Thursday, 16 July 2020

RUMAWIP- CARA NAK BELI DAN BERBALOI KE?

Assalamualaikum and salam sejahtera...

Ok harini aku nak story dengan korang tentang RUMAHWIP / Residensi Wilayah.. Korang yang duduk KL atau bekerja di KL tau tak pasal program perumahan ni?

kebanyakkan kita tak cakna pun tentang bende bende ni sebab ramai yang rasa beli rumah di KL je ianya adalah MAHAL! yaaa dan itulah apa yang aku fikirkan dulu...

sekarang sebelum aku terangkan pasal RUMAWIP / Residensi Wilayah ni aku nak cite dulu ape RUMAHWIP ni? Setiap negeri ada program perumahan die tersendiri, yang mana program perumahan ini selalunya adalah untuk beri peluang kepada golongan-golongan M40 & B40 untuk memiliki hartanah sendiri.. 

ni adalah Contoh senarai nama-nama program perumahan bagi negeri masing,

WILAYAH PERSEKUTUAN - RUMAHWIP
SELANGOR - RUMAH SELANGORKU

ok selebihnya untuk negeri lain korang cari sendiri ok.. hehehehe (hakak malassss) kenapa program ni diadakan.. adalah untuk bantu golongan-golongan mcm aku (termasuk eeehhh) untuk memiliki hartanah sendiri dan baru yeeee bukan sub sale.. ye la rumah kt KL jangan berangan la nak dapat harga bawah 300k lagi-lagi tengah bandaraya pesat kuala lumpur ni kan..

program untuk RUMAWIP ni korang perlu penuhi syarat-syarat die untuk melayakkan korang untuk beli, ini bermakna takde la org kaya memborong beli rumah murah murah ni mcm beli goreng pisang... dan syarat-syarat untuk melayakkan korang untuk beli rumah ni adalah,



1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Lahir, tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan 
4. Berpendapatan bawah RM10,000 (Bujang) & RM15,000 (berkahwin)
5. Tidak memiliki sebarang hartanah di Wilayah Persekutuan.

Untuk pengetahuan korang program perumahan RUMAHWIP ni aku rasa paling berbaloi untuk orang yang kerja di Kuala Lumpur..sbb ape,, program perumahan die tidak boleh dijual melebihi RM300k ok. Dan kalau korang tgk projek-projek diorg,, mmg boleh levelkan diorg jual under market value.. kira mmg takkan rugi kalau korang beli.. sbb in future property tu mmg ada value.. 

pada mulanya aku tgk je projek-projek perumahan ni,  cari yang harga yang bawah 200K je.. sbb ikut tahap kemampuan kan..  dan aku tgk lokasi yang dekat dengan office and lain-lain faktor.. dan mulanya aku mohon je la mane-mane peojek yang aku rasa ok.. walupun mahal..

dan untuk pengetahuan korang juga, rumahwip ni adalah antara yang fast sold punya property ok.. korang kene rajin tgk projek-projek yang die buka untuk permohonan. kalau lambat mmg babai laaa.. tunggu la project lain, selalunya yang harga RM300k, Condo type, lokasi cun,, mmg dlm tempoh 2 3 minggu je dah boleh habis jual dah .. 

Dan ini adalah sebab kenapa aku memilih untuk mencuba rezeki untuk beli rumah dari projek Rumawip ni....

untuk tahun 2020 ni aku mmg mencari rumah untuk dibeli diatas faktor kewangan yg alhamdulillah semakin stabil, dan faktor economi negara yang aku rasakan this is the best time to buy. jadi... boss aku ada ckp, husna go buy this house,, bile lagi u nk beli rumah.. ini murahhhhhh.. aku mcm wow org kaya punya murah tu.. tak sama level dengan aku yeeee.. 

aku ckp aku tak mampu RM300k.. tecekik juga nak bayar.. lepas die bagi penerangan semua aku yg mulanya buta kini celik.. hahahaha so aku pun ok lah cube je la mohon kan.. untuk mohon Rumahwip ni, korang kene pegi register akaun dan upload semua la doc doc yang diminta untuk korang upload dalam system ok... ok next entry aku akan cerita kat korang mcm mne aku berjaya beli Rumahwip ni dari mcm mne aku mohon sampai aku sign SPA.. ok.. tunggu next story.


kesimpulannyaaa... kalau korang duduk menyewa dan lookking for property to buy area KL ni.. ini adalah pilihan yang bijak untuk korang.. word yg aku dpt dari boss aku adalah "mane you nak dpt KL Condo harga 300k" haaaa so mmg berbaloi ok...

thank you for your time koranggg!
xoxo Husna Yusof






No comments:

Post a comment

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...