Wednesday, 9 April 2014

Status dan Gambar di FB, IG dan twitter tanda RIAK?

Assalamualaikum,


salam Rabu, taknak #WW sbb aku mmg suka membebel, dari bangun celik, smpai nak tido, membebel jelah keje aku ni.. ngeehhhhh

ok tertarik untuk berkongsi tentang sesuatu yang aku rasa semua orang buat. aku terbaca kt FB semalam, and aku nak share dengan korang juga, and nak tau pendapat korang pula tentang isu ini..

STATUS & GAMBAR DI MEDIA SOSIAL 


  1. Ambil gambar anak atau siapa2 kenalan masuk hospital, Colombia Hospital atau swasta,dengan caption, get well soon anak, semoga bla bla bla, tp sedangkan anak tu cuma demam manje2 je.
  2. ambil gambar anak konon nak tunjuk anak die paling cute, anak die paling cerdik, anak die buat comot, anak itu dan anak ini..
  3. ambil gambar dalam rumah "penat la kemas rumah hari ni" dan nak tunjuk rumah yang siap tv LCD 52', sofa, peti ais 12 pintu.
  4. update status alhamdulillah, kerana kau beri rezki kepada ku" nak bg tau yang korang mendapat apa yang korang nak.
  5. update status husband sweet, husband comel, husband rajin, husband blanje tu ni bla bla bla,, nak bg tau husband die paling semua dlm dunia?
  6. ambik gambar selfie (muncungkan mulut) dengan caption,, eye bag berkilo, nakedface, si comot, gemok dengan harapan dapat pujian "u still cute" "comelnyer" and so on.
  7. ambil gambar dalam kereta tunjuk jalan jem sambil napak stereng kete nk kan lambang kt stereng tu, dengan cakap stuck in jem, padahal nak tunjuk die pakai kereta ape..
  8. status, check in kt shopping mall then caption "shopping time"nak bg tau korang banyak duit boleh shoping kt mall?
  9. beli starbuck untuk breakfirst ambik gambar caption, ini je mampu untuk breakfirst, jemput tengok!
  10. status "emmm sedihnya tak dapat merasa bla bla bla bla" merungut semua bende tak kene, mcm die paling malang dalam hidup,
ok ini bukan apa yang aku cakap tau, ini aku baca kat FB dan aku paste balik kt sini, tp ada banyak lagi.. tp dh tak jumpa pula status yang di update semalam tentang ni. tuan status ini mengatakan org yang buat bende kat atas tu adalah RIAK,

ok ini adalah pendapat aku, mana kita tau niat dia untuk RIAK? aku tak pastilah bende ni die nak tujukan kt sape, tp kalau mmg niat si penulis status atau pengambil gambar sekadar mahu berkongsi detik2 dan kegembiraan dan kesedihan dengan orang lain, adakah itu RIAK? meh blaja sikit maksud riak tu ape.


Perbezaan Ujub Dan Riak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Manakala Riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya

ok first nak tanya, adakah kita tahu niat sebenar orang menghantar status dan gambar sebegini? kan lebih elok kita bersangka baik, dan mungkin kita juga sepatutnya merasa seronok jika sahabat, atau teman kita dalam kebahagiaan, bersangka baik itu lebih baik. jika mmg niat die untuk UJUB, maka itu adalah antara dia dan tuhan, siapa kita nak tentukan niat dan hati seorang manusia yang mana hati kita sendiri pun kadang2 bergolak dengan macam2 niat.

jadi, pengguna media sosial termasuk lah kita para blogger pun, apa yang kita buat pun yang penting niat kita, kalau baik niat kita insyaallah Allah akan berkat, dan Allah akan bantu kita, kalau buruk niat kita,,, haaaa pikir lah sendiri apa natijahnyer yer...

Apa2 pun, positifkan hati, positifkan minda insyaallah kita lebih gembira dengan apa yang ada disekeliling kita. ok peace :)


thanks for your time
xoxo PuanHusna

p/s: nak hantar mr.H ke klinik, sakit mata pulokk. (ni bukan nak ujub ok) hehehe


18 comments:

  1. Hehe... Pnh baca psl tu... Bg sy biarlah sbb tu fb dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah betul tu maria.. kita tompang seronok je dh la kan :)

      Delete
  2. Pada saya sesekali tu boleh kot, kalau dah selalu sangat tu bahaya juga sebab ramai yang memerhati, buatnya ada orang jahat yang aim kita dalam fb, pastu culik anak kita ke rompak kita ke, tak ke naya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tu. boleh nak update tp jangan bende yang samapi luar dalam semua org tau pasal kita kan.. nk share bia berpada2 juga kan.. takuttt

      Delete
  3. Replies
    1. welcome nies, untuk renungan bersama kan.. :)

      Delete
  4. Biarkanlah orang tu nak cakap ke nak tayang apa dia ada. Kita baca jela ye kakak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tau xpe cek mek.. tu pun nak complain kan.. bia la rezki masing2 kan.. :)

      Delete
  5. Hi Husna, hehe small world.. Anum singgah n follow u

    ReplyDelete
  6. betul tu husna, +ve thkg lg bagus dari -ve , buat rosak jiwa nnti- ^_____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kita nak sakit hati kenape,, pk positive je sudah,, hati senang jiwa tenteram.. hekhekhek

      Delete
  7. hehe. mak ai! peti ais 12 pintu. besar giler. ade gak terbaca mcm tu. yg paling bella stress bila org dok update maki hamun, mmg xberkenan. yg lain2 punye update. angap ajelah dorg baru tahu erti kehidupan tu. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tau tak pe bella,, ni una stuju, dari die update maki2 kan.. heheheh lagi la nyampah nak baca nanti.. hekhek peti ais tu una reka.. hahaha :)

      Delete
  8. ahakss.... bergantung pada niat masing2... kalo riak, takbur, angkuh, ujub tu...mmg tak boleh buat apa...mintak2 kita dijauhkan semua sifat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! (sambil tepuk meja) hahaha mcm parlimen plk nk tepuk2 meje hehehehe.. ape2 pun tepulang pada niat masing2 iyee..

      Delete
  9. Ada pros & cons nya kan... Huhuhu, yg penting kita lah, niat yg btol nak sharing apa2 benda tu. Huhuhu...

    Macamana pulak dengan orang yg suka update setiap 5minit tu? Hehehe....atau orang yg suka 'meluah perasaan' kat fb...x puas hati ngan org tu, ngan orang ni...dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa setuju tu yana,, biala nk upload gmbr ank ke, gmbr peti ais ke, dari die dok update staus ngutuk org kan.. lg tak kuasa nk layan kan.. ngeehhh :)

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...