Wednesday, 9 September 2015
#WW - Rabu Membisu - Kemana Husna?
Wednesday, 11 February 2015
Cara Daftar Perniagaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia l SSM)
Alhamdulillah setelah sekian lama tertangguh akhirnya.. aku berjaya mendaftarkan perniagaan.. bukan apa,, banyak kelebihan yang boleh di buat bile perniagaan kita ni berdaftar.. so meh aku cerita mcm mane aku g daftar syarikat yang cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja dah siappp..
first..
aku dah siap siap download borang supaya aku dapat jimatkan masa bile sampai di SSM nanti.. so aku download dari page SSM sbb borang ni Free je tak kene bayar pun,, jadi korang kene pilih jenis perniagaan ape yang korang nak jalan kan,, milikan tunggal ke,, partnership ke, Sdn Bhd ke..
so aku sediakan link utk korang kalau nak borang tu ok!
click sini untuk borang------- > Borang Pendaftaran Perniagaan
untuk yang nak daftar korang download Borang A & Borang PNA 42
lepas dah download tu korang isi lah ape maklumat yang diperlukan semua dan sign.. dah siap.. jangan lupe bawa photocopy IC pemilik..
Boleh terus ke pejabat SSM berdekatan,, mcm aku,, aku buat dekat SSM UTC- Pudu Sentral.. sampai je borang dah siap isi terus ambik No,, so aku tunggu dalam 5 minit, no pun di panggil,, so waktu isi nama perniagaan tu, dia akan bagi tau samaada nama perniagaan kita tu boleh lulus atau tak..
macam aku,, mulanya aku letak D'Jala Mr.Os tapi disebabkan utk nama perniagaan ni tak boleh ada tanda atau titik, so terpaksa di tukar kepada D Jala Mr Os Enterprise sebab die kata nama perniagaan perlu nampak ape business yang kita jalankan.. so aku pilih je la mcm nama yang di atas tu..
dah selesai semua takde masalah pada borang, bayar yuran pendaftaran RM70.00 untuk setahun, dan boleh buat max sampai 5 tahun.
dan lebih kurang 15 minit aku tunggu nama pun di panggil dan Siappp! perniagaan pun telah selamat di daftarkan... haaa mudah je kan.. jadi sape sape yang ada business tu tak kira la online ke kecil kecilan ke,, jangan lupe daftar.. sbb bile lagi korang nak mulekan empire perniagaan kalau bukan dari sekarang kan.. takpe mulakan dengan kecil dulu kemudian dah makin maju nanti up grade ke Sdn Bhd pulak.. untung2 jadi jutawan baru la boleh pki Bhd pulak.. hahahaha
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: seronok bile setiap tangga mula di daki.. harap-harap aku tak jatuh tersungkur dan tak lupe dimana aku mule.. :)
Friday, 19 September 2014
PC, Laptop atau Tablet PC?
salam jumaat semua,, semoga kita dilimpahkan rezeki dan dirahmati hari ini dan seterusnya.. :)
ok seperti yang korang dah tau yang aku kan dah mulekan business kan,, so ni kisah betapa kelam kabutnyer semalam sbbkan order hahahahaah huru hara dibuatnyer..
Aku banyak promo business aku kat dalam Facebook D'Jala Mr.Os *jemput la like ye nanti hhehehehehe ... dan nak dijadikan cerita ada jugak orang yang PM aku kat fb dan disebabkan selalu hp mr.H ada data dan hp aku ngam-ngam semalam data habis.. hahahah so ada akak ni pm kt fb nak order.. kelam kabut kitorang bukak pm sbb kan die bagi tau die dah pm kt fb.. huh huh huh.. mencabar gile bile Mr.H punyer kuota pula dah habis.. so slow die nauzubillah.. so aku dah rasa sebe salah dengan akak tu sbb takut orang ingat kitorang meniaga main-main plk ye la sepatutnyer kita kene la bagi best service kan utk customer walaupun die cuma ingin bertanya je dulu....
so lari la keluar pegi beli topup utk on balik data mr.H semua.. perhhh dan ini mengajar kitorang yang sebenarnyer kitorang dah memerlukan internet yang laju dan sebuah computer tak kira la PC ke Laptop ataupun Tablet PC,
haaaaa so sekarang ni,, tengah pikir lagi nak beli yang mana,, mr.H cakap beli PC murah n senang kalau nak start buat account utk company + senang juga die nak main game *niat dah terpesong dah ni.. so aku lebih memilih untuk pki tablet PC mcm ni..
senang nak masuk dalam bag, just agak leceh la kalau nak buat account tp sangat sesuai utk update pasal business kalau ada yang mcm ni.. so aku pun dah tgk dah bende ni and ok la harga pun tak mahal sangat masih dalam range mampu milik..
then mr.H kata kalau ambik ni kecik, tambah sikit duit boleh dapat laptop.. baik ambik laptop kan.. aku pun pikir laptop ni susah nak bawak yer la dah kene bawak bag besar2 kan semua.. eemmm berat pulak tu.. ehehehe i is malas nak kendong sebenarnyer.. saje la memberi cadangan kalau nak laptop nak yang mcm ni boleh???
haaahahah pengsan hoi nak beli.. and sangat tak sesuai sbb dah level membazir gitu.. aku pki utk keperluan je sbb nk update pasal business, nak buat paper work tender, nak buat presentation mcm tu je pun and paling berat pun nak buat account company la.. yer la aku yang akan handle full account and marketing utk company sendiri kan..
so korang rasa mane yang sesuai untuk business purpose? boleh bagi cadangan.. yer la aku ni kang dah beli pastu.. alllaaaaaaaaaaaaaaaaa *ala je dah panjang sampai thailand.. ahahahah sbb menyesal kehkehkeh... ok harap2 korang boleh bantu aku..
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: malam ni tak niaga.. simpan tenaga utk esok kehkehkeh
Thursday, 18 September 2014
Siap Company Profile Untuk Company Sendiri.. :) Excited!
syukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki buat umatnya,, yang memberikan rahmat buat seluruh umatnya..
Alhamdulillah,, impian untuk memiliki syarikat sendiri insyaallah kini berada di fasa terakhir pelaksanaannya,, Allah hu Akbar.. tak tahu mcm mane nak cerita perasaan sekarang,, gembira tak terkata, ok mmg nak nangis sbb telampau bersyukur sangat sangat, bersyukur tak terhingga. maaf bukan niat untuk riak tapi nak mendorong orang lain untuk jadi business women/man mcm aku dan mr.H jugak selain nak berkongsi cerita gembira heheheh
mungkin ini baru permulaan bagi aku:)
dalam setiap kejayaan yang kita nak capai pasti ada naik turun, jatuh sungkur semua aku rasa,, mcm mane sakit mula berniaga,, dengan duit tingal RM 2.00 dalam poket nak makan dengan mr.H beli meggi kongsi 2 orang, Hanya Allah yang tahu.., untuk dapatkan walaupun sedikit pada awalnyer.. menangis sorang2 bile takde orang beli.. fuhhh mencabar.. tp alhamdulillah,, aku masih positifkan diri dan aku kuatkan mr.H dan mr.H kuatkan aku. kawan-kawan pun alhamdulillah ramai sangat yang beri sokongan, datang kedai beli... untuk kitorang terus bangun dan usaha sama-sama.. Aku percaya Allah tu tak kejam,, die nampak usaha kita.. dan aku sangat sangat bersyukur dengan apa yang die bagi..
die bagi kitorang rasa macam mane sakitnya bile jatuh,, dan pelahan-lahan die bagi kami rezeki yang bagi aku mmg sangat lumaiyan.. sebak aku nak cerita.. betapa besarnya Rezeki Allah,, bertapa hebatnya kuasa Allah,, yang aku sendiri tak duga sampai begini mudah die beri aku.. aku tau yang die uji cuma sedikit.. ad orang lain lebih kuat ujian die beri..
harini aku dah pun siapkan company profile untuk aku bentangkan untuk tender-tender yang bakal aku masuk.. segalanya mudah dan Allah permudahkan.. isnin ni.. insyaallah,, aku ngan mr.H akan ke SSM untuk mendaftarkan syarikat ini secara rasmi.. aku harap segalanya akan lancar..
kini kitorang dah mula hantar stock untuk sarapan pagi, dan minum petang di 4 kedai dan insyaallah akan ada 6 kedai lagi akan menyusul.. dan mungkin lebih.. dan aku dah pun dapat tender dengan catering untuk jadi salah satu menu mereka. dan jika segalanya terus lancar,, aku akan berhenti kerja dan akan full time menguruskan ini bersama mr.H. ya Allah besar betul pemberian die.. aku harap aku akan terus ingat dan tak mendongak dengan apa yang aku ada,,
aku harap korang-korang-korang akan tegur aku bile aku lupe..
thanks for your time love
xoxo Puan Husna
p/s: nak pegi cari baju utk buat uniform rasmi :)
Wednesday, 27 August 2014
D'Jala Mr.Os kini Di Downtown Jalan Reko,Kajang
Alhamdulillah,, segalanya di permudahkan,, seperti yang ramai tahu, aku dan suami ada mengusahakan perniagaan makanan iaitu roti jala dengan pilihan kuah kari ayam/kari kambing dan kuah durian.. dan aku bersyukur Allah memakbulkan doa kami, kini kami akan berada di Kajang.
mulai 2.september.2014, kami akan berada di tapak niaga Downtown Jalan Reko Kajang, setiap hari kecuali hari Isnin, kerana downtown cuti Isnin. dari pukul 8.00malam hingga-1.00pagi. terima kasih kepada rakan-rakan yang tak putus-putus beri sokongan..
jadi bagi yang jalan2 area Downtown Jalan Reko tu.. mari lah datang rasai roti jala dari kami.. :)
dan tak lupe juga.. jom ramai2 like Facebook D'jala Mr.Os, click je kat gambar atas ni and like la ehh hehe segala update tentang perniagaan dan sebarang pertanyaan tentang tempahan juga boleh di ajukan disana..
dan ini adalah harga dan service yang kami tawarkan jangan risau kami takde charge GST hehehe :) so kalau all readers ni nak merasai roti jala dari kami boleh la datang di Downtown Jalan Reko, Kajang, tak tahu tempat?? hehehe waze kan ade hehe,, sane ada tempat lepak makan-makan sambil layang abang-abang busker main lagu yang merdu-merdu.. :)
thanks foe your time people,
xoxo Puan Husna
p/s: aku sangat berharap perniagaan ini akan terus maju insyaallah..
Tuesday, 26 August 2014
Tempahan Roti Jala- Bellamy House
salam selasa,, Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk terus menaip hehehe biase la tengah tengah buzy mcm 2 ni.. dengan prepair utk nurie solemnization soon.. and masih mengambil tempahan business lagi.. alhamdulillah sangat-sangat..
ok ini kisah ahad lepas, dah basi ke? belum kannn hehehehe. ni sebenarnya order last minit, yang mana hari khamis dapat tempahan terus buat untuk hari ahad tu.. alhamdulillah segalanya lancar..
tempahan oleh VIP Dato dan Datin dari ATM untuk rumah terbuka aidilfitri, mmg agak neves sbb first time buat utk VIP, so die request untuk 2 sesi siang dan malam dengan tempahan 800keping roti jala. yang mana kitorang datang menjala di tempat event yang di janjikan iaitu di Ballamy House di belakang istana negara lama. first2 sesat jugak la nak cari tempat tu lepas kene tipu dengan Waze cehhh sabo je la.. nasib baik jumpa juga akhirnya,.
so sampai je kitorang adalah salah satu menu yang ada, yang mana mereka dah siapkan stall-stall untuk bermacam-macam jenis makanan yang semuanya sedap-sedap,, yer la nak hidang dekat VIP kan takkan nk bg yang cikai-cikai je kan.. ada kambing golek, chicken wing, ABC, Cendol, Laksa, Nasi Arab, Sup, Char Kueh Teow, and mcm mcm la.. mmg aku yang duduk situ pun dah mcm nak meletup perut makan.. hahahah tak sempat lapar la kiranya..
so siang adalah sesi untuk staff dato dan datin datang.. dan pada mulanya agak ramai,, tiba-tiba hujan rahmat turun, so agak berkurang,, dan sesi malam cuaca baik.. dan sesi malam adalah para-para VIP rakan-rakan Dato dan Datin.. Datin tu mmg sangat baik.. cantik pulak tu.. so mlm tu kami sambung lagi menjala.. and serve untuk semua tetamu yang nak kan makan roti jala.. siap ada yang 2 3 kali jugak la datang lagi.. alhamdulillah sedap diorang kata roti jala kami.. seronok bila orang berpuas hati dengan hasil tangan kita kan...
so selesailah tempahan kami untuk event dari VIP.. semoga tahun depan Dato dan Datin akan ambil service dari kami lagi.. heheheh segala kekurangan kami mohon maaf ye. dan terima kasih. :)
so pada siapa-siapa yang nak kenduri, nak kan menu tambahan boleh la call kami untuk tempahan,, kami datang menjala di tempat anda dengan pilihan kuah, nak food test dulu pun boleh.. heheh
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: 16/9 ni pun ada tempahan baru untuk kenduri kawin alhamdulillah semoga Allah terus memudahkan urusan kami.. :)
Monday, 7 July 2014
mencari rezeki ramadhan
assalamualaikum,
salam ramadhan to all readers ewaaaahhh, bajet2 ramai peminat hekhekhek,
memandangkan blog aku kian suram sbb terlampau bz menguruskan business ku yang kecil kecilan itu, tp alhamdulillah, mmg bermacam rintangan aku kene face tp, aku ttp bersyukur sbb Allah masih beri peluang utk aku meniaga.
sebelum ni aku pnh cerita yang aku akan meniaga roti jala untuk ramadhan kali ini, dan dari tapak asal. dan aku anggap ia mungkin bukan rezeki aku disitu, dan allah tetapkan tempat yang lagi best iaitu di depan rumah sendiri,kira sempat lari balik umah solat, kalo tingal barang boleh lari balik umah hehehe.
so bagi yang nak mencari aku meniaga tu, boleh la cari di sekitar jalan besar kg sri gombak, taman bolton, mmg cari muke mr.os dekat banting terpampang besar dari jauh dh nampak, aku meniaga bende yang sama, roti jala dan aneka kuih muih, kuih tu.. ad yg mama buat, ada orang hantar ad juga kakak buat puding caremal. sooo meh jemput datang kedai ye kalau ada lalu area situ.. hehehe
thanks for your time
xoxo puan husna
Tuesday, 17 June 2014
Suntikan Typhoid
hello readers,,
disebabkan aku akan meniaga makanan pada bulan puasa ini,, perkara wajib untuk melepaskan kita mendapat lesen meniaga adalah mengambil suntikan typhoid,,
ok pada hari jumaat lepas, aku dah pun selamat pegi ambil suntikan tu,, sbenarnya nak suruh mr.H yang ambil,, tp sebab lesen nama aku, so aku la yang ambil,, dannnnnn si mr.H takut jarum! kahkahkah,, macamla besar sangat jarumnya..
ok aku pergi buat suntikan tu dekat jabatan makanan & kesihatan DBKL dekat area Maluri tu, dengan harga RM21.00, sbnarnya,, harga suntikan ni ikut tempat, lain empat lain harganya,, waktu aku pegi tu mmg ramai gak la yang keje kedai makan, yang nk meniaga bazzar, yang nk pegi umrah pun ada ape tah suntikan tu, tak ingat name die,,
so kalau nak pegi buat kene bawak gambar sekeping sbb lepas suntikan tu, die akan bagi satu kad yang membuktikan kita dah ambil suntikan tu,, so suntikan tu boleh bertahan selama 3 tahun,
ok dah selesai dah lepasni nak ambik lesen meniaga dah senang, sbb dan ada suntikan ni, hehehe bagi yang nak buat suntikan ni boleh la buat dekat DBKL tu,, cepat pantas dan murah juge la,, tapi ada time die je tau,,
ni jadual die, kalau nak pegi ok!
xoxo Puan Husna
p/s: lepas kene inject terus takleh angkat tangan sehari,, ingat tak de pape,, rupenyer lenguh jugak la..
Tuesday, 10 June 2014
Roti Jala - D'JALA MR.OS
setelah bertungkus lumus dengan bermacam halangan dan rintangan. heheh,perbincangan bersama mr.H dan kami usahakan bersama,, ewahhh,, akhirnya kami akan memperkenalkan business kami yang pernah disebut-sebut suatu ketika dahulu hehehehe dah mcm zaman purba..
meh tgk meh meh,,
tarrraaaaaa
unofficial lagi tau design ni, just nk kenalkan je dulu. |
inilah dia, D'JALA MR.OS yang mana,, aku dan suami mengusahakan perniagaan makanan iaitu ROTI JALA, dan kuih muih lain sekadar sampingan dan yang asasnya adalah ROTI JALA, Alhamdulillah setelah mencuba menjualnya dikawasan perumahan kami, dan sambutan yang baik dari jiran tetangga kami terus untuk mengusahakan perniagaan ini,
ok kelainan roti jala kami adalah, yang selalu orang makan bersama kari,, tetapi, di kedai kami,, kami sediakan 3 pilihan pencicah iaitu, KUAH DURIAN, KARI KAMBING, DAN KARI AYAM,
kami juga mengambil tempahan untuk kenduri seperti cukur jambul, kenduri doa selamat, majlis buka puasa, open house, dan bermacam acara lain lagi,. untuk bulan puasa ini, kami akan berada di KOMPLEKS MUHIBBAH TAMAN BOLTON GOMBAK dari pukul 3.00 petang sehingga Sahur.
kalau nak cuba boleh la datang ke bazar ramadhan nanti, harga? dont worry harga pasar malam! hehehehe, jadi insyaAllah kalau dimurahkan rezeki, D,Jala Mr.Os akan ada cafe tersendiri,, dimana?, konsep apa? nanti sama-sama kita tunggu,,
heeee untung-untung kalau datang, Mr.Os pun ada nanti kalau die free.. nanti akan di update lagi masa demi masa..
thanks for your time
xoxo Puan Husna
Persiapan Ramadhan - BAZZAR RAMADHAN DAN AIDILFITRI KOMPLEKS MUHIBBAH TAMAN BOLTON GOMBAK
Alhamdulillah bulan Ramadhan bakal tiba tak lama je lagi,, dah siap ganti puase ke belummmm hehehehe cakap orang,, aku ni pun tengah gigih menganti,,
dulu sblm kawin ganti puasa ada geng ajak mama puasa sama,, ni dah kawin dok umah,, mr.H sibuk laaaaa menyakat,,tp die ingat kite ni budak baru nak belajar puase agaknyer.. heheheh
ok bile sebut je bulan Ramadhan, haaaa paling laju terlintas dlm kepala adalah....
terawih, buka puasa, bazzar, raya, main mercun. hahahahah ni yang mmg sinonim la dgn kita,
so aku pun mengambil kesempatan bulan Ramadhan ini untuk mencari rezeki.. mcm mane ape lagi, BAZAR RAMADHAN la.. hehehe mcm tahun lepas,, aku meniaga di bazar desa serdang,, now tahun ni ada perubahan sedikit,, alhamdulillah,, aku dapat tapak yang mmg depan je dgn rumah mama di Gombak,
dimana di BAZAR RAMADHAN KOMPLEK MUHIBAH TAMAN BOLTON,, ok ini merupakan pertama kali ianya dibuat disitu, dan yang bestnyer tahun ini,,
bermula dari pukul 3 petang dah bermula Bazar Ramadhan untuk juadah berbuka,, dan disambung dengan EXPO Aidilfitri juga disitu,, kira mcm one stop center la,, bagi yang berada disekitar gombak, setapak, selayang, wangsa maju,, so nanti boleh la datang beramai-ramai memeriahkan bazzar ni,,
![]() |
boleh click kat gambar ini untuk tgk map :) |
kalau rasa mlm-mlm lepas buke tu nak cari port lepak nk tengok bola, haaaa kt sini ada bukak Big Screen untuk world cup, sambil lepak minum-minum, makan-makan sambil layan bola, mmg port yang best laaaa sampai sahur tau,, mcm-mcm ada niaga kat sini,, baju, kasut makanan mmg akan meriah la nanti,, nak parking senang, kawasan lapang. so tak yah la bersesak nak cari parking,. :)
apa lagi yang menarik disini,
akan ada Buffet ramadhan yang mana harganya aku tak pasti,, tp mmg ada buffet ramadhan so bagi yang nak bawak family makan berbuka sama-sama kat sini pun boleh.. pasti meriah,, lepas makan berbuka,, boleh jalan tgk-tengok baju..
ok ianya akan mula beroperasi pada pukul 3.00petang sehingga 3 pagi cm tu la kira Sahur. pada 1 Ramadhan Hinggalah raya..
aku juga akan turut berada disitu ntuk meniaga,, nanti nak cari kedai aku paling senang,, korang cari je banner yang terpampang besar2 nama abah kat situ ok.. aku niaga ape? haaaaa, nak suruh tunggu juga ke nak bg tau ni,,
ok la kita belanja sikit la,, aku akan meniaga makanan disitu, start pukul 3 petang sampailah sahur aku akan ada disitu, insyaallah setiap hari,, sape2 yang lalu area situ boleh la singgah-singgah nanti ok,, tunggu next entry aku akan perkenalkan makanan apa lahhh yang husna ni jual kan,, hehehehe :)
Thanks for your time
xoxo puan Husna
p/s: takut nak meniaga, tp sangat excited and tempat ni adalah tempat wedding aku haritu ehehe:)
Friday, 6 June 2014
Dari Container menjadi Cafe yang cool!
ok harini otak aku tak berape center bile memikirkan business aku yang akan dibuat just soon, serious its just soon, and it just around the corner, arrgggghhhh tp aku niiiiii.. tolong la.. hadoiii serabut jugak la rasa.. nk give up pun ada.. tp taknak.. Allah tak suka orang putus asa kan.. :)
ok just put a site sekejap pasal tu nk share bende ni dekat korang.. serius aku jatuh cinta dengan bende ni.. eeemmmmm *kat mata ada lep lep <3 <3
seriusss its cool ok,, and kalau aku ada satu cafe mcm ni korang nak datang tak? heheheheh sumpah aku terjatuh cinta dengan cafe mcm ni.. tah mungkin sbb nampak rare dan chill gile concept die.. aku berkenan la pulak.. bestnyer kalau ada cafe mcm ni.. mmg dah ada concept cafe mcm ni kt malaysia pun tp aku nak buat lain untuk menu,, tp nak container mcm ni jugak boleh tak? boleh tak?
and hehehehe insyaAllah,,
thanks for your time people,
xoxo Puan Husna
p/s: risau takut gelabah semua ada bile nak start business ni.. heemmm semoga di permudahkan husna
Friday, 23 May 2014
Makan Gaji Atau Berniaga?
salam jumaat yang mulia,,
Topic yang aku perlukan sedikit pendapat dari kalian yang membaca,
this is no right or wrong situation ok,, lebih kepada perbincanggan dan pendapat masing-masing,
kebanyakan ahli keluarga aku membuka business sendiri dan ada juga yang bekerja makan gaji tak kiralah kerajaan ataupun swasta, aku tengok kedua-dua bidang mencari rezeki ini adalah baik, dan jika ditanya pada aku, apa yang aku akan pilih, sama ada berniaga atau makan gaji,
ini adalah pendapat aku, ok let say gaji kerja office sekarang adalah RM3,000.00 dan berpotensi naik setiap tahun,, dan jikalau korang berniaga,, pendapatan harian korang contoh meniaga pasar malam, sehari korang mampu collect RM 200.00 x 26hari =RM5,000.00. ok ini adalah cuma kiraan kasar aku..
ye ke pasar malam boleh dpt RM200.00? haaaaaa kalau korang nak tau, sebenarnya,, income average peniaga pasar malam adalah sekitar RM150.00 ke RM1,000.00 satu malam,, mengikut jenis perniagaan mereka,
ya mmg kerja meniaga pasar malam ada naik turunnya,, kira mempunyai risiko yang besar, ye la dengan hujan, pesaing, dan memerlukan kedrat yang agak kuat. tapi adakah korang terfikir yang, apa dicari itu, adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, kalau kita bekerja makan gaji, kita bekerja untuk orang lain, tetapi diberi upah untuk perniagaan ataupun organisasi tersebut, apa yang anda dapat selain gaji? mungkin pencen, mungkin senang buat loan,bonus, mungkin naik pangkat,
ok meniaga takde pencen? sape kate? sebagai contoh,, siapa yang nak perniagaannya lingkup? takde orang inginkan sebegitu, malah menanam cita-cita untuk maju, ada kedai sendiri, ada cawangan, ada wisma, dan macam-macam lagi, adakah ini tidak dikira pencen jika anda sudah tidak perlu bekerja untuk kayakan anda, tapi orang lain pule yang bekerja untuk tolong anda kaya? Bonus? haha yang ni lagi best, mungkin keje makan gaji ada bonus setiap tahun mungkin 1bulan gaji atau lebih, tapi jikalau korang meniaga, Bonus itu dari Allah, tak siapa yang tahu,, mungkin Setiap hari, mungkin 1bulan sekali,. kannnn
aku tidak mengatakan bekerja makan gaji itu tidak baik, tetapi, berniaga juga adalah bagus, dan aku lebih memilih untuk berniaga, sbb bagi aku, jika aku bekerja makan gaji sampai tua, *kalau sempat tua, apa yang aku boleh wariskan kepada anak-anak aku nanti? jawatan aku? duit pencen aku?
kalau aku meniaga, dan diizinkan Allah, rezeki hasil usaha aku, dan aku mampu memiliki kedai sendiri,, sekurang-kurangnya, aku ada bende yang aku boleh wariskan pada anak-anak aku nanti,satu yang aku tetap pegang adalah, REZEKI ITU DARI ALLAH. kita hanya berusaha untuk mencari rezeki itu..
tak kira apa pun kerja kita, yang penting ikhlas, dan niat kerana Allah, dan ingin mendapatkan rezeki yang halal, kaya itu satu ujian dan kaya juga satu anugerah, satu yang aku minta, jangan hina orang meniaga, walau sekadar meniaga nasi lemak tepi jalan, anda tau ke berapa pendapatan dieorg? entah-entah lebih banyak dari anda yang keje makan gaji tu..
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: Jika ada peluang dan minat untuk berniaga,berniagalah, jika tidak punya kesabaran, teruskan dengan apa yang anda mampu. :)
Wednesday, 7 May 2014
Seronoknya Nak Berniaga!.
haaa bercerita pasal meniaga, seronokkan meniaga,, bg sesiapa yang meniaga mesti tahu, dan bagi orang yang makan gaji mcm aku ni,, mula la terbayang nak cuti senang, takyah pikir kene marah dengan boss, yer la kalau dah niaga tu mmg semua sndiri la kan, tapi kene tau meniaga ni penat tau, kene pikir masak-masak dan kalau nak niaga ni takleh pikir, harini bukak kedai esok dh tutup.. no no no tak mo gitu,
ok alhamdulillah setelah beberapa bulan pening dan kesian melihat mr.H masih tidak cuti, bekerja hari-hari, aku mula memikirkan kalau-kalau ada kerja lain yang die boleh buat,, almatlumlah,, skrg ni keje susah nk cri,, ada pun nk required itu dan ini, so, mr.H memberi cadangan untuk meniaga,, aku ni bkn taknak meniaga,, tp memikirkan modal, nak niaga apa, tempat niaga,,, haaa dan banyak lagi,,
sebelum berkahwin kitorang mmg ada niaga di bazar ramadhan, meniaga air, sbb waktu tu aku bekerja dan mr.H juga bekerja,,, tp alhamdulillah kalau rezeki Allah itu, dapat juga kami buat duit raya.. and kali ni, mr.H betul-betul tekat untuk meniaga, dah berapa bulan mencari tapak, masih tak jumpa,, dan kebetulan,, kawan mr.H ada meniaga di Downtown Jalan Reco, dan kami saja lah mengajukan soalan,, ada tak tapak niaga kt sini.. terus laju die cakap.. haaa ko nk niaga ke? ada ni sebelah aku,, wahhhhhhh..
serius? ok serius, setelah bincang tanya berapa harga tapak semua,, dan kitorang pun buat keputusan nk meniaga ape,, so balik tongang tongeng pikir,, dapat idea nk meniaga.. ting ting ting!.. nak tau ape yang kami akan niaga,, tunggu.. nanti kalau dah confirm dan kedai dah dilancarkan nti aku promo supaya korang boleh la datang menerjah kitorang disitu.. hehheheh
sangat excited sebenarnya.. tp jangan over sangat husna, kang tak jadi. nangis kau!
ok thanks for your time
XOXO Puan Husna
p/s: doakan semoga kami berjaya ya.. :)