Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

#WW - Rabu Membisu - Kemana Husna?

Assalamualaikum,

fuhhh lamenyer tak munculkan diri sebulan lebih juga la diamm..
maaflah,, skrg ni bz menguruskan perniagaan dan di sebabkan masa yang dah limit utk uruskan diri yang tinggal beberapa bulan je lagi nak tukar status ni hahaha

ok ok its WW kan so jgn cakap banyak.. bagi yang free free time and ada di area
 GOMBAK/SELAYANG/BATU CAVES 
dan sewaktu dengannya.. boleh singgah di warung comel aku nanti yeee 

boleh perkena 
ROTI JALA , AIS JAGUNG & POPIA GEMOK 



LOKASI 
JALAN TIB 3, TAMAN INDUSTRI BOLTON, GOMBAK
(berdepan kilang roti)

WAKTU OPERASI
Setiap Hari Kecuali RABU
10pagi-7.00mlm

Thanks For Your Time
xoxo Puan Husna


p/s: tiada masa untuk bersosial, kini masa mencari rezeki untuk yg bakal muncul nanti.. :)

Tuesday, 14 July 2015

Cerita Raya - JUADAH HARI RAYA (WAJIB)

Assalamualaikum,,

haaa lebih kurang 3 hari je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.. mesti dah tak sabar dah semua kan.. bg yang perempuan biasa lah dah nak bersiap untuk kepasar nak cari kelengkapan untuk masak menu menu wajib di hari raya.. 

haaa meh aku nak cerita menu wajib bagi keluarga kitorang kalau Hari Raya, dan menu wajib untuk aku dapatkan semperna raya hehehehe
sebab kitorang selalu raya di Kuala kangsar so menu Kuala kangsar tu harus lah di buat...

LEMANG

ni mmg wajib sbb abah adalah Peminat Pulut no 1.. die mmg sgt suke Lemang.. dan die takkan beli.. ni wajib buat setiap tahun.. sampai kitorang adik beradik pun.. InsyaAllah dah boleh dah buat lemang sendiri lepas ni sbb hasil tunjuk ajar dari Abah.. lemang kalau abah buat mmg sedap lembut tak berkerak dan paling best lemak die perrrrgghhhh meleleh air liur..

mcm biasa la lemang mmg balas die dengan rendang daging atau ayam.. tp kalau raya.. mama lagi suke masak rendang daging.. dan paling aku suke lemang Jagung.. perrgghhh tak sabar nak bakar lemang dah ni khamis ni sesi mengadap api bakar lemang!..

KETUPAT

kalau org Joho ni kalau raya takde ketupat mmg tak rasa Rayanya.. jadi disebabkan tahun ni aku dah craving gile dengan ketupat daun ni.. aku dah ckp ngan mama,, taun ni nak buat ketupat nak anyam sendiri taknak la ketupat pelastik je tiap taun.. 

bukan ape.. sbbkan takde yang pandai mengayanm ketupat tu selain mama ngan aku je.. so ma agak malas nak buat sbb tak larat die kata.. jadi kite tgk nanti adakah berjaya dptkan ketupat daun atau pun ketupat pelastik jugak yang di hidang hehehehe

kalau ketupat aku ni mmg selera org joho kuat sikit.. aku suke kuah lodeh letak sambal kacang.. perrrgghhh mmg berulang aku makan... hehehe jangan tanye kenape gemok lepas raya.. hahah


LEMANG PERIUK KERA

haaa ni adalah salah satu menu kegemaran kitorg sekeluarga.. walaupun kitorg tak buat sendiri.. sbb taknak ambik periuk kere tu sbb tau kere tu pun nak raya jugak.. sian die nak masak pki ape nanti kalo periuk die kita ambik.. hahaha

ok menu ni kitorang akan pegi ke rumah sepupu dekat je boleh jalan kaki.. so wajib pegi beraya ke rumah sepupu ni sbb nak makan lemang periuk kere punyer pasal.. mmg sedap lain rasa die. lemang ni dimasak dengan cara kukus pulut dan santan diletakkan di dalam periuk kera tersebut. heheh


LAKSA KUALA KANGSAR


haaa yang ni pun kitorg tak masak sendiri.. sbb bestnyer raya di kuala kangsar ni.. kitorang dah tau rumah mane masak Laksa rumah mane masak mee kari.. so kalau nak makan pegi je beraya rumah jiran-jiran ni.. nampak mcm tak malu kan.. dah tue2 pegi beraya lagi hahahaha tp ini adalah rutin kitorg tiap tiap tahun..tp kitorg pegi beraya bkn nak duit raya pun.kalau dapat alhamdulillah hhahahaha. pegi sbb nk makan n nk jumpe jiran2 le, sbb laksa kuala kangsa ni mmg tak dapat kat KL wehh..

so mmg wajib kitorang pegi beraya ke rumah jiran untuk makan laksa kuale kangsa ni heheheheh so jiran jiran kat kampung tu pun bkn org lain mmg mcm sedara mara.. walaupun kitorg yang tak duduk kt kampung ni pun, skali skala balik pun diorg mesti kenal jugak.. 

jadi itulah antara menu menu wajib yang harus aku dapatkan di hari raya ini.. hehe walaupun raya pertama belah Mr.H tahun ni.. tp takpe mr.H kata raya ke 2 kita balik kuala kangsar juga.. heheh and plus ad kenduri pun kat kampung raya ni.. hehehe harap harap raya tahun ni akan tercapai la semua food list ni masuk dlm perot.. heheh

so selamat hari raya semua.. saya HUSNA BINTI MOHD YUSOF memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca yang ada terguris hati tersinggung dan ad terkasar dalam sebarang penulisan saya sepanjang berblogging ni.. semoga kita terus mengeratkan uquah sesama muslim dan saudara.. hati hati di jalan raya.. semoga Aidilfitri kalini memberi seribu keceriaan kepada semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: insyaAllah lepas raya ad berita gembira nak bagi tau... heheh

*gambar sumber google

Monday, 9 March 2015

Food Review : Medan Ikan Bakar Kuala Perlis

Assalamualaikum,,

hahahahah dah berabad unaaa baru ko nak review kann.. tak kira tak kira.. nak jugakkkk! hahaha.. ok seperti dijanjikan now aku nak review pasal tempat makan ikan bakar paling glamour di perlis.. iaitu MEDAN IKAN BAKAR KUALA PERLIS!, terletak di jeti Kuala Perlis,, ala jetty yang orang naik nak ke langkawi tu.. hehehe



disebabkan dah makan waktu ni.. tapi takat nak jalan2 tepi laut (padahal air surut),, sambil ratah ikan bakar, so m.H bawak la ke sini.. orang agak ramai.. kitorg pun parkin agak jauh dari medan ikan bakar tu.. padahal bukan hari minggu pun.. ni kalau hari minggu tak tau la penuh mcm mane kan.. 

pusing dari hujung sampai hujung nak tgk kedai mana mcm ok sikit nak makan.. sbb kitorg tak tau kedai mane yang sedap.. tp rate harga sini semua same je.. so kitorg deside makan kat kedai hujung sekali yang takde orang.. sbb malas nak tunggu lama-lama,,

so aku pun ambik la ikan pari yang kecik tu sekor.. aku pun takat nak makan ratah2 ikan bakar je.. sbb perut masih kenyang waktu ni.. + elergy menghalang! hahaha

kat sini mentarang pun ada tau... 


haaaa ni senarai harga dekat sini haaaa aku pernah ckp tentang compare harga dengan Senandung Malam-Bagan Lalang tu kannn haaaa nah mari kita compare.. 
*mohon zoom kalau nak tgk harga yerr.. maafff hehehe tapi yang pasti kat Kuala Perlis ni harga dia 2 kali ganda lebih murah dari bagan lalang..

total : ikan bakar RM4.00 + nasi RM1.00 + Teh Ais 2 RM2.40 = RM7.40 sahaja..
murahhhh kannn hehehe

dan inilah yang kitorg makan.. mr.H yang gigih makan nasi.. aku ratah ikan je.. hehehe.. ok sejujurnya.. mungkin aku tersalah kedai.. sbb ikan bakar die sangat tidak memenuhi cita rasa aku.. 1st air asam die die pakai cencaluk so totally out utk tekak laki aku,. aku gagahkan jugak, tp last2 ratah gitu je sbb rasa cencalok tu terlampau kuat.. masinnn!. thennnnn ikan tu tak di bakar dengan baik. mmg berair lagi ikannyer,. perapan die ok jela nak ckp sedap tu aku boleh katakan tidak lah!

so kalau korang rasa nak singgah kat medan ikan Bakar Kuala Perlis ni pastikan korang pilihlah kedai yang mcm ramai sikit org sbb mungkin kat situ sedap.. dan sekarang dah tau kenape kedai yang aku pegi tu takde orang.. tapi Teh Ais kat perlis aku takleh nak complain sbb pegi kedai mane pun rasa Same.. Sedap terukkk! hahaha

bagi yang nak kan lokasi boleh Google Map 
MEDAN IKAN BAKAR KUALA PERLIS

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: emosi tergangu bercelaru.. kejap nak makan, kejap nak marah, kejap nak nangis.. pahal aku ni.. tapi yang pasti aku lapar memanjang!



Friday, 6 March 2015

Food Review : Pak Ngah Cafe Setapak!

Assalamualaikum,

haaa ni kes termengidam Lambchop sbb nak belanja si Nurie ngan laki die tapi biaselah kerja semua time mcm keje oversea kan so org ni cuti org ni keje, org ni cuti org ni niaga.. so sbbkan dah takleh nak tahan dah kemengidaman itu..

aku ngan mr.H pegilah dulu menyerbu Pakngah Cafe bawak Mama, Abah, Boy dgn Diksu sekali lah.. saje lame tak kuar makan ramai ramai,,.. hahhh ni cafe milik Pak Ngah yang buat lagu Siti Nurhaliza la,, lagu Noraniza Idris lah.. haaa ni mmg cafe milik die tau.. sbnrnyer ni adalah kali ke 3 kitorg makan kat sini.. cuma 1st &2nd haritu lupe nak review hehehe so kalini aku review ok..





cafe berkonsep santai ni mmg sangat best kalau nak duduk melepak.. dan menu juga boleh tahan.. ada macam macam,, dari western, makanan melayu, kebab, burger bakar, nasi kukus berempah,, haaa mmg banyak lah menu die.. tapi kalini mr.H, mama, Boy, Diksu semua memilih utk makan Lamb Chop die sbb kitorg mmg dah tau western kat sini mmg power gile sbb waktu 1st time datang haritu kitorg makan Grill Chicken Chop die.. mmg sampai mimpi wehhh sedap die..


inilah rupe lambchop die.. hahahaha
ok tolong lap air liur semua.. 
hahaha ok sejujurnya mmg lambchop die super best ok!,, daging yang lembut tak liat,, black paper sos die ngam,, ngan perapan daging die mmg dimasak dengan penuh kasih sayang.. hahaha ok aku dah dapat port makan lamb chop pas ni.. mmg aku datang lagi la sini..
eehhh takde menu lain ke kat sini? haha ada.. jangan risau.. sbb kan mama, Boy diksu Mr.H semua order lambchop so aku makan ni jelahhh.. KacangPool! dan abah pulak order Mee Kari,, tp sory tak ambik gambar sbb abah dah Ngap Dulu! hahahaha and according to abah die kata mee kari sedap!


Kacang Pool ni nak level sedap masih tak boleh lawan KacangPool larkin,, mmg lain sikit la rasa die tapi masih boleh dimakan berbanding kacang Pool di Enjoy's Corder yang pnh aku review dulu..

Harga kat sini pun boleh tahan aku levelkan Murah Juga la.. 
ok total semua
 (4 Lambchop + KacangPool + Mee Kari + 2 LaicheeKang + Limau Ais + Teh Ais + Air Kosong 4)
  RM 68.00 sahaja.. haaa kira reasonable gak la kan.

kebetulan kitorg datang,, and Mak Ngah (wife PakNgah) tu abah kenal,, and kebetulan pulak PakNgah Pun sampai.. hah mmg kawan2, diorg dah jumpe kan.. panjang la bebual die.. kehkehkeh

jadi bagi yang nak mencuba makan di Pak Ngah Cafe ni, boleh google map tempat die
PAK NGAH CAFE
32, JALAN PRIMA SETAPAK (off Jalan Genting Klang)
53000 Setapak,Kuala Lumpur
Waktu operasi : Setiap Hari 11.00pagi -2.00pagi
Cuti : Isnin Minggu Pertama & Ketiga setiap bulan


Thanks For your time
xoxo Puan Husna


Monday, 2 March 2015

Food Review - Restoran Senandung Malam Bagan Lalang

Assalamualaikum,,

fuh fuh balik je dari honeymoon dapat pulak call dari kawan Mr.H si Mat dan bakal pasangan hidup die yang bermurah hati nak belanja kitorg laki bini makan ewaaahhh.. ni dah kenape nak bodek kitorg ke ape ni? nak suruh tolong bawak dulang ehhhhhh ke nak suruh jadi pengapit? haahahaha

so lepas deal semua sabtu lepas,, dieorg pun bawak la kitorg makan di SENANDUNG MALAM IKAN BAKAR di Bagan Lalang, ngammm perut tengah lapar,, and tempat tak pernah pegi.. kitorg sampai sekitar jam 9.00malam macam tu.. sampai sampai ramai gile manusiaaaa, malam minggu kan.. ramai bawak family keluar makan..



tapi rezeki kitorg la tu.. ngam ngam ada satu je table kosong.. so kitorg pun duduk.. si Haziera tunggu di table so aku ngan mat ngan mr.H aku g la memilih ikan ke ape2 je la yang nak di makan.. 


ada macam -macam pilihan makanan laut kat sini.. korang masuk je dalam bakul,, dan timbang bagi tau nak masak ape..


bagi aku harga kat sini boleh tahan mahal jugak boleh dikatakan 2 kali ganda dengan harga di Kuala Perlis yang aku pegi hari tu.. haaaa tapi entry Kuala Perlis nanti aku crita ok!






so pilih punyer pilih,, disebabkan aku ni ada masalah makan seafood tapi tahap degil level 52 sooo aku bedall kan je la kan.. org nak blanje pulakkkkk! hehehe so untuk 4 orang makan,, kitorg ambik 
sotong goreng tepung, pepahat kuis telur,ikan siakap 3 rasa (mr.h tak makan masak stim sedihhh), ikan pari bakar, tomyam campur, khailan ikan masin. and air tembikai satu jag.
  jadi tu adalah menu kitorg utk malam tu,, 


haa sambil menunggu makanan sampai,, pekene otak otak dulu,, kalau mlm minggu mcm ni,, bagi yang punyer kesabaran yang tinggi je boleh makan kat sini sbb ramai gile manusia,, so makanan pun agak lambat untuk sampai.. lebih kurang 1jam jugak la tunggu,, sbbkan pegi ngan mamber2 so boleh la sembang2 dulu,, kalau pegi bedua mau lepu jugak nak tunggu.. dari lapar sampai kenyang sampai lapar balik baru sampai makanannyer hahahaha



haaaa so dah sampai makanan, ni je sempat aku ambik gambar sbb dah lapo,, sooo masa untuk makannn.. makanan dekat sini bagi aku,, nak cakap sedap tu,, aku boleh levelkan sekadar Biasa,, ikan bakar die boleh tahan,, tapi kalau pegi dengan keluarga mungkin agak meriah makan same-same kan.. so untuk kesedapan makanan kat sini aku boleh bagi 3 bintang je.. sorry.. tp masih boleh dimakan.. n alhamdulillah org belanjeee pulak so bedalll je la..

so total utk semua menu yang kitorg order tu lebih kurang RM70.00++ 
sempat jugak terdengar ada satu family ni datang makan,, dalam 10 orang mcm tu bill die RM500.00++ eemmmkkk telan air liur aku jap hahaha, ape ape pun kalau nak makan,, pastikan kita ambil ape yang btl btl kita makan and quantity yang kita rasa cukup sahaja.. kalau ikut hati itu nak ini nak itu nak cuba ini nak cuba.. jangan tanye kenape beratus ok!.. 

bagi yang nak cuba makan di sini restoran ni terletak berdekatan Bagan Lalang Beach Resort seperti map dibawah ni..



ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: entry honeymoon pun tak habis lagi ni.. hehehe




Tuesday, 10 February 2015

Ice Cream Yang Menjadi Viral Di Malaysia!

Assalamualaikum,,

lepas satu satu makanan menjadi viral dekat malaysia sbb keunikannya..ad yang pakai pasu, ad main gulung, ada pakai tempurung, dan macam macam lah,, jom kita tgk antara Ice Cream yang menjadi viral hingga hampir semua org nak ambik gambar dan nak mencubanya sendiri..

ICE CREAM GOYANG
ice cream ni dulu menjadi viral sbb boleh dapat kat pasar malam, dan harga pun cuma RM1.00 dan kini kebanyakan pengusaha ice cream goyang boleh dijumpai di kenduri kenduri kawin,, sebagai salah satu menu yang menarik.. keunikan cara membuat ice cream ini menarik minat org ramai untuk cuba merasai sendiri ice cream yang mampu mengeras dengan pantas ini.. 

SANGKAYA



ice cram yang berasaskan kelapa, dengan keunikan rasa kelapa, selain itu, cara presenting mereka menggunakan tempurung kelapa itu juga berjaya menarik lagi minat orang ramai untuk merasai sendiri Ice cream sangkaya ini.. banyak juga tempat yang dah jual.. ampang point ada, jalan alor ada,, boleh tgk kat fb diorang SANGKAYA

JIPANGI ICE CREAM (ICE CREAM TONGKAT)




ini merupakan sejenis ice cream yang famous di Korea, dan kini dah mule menapak di malaysia.. keunikan kon yang seperti tongkat membuatkan orang ramai ingin mencuba sendiri merasai keenakan ice cream itu.. tapi aku sendiri masih tak pasti kat mane ad jual ice cream ni.. tp untuk brand Jipangyi tu ada di time square.. so sape nak rasa boleh la try cari2.. ok!

ICE CREAM GULUNG



ice cream gulung ni pula adalah ice cream yang agak famous di thailand, dan mule memasuki malaysia dan menjadi kegemaran rakyat malaysia dengan keunikan cara menyediakannya,, ice cream gulung ni di buat dengan mengeraskan icecream pada kuali yang sejuk,, dan ramai yang mengatakan bahawa ice cream ni sedap,, ice cream ni boleh dapat di Langkawi, kl pun dah ada tak salah di downtown mines, danau kota pun ada.. 



 ICE CREAM PASU

ni mmg cukup viral sampai macam macam gambar ice cream pasu dapat di lihat di fb menjadi viral.. dari yang beli, buat sendiri sampai yang buat lawak tentang ice cream ini pun ada,, keunikan ice cream ini cuma pada cara rupa bentuknya sahaja,, namun bagi kebanyakan,, rasanya adalah seperti ais cream biasa,, bagi aku pencipta ice cream pasu ni cukup kretif dengan menampakkan rupe ice cream ni seperti satu pasu mini namun sebaliknya ianya adalah ice cream.. ice cream ni boleh di dapati merata malaysia, dan kalau nak buat sendiri pun boleh.. ramai juga yang membuat tutorial cara buat ice cream ni.. so bagi yang nak mencuba selamat mencuba.. 

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: sumber gambar adalah dari google.

Monday, 19 January 2015

Review : Enjoy's Corner Milik Sharifah Shahira & Ijoy

Assalamualaikum,,

selamat hari isnin to all readers, haaa ni sebenarnya entry berhabok yang duduk terperuk dalam draft hahahaha.. ok tapi disebabkan harini mood lapa,, so aku nak buat food review je hari ni.. dan tunggu yer ada 3 4 kedai lagi bakal menyusul.. hahahaha

korang pernah dengar ENJOY'S CORNER? tak pernah? meh aku perkenalkan kat korang,, kedai makan ber konsep food court yang mmg terdapat lebih kurang 15 ke 20 menu tak silap aku..

antara menu yang di hidangkan,, ada, mee ketam,  chicken wing, laksa, takoyaki, western, steamboat, kacang pool, dan banyak jugak la yang lain lagi..


Enjoy's Corner ni sebenarnya adalah milik sharifah shahira dan suami die ijoi.. ala yang artis tu hahaha *tetibe nak jugak cakap artis, konsep kedai yang aku suke.. sbb die more too untuk lepak lepak chill sbb ada screen besar, and table open air, lagi satu kalau lepak selalu mesti ada shisha.. so kat sini juga ada shisha.. mmg sesuai kalau korang nak pegi melepak ngan kawan2 yang jenis huru hara ketawa ria tu.. hehehe

aku pergi sini sbb dapat tahu dari cousin aku yang kat sini ada kacang pool.. gile kau tergoda aku.. lame tak makan.. so aku pun pegi ngan mr.h, *sorry takde gambar sbb hp mati time tu..

sumber :facebook Enjoy's corner

ok aku sampai sampai terus order.. then makan.. tapi .. bagi aku kacang pool die ada sedikit kurengggg disitu.. aku tak tau la tekak aku ke.. atau ape.. tp apa yang aku rasa adalah,, kari die tak masak.. aku pnh makan kacang pool lakin.. and rasa die jauh jugak la beza.. tapiii.. kalau korang nak cube.. mungkin time aku datang tu kot tak berapa, tp time lain sedap kot mane tau.. so korang kene try sendiri dulu ok!

 mmg agak kiciwa la bile nak makan tetibe dapat cmtu.. aku pun makan tak habis.. sorry abang kacang pool.. tapi cousin aku ckp Laksa, ayam penyet kat sini mmg best.. next time aku datang aku nak try lah menu lain pulak..

Enjoy's Corner ni terletak dekat Desa Melawati.. sape yang rasa-rasa nak lepak sini boleh la datang untung2 dapat jumpe artis.. mmg ramai jugak artis rajin lepak sini.. mcm haritu aku jumpe Kak shira, Kak Lynn, Abg Ijoy and ada jugak a few artis time tu.. tp mata aku kalau malam mmg Out of service sikit so aku abaikan je hahahaha..

here a bit info pasal Enjoy's Corner ni ok!


Thanks for your time
XOXO Puan Husna


Thursday, 8 January 2015

Makanan LUCAH Di Pasar Malam Cheras!

Assalamualaikum!,

haishhh pagi pagi tengah elookkk scroll TL facebook,, tetibe ternampak member post kat fb die terjumpa sesuatu yang mmg agak laaaa,, haishh nak cakap ape pun tak tahu leee...

sebelum ni aku tau jugak pasal bende ni,, but ianya di luar negara,, tp sekarang bende ni dah ada kat malaysia ok! dan di fahamkan ianya di Pasar Malam Cheras!


Amaran : Gambar Berunsur 18SX!




sumber : Facebook

tetibe aku rasa mcm ehhhh ad ke orang beli? dan kalau korang la kan.. korang nak beli ke? mcm geli je kan! and cube korang bayangkan,, sbbkan ianya di jual di PASAR MALAM! kalau budak2 nampak,, then die tanya,, "mummy tu ape?" korang nak jawap ape? jagung rebus? hahaha adoiiii,,

malu je aku tgk makanan serupa ini!, tolonglah, ni malaysia laaa.. walaupun mungkin yang jualnya adalah berbangsa cina.. tp tmpt tu mcm semua bangsa je pegi kan.. 

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: tebantut selera tgk hahahah


Tuesday, 23 December 2014

BOAT NOODLE TAK HALAL!

Assalamualaikum,,

agak ramai yang dah update buat review pasal boat noodle.. sejenis makanan thai yang agak menjadi viral jugalah tgk ramai jugak yang makan boat noodle ni.. tahukah korang tentang status halal mee tersebut?

haaaa aku dah nak loncat2 dah bile dapat tau.. tapi sbb aku belum pegi lagi merasakan boat noodle tu.. so aku dapat plk berita yang boat noodle ni tak halal..




ok ini adalah VM Boat Noodle ok.. haaaaa pastikan korang pegi makan boat noodle di tempat yang tak served pork ok.. sbb ad afew boat noodle yang non halal.. n TQ to VM Boat Noddle sbb bg tau tentang status halal kedai mereka too make sure yang islam tidak main redah je pegi makan nanti..

yang untuk boat noodle di publika damansara n banyak jugak cawangan die. tu.. mereka belum dapat certificate halal tapi diorg tak served pork ok.. so kalau takde ape yang meragukan boleh je nak g makan boat noodle ni.. cuma pastikan kedai boat noodle yang korang pegi tu adalah pork free ok!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: buzy mengedit blog orang hehehehehe

Friday, 24 October 2014

Food Review - BIDOR STATION KOPITIAM

Assalamualaikum,,

salam jumaat semua,, semoga Allah memberi kesihatan yang baik utk kita mencari keredhaannya.. walaupun harini agar down sbb gagal temuduga.. hahaha tp takpe la bukan rezeki aku,, mungkin rezeki orang lain yang lebih memerlukan..

ok taknak cite pasal interview, sekarang cite pasal makan.. haaa lame gile tak makan kat luar,, dan semalam tengah jalan2 cari tempat,, ternampak satu cafe BIDOR STATION KOPITIAM ni area Bandar Tun Husein Onn, Cheras,,

so aku pun dgn mr.H singgah la sbb aku pun dah lapar,, die pun lapar,.. so malas nak masak n deside nak makan kat luar je.. dan tgk kedai die dari luar agak menarik sbb lain dari lain..

sumber : google (sbb tak sempat ambik gmbr dari luar)

so cafe ni die mcm ala2 clasic sikit dengan perhiasan berasaskan kayu dan nama table die berasaskan nama tempat di perak,, dah name pun bidor kan mesti la perak stile kann.. so sambil2 tengok menu ok agak menarik menu2 nya.. yang mana kebanyakan menu die adalah menu makanan melayu yang selalu orang malas nak buat sendiri hahahaha..

ok jom tgk ape yang aku order kat sini..


ok cafe ni pernah masuk jalan-jalan cari makan tahun lepas,, waktu tu yang mengacara die Qi razali,, 
so aku tak tahu pun hahaha so tgk kat menu die ad tulis yang JJCM pnh datang sini,,

setelah mebelek2 menu apa yang best ini adalah ape yang Mr.H order

Lempeng Pisang = RM 4.90
ok lempeng die kalau garing sikit lagi n plus sedikit garam untuk seimbangkan rasa ianya lagi power! tp ni pun dah best sbb die buat lempeng pisang plus dengan kelapa lagi dalam die tau.. hehehe

utk minum Mr.H order BIDOR WHITE COFFEE Ais = RM 3.50
ok untuk penggila coffee korang kene try ini.. mmg power n mmg best kopi die.. 
sekali sedut bak kata mr.H yang mmg coffee lover die kata ni lagi best dari Starbucks 


nampak muke coffee lover tu.. excited dapat minum kopi
 hahahaha smpi rambut pun serabai.. hadoiiii sayang oiii.. 

dan ini adalah pilihan aku setelah kehausan tahap extreem aku order 
AIR CINCAU = RM 2.00

sape tengah lapar tu sila tahan air liur anda ok..
dan ini adalah apa yang menambat hatiku..
Laksa Bidor= RM6.90
ok laksa die mmg power pekat gile n untuk harga RM6.90 aku boleh levelkan sebagai berbaloi baloi untuk aku makan.. mmg sangat memenuhi selera aku sebagai pengemar laksa. 
saya bagi 4 bintang!!!!

so total kitorang makan semua adalah RM17.30 sahaja.. takde GST kehkehkeh

banyak lagi menu lain yang buat aku teliur tapi cukup yang tu dulu,, nanti datang lagi nak try MEE KARI die MEE UDANG die NASI AYAM die and banyak lagi la menu yang menggoda kat sane.. kalau nak try jom google map, kat bawah ni info tentang Bidor Station ni.


BIDOR STATION KOPITIAM
NO 12 JALAN SERI TAMING 1E, 
TAMAN SERI TAMING, 
BATU 9 CHERAS, 
34200 KUALA LUMPUR.

Hp: 017-224 1242 (Azhari)
Tel: 03-8958 7078

Email: 
faridah.jali@yahoo.com
website:
www.bidorstationkopitiam.weebly.com

thanks for your time
xoxo Puan Husna



p/s: harini nak masak ape ekkk any idea?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...