Monday 31 March 2014

GURU Racun 20 ekor Kucing sampai MATI!

Allahuakbar, kenapa kejam sangat manusia ni,
menitik air mata aku bila baca pasal ni, Ya Allah kenapa kejam sangat dan kenapa ada manusia mcm,
huhhhhh, aku teramat terkilan, menurut apa yang aku baca dari sumber ---> SINI!

terdapat seorang guru dari kampung taman sri waja segamat, yang tidak berhati perut telah meletakkan racun pada ikan dan diberi makan kepada kucing jirannya hingga hampir 20 ekor kucing telah mati akibat keracunan. dia berbuat demikian atas alasan, kucing2 tersebut mengotori rumahnya,

kalau betul pun kucing itu mengotorkan kawasan rumah die, dah tentu kucing tu tak de akal untuk berfikir, yang die tuhan kurniakan akal waras boleh jadi cikgu lagi, tp tak mampu berfikir sampai sanggup meracun kucing2 tersebut,kira die dan binatang mmg takde bezanya.. banyak cara lain yang boleh dilakukan, takperlu sampai buat binatang tu sampai macam tu,

maaflah aku mmg cukup emosi kalau melibatkan haiwan tidak bersalah, terutama kucing, meh tgk ape jadi kat kucing-kucing tersebut,.

dan menurut puan Nur Syamila cikgu tersebut telah bertukar ke Sek.Men.Seg Hwa 

ya allah, kejamnya manusia tu, ya allah, kesian kucing-kucing tu, sedangkan Nabi juga menyayangi kucing. kenapa tak berhati perut sangat ni.

ok kita ada undang-undang dan ada AKTA BINTANG 1953,  yang mana jika disabit kesalahan menganaiyai binatang boleh didenda RM10,000 dan penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya sekali,

aku harap pihak penduduk disitu akan buat aduan beramai-ramai, kerana manusia seperti ini tidak boleh dibiar membiak, kalau die, kita bagi mkn racun tgk mati ke tak mati.. haishhhh, :(


thanks 4 read People,
XOXO Puan Husna


p/s: teringat si patah n buta kt umah mama, walaupun mereka KKU(kucing kurang upaya) tp makin gemok n sihat je..

SETAHUN BERHIJAB! :)

Assalamualaikum,

salam isnin, no moody Monday sangat ok..




Alhamdulillah syukur kepada Allah, :') tetibe nak nagis kegembiraan boleh gituuu? hahaha
tahun lepas. 1.April.2013 Allah memberi kekuatan dekat aku untuk melangkah memenuhi kewajipan seorang wanita muslim untuk berhijab,, :) alhamdulillah dan kini genap setahun aku kekal berhijab dan alhamdulillah, Allah terus memberi kekuatan itu untuk aku terus belajar menyusuri jalan islam, dan aku berharap aku terus dilandasan yang benar, insyaallah,

macam mane aku boleh tergerak hati nak berhijab? hahahah lawak jugak mule2, ini bukan lah atas paksaan sape-sapa sebenarnya, terdetik sendiri untuk sarung tudung n terus keluar pegi jalan2 boleh tak cam tu, paling aku tak lupa tgk muka mama,

hahahah yer la yang dulu tak pernah nak sopan pulak pakainya kan aku ni, baju seluar skirt semua mcm tak cukup kain kan.. haissshhh nak jadi ape tah husna waktu tu hahaha,  ok then mama was like (0o0) telopong tgk tetibe pahal aku ni pki tudung, n ayat pertama mama,

 kalau pakai tudung jangan nak main-main nk pakai,pakai terus,
kalo taknak pakai jgn pakai, kejap pakai kejap bukak..

 bla bla bla bla bebel tazkirah magrib heheh

aku pun cakap tak la org nk pki terus.. (and again die nganga mulut)

hahaha die ingat aku ni buang tebiat, then kebetulan nak kuar pegi cari hadiah birthday abah, dh cari la hadiah abah semua, balik tu, aku pun tak tau rupenya dlm mencari2 hadiah abah tu, sempat die grab tudung baru,

"nah ni mama hadiahkan, pki tudung jgn baju ketat2, sopan sikit,"

ngeeehhhh nak nagis tp tahan sebab ego sampai gunung kinabalu heheheheh

dan alhamdulillah aku masih kekal berhijab, dan setelah menjadi Istri ni, Mr.H pun banyak tegur kalau pakai tudung tetibe mcm tak sesuai or nampak tak sopan ke, dia akan susruh tukar. tp x kesah ye la, die tegur sbb die nak jaga kita kan. dan mmg tangungjawab die utk tegur Istri kan.. hehhe ok bye.. :) oh tak lupa nak bg tau, best berhijab ni, sbb dia akan mengubah diri kita juga secara tak sedar, yang aku lebih beware dlm setiap perbuatan, dan menjaga diri juga supaya tidak dipandang serong :)

thnaks for your time
Xoxo Puan Husna

p/s: nak pakai tudung bukan sbb fashion tp sbb tangungjawab sebagai seorang muslim :)

Kerja Software Asset Management (SAM) nak ke tak nak?

Assalamualaikum,

hello Readers,
happy Monday guyss,,


Software Asset Management(SAM) ape itu? aku pun sebenarnya, baru je mengkaji pasal bende alah ni, sebab apa?? sbb interview hari tu untuk position ini,, hamboiii lari bidang dh ni si husna ni, dan aku pun tak tau pahal aku di offer utk jawatan ini yang sedangkan aku sendiri bukan ada background bidang IT pun. heeehhhh, so aku pun buat la reaserch pasal position ni. nak tau keje apakah ini jom baca ni sikit,

SOFTWARE ASSET MANAGEMENT (SAM)

Pengurusan asset perisian, untuk budak IT sure korang tau sangat pasal ni, sebab die adalah sejenis kerja yang melibatkan perisian komputer, tp apa yang nak diuruskan kan? ok menurut kajian yang aku lakukan, cehh kajian sangat, padahal baca sikit je,, heheh, ok ini menurut apa yang aku paham tentang tugasan ni, ianya perupakan SOFTWARE AUDITOR.

Audit msti korang paham kan, haaaa, kalo sebelum ni aku adalah dalam bidan perakaunan, dan ada jugak la background audit financial, dan kali ini, aku di offer jawatan ini bezanya adalah, dulu audit financial kira2 duit, kalini audit software,Audit ni kira mcm investigate la tgk ade yg seleweng ke ape ke, msti korang pelik, haiiisss software pun nk kene audit kan, aku pun pelik mula2 rupanya, ianya adalah untuk audit sofware yang digunakan dalam komputer tu berlesen atau tidak.. haaaaaa ce korang cek PC ke laptop korang semua, adakah software korang berlesen?

Ini kerana, software yang dibeli tanpa lesen sama la mcam korang beli CD cetak rompak, dan ianya sebenarnya satu kesalahan ok,, haaaaa takut la tu.. hehehehe

 Pihak KPDNKK(Kementrian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepengunaan) berhak merampas PC atau Laptop yang mempunyai Software tanpa lesen, tp selalunya kalau korang beli Laptop yang dari kedai tu, korang tgk kt bawah Laptop korang dh ada stiker microsoft tu, haa tu maknanya die pakai software original dan yang berlesen. tu je kot yang aku paham hehehehe kalo sape2 tau pasal ni boleh la share2 kt aku sikit..

aku pun tak pasti nak pegi ke tak untuk kerja ni, risau juga takde background tetibe kang takleh buat keje kang.. nangis pulak kt tempat baru kannn, hhaishhhh tp kene bagi jawapan harini.. wahhhhhh TOLONG ku di dalam dilema.. (nangis guling-guling) ok lah bye

thanks for your time people..
Puan Husna


p/s: mmg minat investigate ni.. berangan nk jadi polis tp tak cukup tinggi .. hah padan la muka.. hehe

Saturday 29 March 2014

Masalah TYPO semakin Menular

Assalamualaikum,

salam sabtu, happy holiday,
hello readers,



TYPO atau bahasa lain kesalahan dalam menaip yang tidak disedari. aku tau masalah typo ni mmg sentiasa ada dalam setiap blogger, tak yah tipu korang msti pnh typo gak kannnnnn.. nggeehhh!

ok aku mmg secara jujurnya, permasalahan ini mmg semakin menular dan semakin berkembang bakat typo aku ni dlm penulisan, msti korang perasan kan, setiap entry aku msti ada je typo kan,, haaahh kadang-kadang naik semak pulak rasa nk baca bile tak paham kan kalo aku dh start typo tu.. haishhh (tepuk dahi) minta maaf ye para membaca setia, aku tgh berusaha untuk memperbaiki masalah ni, kadang2, aku dah baca banyak kali
tp tah mcm mne boleh juga telepas pandang, dan aku akan sedar bila ada org tegur je, kalo tak aku pun buat tak kesah je.. hehehehe sbb ingat xde ape2 yg salah,, sekali lagi ampun ye, tp kan ok what typo dari yang saje-saja eja sampai terpintal lidah nak menyebut contoh ayat ni,,

"arewalks bz kewr, titew windue arewalks, uk uk"
maksud : (awak buzy ke, kita rindu awak,huhu)

atau pun ini


haaaaa faham ke idokkkk???
hahahah so kira level typo ni lebih mulia dari level diatas ok,, so yang ini sila bendung juga sebelum makin membiak,, hahahaha

so aku harap  korang2 dapat membantu untuk menegur mane2 masalah typo yang dialami oleh aku, ye la risau juga korang tak paham apa aku bebel ni.. bila dh rasa diri hebat menaip ni, jari makin laju la menari joget2 pastu bersepah2 ejaan kan.. hehehe padan lah dengan muka aku!!, sekali lagi maaf ye.. aku akan cuba untuk memperbaikinya..

ok thanks for your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: td g toys shop, rasa kembali kezaman kanak2 rianggg bestnyaaa :)

Friday 28 March 2014

MH370- Mistri Pesanan Philip Wood Penumpang MH370 Minta tolong dari Diego Garcia

Assalamualaikum,

ok ini agak menarik untuk di baca, aku pun dapat dari internet yang aku sendiri tak tau mcm mane boleh terbaca tentang ini, dan aku nak share dekat korang untuk korang baca juga,, dilaporkan ada satu pesanan dari salah seorang penumpang MH370 menghantar penasan meminta tolong dari pulau yang pernah aku cerita dahulu PULAU DIEGO GARCIA, msgnya berbunyi begini

'I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.'

macam mane orang tau dia berada di sana adalah dengan cara ini..


atau korang boleh click link ni untuk lebih clear ---- >Pesanan dari Philip Wood dan ini adalah original msgnya

dan di pesanan itu juga korang akan nampak ada box hitam ditepinya, dan itu adalah gambar yang diambil dan bila gambar itu di download atau save image, ianya mengeluarkan data seperti ini..




dan latitude GPS tersebut menunjukkan ianya berada disini, PUALU DIAGO GARCIA

mengikut kedudukan latitude itu, ianya berada di sebuah tempat berbumbung yang aku sendiri tak pasti tempat ape itu. dan ianya bersebelahan dengan airport di pulau tersebut.

Phillip wood merupakan salah seorang yang telah disenaraikan sebagai penumpang MH370


wallahualam, aku cuma kongsikan apa yang berkemungkinan, dan jika mereka betul masih hidup, dan berada disana, aku mendoakan mereka masih selamat, dan aku pun tidak pasti sama ada ianya hanya sekadar spam yang direka atau mmg betul-betul berlaku, hanya Allah mengetahuinya..

info dari ------ > Sini


thanks for your time people
xoxo Puan Husna



Bila Facebook CNN di Serang

Assalamualikum,

setelah kecoh seorang rakyat malaysia menghanta comment di wall facebook CNN, harini  makin ramai memberanikan diri dengan bermacam2 bahasa dan loghat, ni yang sempat aku print screen kan untuk korang tgk,

aku pun ada yang aku gelak pun ada, sebab yang tulis bahasa jawa pun ada, pastu suruh google translate, mane nak ada dlm google translate tu.. ngeehhh, macam2 bahasa juga lah aku dpt belajar, ni aku print screen sebahagian je lah..




Thanks For your time
xoxo Puan Husna




MH370- Apa Kata Ahli Keluarga dan China?

Assalamualaikum,
salam Jumaat,
Hello readers,




sumber Gambar : google

masih terkesan dengan tragidi MH370, aku merakamkan maaf kepada keluarga kerana tidak ada apa yang aku dapat membantu mereka, hanya ucapan semangat agar mereka terus tabah. aku tertarik untuk mendegar apa yang diperkatakan oleh keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat,

semalam aku ada menonton di TV3 yang mereka sempat menemubual ahli keluarga penumpang, yang kebanyakan nya, mereka masih tidak dapat menerima apa yang di sampaikan oleh PM kita hanya sebagai 'berakhir' mereka kebanyakannya menyatakan selagi tidak menjumpai sebarang bukti, mereka tetap inginkan keluarga mereka kembali dengan selamat, dan ada seorang sepupu kepada penumpang menyatakan kepada wartawan,

 "kenapa perlu di ucap takziah? kita tak tahu lagi mereka hidup atau tidak, kita tidak tahu lagi status sebenar pesawat tersebut,PM cuma kata 'berakhir' bukan 'terhempas' kalau terhempas, kami nak tgk atlist bangkai kapal terbang ke, baru kami akan percaya, bukan kami tak terima hakikat, tetapi kami mahu bukti dulu, dan kami akan terima dengan redha."

pagi tadi, sempat aku menjengah MHI untuk tahu serba sedikit tentang perkembangan MH370, yang mana Satellite ada merakamkan hampir 300 objek baru yang terapung di lautan hindi, tetapi pasukan SAR terpaksa menaguhkan misi kerana halangan cuaca.

dan sempat juga aku menonton, satu team kembara ke China yang menaiki moto berkuasa tinggi untuk melawat keluarga mangsa di china, dan mereka tidak mendapat perkabaran yang baik dari sana, kebanyakan mereka dan berita mereka, menyatakan ketidak puasan hati dan marah terhadap MAS dan Malaysia khususnya, dan menurut team kembara tersebut, apabila mereka mengenalkan diri mereka dari Malaysia,  rakyat cina hanya terus berlalu pergi dan seperti tidak berminat untuk mendengar apa-apa, dan ada juga mengatakan pelajar disana terpaksa mengaku mereka berasal dari negara lain atas faktor keselamatan,

aku berharap, perkara ini, tidak akan terus mengeruhkan hubungan Malaysia -China dan aku berharap pihak kerajaan China yang merupakan salah satu kuasa besar di asia dapat memahami dan menenangkan rakyat mereka agar tidak menyalahkan Malaysia 100%, aku selaku rakyat malaysia juga memohon maaf kepada rakyat China, Malaysia cuba melakukan sebaik mungkin, bukan hanya untuk negara kami, tetapi juga untuk China dan semua yang terlibat. Aku berharap segalanya akan terungkai tidak lama lagi.

thanks for read,
XOXO Puan Husna

p/s: hari jumaat yang mulia ini mari kita memuhasabah diri, mencari mana silap kita agar dapat di perbaiki. :)

Thursday 27 March 2014

Tips Interview

Assalamualaikum,

salam Khamis,
well hello readers,


hai my name is husna bt mohd yusof, im 25 years old, and currently stay at Seri Kembangan,, wahhhhh
tetibe nk speaking dh kenape kau ni jemahhhh!,

ok sebenarnya, aku ni ad interview kejap lagi, hah dh beabad tak gi interview kan, ok arini nk bg tips untuk interview sikit supaya senang nk di ambil kerja, (cehhh mcm power sgt je)

aku tak la power mane, ini base on experiance yang aku ada la eh,, xpe la share2 kan,,

1. Penampilan.
ok bab penampilan ini agak penting sebenarnya, sbb ini adalah penarik utama utk orang tgk korang, apa yang korang kene pakai, ini untuk keje swasta la eh, aku cadangkan perempuan kita tukar sikit dari memakai baju kurung kepada kemeja, blouse, if korang ad blazer pun ok, sbb ini pengalaman aku la, korang kene nampak lain dari orang lain supaya panel akan ingat tentang korang, ok. kalau nk pki baju kurung juga tak salah dan tak de paksaan tau. dan pastikan tidak menjolok mata ok, bg yg lelaki juga sama, pastikan kemas, rambut kemas, baju bergosok dan berkasut.




2.CV/Resume
ok tentang resume korang please update, dan pastikan ianya unik, contoh seperti ini..


haaa kan menarik kan utk kita baca.. so at the same time kita boleh menarik panel utk membaca dan ingat tentang kita :)

3. KEMAHIRAN BERCAKAP
kemahiran bercakap ataupun PR, ini adalah penting, sbb dari percakapan, body language kita org lain dapat tahu samada kita yakin, takut atau menipu,, ok.. so untuk memastikan kita nampak yakin, bende penting adalah SENYUM. sbb senyuman ni mampu mencairkan org tau heheheh,, bukan goda ok, tp more tu nampak manis dan org suka tgk kita, jangan risau anda tidak cantik, sbb dengan senyuman anda akan nampak cantik,, tak caya cuba senyummm,, haaaa kan cantik tu,. :)

4.GAJI
ini adalah masalah yang paling besar waktu interview, so aku nk cakap pasal gaji ini, aku pun same gak hehehe, tp aku bg tips la eh, sebelum korang pg interview, pastikan korang study sikit pasal MARKET SALARY untuk jawatan korang tu dengan apa yang korang ada, contoh korang ada DIPLOMA dengan 3tahun Experience, pastikan korang tahu berapa rate minimum gaji korang dan pastikan jgn demand lebih dan jangan offer telampau rendah ok..

5.Pengetahuan.
ok pengetahuan ni kebanyakan org ambik ringan, kadang2 ada company nk org yang tau general knowledge yang banyak, sekurang2nya study pasal company yang korang bakal pegi interview, job spec, dan requirement ape yang diperlukan utk jawatan yang korang interview. ok please study. ehhh pandai ckp org je aku ni hhehehe

6.Doa
ok ape2 yang korang buat pastikan korang berdoa, kerana ini adalah senjata paling kuat untuk membantu kita lebih yakin dan membuat kita lebih tenang waktu interview.. ok :)

ok itu saja Tip2 yang aku boleh sharekan dekat korang2 yang bakal pg interview mcm aku ni heeeeee,
aku pun cuak gak sebenarnya.. ngeehhh ape ape pun GOOD LUCK for ME  :)


thanks 4 ur time people
xoxo Puan Husna


p/s: nebes i nk g interview, relex husna u can do it yeeehhhh!

Wednesday 26 March 2014

529 Pengikut Morsi Dihukum Gantung

Assalamualaikum,

Salam Rabu,





dalam kesedihan mengenangkan MH370 yang berkesudahan dengan berakhirnya di Lautan hindi, aku juga turut terkesan dengan berita mengenai PENGIKUT GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN, yang mana mereka merupakan pergerakan islam terbesar di zaman moden yang ingin kan kehidupan islam sebenar seperti yang termaktub dlm Al-Quran dan Al-Sunnah, yang mana mereka telah mendapat tentangan hebat daripada golongan islam yang berfahaman sekular. Kemampuan mereka yang membendung arus sekularisasi si dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.

Pernah tak korang ambil tahu tentang perjuangan mereka yang bukan hanya memperjuangkan pemimpin Morsi semata-mata tetapi juga memperjuangkan Kehidupan Agama islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. setelah pergolakan yang terjadi di Messir, akhirnya lebih beribu pengikut gerakan ini ditangkap, dan seramai 529 pengikut telahpun dijatuhkan hukum GANTUNG SAMPAI MATI, dan yang lain masih menunggu untuk di hukum,

aku bukan ditempat mereka, yang membuat aku sayu, mereka seagama dengan aku. dan mereka betul-betul berjuang untuk kebenaran dan agama Islam hingga ke tali gantung, jika matinya mereka, aku berharap Allah meletakkan mereka dikalangan org yang Syahid dijalannya.

kalau aku ditempat mereka, adakah aku sekuat dan seberani mereka? wallahualam, kita mungkin hanya mampu berkata-kata. tp jika kita disana adakah kita mampu menjadi barisan hadapan memperjuang islam seperti mereka? adakah kita mampu tersenyum seperti mereka bila dijatuhkan hukuman gantung? Allah sentiasa bersama kalian wahai pejuang Islam, jangan takut akan mati jika kamu di landasan yang benar, Allah janjikan tempat yang indah untuk orang yang memperjuangkan jalannya..

Allah hu Akbar,
semoga bermanfaat.

thanks for read,
xoxo Puan Husna




MH370- Mimpi Ustaz Tentang MH370

Assalamualaikum,

Salam Rabu,
hello readers,

semalam aku tertarik untuk membaca satu perkongsian cerita tentang mimpi yang dialami oleh USTAZ DARUL MANZIL, yang mana die menceritakan bahawa die mendapat bayangan mimpi tentang apa yang berlaku kepada pesawat MH370 yang telahpun dilaporkan tamat di selatan lautan hindi, Ianya dikongsi melalui laman sosial FB dan sempat juga la aku membacanya,

adakah ini petunjuk Allah? atau sekadar mainan tidur?
wallahualam, aku pun tak mampu merungkai melebihi dari tahap kemampuan berfikir seorang umat biasa.
tapi sini aku sharekan apa yang diceritakan oleh ustaz tersebut tentang mimpinya.



Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
sumber : Google
apa yang aku bolehkatakan, aku pun tak pasti tentang ini, aku serahkan segalanya kepada allah jika benar apa yang di mimpikan ustaz itu, aku hanya mampu berdoa segalanya akan terrungkai dan apa yang sebenarnya belaku akan jelas tiketahui. wallahualam,
thanks for your time people.
xoxo PuanHusna

p/s: mimpi ape eh mlm td tak ingat pulok.. hehhh


Tuesday 25 March 2014

GA -MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

Assalamualaikum,

dalam kesedihan dan kesuraman mood hari ni,
aku nak ajak awak2 orang join segmen dari adik ni..
simple mimple je syaratnyer.. so aku memilih untuk join :)


ok macam biasa kalau nk join kasi click itu banner..

ni syarat2 sah nya..

1) Blogger warganegara Malaysia
2) Boleh follow blog adik ayie. Takde sebarang paksaan
3) Buat satu entry bertajuk "MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah"
4) Tempek banner di atas dan backlink kan kat blog adik ayie ni
5) Publish dan tinggalkan url korang dekat komen box blog adik ayie ni.


ok thanks 4 ur time people,
xoxo Puan Husna


p/s: tinggal bape hari je GA aku nk tamat, mcm nk naikkan jumlah pemenang je.. emmm 

MH370 - Berakhir Di Lautan Hindi

Assalamualaikum,
salam sayang,
salam Selasa,



Salam terakhir buat Penumpang MH370.

sebaik mendengar khabaran dari Perdana Mentri tepat jam 10malam semalam, aku hanya mampu terdiam, terkedu,mengenangkan apa yang keluarga mangsa sedang alami, kalau aku berada di tempat mereka, mampu ke aku lalui semua ni..

seperti yang kita maklum, semalam, satu dunia gempar dengan apa yang telah di sampaikan oleh PM kita tentang berakhirnya pesawat MH370 itu di Selatan lautan Hindi, yang mana disana, adalah tempat paling sunyi di dunia, tempat paling jauh dari mana-mana tempat mendarat, PM mengumumkan yang pengkaji dan penyelidik kemalangan udara UK, memutuskan, bahawa signal terakhir yang dikesan adalah pada pukul 8.11 pagi, dan mengikut kajian tentang keupayaan pesawat itu untuk terbang lebih adalah agak tipis,  ini kerana pesawat tersebut berada dlm keadaan tangki yang hampir kering dan telah melalui perjalanan hampir 7 ke 8 jam, dan untuk sampai ke mana-mana tempat mendarat adalah agak mustahil,kerana kawasan yang agak jauh dari daratan dan mereka telah membuat kesimpulan yang Pesawat MH370 ini mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah laut, di Selatan Lautan Hindi, yang mana lautnya cukup bergelora dengan ketinggian ombak dan angin kencang..

akhirnya setelah 17hari segala tanda tanya telahpun terungkai, cuma untuk memastikan kenapa berlakunya semua ini, kene tunggu pihak SAR untuk mendapatkan kotak hitam, barulah betul-betul terungkai segalanya..

aku berharap, ahli keluarga akan tabah menghadapi ujiannya, dan aku yakin satu dunia mendoakan mereka tenang di sana.walau dilautan terkuburnya mereka, insyaAllah mereka akan di lindungi Allah.. salam takziah buat keluarga mangsa, semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang..


salam ingatan
xoxo Puan Husna


p/s: semoga allah sentiasa melindungi kita dari segala dugaan yang kita tak mampu pikul..


Monday 24 March 2014

Pesawat MH066 KL- Incheon dilencongkan ke Hong Kong!

Assalamualikum,


makin banyak pula cerita tentang masalah Kapal terbang MAS ni lepas satu-satu dugaan yang menimpa, belum habis kisah MH370 timbul lagi kisah pesawat dari MAS, tapi yang pasti kalini, tiada sebarang kehilangan dari radar atau pun kemalangan udara, yang mana telah dilapurkan

pesawat MH066 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Incheon, menerbangkan seramai 271 penumpang telahpun dilencongkan ke Hong kong atas masalah teknikal, iaitu kegagalan generator untuk membekalakan elektrik kepada pesawat. dan ianya terpaksa dilencongkan dan selamat mendarat di hong kong untuk dibaiki..

kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain dengan selamat.

haish makin risau, sbb abah nk pegi Umrah next month dan harap2 segalanya akan selamat sampai, dan dilindunggi Allah,

thanks 4 ur time people.
xoxo Puan Husna


p/s: abah nk g umrah, haaa nk pesan buah Zuriat sebagai ikhtiar nk dpt baby heheh :)


Raja Bomoh Kene Marah!

Assalamualaikum,

harini takmo moody monday sangat, kita happy2 ye,,

pagi2 dh mcm2 status facebook yg bersepah2 dengan macam2 cerita, antara yang hangat
harini adalah PRK kajang,tp aku taknk story pasal PRK, coz politic sampai bila2 takkan tamat,

so arini nak share video RAJA BOMOH vs AKAK MANAGER!!


menurut perbualan, aku dpt dengar yang manager tu marah sebab bomoh tu buat PC tanpa kebenaran kt tempat tu, yang mana mulanya die cuma kata nak makan tp last2 buat PC, mau tak hangin manager tu sbb die yag kene marah sbb buat PC haram disitu,, last2 die g marah balik si Bomoh tu.. haaaaaaa.. garang btl akak ni..

and tahniah akak kerana berani utk bersuara, yeeehhh akak manager powerr!! lagi power dari buaya tembaga.. ngeeehhhhh


thanks 4 ur time people!
xoxo Puan Husna


p/s: buaya tembaga tu mane rupenyer?


Saturday 22 March 2014

Hala Tuju Selepas SPM

Assalamualaikum,

hello readers,



sedih semalam x sempat nk update ape-ape entry sbb ada interview kene attend,, (excited lebih)
n doa-kan kalau ad rezki ye.. hehehehe

berbalik kepada tajuk entry, kepada adik2 SPM tahniah utk yang dah pun ambil result dan percayalah, apa yang tertulis di kertas keputusan itu adalah apa yang telah di takdirkan. dan keep calm, bagi yang banyak A's tu tahniah ye.. sure family adik-adik happy sangat, dan kemana hala tuju adik-adik lepas ni? ingt ini bukan pengakhiran kepada segalanya ye,
bagi yang result tak berapa menarik untuk di tatap, jangan risau atau meratap kan result korang tu,
if korang rasa korang dh menghampakan ibu bapa, try to improve it, korang masih ada masa.. akak memilih untuk bercakap bagi mereka yang resultnyer tidak memberansangkan, bg result dh menarik jgn risau University sentiasa menanti,

tahu tak adik-adik, bahawa kebanyakan jutawan, business man diluar bukan lah dri background pelajaran yang tinggi, ada juga dikalangan mereka adalah cuma tamat belajar Darjah 6, tahu? boss akak sendiri hanya tamat tingkatan 3, dan dia adalah orang kaya!! , akak bukan nak mengalakkan adik-adik untuk tidak belajar, tapi, setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing, mungkin adik2 tidak bernasib baik dlm pelajaran, tp percayalah rezki itu dari Allah, apa yang penting ada semangat ingin maju dlm hidup,

apa yang akak boleh galakkan, mungkin universiti tidak pandang adik untuk diambil sebagai pelajar, tp kita banyak institusi lain yang mahu mengambil mereka yang berkemahiran, kita ada GIATMARA, IKM, IKBN, dan macam2 lagi yang tidak perlukan result yang cemerlang untuk masuk,

so sila ambil peluang ini, mungkin suatu hari nanti, adik-adik juga mampu berdiri setaraf mereka yang lulusan Universiti kerana percayalah, kelebihan dalam kemahiran adalah lebih di pandang dari teori, dalam alam pekerjaan nanti, buat keputusan sebaik mungkin, gunakan kelebihan yang ada, dan abil peluang yang ada, jangan anggap ini pengakhiran, jadikan ini permulaan langkah..ok SELAMAT MAJU JAYA!!

thanks for your time
xoxo PuanHusna

p/s: meluahkan dari sudut seorang kakak kepada adik-adiknya sbb adik kite pun amik result SPM jugak hehehe.. :)


Thursday 20 March 2014

Jalapeno Cheese Powder ala Cheese KFC

Assalamualaikum,





Buat julungkalinya aku membeli barang secara online, dan tibe2 tergoda dengan iklan yang membuat airliur membanjiri bibir slluuuurrpppp,,

gile tak tergoda utk hantu cheese mcm aku dan mr.H ni kan pantang lalu KFC msti beli cheesey wedges die, so mr.H terjumpa satu kakak ni jual la Jalapeno Powder Cheese ni yg mmg mcm cheese KFC tu,
dan dah sampai semalam, n setelah aku try semalam, haishhhhh..memang menjilat jari babe, sebiji rasa die dgn KFC tu punye,

so korang kalau nk try boleh la try wassap kat akak ni die jual dengan harga RM20.00 sepeket 200g siap post bagi semenanjung, n die kata kalo beli bnyk dpt murah sikit..
msti korang tanye banyak ke 200g tu kan.. bagi aku untuk harga mcm tu agak berbaloi dan banyak la.. dan bestnyer packing die siap ngan seal tau so sng nk simpan.. :)

so bagi yang pengila cheese tu tunggu ape lagi.. dont worry akak ni tak tipu punya.. sehari je die post dh dapat..

Japaleno Cheese Powder
Nursimatun Md Yusof
012-378 9284

thnaks for read people :)
xoxo Puan Husna


p/s: tak sabar nak tunggu sofa baru sampai. mr.H kata hadiah hehehe :)

Konsert Life in Colour -ZOUK DIBATALKAN!!

Assalamualaikum

Hello Readers,
Hellow Sweetie, (hehe tetibe teringat cite industan semalam)



ok sepeti yang mana sedia maklum, ramai yang menetang untuk konsert2 berunsur party diadakan dinegara ini, aku sangat berbanga dengan keperihatinan yang makin meluas untuk membantah mengadakan event2 seperti ini di malaysia, dan untuk pengetahuan korang, bulan April ini sepatutnya telahpun di atur satu even LIFE IN COLOUR yang lebih kurang dengan event FMFA ASOT650 yg mengakibatkan 6 maut tu, dan kalini  di Sepang,

Setelah mendapat batahan dilaman sosial, dan semakin ramai lantang bersuara tentang membantah even sebegini diadakan di malaysia,, aku boleh tabik spring kat organizer yang memilih langkah untuk MEMBATALKAN even ini, Tahniah aku ucapkan kepada penganjur, kerana mereka bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tetapi masih mengambil langkah menjaga sensitivity orang Malaysia tu sendiri..

dan Tahniah juga aku ucapkan kepada kalian yang berani untuk bangkit menetang even2 sebegini. dan tampa suara2 lantang dan berani dari kalian, mungkin even2 mcm ni akan terus berleluasa di malaysia ni. jangan takut menegakkan kebenaran, jangan malu menghalang kesesatan.

ok bagi u alls yang dh pun membeli tiket untuk berparty tu, pihak organizer telahpun sediakan full refund untuk kalian dptkan balik duit korang..  ok Bye..

thanks for you time sweetie
xoxo Puan Husna



 

Wednesday 19 March 2014

1st GIVEAWAY by PUAN HUSNA

Assalamualaikum,

Bermula 19/3/2014 hingga 14/4/2014


hello readers, haaaaaa,
setelah beberapa hari mencari idea nk bg hadiah untuk buat giveaway dan setelah berbincang dengan mr.H dan bersetuju untuk melancarkan " GIVEAWAY by PUAN HUSNA" tepuk tangan sikit..

ok tujuan lancarnya giveaway ini adalah untuk berkenalan dengan lebih ramai blogger dialam maya ini, untuk kita dpt bertukar pendapat dan mengeratkan silaturahim eemm ewaaahhh.. sedih plk tibe2 hehehe 

ini adalah 1st Giveaway yang aku buat, and berharap u alls sudilah join beramai2 yer.. 

ini adalah syarat-syarat nya.. simple mimple sahaja.. 

1. Haruslah mem 'follow' blog saya ini. PUAN HUSNA (syarat utama) 
     ada malasah untuk follow boleh cuba cara ini------ > CARA NAK FOLLOW

2. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk "1st Giveaway by Puan Husna"
    dan kasi tempelkan banner diatas berserta link di banner tersebut, ataupun link di entry juga diterima :)

3. linkkan enty anda di comment box bawah ni supaya mudah di skodeng oleh saya.. 

4. bari SATU cadanagan tentang blog saya di entry anda - betujuan untuk saya improve blog saya :)

ok itu adalah syarat-syarat sah nya hehehe,

dan saya memilih 5 orang pemenang dan jikalau sambutan memberansangkan saya akan tingkatkan jumlah pemenang mengikut penyertaan yang diterima.. 

saya memilih pemenang mengikut top referral dan rendom. so semua org berpeluang untuk menang !!

Antara hadiahnya adalah.
Female : Shawl/Top-up@Cash/ Accessory / Brooch 
Male    : Topup@Cash/T-shirt/Accessory

hadiah juga diberi secara rendom setelah tamat tarikh, saya akan umumkan pemenang da hadiah yang bakal dibawa pulang, ewaahhh, hehehe mungkin anda akan menerima 2 hadiah mungkin 3 dan mungkin kesemua. hah itu mengikut budi bicara pengadil iaitu mr.H dan saya sendiri.. 

ok thanks 4 your time people
xoxo Puan Husna 



p/s : first time buat GA nebes pulak kita hehe jemput join semua :)






Tuesday 18 March 2014

segmen : ayuinsyirah mencari rakan blogger

http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html

yeehhhh Assalamualaikum, hah buat julungkalinya aku menyertai Segman lagi, ape salahnyer support antara blogger kan, so korang2 yang nak join mcm biasa kasi ckil itu banner haiyaaaaa! ewah gembira nauuuu aku ni, ala sbb syaratnyer mudah sahaja..

ok jawab soalan dari ayu :  saya berasal dari PERAK/JOHOR/SELANGOR hah banyak kan..
kira ni antara tmpt2 yang pnh aku menetap lah yee..

ok jom la rakan2 blogger kita join segmen dari ayu ni ok.. :)

thanks 4 ur time
xoxoPuan Husna


p/s: masih mencari idea nk buat GA emmmm

MH370- SIMULATOR KAPTEN ZAHARIE ADA 5 DESTINASI MENDARAT DI LAUTAN HINDI?

Assalamualaikum,

penah baca tentang simulator atau nak tau apa itu simulator?
meh baca sini dulu,  ----> SINI

dan setelah korang tau apa itu simulator, ini adalah info terbaru tentang simulator yang dimiliki oleh Kapten Zaharie iaitu Pilot bagi MH370,

menurut sumber dimana, simulator yang dirampas pihak berkuasa mendapati terdapat 5 landasan yang mana kelima 5 landasan ini adalah di dalam search and resque area di lautan hindi, antara landasan
yang terdapat di simulator tersebut adalah 2 di INDIA, SRI LANGKA, PULAU MELDIVES, dan PULAU DIEGO GARCIA.



ini masih lagi disiasat samaada ini ada terlibat dengan kehilangan MH370 atau tidak, segalanya kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan tugasa, dan kita hanya mampu terus berdoa agar MH370 akan dijumpai selamat. dan teruskan #prayforMH370 kita hentikan spekulasi sbb kita tak tau apa sebenarnya yang jadi kan..

Thanks 4 Read People,
xoxo Puan Husna


p/s: tak jadi nak beli simulator sebab mahal sangat..

Bermasalah Untuk Follow Blog? - Ini Penyelesaiannya.

Assalamualaikum,

salam selasa,
hello readers,

setelah mentelaah blog dashboard beberapa hari untuk mencari solusi untuk follow blog tak boleh sbb masalah google ape tah tak pasti, dan kini aku temui penyelesaiannya.. hehehehe

aku ingat aku je alami masalh ni.. rupanya ramai yg merungut nk join GA tak boleh sebab syarat utama kene jadi followers, ok now korang boleh cuba cara ni,,

pegi ke ruang dashboard korang


dan nampak ada button "ADD" kt tepi tu, so korang clik button tu, akan keluar yang mcm ni,


dan ada tempat isi URL tu korang masukkan URL blog mane yang korang nk follow, dan click 'FOLLOW' button yang wane oren tu, lepas dh selesai, korang tgk dlm list follow korang dh masuk ke belum,

and korang boleh pegi ke blog yang korang nak follow tu, tgk dlm list followers die ada tak korang?

buat mase sekarang aku dah berjaya la,, kalau korang tak berjaya,, ce share-share kan masalah ape yang timbul kot kita boleh cari same2 mcm mane nk solve this problem kan.. heheheh atau cara lain boleh korang rujuk blog MAMANIZA pun ada bg caranya juga.. (eh brape banyak cara daaa)

ok lah hanya menyampaikan sedikit ilmu yang aku rasa mungkin dpt membantu blogger2 lain juga..
thanks you for your time people  :) bye


thanks 4 read
xoxo Puan Husna


p/s: ok dah bolleh nk follow, rasanya mcm dh boleh je nak buat GA n Join GA hehehehe selamat mencuba :)

Monday 17 March 2014

APA ITU FLIGHT SIMULATOR

Assalamualaikum,

hello readers,

harini berminat nak kongsikan tentang apa itu FLIGHT SIMULATOR,
simulator tu macam main game la, tp konsep die sebijik real, contoh mcm korang nk bawak kapal terbang walaupun korang bukan seorang pilot sbb nak jadi pilot x lepas sebab math gagal heheheheheh

so simulator ini ada banyak jenis, bukan hanya untuk kapal terbang sahaja, ada juga utk truck, kapal laut ad,
dan kalau korang gunakan simulator ni, korang dapatlah merasai membawa kapal terbang mcm real seorang pilot.

simulator mmg ada dijual, tp harganya sangat-sangat mahal, setiap satu panel berlainan harga dan software nya juga berlainan, kira boleh beli kereta sebijik la kalau nak pasang simulattor ni kt umah,




macam Kapten Zaharie kapten MH370 tu die pun ada simulator ini di rumah, untuk seorang pilot itu memiliki simulator di rumah bukan la suatu yang pelik sbb itu sudah menjadi career die, dan salah satu cara untuk improve skill penerbangan die. bak kata org putih practice make perfect kan, ngeeehhhh aku pun teringin nak ad bende ni kat umah juga, tp mahal sangat tak mampu den nk berangan jadi pilot. dan aku sure kalau sape2 yang blaja tentang penerbangan die tau pasal bende ni,

nak beli software pun dh beribu, apetah lagi full set simulator.. haishhh mimpilah yerr..
tp ni just nk share info ntuk u alls yang nk tau ape itu simulator. sape yg ada simulator lengkap mcm ni meh la ajak kita belaja bawak kapal terbang ni hehehehehe,

dan kalau korang nk merasa mengunakan simulator, dan teringin nak jadi pilot tp xlayak mcm aku ni, boleh g kt airport subang yang mana SimFlightKL ada sediakan perkhidmatan simulator ni untuk sape-sape yang teringin sangat nak bawak flight tu.. g la kt sane harga dari RM55.00 je satu sesi 20minit.. dan banyak la packej-packej lain lagi.. mcm kat bawah ni.. aku pun mcm nk booking satu sesi nk hadiahkan kt Mr.H die berminat sgt ngan bende mcm ni.. hehehe oklah bye..



keep praying for MH370
ok thanks 4 read people,
xoxo Puan Husna

p/s: hari-hari main tamiya tp lame tak update pasal tamiya ngeehhh.. :)


Remaja Overdose di FMFA #ASOT650

Assalamualaikum,

salam isnin,
hello Readers,





sedih dan menyayat hati, dalam kebimbangan kita memikirkan tentang MH370 dan masalah jerebu, air dan sebagainya, masih sempat lagi berhibur dengan cara yang bg aku agak menyedihkan, aku akui bukan seorang yang kuat dlm pegangan agama, dan masih belajar untuk memperbaiki diri sebagai hambanya,

aku tersentuh untuk mengulas tentang perkara ini, jom aku share sikit apa kata mereka yang pergi, ini dari FB aku yang tak de niat untuk mengaibkan sape-sape,

A : "korang yang tak pegi jangan nak memekak, cakap mcm tau sangat konsert ape!

B :  "katsane pun diorg ingatkan jugak utk #prayforMH370"

C :  " yang overdose tu budak-budak baru nak up"

aku terfikir, adakah kita perlu tengok je gelagat mereka, yang bagi aku susah untuk ditegur, dan aku tak nafikan siapa aku nak tegur mereka, dan aku memilih untuk diam,dalam berdiamnya aku adakah aku juga akan turut ditanya di akhirat nanti tentan

g ini? aku berkata pada Mr.H, aku bersyukur masih diberi peluang untuk Allah tidak mencabut nyawa aku tatkala aku terlompat2 melayan keseronokan dunia, aku bersyukur, aku diberi peringatan awal untuk tidak terus dijalan itu,

tercengan juga bila lihat gambar2 yang tersiar di media masa tentang mereka yang pergi ke konsert ini, (maaf takde gambar yang aku nak kongsikan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak)
dalam hati aku tersentuh, kan bagus kalau seramai ini umat islam ke majlis ilmu, kan bagus kalau seramai ini umat islam berdoa kepadanya untuk mengelakkan musibah, kan bagus kalau seramai ini anak-anak remaja yang memenuhi masjid2.

aku sentiasa berdoa agar aku,suami aku, keluarga aku, adik-adik aku, rakan-rakan aku, saudara mara aku, tidak mati dalam keadaan yang dimurka Allah, aku berharap kami mati sewaktu sujud kepada-nya, aku berdoa kalau tercabutnnya nyawa aku biarlah aku sedang berzikir kepadanya, aku mengingatinya, dan biarlah aku mati dalam keadaan sempurna ibadahku kepada-nya.

wallahualam, semoga Allah memberi hidayah kepada kita, dan sentiasa dibawah lindungannya
semoga bermanfaat,


thanks 4 read people,
xoxo PuanHusna


p/s: masih mencari MH370, nanti aku update pasal MH370 lagi ok.. :)


Friday 14 March 2014

PULAU DIEGO GARCIA

Assalamualikum,

salam jumaat,

hello Readers,

jom berkenalan dengan pulau yang mungkin jarang untuk orang ambil pusing,
aku pun ni baru tau pasal pulau ni bile ada yang berkongsi info tentangnya, al matlumlah geografi dulu slalu ponteng hahaha.

pulau ini adalah salah satu pulau dibawah naungan negara United Kindom , dan Kerajaan British membenarkan Amerika Syarikat untuk mewujudkan sebuah pangkalan tentera di pulau itu.

Tentera Laut Amerika Syarikat mengoperasikan Naval Support Facility (NSF) Diego Garcia, kapal tentera laut yang besar dan asas sokongan kapal selam, pangkalan tentera udara, kemudahan ruang-pengesanan komunikasi dan, dan tempat berlabuh untuk pra-kedudukan bekalan tentera untuk operasi serantau di atas kapal Tentera Perintah Pengangkutan Laut kapal.

sumber : google

jarak diantara pulau ini ke malaysia adalah lebih kurang sama jaraknya malaysia ke baijing..dan kepulauan ini terletak di lautan hindi, seperti mana AS ada mencadangkan untuk mencari MH370 di lautan Hindi, so kira dekat gak la ngan area pulau ni,

pulau ni berjiran dengan pulau meldives,



tapi kalau kita nak berjalan2 bersiar2 kat pulau ni, mmg xde penerbangan khas dari malaysia ke pulau ni, dan tak pasti pulak ada atau tidak disediakan personal travel ke pulau ni,, adakah ini pulau peranginan atau bukan pun tidak pasti.. dan yang pasti pulau ni lebih kepada pengkalan dan terdapat airport yang agak besar keluasannya. Bentuk pulau ni sangat unik,yang mana pulau ni terdapat satu lagon dibahagian tengah mcm kolam renang pulak..








kalau korang nk tgk sendiri pulau ni, boleh la gi goggle map, tkn earth, npk la rupa bentu pulau ni..
semoga bermanfaat ye, ada spekulasi mengatakan MH370 dibawa kesini, wallahualam, hanya allah yang lebih mengetahui..ok bye,,

thanks 4 read people
xoxo Puan Husna


p/s: masih tetap terus berdoa yang terbaik dari Allah.. #Pray4MH370

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...