Assalamualaikum,
salam khamis,
dalam setiap kehidupan bukan selalunya akan indah, kadang kala kesedihan juga dirasa sebagai seorang manusia, cuma cara kita mengawal kesedihan kita, adalah kita menangis sepanjang malam, adakah kita cuma tersenyum atau kita marah?
Alhamdulillah, setiap ujiannya itu, aku tahu Allah itu masih mengingati aku, ya mmg aku sedih, aku kecewa, tapi sedikit air mata pun tidak menitik, bukan kerana ego, bukan kerana kebalnya aku, tapi ada kekuatan yang membantu aku, hanya dengan satu ayat, aku mampu tersenyum..
"la tahzan innaallaha ma'ana"
maksudnya: Janganlah bersedih, kerana Allah bersama kita
ayat yang cukup ringkas tapi cukup mendalam maksud yang mampu buat aku tersenyum tatkala, dugaan yang mampu buat aku terduduk menimpa aku.
tatkala pikiran aku mula memikirkan solusi yang bila difikirkan baik sangat bodoh, tiba-tiba ayat ini terlintas seperti ada yang membisikkannya kepada aku, aku terus search dan bermacam kata-kata semangat yang muncul didepan mata, tanpa kawan-kawan tanpa sedara-mara, semangat-semangat ini muncul depan aku dan aku makin tersenyum..
ya Allah, kau benar benar berkuasa, dan aku yakin kau sentiasa ada bersama aku. :)
PuanHusna
p/s: jarang aku buat entry sebegini, cuma mahu sedikit ruang untuk meluahkan. dan aku lebih tenang :)