Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, 30 July 2015

PENTINGNYA INFO DI SCREEN LOCK ANDA!

Assalamualaikum..

salam khamis.. wahhh tak sabar nak habis kerja ni esok last dayyyy yeehhhh.. ehhh tukar topic plk.. ok berbalik kepada topic asal..

semua sekarang mesti ada handphone canggih2 kan.. dan yang pasti bile handphone canggih2 ni semua akan buat screen lock utk elakan org lain ceroboh handphone anda.. 
tapi tahukah anda di sebalik selamat yang korang rasa itu ada bende yang lebih penting korang tak perasan iaitu bila dalam keadaan kecemasan..

contoh : handphone anda tercicir, atau ada perkara2 yang tak di ingini berlaku pada anda.. tp disebabkan handphone anda ber lock.. so orang yang ingin membantu tak boleh nak cari no phone penting untuk mereka hubungi jika didalam kecemasan.. jadi apa yang anda boleh lakukan utk memastikan segala berita penting tentang apa yang terjadi pada anda boleh sampai terus ke keluarga atau org org penting?

ramai yang ambil remeh tentang ini.. tp ini adalah apa yang berlaku sekarang ramai bila berlaku kemalangan tak tahu nak hubungi siapa kalau nak membantu, hanya boleh ambil gambar dan viralkan di media sosial.. supaya waris boleh mengetahui.. tp agak2 nak sampai ke waris tu berapa lama ambil masa?

jadi ini adalah salah satu cara yang boleh membantu..
korang atau apa yang korang boleh letak pada sreen lock korang?

dan ini adalah ape yang dah lame aku buat pada lock screen aku bile org terjumpa phone and tekan butang "On"

so mcm mane aku buat ni adalah dengan create satu gambar dengan letak info yang aku rasa patut then aku save sebagai lock sreen wallpaper yang boleh set bile korang nak set wallpaper korang.. 

 so untuk lock sreen wallpaper aku letaklah gambar mcm kat atas tu so bile lock pun org masih boleh tgk info untuk call siapa yang perlu jika berlaku apa2 kecemasan..

tapi kalau korang tak reti nak buat gambar ke ape, ada alternative lain yang boleh membantu mcm ni..

korang pegi ke "Setting Phone" korang dan korang boleh cari bende mcm kat bawah ni..


so dah jumpe Owner info kat dalam Lock screen yang tempat korang nak setting untuk buat pin ke pattern tu.. so die bawah sekali ada, Owner info.. so click kat situ then akan keluar mcm ni pula...


ok lepas keluar mcm ni korang pun kene la tick kat "show owner info on lock screen" then type apa info yang perlu org tau bile ad kecemasan berlaku.. dah siap korang back balik ke screen biasa dan cuba lock then tekan "on" balik dan korang akan nampak mcm ni


 no telephone atau apa2 info yang korang type tadi akan appear pada lock sreen korang so ini akan memudahkan org yang nak tolong korang cari info atau no-no penting untuk di hubungi bile dalam keadaan kecemasan atau terjumpa phone anda.. 

ingat yer bukan semua org jahat.. dan bukan semua org mencuri.. sekurang2nyer kita dah ikhtiar jika berlaku sebarang kecemasan.. selebihnya kita berserah pada Allah.. 

so selamat mencuba!

thanks for your time
xoxo Puan Husna




p/s : tak sabar nak last day esok!

Monday, 29 December 2014

Terkini : Sesi Persekolahan Di Tangguhkan Seminggu!

Assalamualaikum,,

Ramai telah memulakan persiapan untuk anak-anak memulakan persekolahan minggu hadapan,, namun setelah ramai yang mengalami kesukaran akibat banjir,, Kementrian Pelajaran telah mengumumkan bahawa Sesi Persekolahan 2015 ditangguhkan selama 1 minggu.. ini bermakna,, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015(Ahad) bagi negeri kelantan/terengganu/johor/kedah,, dan negeri-negeri lain pada 12 Januari 2015 (Isnin)


semoga keadaan banjir di malaysia akan beransur pulih,, dan kepada yang cuti tu,, jangan happy sangat,, ingatlah kawan-kawan dan sedara mara seagama kita yang di timpa kesusahan akibat banjir sekarang ini.. 

Thanks for your time
xoxo Puan Husna



Friday, 27 June 2014

RAMADHAN : PERLUNYA BERSAHUR

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,, 



esok dah mula berterawih dan kiranya esok kita dah mula bangun sahur kan,, jadi harini nk berkongsi ilmu sikit la tentang bersahur, (ilmu sekadar yang mampu) dan ramai yang ambil ringan tentang bersahur kerana sayangkan tidur,, ok meh aku cerita kenapa kita sebagai muslim kene bersahur dan digalakkan bersahur,

 Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

haaaa sahur ni bukan semata-mata untuk tahan lapar disiang hari saja,, tapi juga nak dapatkan keberkatan dalam ibadah puasa yang kita buat..

ok dah cakap tentang kepentingan bersahur,, mari kita tgk ape pula sunah nabi semasa bersahur,


        نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
     Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.” (riwayat Abu Daud)

kalau malas sangat pun nak bangun makan,, tak salah ambil je sebijik kurma,, sambil tutup mata pun boleh makan hehehe. yang penting kita bersahur dan ambil keberkatan bersahur tu ya.. dan kalau taknak makan sekalipun,, minumlah walau seteguk air,,

aku dulu pun agak malas nak bangun sahur, tapi siap la kene jerit ngan mama ngan abah suruh bangun,, and dah ada suami ni pun,, mr.H pulak tak boleh kalo tak bangun sahur..

jadi marilah ramai-ramai kita bangun sahur, kalau bangun tgk bola boleh takkan bangun sahur liat kan.. hehehe peringatan untuk diri sendiri juga ni,,kalau kat kampung-kampung selalu ada orang yang pusing  kampung, sambil main kompang gendang untuk kejut sahur,, seronok jee,

dan kepada seluruh umat islam,, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, semoga ramadhan ini sama sama kita memperbaiki diri kita dan menjaga diri dari dosa dosa kering.. haaaa cakap pasal dosa kering,, nanti next entry nak share pasal dosa kering bulan puasa la pulak.. hehehe

sumber : ustaz fathul bari


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: esok dah terawih, rinduuu suasana malam ramadhan,, meriah sangat,, lagi2 bila puasa di kawasan kampung. :)


Thursday, 15 May 2014

Kanak-kanak disantau mungkin penyakit Steven Johnson Syndrome (SJS)

Assalamualaikum,

salam Khamis, to all readers and bloggers,

AMARAN: terdapat gambar yang agak mengerikan. jika tidak tahan jangan melihatnya!

kisah yang heboh di facebook yang mana dikhabarkan kanak-kanak itu disantau, dah baca?kalau belum boleh click n baca kat sini ---->Kanak-kanak di santau, dah baca boleh terus sambung baca yang ini pula ok,,

ok aku ada buat sedikit research pasal adik ni dan berkesempatan aku cari-cari kat internet kot-kot ada penyakit yang seumpama ini,, ye la,, kemungkinan dia di santau,, tp kita pun tak pasti kan,, dan kemungkinan juga ini adalah penyakit,, aku ni rasa bersalah juga keluar kenyataan terus kata beliau di santau sbb menurut sumber yang mereka sendiri tak pasti kan.. maaf jika statment aku membawa kepada fitnah,,

kalau la die bukan di santau kan dah jadi fitnah tu,, berdosa pulak kita ni kan.. ok, dalam research yang aku buat melalui internet,, aku adalah terjumpa satu penyakit yang seumpama ini,, aku tak nafikan jika ia di santau, dan aku juga tidak mengiyakannya,, sekadar menyatakan kemungkinan yang ada,, aku bukan doctor ok,, tapi sekadar membuat sedikit rujukan dan berkongsi infomasi bersama pembaca jika ada yang berguna,

ok berbalik kepada research yang aku buat, aku ada terbaca tentang satu penyakit ini yang mana dipangil STEVEN JOHNSON SYNDROME (SJS), menurut yang aku baca, SJS ini merupakan satu penyakit dimana dia akan menyerang bahagian-bahagian anggota badan yang mempunyai bendalir, contoh mulut, mata telingga dan hidung, ini tidak bermakna anggota lain tidak mendapat kesan,,

selalunya apabila seseorang itu terkena SJS ini, anggota mereka akan kelihatan seperti melecur dan berdarah. dan penyakit ini selalunya adalah kerana masalah infection atau jangkitan kuman pada darah, ataupun masalah allergy ubat, dlm ertikata lain ubat yang tidak sesuai dengan badan..

menurut apa yang aku baca juga, penyakit ini adalah jarang-jarang berlaku. dan selalunya pada awal SJS berlaku, pesakit akan mula demam, sakit tekak dan terasa sakit-sakit di sendi badan, yang mana immune badan mula tidak dapat berfungsi dengan baik. disini aku ada sertakan sedikit gambar yang aku dapat dari Google harap sapa yang tidak tahan jangan lihat, takut membawa mudarat pule nanti. aku sekadar ingin menunjukkan kesamaan apa yang berlaku pada adik tersebut sengan SJS ni je..





Cara mengubati? emmmm yang ni aku masih dalam pencarian lagi sbb terlampau banyak info tentang SJS ni, nanti aku buat sikit rujukan lagi pasal penyakit ni, dan harap dapatlah berkongsi ilmu dengan para pembaca semua..

jika benar adik ini terkene penyakit ini, aku harap Doctor yang merawat beliau dapat buat yang terbaik untuk beliau, dan semoga adik ini akan cepat sembuh,insyaAllah, ape ape pun, mari kita doakan yang terbaik untuk adik ni tau, terima kasih, harap ada info yang berguna disini.

thanks for your time readers,
xoxo Puan Husna




Tuesday, 29 April 2014

RAYUAN BR1M Hingga 31 MEI 2014 & soal jawab dengan helpline BR1M

Assalamualaikum,


disebabkan aku tidak layak menerima BR1M, dan surat pun sampai rumah dengan mengatakan,
dukacita dimaklumkan, anda tidak layak menerima BR1M kerana anda terlampau kaya hahahahahahaha
gurau je,,

ok ya mmg aku tak layak menerima BR1M dengan alasan gaji lebih RM2,000, wellll tak perlu la cerita gaji aku lebih ke tak kan, so aku pun buat juga la rayuan, so kalo dh buat rayuan tu paham-paham la yang aku bukan pembayar income tax! so how they get gaji aku lebih RM2,000? ok what ever la kan,

nak cerita pasal buat rayuan ni, pada mulanya mereka kata tarikh tutup 30 April 2014, dan telahpun dilanjutkan sebab ramai yang nk buat rayuan,, so sempat lagilah bagi yang tak dapat tu nak buat rayuan lagi, sebab ianya telah di panjangkan masa rayuan sehingga 31 Mei 2014.

tapi, keputusan rayuan tu tak tau lagi akan dapat tahu bile ok,

 aku pernah call helpline BR1M tu, and setelah satu hari suntuk menghubungi akhirnya aku pun dpt la bercakap dengan call center person tu, aku pun mmg mengambil peluang untuk tanya soalan sebanyak yang boleh agar clear dan aku boleh la share kt korang-korang semua..
ini antara soalan yang aku tanya dan jawapan mereka,

me : saya tak dapat BR1M dengan alasan gaji melebihi, dari sumber mana tau gaji saya melebihi?
br1m: slalunya mereka merujuk dari banyak pihak termasuk kwsp, dan sumber-sumber lain

me: tapi kwsp saya pun terang-terang potongan untuk gaji bawah gaji yang dinyatakan
br1m: yang tu kami tak pastilah,

me: kalau nak buat rayuan macam mane ya?
br1m: ok cik boleh buat rayuan terus ke pejabat LHDN berhampiran.

me: cara lain?
br1m: takde cara lain, mmg kene pegi dkt LHDN terus cik,

me: kalau pegi nk bagi ape je?
br1m: IC photocopy, surat BR1M tak berjaya, slipgaji bulan dec atau januari, dan isi borang rayuan.

me: brape lama masa ambil untuk proses?
br1m: dalam 2 minggu dapat tahu keputusan.

me: kalau alamat surat menyurat saya di gombak saya pegi LHDN kajang boleh?
br1m: boleh cik kt mana-mana pun boleh.

me: kalau saya buatkan untuk kawan saya boleh?
br1m: tak boleh cik, tuan badan kene pegi sendiri.

me: kalau dapat die bayar macam mana?
br1m: diorang bank in la, kalau no akaun masalah ke ape baru die bagi surat.

me: bila tarikh tutup rayuan ni?
br1m: tak tetap lagi cik, kalau tu nanti die umumkan tp buat masa sekarang belum pasti lagi

me: kalau saya buat rayuan pastu tak berjaya jugak. boleh merayu lagi ke?
br1m: hah yang tu saya tak pasti

me: so kalau saya tak dapat juga br1m kalini maknanya next year pun saya tak dpt lagi ke?
br1m: haa yang tu pun saya tak berapa pasti la cik, tp cik boleh cuba ajukan bende tu melalui email.

ok itu adalah antara perbualan aku dengan orang br1m yang aku hubungi melalui talian 1-800-88-2716
dan die kata 2 minggu aku buat rayuan lebih dari 2 minggu untuk tgk keputusan die bila keluar.. tp masih takde apa2 jawapan.. haaa so kalau korang buat rayuan tu jangan la letak harapan tinggi sangat, dapat ambik tak dapat takde rezki la tu.

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

Thursday, 10 April 2014

AUTISME- Kelebihan atau kecatatan?

Assalamualaikum,

salam khamis, well hello readers

sebelum bergerak ke tempat kerja, aku sempat menonton, MHI yang mana bulan ini adalah bulan AUTISM yang mereka mengetengahkan kepada masyarakat apa itu AUTISM yang mana kebanyakan rakyat kita, menganggap AUTISM sama dengan penyakit mental, ok harini aku nak share info tentang penyakit ni,


APA ITU AUTISM?

Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

secara kasarnya, ia dilihat sebagai masalah ganguan pemikiran, yang mana, kanak-kanak autism ini tidak mampu berfikir secara normal,



tahukah korang bahawa kanak-kanak autisme ini memiliki, kelebihan tersendiri, seperti bermain muzik, keupayaan menghafal hanya dengan mendengar, kemampuan melukis, dan daya imaginasi yang lebih hebat dari orang biasa, walaupun pada dasarnya mereka mengalami masalah dalam berfikir, tapi mereka dikurniakan juga kelebihan yang melebihi orang biasa,

bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah ini, jangan risau, sebab anak anda mungkin akan jadi seorang yang lebih dibangga kan, contoh jika kecenderunggan anak anda kepada menghafal, jadi, hantar dan pupuk minatnya, dalam mempelajari TAHFIZ, kerana anak-anak autisme yang berkemampuan menghafal, mampu menghafal al-Quran itu lebih pantas dari anak-anak biasa. hebatkan ciptaan Allah, insyaallah bukan dunia saja yang kita dapat, malah Akhirat juga kita berkat,

aku sampai menitis air mata bila melihat anak-anak anutisme ini tadi membuat persembahan, tersentuh naluri aku bile mendengar mereka, menyanyi, melukis, yang mana, rakyat kita suka mendiskriminasikan golongan ini, kalaulah kita mampu buat mereka sebagai teman, kan kehidupan mereka lebih bagus,

wallahualam,

kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengidap AUTISM ini jangan lah segan atau malu dengan anak anda, kerana ank itu rezki dari Allah, dan setiap pemberiannya, pasti ada sebab, malah berbanggalah dengan anak anda, dan anggaplah mereka sebagai UNIK yang orang lain tidak ada.. dan ini adalah kelebihan yang anda terima, bukan kekuranggan ok,,

semoga bermanfaat

thanks for your time.
XOXO Puan Husna

p/s: kanak-kanak autisme ni sangat friendly tau, dan mereka jujur dlm berbicara, :)

Thursday, 6 March 2014

terpengaruh cek OTAK!

Assalamualikum,,,
hello readers,,

wahhh awalnyer pegi keje yer aku ni.. biase la pekerja contoh kan.. harharhar..
disebabkan terpengaruh dengan entry dari kawan2 bloger yang lain, so aku pun buat la pemeriksaan
otak kat SINI -CEK OTAK hehehe

dan ini adalah hasil yang diperolehi... taraaaaaaaaaaaa


hahahah saya adalah pengguna OTAK-OTAK KEMPAS! hehehe
sah sah la aku guna otak kanan sebab aku adalah left handed bak kata org kampung aku la..

ewahhhhh cik Nurie kata org berotak kanan ni kuat berangan yer.....we all bukan kuat berangan la,, we all ni
berpandangan jauh.. ceh ceh.. yer la banyak memikirkan masa depan kan.. harharhar..

ok meh cite sikit lah kelebihan pengguna otak kanan yang kebanyakan nyer adalah orang yang KIDAL termasuk la man kidal.. heheheheh (ada kene mengene x?)
xpe la atlist kalo man kidal baca dpt jugak aku sampaikan info kat die kann hahahaha ok abg man kidal? heheh

kecenderungan orang berotak kanan adalah kepada bende2 visual, imagination and art.
die mempunyai kelebihan dlm seni tak kira la seni halus, seni muzik, seni tampak, seni lukisan atau ape jua seni. termasuk lakonan ia juga di pangil seni.dan kebanyakan pengguna otak kanan adalah seorang yang kreatif, aku kelebihan seni ape? aku mungkin seni silat gayong kot.. hahahah. kalau korang perasan kebanyakan artis dimalaysia dan dunia.. adalah KIDAL.

meh kita tgk pembahagian otak manusia tentang kecenderungan die..


hah nampak tak kat atas ni, org berotak kanan mmg sangat power dalam berimiganasi, dan kadang2 imagination dia sampai tak tercapai dik akal lah, dan org otak kiri lebih cenderung kepada logical thinking,
yang ni eeemmmm tak tau la btl ke tak kalo logic msti power math, tp malangnya mr.H adalah left brain user tp bg soalan math je mmg die bakar je la buku math tu.. hahahaha tp bab scientific skill tu mmg sangat setuju la untuk orang berotak kiri, sbb mr.H mmg sangat power dalam mengkaji science heheheheh

secara terangnya, tak kesahlah korang guna otak belah mane pun. itukan kelebihan masing-masing kan.. dan yang penting korang gunakan otak dalam membuat sesuatu perkara, jangan tak de otak sudah.. so hargailah otak anda dengan baik yer.. rajin2 la treatment otak anda dengan cara, membanyakkan membaca al-quran, solat, dan fikir bende-bende yang baik.ingatan untuk diri sendiri juga. heheheheh

thankd 4 ur time readers,
xoxo Puan Husna

p/s: sedapnyer kalo dapat makan otak-otak kempas.. nyammmm!



Wednesday, 5 March 2014

Cincin Kawin Lelaki

Assalamualikum,

disebabkan ingin membantu my BFF si NuriesyaNadia yang B2B tu kan,,
die mencari cincin lelaki untuk upacara batal air semayang lepas nikah tu.. wah wah..
dh mcm ritual buang hantu dh kau nak upacara bagai.. hahahaha

ok now cikak manis, dan B2B yang lain kalau info ini dapat membantu
korang nak cri cincin untuk si G2B ehh..

first yang kita kene tau adalah fatwa tentang lelaki memakai cincin..



S: Jenis cincin apakah yang dibenarkan dipakai oleh lelaki Islam?

J: Islam melarang lelaki memakai emas. Selain dari itu, adalah dibenarkan bagi mereka memakai apa sahaja jenis cincin selagi mana ia tidak menyerupai wanita.


so jelaslah bahawa en lelaki pun boleh memakai cincin, tetapi jangan menyerupai wanita ok..kalo en lelaki 
siap nak bentuk love-love bagai,,,hah nak jadi ape kau pki cincin campu kasi je cincin tikam 20sen tu dah.. 

mane nak cari cincinnyer yer.. ok ni aku bg several kedai yang ada menjual cincin lelaki. yang bukan emas.




1. K.M Oli Mohameh
Menara Citibank 165 Jalan Ampang, Menara Citibank, 
50450 Kuala Lumpur, 
Phone:+60 3-2712 0170

kat sini bg tau awal2 ianya agak mahal.. tp bg yang nakkan quality mmg sini mmg terbaik, kebanyakan cincin lelaki dibuat dari platinum dan titanium dan ada yang ready made ada juga yang custom ikut citarasa nak letak batu belah batu betangkup ke, nak letak batu caves ke.. ikut korang.. ok.. dan ramai artis beli barang kemas kat sini okkk..kelasssss :)

2. Bausch K
MIMOSA 98 Sdn Bhd (489644-9)
36A, Jalan Medan Midah, Taman Midah, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603-9130 5262
Fax : +603-9130 5268

disini merupakan kedai barang kemas yang diperbuat dari stainless steel, yang mana, material ini lebih murah dari platinum atau titanium, kalau korang memilih untuk tidak mengeluarkan duit banyak untuk beli cincin si en.lelaki.. so sini adalah salah satu pilihan tempatnya. banyak jugak pilihan yang boleh korang pilih kat sini. so gi la jenguk2 kot2 ada yang berkenan di hati kannn.




harap ada yang membantu yer disini..

thanks 4 ur time people.
xoxo Puan Husna

p/s: nasib en.suami mmg tak suka pakai accessories so jimat duit hekhek  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...