihani.

thanks 4 you time
xoxo puan husna


p/s: kalau aku boleh tolong untuk turut serta mencari, aku akan pergi! tp aku hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sunday, 9 March 2014

isu semasa -kebarangkalian tentang pesawat mh370 yang hilang!

assalamualaikum,

hello readers,

negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. yang mana pesawat ni hilang dari radar selepas beberapa jam berlepas, pesawat di jadualkan tiba di baijing pada pukul 6.30pagi, namun pesawat masih tidak muncul sehingga kini.

macam-macam kemungkinan dikeluarkan oleh rakyat malaysia tentang kehilangan ini, yang pakar tidak berani mebgeluarkan kenyataan, tp lebih ramai pakar2 yang tidak bertauliah mengeluarhan fakta yang belum tentu sahih.

ini dipetik dari laman sosial Facebook yang aku baca sejak dari semalam,

a:kapal terbang dah terhempas (kalau terhempas mane bangkainya)

b:kapal terbang kene rampas (kalau kene rampas, kenapa si perampas masih tak call atau info yang kapal itu telah dirampas? dan kalau si perampas tu nk rampas kapal tu, msti ad sebab knapa nk dirampas, dan mereka mesti hubungi untuk bg tau apa yang mereka mahu)

c: kapal terbang rosak dan pilot gagal kawal.
(kalau nak cakap pilot gagal kawal, pilot tu berpengalaman kot, dia bukan calang-calang pilot, so mustahil untuk die melakukan kesalahan, dan mustahil kalau die tak hantar apa2 signal ke menara kawalan)

d: kapal terbang saja dijunamkan ini mainan politik. (yang ni lg aku tak paham. tolong la kejap letak tepi masalah politik, dan bersatu doakan yang terbaik untuk semua penumpang dan anak kapal tu tak kira apa pun fahaman politik korang tu.)

merujuk kepada semua yang disebarkan kt media sosial semalam dan harini, aku mintak tolonglah kepada yang rasa tangan tu laju sangat nk menaip tu, think twise, mungkin ada kalangan pembaca adalah daripada kalangan ahli keluarga mangsa, kalau kita berada ditempat mereka, kita juga pasti marah bila isu nyawa dipermainkan.

ok apa yang pasti, kita doa yang terbaik agar dapat ditemui semua pesawat #MH370 itu dan mendarat dengan selamat insyaallah,

apa yang pasti hanya allah lebih mengetahui segalanya.siapa kita nak menentukan sesuatu yang kita sendiri tak pasti.

thanks 4 read people!
xoxo puan husna

p/s: lets pray for #mh370,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...