Wednesday, 12 March 2014

MH370 - "RAJA BOMOH" SESAT!

Assalamualaikum,

Hello readers, Selamat Hari Rabu,

Wordless Wednesday?.. oh tidak, harini banyak nak bebel..

dah berapa hari dh aku tgk dlm media sosial, dan dari mulut kawan2 semua menceritakan pasal "RAJA BOMOH" so aku pun buat la research pasal sape die BOMOH ni yang aku gelarkan TOK BOMOH BUBU yang diperkatakan itu,

nah tgk video ni dan aku akan cerita lanjut.

sumber : youtube

dah tengok dan amati apa yang dilakukan oleh bomoh ni?
bomoh ni bernama IBRAHIM MAT ZIN, dan dia juga dikatakan antara
bomoh ter'power' la kat melaya ni. dan banyak selesaikan masalah2yang terjadi seperti kes mona fendy dan sebagainya dengan mengunakan teropong ajaibnya itu,die kata dapat melihat PESAWAT MH370 tu sedang terapung diantara 3 negara, fuh power teropong die ni..

tapi, sebelum korang mempercayai apa yang dilakukan oleh beliau, tahukah anda bahawa JAKIM telahpun memutuskan bahawa bomoh ini didapati SESAT.

sumber : facebook Ustaz Dr.Zaharuddin Abd Rahman

kalau secara kebetulan, apa yang dikatakan oleh bomoh itu benar-benar terjadi, percaya dan yakinlah, itu adalah kuasa Allah bukan kuasa Bomoh, dan ini mungkin ujian dari Allah untuk kita, nak tgk kita lebih percaya Allah atau Bomoh,yakinlah kuasa Allah tiada tandingan

aku berharap kita dilindungi dari perkara-perkara yang syirik dan kurafat,
negara kita ramai Alim ulama, dan uztaz yang bertauliah yang boleh  membantu dengan cara yang betul..

wallahualam,,
semoga kita dapat membezakan mana baik dan mana buruk.
teruskan berdoa kerana DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

thanks 4 ur time people
xoxo Puan Husna


p/s: Bubu buat tangkap ikan, teringat zaman tangkap ikan kt kampung pakai bubu dpt ikan keli.. :)

8 comments:

  1. kalau iye pun nak mmbantu, jgnlah karut sgt. Allah suruh berusaha dgn jln DIA bukan dgn jalan mcm ni.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe bella, betambah sedih bila org dh mula levelkan malaysia ni mengarut. malu je kan.. :(

      Delete
  2. menyampah betul tgok tok bomoh ni.
    nk jugak publisiti murahan gitu.
    mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, die yg offer diri sendiri nk membantu.. tp tgk org dh pandang serong kt negara kita kan.. xpe la kita doa semoga Allah membuka pintu hati die untuk berubah kan.. :)

      Delete
  3. musibah ini adalah kehendak Allah sebagai ujian bagi manusia...sehebat apapun tingkat pemikiran manusia...atau secanggih apapun produk manusia ada batasnya.... jika Allah berkehendak pastilah terjadi...bagi orang2 yang beragama islam pasti meyakini adanya takdir...maka ini boleh disebut sebagai takdir...namun manusia punya keinginan yang berbeda dengan kehendak Allah...dimanapun kita berada kematian itu pasti datang adanya...janganlah sampai kita berdosa karena menyalahi kehendak Allah...dengan mengajak orang2 yang tidak bertanggungjawab hanya untuk mencari popularitas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ksrs3d, setuju sangat!, kadang2 kita terlampau tadsub buat kan kita jadi terpesong dari landasan islam sebenar.. wallahualam, semoga kita dilindugi dari kekufuran. :)

      Delete
  4. assalamualaikum.. salam jumaat.. :)
    kadang2 mengarut dorang ni akan menjadi 1 perkara yang lawak je kan.. ntah mana la dorang dapat idea mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat juga untuk awak mimi, betul, tp yg kita lihat lawak itu yang dia banggakan. peningggg nk pikir heheh

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...