Showing posts with label rajabomoh. Show all posts
Showing posts with label rajabomoh. Show all posts

Monday, 24 March 2014

Raja Bomoh Kene Marah!

Assalamualaikum,

harini takmo moody monday sangat, kita happy2 ye,,

pagi2 dh mcm2 status facebook yg bersepah2 dengan macam2 cerita, antara yang hangat
harini adalah PRK kajang,tp aku taknk story pasal PRK, coz politic sampai bila2 takkan tamat,

so arini nak share video RAJA BOMOH vs AKAK MANAGER!!


menurut perbualan, aku dpt dengar yang manager tu marah sebab bomoh tu buat PC tanpa kebenaran kt tempat tu, yang mana mulanya die cuma kata nak makan tp last2 buat PC, mau tak hangin manager tu sbb die yag kene marah sbb buat PC haram disitu,, last2 die g marah balik si Bomoh tu.. haaaaaaa.. garang btl akak ni..

and tahniah akak kerana berani utk bersuara, yeeehhh akak manager powerr!! lagi power dari buaya tembaga.. ngeeehhhhh


thanks 4 ur time people!
xoxo Puan Husna


p/s: buaya tembaga tu mane rupenyer?


Thursday, 13 March 2014

MH370- "RAJA BOMOH DATANG LAGI"

Assalamualikum,

dah baca enty pasal to bomoh bubu ni tak? kalo belum men clik sini.. --> SINI raja bomoh

ok kalau dah baca, meh sambung entry,
semalam gempar lagi semelaya dengan kehadiran RAJA BOMOH ini ke KLIA lagi, buat ape? buat ape lagi, retual yang tak habis2,

sumber: google


sumber: google

sumber:google


aku belajar pendidikan islam, aku belajar agama, walaupun aku bukan alim ulama, aku bukan lah
ustazah yang tahu lebih terperinci tentang agama, dan aku juga dalam proses belajar tentang agama
tapi, aku tak penah pulak tau yang islam mengajar kita meminta pertolongan dari Allah dengan cara mcm ni.
sedih ,malu semua ada, kelapa, bakul, tikar,labu, teropong, untuk apa?
tak cukupkah Solat 5 waktu, solat hajat, bacaan yasin dan berdoa untuk meminta pertolongan dari Allah?

tidak cukup kah untuk percaya bahawa Allah itu yang Esa, dan tidak kuatkah kepercayan terhadap kekuasaan Allah? hingga sanggup memperbodohkan diri dengan sketsa2 ala2 cerita P.Ramlee tu? sudah sudah lah dengan karot komedia yang kau lakukan ni.. orang tgk die bukan orang mengatakan tentang kehebatan tok bomoh itu, tetapi dia hanya menjadi bahan tawa serata dunia, dan mengatakan betapa teruknya orang Malaysia. dan secara terangnya, telahpun menjadi alat perodi kepada orang lain.

kehilangan pesawat MH370 bukan barang gelak tawa yang boleh di persendenkan, ini isu nyawa. ini isu keselamatan, dan ini isu negara.

aku harap pihak2 bertangung jawab boleh cepat bertindak, sebelum ramai yang terpengaruh dengan dia,

bagi yang bukan islam, aku nak tegaskan bahawa, apa yang bomoh itu buat,

BUKAN AJARAN AGAMA ISLAM!

dan apa yang bomoh itu buat adalah kurafat!

meh belajar sikit tentang apa tu KURAFAT!

·         KHURAFAT
·         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

·         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat
-     mempercayai sesuatu bende yang kononya mempunyai kuasa sakti

·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
                                                  -            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

Ya Allah jangan kau tolak doa kami kerana orang-orang seperti ini!

semoga Allah sentiasa melindungi kita dari perkara seperti ini..
wallaualam, semoga bermanfaat.

Thankx for read people,
XOXO Puan Husna

p/s: minta pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya agar tidak berlarutan..

Wednesday, 12 March 2014

MH370 - "RAJA BOMOH" SESAT!

Assalamualaikum,

Hello readers, Selamat Hari Rabu,

Wordless Wednesday?.. oh tidak, harini banyak nak bebel..

dah berapa hari dh aku tgk dlm media sosial, dan dari mulut kawan2 semua menceritakan pasal "RAJA BOMOH" so aku pun buat la research pasal sape die BOMOH ni yang aku gelarkan TOK BOMOH BUBU yang diperkatakan itu,

nah tgk video ni dan aku akan cerita lanjut.

sumber : youtube

dah tengok dan amati apa yang dilakukan oleh bomoh ni?
bomoh ni bernama IBRAHIM MAT ZIN, dan dia juga dikatakan antara
bomoh ter'power' la kat melaya ni. dan banyak selesaikan masalah2yang terjadi seperti kes mona fendy dan sebagainya dengan mengunakan teropong ajaibnya itu,die kata dapat melihat PESAWAT MH370 tu sedang terapung diantara 3 negara, fuh power teropong die ni..

tapi, sebelum korang mempercayai apa yang dilakukan oleh beliau, tahukah anda bahawa JAKIM telahpun memutuskan bahawa bomoh ini didapati SESAT.

sumber : facebook Ustaz Dr.Zaharuddin Abd Rahman

kalau secara kebetulan, apa yang dikatakan oleh bomoh itu benar-benar terjadi, percaya dan yakinlah, itu adalah kuasa Allah bukan kuasa Bomoh, dan ini mungkin ujian dari Allah untuk kita, nak tgk kita lebih percaya Allah atau Bomoh,yakinlah kuasa Allah tiada tandingan

aku berharap kita dilindungi dari perkara-perkara yang syirik dan kurafat,
negara kita ramai Alim ulama, dan uztaz yang bertauliah yang boleh  membantu dengan cara yang betul..

wallahualam,,
semoga kita dapat membezakan mana baik dan mana buruk.
teruskan berdoa kerana DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

thanks 4 ur time people
xoxo Puan Husna


p/s: Bubu buat tangkap ikan, teringat zaman tangkap ikan kt kampung pakai bubu dpt ikan keli.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...