Tuesday, 29 April 2014

RAYUAN BR1M Hingga 31 MEI 2014 & soal jawab dengan helpline BR1M

Assalamualaikum,


disebabkan aku tidak layak menerima BR1M, dan surat pun sampai rumah dengan mengatakan,
dukacita dimaklumkan, anda tidak layak menerima BR1M kerana anda terlampau kaya hahahahahahaha
gurau je,,

ok ya mmg aku tak layak menerima BR1M dengan alasan gaji lebih RM2,000, wellll tak perlu la cerita gaji aku lebih ke tak kan, so aku pun buat juga la rayuan, so kalo dh buat rayuan tu paham-paham la yang aku bukan pembayar income tax! so how they get gaji aku lebih RM2,000? ok what ever la kan,

nak cerita pasal buat rayuan ni, pada mulanya mereka kata tarikh tutup 30 April 2014, dan telahpun dilanjutkan sebab ramai yang nk buat rayuan,, so sempat lagilah bagi yang tak dapat tu nak buat rayuan lagi, sebab ianya telah di panjangkan masa rayuan sehingga 31 Mei 2014.

tapi, keputusan rayuan tu tak tau lagi akan dapat tahu bile ok,

 aku pernah call helpline BR1M tu, and setelah satu hari suntuk menghubungi akhirnya aku pun dpt la bercakap dengan call center person tu, aku pun mmg mengambil peluang untuk tanya soalan sebanyak yang boleh agar clear dan aku boleh la share kt korang-korang semua..
ini antara soalan yang aku tanya dan jawapan mereka,

me : saya tak dapat BR1M dengan alasan gaji melebihi, dari sumber mana tau gaji saya melebihi?
br1m: slalunya mereka merujuk dari banyak pihak termasuk kwsp, dan sumber-sumber lain

me: tapi kwsp saya pun terang-terang potongan untuk gaji bawah gaji yang dinyatakan
br1m: yang tu kami tak pastilah,

me: kalau nak buat rayuan macam mane ya?
br1m: ok cik boleh buat rayuan terus ke pejabat LHDN berhampiran.

me: cara lain?
br1m: takde cara lain, mmg kene pegi dkt LHDN terus cik,

me: kalau pegi nk bagi ape je?
br1m: IC photocopy, surat BR1M tak berjaya, slipgaji bulan dec atau januari, dan isi borang rayuan.

me: brape lama masa ambil untuk proses?
br1m: dalam 2 minggu dapat tahu keputusan.

me: kalau alamat surat menyurat saya di gombak saya pegi LHDN kajang boleh?
br1m: boleh cik kt mana-mana pun boleh.

me: kalau saya buatkan untuk kawan saya boleh?
br1m: tak boleh cik, tuan badan kene pegi sendiri.

me: kalau dapat die bayar macam mana?
br1m: diorang bank in la, kalau no akaun masalah ke ape baru die bagi surat.

me: bila tarikh tutup rayuan ni?
br1m: tak tetap lagi cik, kalau tu nanti die umumkan tp buat masa sekarang belum pasti lagi

me: kalau saya buat rayuan pastu tak berjaya jugak. boleh merayu lagi ke?
br1m: hah yang tu saya tak pasti

me: so kalau saya tak dapat juga br1m kalini maknanya next year pun saya tak dpt lagi ke?
br1m: haa yang tu pun saya tak berapa pasti la cik, tp cik boleh cuba ajukan bende tu melalui email.

ok itu adalah antara perbualan aku dengan orang br1m yang aku hubungi melalui talian 1-800-88-2716
dan die kata 2 minggu aku buat rayuan lebih dari 2 minggu untuk tgk keputusan die bila keluar.. tp masih takde apa2 jawapan.. haaa so kalau korang buat rayuan tu jangan la letak harapan tinggi sangat, dapat ambik tak dapat takde rezki la tu.

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

9 comments:

  1. Assalamualaikum husna, alhamdullilah. 2 tahun ni sheila dapat brim. tapi pelik tiba2 tahun ni mak sheila tak dapat. awal bulan ritu dah pergi LHDN kat Jalan Duta, mujur senang dan cepat nak siapkan semua. hopefully, ada rezeki mak sheila juga tahun ni.. awak first time mohon tahun ni ke husna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la taun lepas dpt, taun ni pulak xdpt.. hahahah ramai juga makcik2 yang complain waktu una pg LHDN tu,. kesian pulak bile tgk makcik2 pg beratur panjang-panjang sbb nk dptkan 650 tu..

      Delete
  2. siapa2 yang nak merayu tu eloklah ambik peluang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak farah,, lapa yang betul2 memerlukan tu boleh pegi buat yee :)

      Delete
  3. Salam ukhwah..jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Nak URL Blog #3 Mialiana.com.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  4. Salam kenal. Camni kena gi LDHN Cyberjaya la rayu. Haih...

    www.yanty.my

    ReplyDelete
  5. aaha..saya pun tak tahulah..tahun lepas dapat jer..sekali tahun ne tak dapat..apsal ek..? aiyooo..masalah ohh bRIM sekarang

    ReplyDelete
  6. sila rebut peluang yang ada sekarang ni...

    ReplyDelete
  7. Sekarang umur dua puluh. Kejap kejap lagi boleh la mintak br1m ni kan?

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...