Friday 30 May 2014

7 Eleven BOLARIO BEAR KU MAKIN BANYAK!

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua,,
haaa adoii kerana terlampau buzy sampai tak sempat menjenguk dan berblogwalking kan diri,, harini pun buzy, tp curi masa jap nak update entry yang lame dah sebenarnyer nk up kan,, tp tah asyik lupe je,, haaa ni baru ingatt..

ala aku pernah story pasal BOLARIO BEAR ni,, tak pernah baca boleh la click -----> SINI





haaaa banyak kan,, ni cume sebahagian je.. mmg ad lagi yang aku tak dpt,, and ada yang dah dpt 2 yang sama,, sbb banyak store 7e kebanyakan bile datang nak tebus je cakap dah habis, emmm frust i tau,, sbb stock tak banyak kot.

so kalau ada tu baik korang terus je tebus, takut nanti kalo lagi lambat lagi takde terus nanti... hehehe comel kan banyak2 cm ni,, nak bagi hadiah kt orang pon boleh  :) so kalau bekenan boleh la pegi kumpul cepat nanti lambat tak dapat.. hehehe

thanks 4 ur time people,
xoxo Puan Husna


Wednesday 28 May 2014

Al-Fatihah - Kemangkatan DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum,


Berita yang menyedihkan,, aku adalah anak kelahiran perak,  dan aku juga turut berdukacita dengan berita kemangkatan DYMM Sultan Azlan Shah iaitu Sultan Perak. Almarhum menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 petang,

Oleh itu, Bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari, manakala Perak selama 10 Hari, Pada Hari Esok 29/5/2014, Negeri Perak di ishtiharkan cuti, Untuk Menghormati kemangkatan Baginda juga, Semua jenis bentuk keramaian dan hiburan dibatalkan serta merta selama tempoh berkabung tersebut.

Jenazar Almarhum akan disembahyangkan dan dimakamkan esok, selepas solat zohor. Salam takziah

Semoga Allah Menempatkan Almarhum Tuanku dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah


info: radio KLfm

Babi dengan Cop Halal!

Assalamualaikum,

huhh berkesempatan mencuri masa dihari rabu ini untuk share-share and story morry sikit,,
tgk tajuk mesti rasa mcm heh pahal husna ni nak pos mcm ni,, ceritanya begini, aku ternampak ada, seseorang post pada aku, tentang logo halal yang terdapat pada makanan yang berunsurkan babi,

tak percaya meh tgk antara product yang ada cop halal disitu,

dah kenape pork halal?

yang ni boleh pulak main 50% halal,sbb perasa ayam babi, so ayam halal babi haram, 
so kira 50/50 la cm tu,,, ni rasanya di indonesia,
but well hello,, haram akan tetap haram,, takde la nak bagi-bagi percent bagai eh 

yang ni aku agak mushkil, sbb ada yang bg tau aku, bak kut teh= teh rusuk daging, dan ianya tidak semestinya mengunakan rusuk babi, boleh juga diganti dengan daging atau ayam,, kira mcm sup herba, tp sbb kita tau bak kut teh selalunya mengunakan rusuk babi, so kita dah jatuh was was,, kalau was was baik jangan makan, betulll?


yang ni aku lagi tak paham, dah terang-terang  CHORIZO kan kt situ,, mcm mane boleh dapat cop halal disitu,, tak tau chorizo ni ape,, hah ni sausage yang mengunakan usus babi untuk menjadikan sarung die,

mungkin kita boleh katakan 'ala itu halal yang tak di iktiraf tu' yaa mmg tak di iktiraf, tapi kenapa perlu menghalakan bende yang sudah mmg haram, bukan soal printed itu,, tp halal dan haram sekarang ni, mcm dah tak ambik kisah dahkan,, lagi-lagi bende makan, ingat ye die jadi darah daging,. keperibadian seseorang itu adalah dari apa yang dia makan dan minum, so faham kan,

aku pun terjumpalah satu kit ni untuk tentukan makanan yang kita makan ada unsur babi atau tidak,
dan selalunya digunakan untuk, kita pegi travel mcm tempat yang susah nak dapat makanan halal kan, so boleh cek dengan kit ni, supaya kita lebih yakin, apa yang kita makan tu halal,

nama kit nya adalah



bentuk die macam pregnancy test je, so mmg senang untuk dibawa kemana-mana. aku pun ingat nak try beli la, sbb saje nak try makanan kegemaran aku ada tak unsur babi.. risau juga.. haish..


thanks for your time.
xoxo Puan Husna


p/s: banyak bende tak sattle lagi,, insyaallah esok nak post hadiah! yeehh





Tuesday 27 May 2014

Buzy Menyiapkan Blog/Facebook/Twitter/ Instagram

Assalamualaikum,


salam selasa,, huhhh,, penat nak buat semua ni,, nak perah otak cari idea, nak kene susun cari gambar buat logo, haaaaaa banyaknyerrr.. ape yang aku buat?

seperti tajuk diatas,, disebabkan pengaruh media sosial, atau lebih sedap dipangil media electronic ni telampau kuat pengaruhnya,, sbb sentiasa berada di hujung jari, so aku pun tengah menyiapkan semua medium yang aku rasa ok untuk promosi,, jangan risau,, aku bukan kaki spam, dan hanya akan post di tempat tempat yang sepatutnya sahaja,

ok sekarang aku tengah gigih buat Blog dulu, sbb blog paling banyak bende nak kene buat, pastikan gambar cukup, info cukup, org senang nk cari info. kemas, tak serabut, baru boleh public kan, buat masa sekarang masih under maintenance lagi ye.. hehehehe so nanti harap ramai la para blogger boleh tolong singgah2 n promokan ke.. hehehe

untuk facebook tak risau sangat just masuk gambar je info sikit2 dah boleh public, sbb facebook ni kita boleh selalu update,, so taklah kene buat semua bende dalam satu masa je kann,,

Instagram dengan Twitter pun aku tengah mencari2 lagi gambar sesuai dan info sesuai,, untuk di publish, yer la,, selalunya IG dengan Twitter ni orang boleh cari guna #tag je kan, so aku pun kene create satu #tag yang senang orang nak cari info pasal business ni,,

aku harap aku mampu selesaikan semuanya sebelum bulan puasa ni.,, huuuuhhhh,,

nanti dah siap aku promo kat korang dulu ok! thanks guyss,,

thanks 4 ur time
xoxo Puan Husna


Monday 26 May 2014

Peminat Cadbury marah sbb Sijil halal ditarik balik!

haisshhhh jom tepuk dahi same-same,, ni die pakai hukum ape ni? sekolah mana dia ni belajar? sampai halal haram dah taktau beza, sampai pandai buat hukum sendiri nak ikut zaman bagai,, tolong jangan pandang die dari sudut politik ya ,sbb bg aku ini bukan isu politik, kenapa tak didedahkan dengan ajaran agama dan kefahaman islam dengan betul?

sumber : facebook KHK

aku tak rasa sekolah tak cukup dengan pendidikan islam kalau die tak kesekolah agama pun takkan "sebenak" ini?, maaflah aku mmg takleh sabar mahluk sebegini, membuat hukum sesuka hati ingat diri dah cukup hebat nak lawan tuhan? dan cukup kuat nak ubah hukum tuhan? hemmm, aku taktahu kenapa genarasi sekarang bagi aku semakin merisaukan,. 

satu nasihat yang aku mampu beri, kalau tak tahu diam, kalau takpasti bertanya, jangan sampai penampar naik muke!


thanks for your time
xoxo Puan Husna


Product Review - Lactacyd ( Cucian Keintiman Wanita) FREE SAMPLE!

Assalamualaikum,



Seperti yang dijanjikan nak story pasal product untuk wanita, ok kalau lelaki tu yang baca nak beli or dapatkan sample untuk para isteri boleh juge,, kalau yang gatal nak dapatkan untuk gefren tu aku tepuk dahi korang kang,, takpasal2 kang gefren korang lari ingat korang gatal kan,, sooo kalau para suami takpe,, tanda sayang isteri nak suruh isteri try boleh dapatkan free semple,, mcm mana caranya,, meh teruskan membaca..

first,, let me introduce u this product named LACTACYD, ok ini adalah produk pencucian bahagian intim wanita, yang mana,, kita ni para wanita sangat perlu menjaga bahagian yang sensitive tu,, tak boleh salah pakai product,, takut, jadi jangkitan kuman pule,,

berbalik pada product ni,, aku adalah salah seorang penggunanya,, mmg la mcm malu je nak cite bende macam ni,, ok tapi kita kene tau, pentingnya penjagaan bahagian itu,,

dulu aku juga tak ambil kisah, tapi bile dah start meningkat remaja,, mama mula suruh menjaga yela,, kita ada datang bulan, so waktu datang bulan kawasan V itu mudah terdedah dengan bacteria,, kita mmg sangat sangat kene ambil kisah tentang ini,,

aku first jatuh cinta dengan product ni lepas cousin aku yang keje dkt KPJ Damansara,, bagi sample untuk aku kakak and mama try,, kira waktu tu mmg melambak bende ni kt umah.. sebelum ni,, kitorang pki jenama lain,, lepas diterangkan tentang kelebihan product ni,, aku pun cuba,,

 product ni dihasilkan  daripada bahan-bahan berasaskan susu ringan termasuk lactoserum dan asid laktik yang wujud secara semula jadi di kawasan V. so dia mampu mengimbangkan tahap pH di kawasan tersebut. ya mmg setelah aku cuba,, banyak perubahan yang nyata, takde kelembapan,, kurangnya keputihan,, dan yang paling penting wangi ok!

so aku nak cadangkan korang try this product dengan cara dapatkan FREE SAMPLE dekat sini-----> FREE SAMPLE! ataupun korang boleh click kt iklan nuff aku yang lompat2 tu,, kalau nampak je yang pink-pink tu,, terus click,, nanti die akan terus keluarkan Form so korang isi nanti die hantar la pada korang :) form die mcm ni

kalau taknak dptkan sample pun korang boleh je beli direct terus dekat Gardian  ke n pharmacy pun tak salah aku ada juga,, botol die macam ni

dan kalau korang nakkan kepastian yang mana sesuai untuk korang boleh pegi dekat web die atau click je iklan aku tu, so nanti akan keluar satu button mcm ni,


so korang pilihla yang mana berkaitan dengan korang, nanti die akan suggest kan yang jenis mana sesuai korang gunakan, Jangan malu2 untuk cuba, dan yakinlah penjagaan bahagian V kita sangat sangat penting ok,, so lets try!


thanks for your time
xoxo Puan Husna



Giveaway - Bertuah Di Mamaniza & Chipmunk and barney

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,, waaahhh banyak betul berita gembira hari ini,, yang kali ini nak share dulu pasal  giveaway yang aku dah sertai dan alhamdulillah,,

OK yang first adalah giveaway dari Mega Giveaway MAMANIZA dan mmg hadiah die bak hanggg,, mmg best2 la,, dan Alhamdulillah aku dapat hadiah dari sponsor Kak Farah Wahyda yeeehhhh..



haaa ini adalah no bertuah aku.. 84 
dan inilah yang aku dapat,, Brooch yeeehhh TQ kak Farah dan Mamaniza, 
best giveaway ni sbb banyak hadiah dan pemenang yang dipilih juga ramai,, walaupun beratus yang masuk tp takpe la kalu tak menang pun yang penting dapat kenal dengan lebih ramai blogger kaaannn,, 
and Tahniah untuk saya dan para pemenang yang lain heheheheh! 



Giveaway seterusnya adalah daripada chipmunkandbarney a.k.a Aisya hehehe giveaway die dah lame dah tamat sebenanrnyer.. ehehehe sory aisyah,, and sekali lagi kite bertuah menjadi yang bertuah diantara tuah.. ehhh ape daaaaaa.. 


untuk giveaway ni aku punyer lucky No 4 haaa mmg lucky tau sape kata no 4 suwee, ehh ye ke eja die camtu? aahh tak kesah la yang penting ade bunyii and yang penting Alhamdulillah dapat hadiah dari Aisya,, hehehe tQ aisya atas penganjuran,, dan aku dapat keychain.. 

alhamdulillah,, ye la tuah ayam nampak dikaki,, rezeki manusia siapa yang tahu kan,, so kalau korang rajin masuk GA ni,, insyaallah bukan kawan je dapat, untung2 dapat hadiah tau.. heheh TQ kepada penganjur,, dan semoga korang korang terus Success dalam dunia Blog ni,, Yehhh! I LOVE YOU!

thanks for your time people
xoxo Puan Husna


p/s: masih mencuri masa untuk ke pejabat pos untuk post hadiah.. emmmm :( sorry


#Nuffnang - CPUV Lactacyd

Assalamualaikum,

salam isnin yang mulia readers, semoga kita semua terus dimurahkan rezeki  :)

walaupun malaysia kalah #pialathomas semalam,, tp aku tetap berbangga sbb diorang main mmg best la,, kira ada fight la,, bukan kalah mcm tu je.. ok ubah topic pulak kan husna ni... hohoho,

sebenarnya,nak share, Alhamdulillah,, melekat satu CPUV yang berstatus on going di Nuff harini,, rupenyer dah on going lame,, disebabkan lame tak on,, ni baru sempat nak tengok hehehehe, TQ  NUFFNANG sbb murah hati bagi kita juga CPUV ini,,


CPUV ini adalah iklan untuk product Lactacyd, haa n aku pernah pakai product ni,, haaa nanti aku buat review pasal product ni n macam mane nak dapatkan sample free ok,, so untuk aweksss awekkss, akak akak,, mak jah mak jah, haaaa boleh tgk next entry untuk product review ehh hehehe,



btw TQ sangat2 nuff,, and kepada yang singgah sini kalau nampak iklan wane pink loncat2 tu rajin2 la click ehh,, sedekah kan amalan mulia heheheh :)

Thanks for your time people.. :)
xoxo Puan Husna

p/s: banyak bende nak story tgk nanti bape entry aku buat hari ni heheheh :) mohon jangan muntah ye!

Friday 23 May 2014

Makan Gaji Atau Berniaga?

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,,



Topic yang aku perlukan sedikit pendapat dari kalian yang membaca,
this is no right or wrong situation ok,, lebih kepada perbincanggan dan pendapat masing-masing,

kebanyakan ahli keluarga aku membuka business sendiri dan ada juga yang bekerja makan gaji tak kiralah kerajaan ataupun swasta, aku tengok kedua-dua bidang mencari rezeki ini adalah baik, dan jika ditanya pada aku, apa yang aku akan pilih, sama ada berniaga atau makan gaji,

ini adalah pendapat aku, ok let say  gaji kerja office sekarang adalah RM3,000.00 dan berpotensi naik setiap tahun,, dan jikalau korang berniaga,, pendapatan harian korang  contoh meniaga pasar malam, sehari korang mampu collect RM 200.00 x 26hari =RM5,000.00. ok ini adalah cuma kiraan kasar aku..

ye ke pasar malam boleh dpt RM200.00? haaaaaa kalau korang nak tau, sebenarnya,, income average peniaga pasar malam adalah sekitar RM150.00 ke RM1,000.00 satu malam,, mengikut jenis perniagaan mereka,

ya mmg kerja meniaga pasar malam ada naik turunnya,, kira mempunyai risiko yang besar, ye la dengan hujan, pesaing, dan memerlukan kedrat yang agak kuat. tapi adakah korang terfikir yang, apa dicari itu, adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, kalau kita bekerja makan gaji, kita bekerja untuk orang lain, tetapi diberi upah untuk perniagaan ataupun organisasi tersebut, apa yang anda dapat selain gaji? mungkin pencen, mungkin senang buat loan,bonus, mungkin naik pangkat,

ok meniaga takde pencen? sape kate? sebagai contoh,, siapa yang nak perniagaannya lingkup? takde orang inginkan sebegitu, malah menanam cita-cita untuk maju, ada kedai sendiri, ada cawangan, ada wisma, dan macam-macam lagi, adakah ini tidak dikira pencen jika anda sudah tidak perlu bekerja untuk kayakan anda, tapi orang lain pule yang bekerja untuk tolong anda kaya? Bonus? haha yang ni lagi best, mungkin keje makan gaji ada bonus setiap tahun mungkin 1bulan gaji atau lebih, tapi jikalau korang meniaga, Bonus itu dari Allah, tak siapa yang tahu,, mungkin Setiap hari, mungkin 1bulan sekali,. kannnn

aku tidak mengatakan bekerja makan gaji itu tidak baik, tetapi, berniaga juga adalah bagus, dan aku lebih memilih untuk berniaga, sbb bagi aku, jika aku bekerja makan gaji sampai tua, *kalau sempat tua, apa yang aku boleh wariskan kepada anak-anak aku nanti? jawatan aku? duit pencen aku?

kalau aku meniaga, dan diizinkan Allah, rezeki hasil usaha aku, dan aku mampu memiliki kedai sendiri,, sekurang-kurangnya, aku ada bende yang aku boleh wariskan pada anak-anak aku nanti,satu yang aku tetap pegang adalah, REZEKI ITU DARI ALLAH. kita hanya berusaha untuk mencari rezeki itu..

tak kira apa pun kerja kita, yang penting ikhlas, dan niat kerana Allah, dan ingin mendapatkan rezeki yang halal, kaya itu satu ujian dan kaya juga satu anugerah, satu yang aku minta, jangan hina orang meniaga, walau sekadar meniaga nasi lemak tepi jalan, anda tau ke berapa pendapatan dieorg? entah-entah lebih banyak dari anda yang keje makan gaji tu..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: Jika ada peluang dan minat untuk berniaga,berniagalah, jika tidak punya kesabaran, teruskan dengan apa yang anda mampu. :)

Tweet "TAK BOLEH" Maybank!

Assalamualaikum,

salam jumaat yang indah, semoga all readers akan dimurahkan rezeki dan ceria selalu..

ok ni kisah semalam, yang mana,, Twitter semalam heboh dengan Tweet dari maybank yang secara tiba tiba menghantar tweet "TAK BOLEH"di timeline mereka,, dan disebabkan itu,,



ramai rakyat malaysia yang creative mencipta bermacam jenis soalan dari tweet tersebut sehingga pagi tadi tweet tersebut telah di retweet lebih dari 900 retweet, , hahaha jom baca apa yang mereka tulis..


selepas itu, pihak maybank ada menghantar, tentang ganguan teknikal yang berlaku dan memohon maaf atas spam yang tersebut. :)


hahaha macam macam la orang malaysia ni.. meriah kejap twitter dengan bende ni.. hehehe

thanks 4 ur time people
xoxo PuanHusna


p/s: sesi membeli handphone RM40.00 so lepas ni no wassap no wechat,, nak masag, sila topup banyak-banyak heheheh


Wednesday 21 May 2014

BAJU RAYA MURAH di BAJU KURUNG MR.OS!

Assalamualaikum,

Salam Rabu,, taknak Wordless sangat, sbb nak share-share cite best,,

MAAF UNTUK STOCK YANG INI TELAH HABIS DIJUAL,, TAPI!!! ADA STOCK BARU YANG LEBIH CANTIK UNTUK RAYA! JOM CLICK SINI ----> BAJU RAYA MURAH MR.OS PART 2

Disebabkan raya hampir menjelma,, ehhh puase dulu Husna!,, hahah tak kesah la nak pakai puasa pun boleh,, buat pegi terawih ke,, pki waktu masjlis buke puase ke kan,

haaaa ni ada tempat best nak shoping baju kurung, moden ke, baju kurung biasa ke, semua murah murah dan harga BAWAH RM100.00 diulang ehh BAWAH RM100.00, kira harga mampu milik punyeee!

ok kalau kita beli kain, contoh 4 meter RM40.00 ke RM50.00 mcm tu, hantar tempah baju kurung sekarang average RM40.00 ke RM50.00 haa dah tentu ambil masa lagi kan nak siap,, ni dengan Harga BAWAH RM100.00 korang boleh pilih, beli dan terus pakai,, cantikkkkk!!

ehhh panjang pulak bebel,, nak beli kat mane kan,, haaa meh tgk sini,,



haaa korang boleh click la gambar kt atas ni,, kt sane ada banyak pilihan baju kurung yang cantik dan murah! kenape name Mr.Os?, sbb die merupakan salah seorang pemiliknya. bkn die yang pakai yeee.. kang dah jadi ape pulak kalau die pakai baju kurung.. hehehehe tp Baju Melayu yang die pakai mmg selalunya buat sendiri bukan tempah ok!


dan ni adalah antara baju kurung yang tengah mendapat top sale! kira orang skali beli 3, 4 helai terus.. 

baju kurung moden RM85.00 termasuk Postage,  SOLD OUT

 
kurung moden RM85.00 terpasuk postage SOLD OUT

baju kurung moden fozen RM85.00 termasuk penghantaran, SOLD OUT

RM85.00 termasuk penghantaran SOLD OUT

RM85.00 termasuk Penghantaran  SOLD OUT

RM85.00 Termasuk penghantaran SOLD OUT

RM85.00 termasuk Penghantaran

RM85.00 termasuk penghantaran

baju kurung zara sangat comel untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Baju kurung zara- RM25.00 termasuk penghantaran  SOLD OUT

RM25.00 termasuk penghantaran  SOLD OUT!

ingatyer,, harga yang di atas ni adalah untuk harga kalau nk post kira beli online la, kalau korang direct pegi kedai, harga die lain sikit tau,  

terdapat juga baju kurung cotton biasa dengan harga serendah RM65.00 termasuk penghantaran, untuk tgk corak dan warna boleh direct call, nanti diorg boleh wassapp gambar baju yang ada,

Hubungi:
Along Syafiq = 019-725 7720
Yati = 019- 326 7072
Instagram = Haryatie
Facebook = Baju Kurung Mr.Os



ini adalah antara koleksinya,, dan banyak lagi pilihan corak dan warna yang mana size bermula dari S hingga XL, jika nak lebih berpuas hati boleh terus ke tapak niaga mereka,, yang berada di sekitar Putrajaya/KLIA

dan pada bulan puasa ini mereka akan berada selama sebulan di BAZAR AIDILFITRI DI TAMAN SRI RAMPAI, SETAPAK,. so lebih banyak pilihan dan corak akan ada di sana, nanti boleh la pergi, tak rugi pun! 


thanks for your time,
xoxo Puan Husna

p/s: masih pikir lagi tahun ni raya nak pakai colour ape, jangan aku pki apron sudah raya ni nangis!

Tuesday 20 May 2014

Nuffnang- CPUV Xaxis lagi dan lagi!

Assalamualaikum,

haaaaaaa jom tengok  ape yang berderet tu kan,


haaaa berderet kan,, alhamdulillah,, ada yang angil CPUV ni CPUV gule-gule sbb amount die tak banyak tp, xpe lepas la buat topup2 nak buat cash out.. hehehe, TQ NUFFNANG sbb sudi bangi jugak walaupun sikit,, xpe la,, yer la,, trafic aku pun bukan nyer tinggi pun..

kalo lepas next week nak buat cash out.. so kumpul husna kumpul hehehe mane tau boleh buat duit raya ke kan.. heeeehhh berangan!

thanks for your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: emmmm tak berjaya dpt campaign blogbuster sbb traffic rendah :(

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:

1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:

1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.



thanks 4 ur time people,,
xoxo PuanHusna

p/s: kak farah, kita dah jampi pakcik random suruh pilih kita je hahahaha

Penyambung Legasi UiTM


Assalamualaikum,

salam Selasa,, well hello readers,



eeemmmmm cuti sudah habis,, kembali bekerja seperti biasa,, biase la lepas cuti je,, nak masuk keje,, mule lah lemau mcm biskut dlm tin yang tutup tak rapat tu,, huuuufff,,

tp tetap nak story mory cite best-best je,, taknak on mood sentap lagi,, hhehehe,

berbalik kepada tajuk diatas,, TAHNIAH untuk adik aku si pizul tu sbb berjaya menyambung pelajaran ke UiTM kira penyambung legasi UiTM lepas aku taknak sambung degree sbb gatal nak kawin hahahahaha

ok pada mulanya aku mmg tak yakin dengan die ni,, mane taknyer,, sekolah taknak pegi,, surat merah melambak kt umah sbb tak dtg sekolah,, tp tak datang pun bkn die buat ape,, duduk kt umah ngadap laptop.. haisss,, mmg aku ingat result die hancur la,, then dh kuar result,, ok la,, tak la teruk sangat,, aku pun tak tau bile mase die ni belajar. sampai abah pun cakap, kalau die dapat sambung belajar abah sembelih kambing sekor. har har har,

mane taknyer,, nak beli no UPU pun aku buat, nak daftar UPU pun aku buat,, nak cek keputusan UPU pun aku buat,, Nak isi borang pun aku buat,, haiiiss ape yang kau reti kalo semua aku yang buat? baik aku je yang belajar kan,,, so bile semak UPU tu aku lompat dulu sbb dapat makan kambing hahahahaha, dpt lah die sambung UiTM kos Photography dikampus Melaka, tak kesah lah yang penting die nak sambung belajar dh cukup baik dah, dan kenelah abah sembelih kambing sbb dah nazar hahaha,



so hari ahad haritu sempatlah aku pg ikut die ngan abah ngan mama, beli barang nak masuk asrama, biase la tak pernah duduk asrama, mama lah org yang paling risau,, boleh ke die bangun pg class,, makan ke,, mandi ke,, tidur ke,, boleh ke,, haaaa mmg paling risau mama lah,, habis semua barang di beli,, sapai kasut pun mama tuliskan nama die besar2 sbb takut kene curi,, aku dah gelak dh,, tgk mama buat die mcm nk masuk asrama form 3, padalah dah nak masuk U dah,, aku risau die lari balik je,,

aku harap die dapat buat betul-betul la blaja tu,, jangan separuh jalan die balik mmg aku terajang je.. hahahah, 1/6/2014 ni die daftar masuk, dah alang-alang kt melake tu, aku pun ambik la cuti,, dpt la bejalan sekali,, hehehehe,, bejalan je la kau husna oiii,, tp tu la Mr.H pulak kene keje,.. tinggal la die kejap hahah

thanks 4 ur time people :)
xoxo Puan Husna

p/s: sorang masuk belajar, sorang nak convo.. dah makin tue dh aku ni sebenarnyer. tinggal sorg je lagi yang sekolah..

Monday 19 May 2014

Blogger Anum & Kudut Wedding

Assalamualaikum,

good morning readers, and hello blogger,

haaa lame tak update blog,, sbb frust sikit nanti aku cite kenape frust,, now nak cite best-best je pasal kenduri kawin,, hehehehe,

pada hari sabtu lepas telah selamatlah berlangsung wedding blogger Zakiah Anum, dan pasanggan nya Khairul Fitri a.k.a KUDUT, first aku kenal sebenarnya adalah pengantin lelaki nya si KUDUT tu sbb die adalah member rider mr.H same same main KSR dan kebetulan  dlm geng KSR tu die agak rapat dengan kitorg, so nak dijadi cerita,, aku pun terjumpa pulak si Anum, pengantin perempuan, rupenya die juga seorang blogger,, so mmg rajin lah comment mengoment,

so aku dan Mr.H bersama riders KSR lain buatlah ride ke temerloh untuk hadir ke wedding diorang,,
disebabkan kudut sanggup datang wedding kitorang haritu, so kitorangpun pun kne dtg jugak wedding die, dan sambil jalan2 ke pahang kan,, hahahah alhamdulillah segalanya lancar. so ini adalah antara riders yang hadir, dan di sekitar majlis.







to anum&kudut, selamat pengantin baru,semoga kekal ke akhir hayat, dan selamat menempuhi alam rumah tangga dengan penuh kasih sayang,, dan terus sentiasa di rahmati amin :) jumpa di kuala selangor pula nanti!

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: nak cite pasal kecik hati and sentap dekat next entry tungguuuuuu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...