Thursday 16 June 2016

SUNAT ANAK PEREMPUAN di KLINIK MESRA

Assalamualaikum,

salam ramadhan buat semua.. Alhamdulillah tadi telah selamat mengkhitankan (sunat) si rarah yer lah dia pun umur dah 4 bulan setengah,, org kata time yang molek lah utk sunatkan dia..

so alang2 harini ibu tak berapa sihat, dan ayahnyer pun kepenatan sbb semalam buat order banyak.. so harini sempatlah curi masa utk pegi sunatkan si rarah kejap.. mule2 mencari2 jugak kat mane nak di sunatkan si rarah ni.. cari punyer cari.. teringat clinik yang slalu aku pegi utk buat cekup or ape2 lah..

KLINIK MESRA

klinik ni terletak di pinggiran seri gombak.. so aku call dulu tanya samada boleh atau tidak utk sunatkan baby girl kat sini dan dia kata boleh.. so aku pun terus je pergi bawak rarah utk di sunatkan..

so selamatlah sudah si rarah disunatkan,,, dan mule2 aku ada call clinik lain tanya tentang sunatkan baby girl dan dia kata harga rm45.oo, tapi aku buat kat klinik ni.. RM18.00 sahaja ok.. bile aku tgk proses yg dilakukan.. aku pun terpikir.. ape yang mahal sgt sampai rm45??? sedangkan alaaahaiii
dia cuit sikit je bg berdarah then dah siappp...

so bagi yang tengah cari tempat nak sunatkan baby girl bagi korang yg area gombak ni.. boleh la g clinik ni.. doc nyer pun ok je... so selamat bersunat.. eeehhhh

thanks for your time
xoxo puan husna

Sunday 12 June 2016

Pengalaman Ibu - MENJAGA ANAK TIDAK SEMUDAH DISANGKA

Assalamualaikum,
salam ramadhan, nampaknyer sawang blog semakin menebal.. mcm mcm bende nak di uruskan lepas abah meninggal haritu.. ni baru start nak relex, sedar tak sedar dah masuk ramadhan.. sesi mencari rezeki ramadhan pun tiba.. Alhamdulillah sejak menjadi ibu ni.. mcm mcm bende baru belajar.. natrah now dah pun 4 bulan lebih.. nah blanje gambo die skit..




ok nak story, pasal mcm mane pengalaman aku membesarkan anak dalam tempoh 4 bulan ni (baru 4 bulan ok! hahah).. fuhhh mencabar mmg sangat mencabar,, ianya tak semudah yang disangka.. kadang aku sampai rasa nak give up pun ada tp emmmm.. ada yang cakap 
" org lain ada anak ko nak anak, pastu tak boleh bele"
ok pada mulanya aku ingat jaga baby adalah satu bende yang mudah yer la kenyang dia tido. bangun nyusu pastu tido balik..

tapi sangkaan aku meleset same sekali bila Allah kurniakan aku Khadijatul Natrah yang betul betul menguji kesabaran.. ok bkn aku je eh.. mama aku pun give up ok! aku diberi ujian tahap kesabaran dimana Allah kurniakan seorang anak yang KUAT MENANGIS+TAKNAK LETAK
hanya Allah yang tahu mcm mana.. aku dan suami buat keputusan tak jadi hantar org sbb aku tau kalau aku hantar kat org pasti ramai yang pulang balik sbb tak tahan die asyik merengek je, plus banyak kes sekarang yang dera baby sebabkan bende mcm ni la.. baby menangis taknak letak.

mcm mcm ikhtiar aku dah cuba bile org kata si natrah ni kene sawan tangis lah,kene gangguan lah nama tak kene lah, nak kene jual lah.. tp die masih mcm tu..dia sihat Alhamdulillah, kuat menyusu, takde sakit.. malam tido elok lena tapi cuma siang je bermasalah sikit.. at last lepas dah masuk 4 bulan ni aku tau natrah bukanlah kene semua yang disebutkan tu.. tp mmg Allah nak uji aku dengan Anak mcm ni.. merasa mcm mana susahnyer bele anak. mcm mana susahnyer nak besarkan anak.. ingat lain orang lain bahagian dia.. dan ini bahagian aku.. walaupun rasa serik jugak la nak beranak kecik.. tp aku cuba bertahan tgk mana mampu.. kadang2 hilang juga sabar ni.. tp bile teringat balik mcm mana sakit nak lahirkan dia.. insaf balik..

kadang org tgk kita marah2 anak mcm kita tak sayang dia.. siapa tak sayang anak oiii,, sedangkan kucing pun tak kasi org pegang anak dia.. ini pulak manusia.. aku terima semua ni sebagai ujian dari Allah utk aku jadi org yang lebih penyabar.. aku harap natrah akan jadi anak yang baik bila besar nanti.. 

kepada yang baca entry ni,, jangan takut utk beranak ok.. lain org lain bahagiannya.. mungkin korang punyer anak baik senang utk di bele kann kita tak tau.. semua tu dari Allah.. so doakan aku terus kuat dalam membesarkan natrah.. hahaha jangan tanya lagi pasal adik natrah ok... bialah aku besarkan dia yang manja terlampau ni dulu... 

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: berat ibu berjaya di turunkan dengan cara jaga natrah! hahahaha kurus aku dikerjakan anak!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...