Wednesday 30 April 2014

Tuesday 29 April 2014

RAYUAN BR1M Hingga 31 MEI 2014 & soal jawab dengan helpline BR1M

Assalamualaikum,


disebabkan aku tidak layak menerima BR1M, dan surat pun sampai rumah dengan mengatakan,
dukacita dimaklumkan, anda tidak layak menerima BR1M kerana anda terlampau kaya hahahahahahaha
gurau je,,

ok ya mmg aku tak layak menerima BR1M dengan alasan gaji lebih RM2,000, wellll tak perlu la cerita gaji aku lebih ke tak kan, so aku pun buat juga la rayuan, so kalo dh buat rayuan tu paham-paham la yang aku bukan pembayar income tax! so how they get gaji aku lebih RM2,000? ok what ever la kan,

nak cerita pasal buat rayuan ni, pada mulanya mereka kata tarikh tutup 30 April 2014, dan telahpun dilanjutkan sebab ramai yang nk buat rayuan,, so sempat lagilah bagi yang tak dapat tu nak buat rayuan lagi, sebab ianya telah di panjangkan masa rayuan sehingga 31 Mei 2014.

tapi, keputusan rayuan tu tak tau lagi akan dapat tahu bile ok,

 aku pernah call helpline BR1M tu, and setelah satu hari suntuk menghubungi akhirnya aku pun dpt la bercakap dengan call center person tu, aku pun mmg mengambil peluang untuk tanya soalan sebanyak yang boleh agar clear dan aku boleh la share kt korang-korang semua..
ini antara soalan yang aku tanya dan jawapan mereka,

me : saya tak dapat BR1M dengan alasan gaji melebihi, dari sumber mana tau gaji saya melebihi?
br1m: slalunya mereka merujuk dari banyak pihak termasuk kwsp, dan sumber-sumber lain

me: tapi kwsp saya pun terang-terang potongan untuk gaji bawah gaji yang dinyatakan
br1m: yang tu kami tak pastilah,

me: kalau nak buat rayuan macam mane ya?
br1m: ok cik boleh buat rayuan terus ke pejabat LHDN berhampiran.

me: cara lain?
br1m: takde cara lain, mmg kene pegi dkt LHDN terus cik,

me: kalau pegi nk bagi ape je?
br1m: IC photocopy, surat BR1M tak berjaya, slipgaji bulan dec atau januari, dan isi borang rayuan.

me: brape lama masa ambil untuk proses?
br1m: dalam 2 minggu dapat tahu keputusan.

me: kalau alamat surat menyurat saya di gombak saya pegi LHDN kajang boleh?
br1m: boleh cik kt mana-mana pun boleh.

me: kalau saya buatkan untuk kawan saya boleh?
br1m: tak boleh cik, tuan badan kene pegi sendiri.

me: kalau dapat die bayar macam mana?
br1m: diorang bank in la, kalau no akaun masalah ke ape baru die bagi surat.

me: bila tarikh tutup rayuan ni?
br1m: tak tetap lagi cik, kalau tu nanti die umumkan tp buat masa sekarang belum pasti lagi

me: kalau saya buat rayuan pastu tak berjaya jugak. boleh merayu lagi ke?
br1m: hah yang tu saya tak pasti

me: so kalau saya tak dapat juga br1m kalini maknanya next year pun saya tak dpt lagi ke?
br1m: haa yang tu pun saya tak berapa pasti la cik, tp cik boleh cuba ajukan bende tu melalui email.

ok itu adalah antara perbualan aku dengan orang br1m yang aku hubungi melalui talian 1-800-88-2716
dan die kata 2 minggu aku buat rayuan lebih dari 2 minggu untuk tgk keputusan die bila keluar.. tp masih takde apa2 jawapan.. haaa so kalau korang buat rayuan tu jangan la letak harapan tinggi sangat, dapat ambik tak dapat takde rezki la tu.

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

Cristiano Ronaldo Beminat dengan ISLAM

Assalamualaikum,

salam Selasa,,
well hello readers,




siapa tak kenal dengan bintang bola sepak no 1 dunia Cristiano Ronaldo (CR), pemain Real Madrid yang kacak tu,, heheheh biasa la perempuan kan,, asal hensome baru kenal.. hahaha, ok ini cerita tentang CR yang mana, banyak sumber yang telah menyatakan tentant CR menunjukkan minatnya untuk mendalami islam, sejak dari tahun 2012 lagi. kira cerita dh lame tp saja nk refresh balik.



menurut banyak sumber CR menunjukkan minatnya mendalami islam dan belajar tentang islam melalui rakan sepasukan  dan juga rakan baiknya Ozil yang merupakan seorang muslim, die mempelajari memhafal surah al-fatihah dan belajar mengambil wuduk dan sangat suka mendengar ozil mengaji.

pada tahun 2012 CR telahpun melelongkan kasut emasnya untuk menyumbang kepada anak-anak GAZA,



Info menarik tentang CR

  • tidak mempunyai tattoo dimana-mana bahagian badan.
  • kerap menderma darah. 
  • tidak minum minuman keras. 
 jika Allah ingin membuka hati seseorang itu, tak kira siapa dia, Allah akan tetap memberi hidayah, semoga dia mendapat hidayah untuk terus mendalami islam dan satu yang membanggakan bila pemain bola no 1 dunia adalah seorang Islam. insyaAllah. :)

thanks for your time
xoxo Puan Husna



Monday 28 April 2014

Golongan yang perlu dibendung di FACEBOOK!

Assalamualaikum,

salam isnin,
well hello readers,

last week aku punyalah terpengaruh dengan satu page kt facebook ni yang mana die memaparkan status, gambar, anak-anak remaja zaman sekarang yang bagi aku level "kuno" yang tidak mampu berfikir secara waras,, haaaa ni tak tau nak cakap aku ni marah ke ape,, tapi mungkin lebih kepada kecewa,



apa yang aku kecewa sangat adalah tentang apa yang aku baca di page KHK korang click sendiri kat gambar atas tu dan baca dan lihatlah disitu, aku sebenarnya memuji kepada pihak admin KHK yang mana, mungkin pada mata kasarnya dilihat seperti membuka aib org, tetapi, dari mana mereka dpt segala apa yang mereka lihat? itu adalah dari owner gambar, dan status itu sendiri, dan aku tak rasa admin page yang membuka aib, tetapi, pemilik gambar dan status sendiri yang membuka aibnya sendiri, jika takut malu jangan buat, mula-mula bangga pastu nak marah bila orang sebarkan pula. dh kenape?.



ni adalah antaranya,, aku amik dari page KHK sendiri. aku baca pun malu, aku tgk pun malu

aku memilih untuk memberi sedikit pendapat aku tentang apa yang aku lihat dan baca di page KHK tu, yang kebanyakannya adalah golongan level adik-adik yang mana dari umur belasan tahun, ada yang sudah berani dengan bangga menceritakan kepada semua orang tentang sex, cium, peluk cinta mati hingga ke jannah, dan sebagainya, dan bila mereka di bash atau troll oleh KHK mereka sendiri mengamuk mengatakan admin KHK membuka aib mereka sedangkan mereka sendiri membuka aib mereka dengan gambar dan status mereka yang sebegitu, kalau taknak kene jangan buat senang je dik,.

lebih memalukan adalah, kebanyakannya adalah adik-adik melayu kita sendiri. aku kadang-kadang baca aku mengeluh sendiri, apalah nasib anak-anak aku nanti, dapat ke aku kawal anak-anak aku supaya tidak tergolong dalam golongan itu, aku jadi makin risau sebab ianya semakin membiak. salah siapa sebenarnya semua ni?

aku tak rasa mak ayah mereka mengajar mereka sebegitu, ada ke mak ayah korang ajar korang  "man pegi cari girlfriend pegi cium die"ada? atau mak ayah korang ckp cm ni,, "siti nanti ada boyfriend bagi je boyfriend tu peluk-peluk ke cium-cium ke" ada ke mak ayah yang sanggup tgk anak die mcm tu?  dan aku tau tidak ada satu ibu bapa pun nak tgk anak mereka menjadi seperti itu,

aku nasihat kepada adik-adik ni, tolong lah, walau jahil mana pun awak tu, walau sweet mana pun awak tu dgn bf/gf awak tu, takperlu lah hebohkan dan tunjukkan kejahilan dengan gambar-gambar tak senonoh korang dengan caption yang langsung macam takde otak dan status-status bodoh tu. * maaf terpaksa kasar bahasa* tak perlu nak bangga dengan dosa sendiri dik, kalau awak dah kawin takpe, awk buat ape pun ngan laki/bini awak dapat pahala! ok, please dik kalau taknak kene bash jangan buat, kalau dh kene jangan nak mengamuk sbb korang yang pilih ke arah itu ok! aku ucapkan tahniah kepada admin KHK kerana berani mengetengahkan golongan-golongan ini supaya mereka lebih sedar! tahniah ye! teruskan usha kalian sehingga golongan ini pupus!

thanks 4 your time
Xoxo Puan Husna

p/s: aku suka baca comment kt page tu, mmg lawak-lawak habis,


Kereta Rasmi OBAMA

Assalamualaikum,

salam isnin yang mulia, no moody hari ni.. senyum senyum sikit,, haaa gitu lah,

ok disebabkan tengah heboh pasal Obama datang MALAYSIA ni,, meh la kita tgk n tau la sedikit info pasal kenderaan rasmi yang dinaiki obama semasa di malaysia ni,

kereta rasmi yang dinaiki Obama semasa dimalaysia yang diterbangkan khas dari US menaiki "Air Force" adalah kereta miliknya yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sangat tinggi sehingga ada yang mengatakan bahawa kereta tersebut adalah kereta paling selamat didunia.



 kereta yang memiliki ciri keselamatan seperti cermin kalis peluru sehingga ketebalan 12cm kira peluru machine gun tu tak lepas la nk tembus dan terdapat bekalan darah milik Obama itu sendiri, selain bekalan oksigen di boot, kereta ini merupakan buatan US sendiri, dan berharga 300,000 pound sterling  bersamaan RM1.6 juta

selain kalis peluru, kenderaan ini juga dilengkapi dengan senjata api. dan terdapat alat perhubungan terus ke White house di Amerika.dan mengunakan minyak diesel.kira kereta ni macam kereta kebal gak la, emmm cangginh kan,, kalo kat maysia ni pakai cangih-cangih macam ni tapi sangkut jem nangis jugak wehhh hahahahah

ok ape-apa pun, secangih mana pun kereta tu, secangih mana pun teknologi yang dicipta,, takde apa yang boleh melawan kuasa Allah,, kalau Allah kata jadi maka jadilah.. ok sekadar berkongsi info yang mampu,,

thanks for your time guys
XOXO Puan Husna

Friday 25 April 2014

Semak Ranking Blog di Alexa.com

Assalamualaikum,

salam jumaat,
haaaaa

disebabkan aku ni cepat terpengaruh seperti yang diketahui heehehehe ok nak jugak tgk ranking blog aku ni duduk kt dlm laut ke, dalam hutan ke heheheheh dan setelah dicatu di congak haaaaa nah ambik!!


haaa ni adalah rankin untuk harini,, tgk macam jauhhh jer tercicir kan.. ribu-ribu bintang kan heheheh yer la aku ni pun bukan bloger famous nk berangan duduk kt nombor sikit heee porahhh hehehe.. tp xpe,, sbb seronok-seronok je buat ni pun,, so kawan2 jom la semak dimanakah kedudukan blog anda ? ewahhhh

mcm mana kasi click sini ----> www.alexa.com

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: haish kene buat keputusan harini, tp arrhhhhhhh blur blur!

Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam!

Assalamualaikum,

salam jumaat, semoga semua readers berada dalam kegembiraan.. :)

tersenyum aku bila terbaca tentang FELIXIA YEAP yang mengejutkan malaysia kerana beliau bukanlah seorang yang beragama islam tetapi berani tambil dan memilih untuk berhijab, cantik pulak tu die berhijab, aku mulanya takla tertarik untuk amik tahu sangat, tapi bila di gembar-gemburkan kt media tentang siapa beliau aku mula untuk minat mengetahui perkembangan beliau,
ada yang kutuk ada yang memuji, dan secara personalnya aku memuji beliau kerana beliau bukan ingin mempermainkan hijab itu tetapi lebih tergerak hati untuk memakai kerana baginya bila die berhijab die boleh mengawal dirinya dari berkara-perkara tidak elok,, kan bagus tuuu,, seronok kan dengar,



sumber : google

dan ini lebih mengembirakan bila aku baca yang beliau bakal memeluk islam ramadhan ini, Alhamdulillah, bertambah lagi saudara kita, aku berharap hasratnya untuk memeluk islam ramadhan ini akan dipermudahkan, dan semoga segalanya lancar, jangan risau akan kutukan orang ye felexia, dan yakinlah akan ada kebahagiannya kelak bila awak betul-betul menyelami islam itu. dan ramai saudara islam lain menerima kehadiran awak sebagai saudara seagama.

walau die bukan dilahirkan sebagai seorang muslim, tp aku sendiri malu dengan dia kerana kekuatan hatinya dan  keyakinan nya terhadap islam itu sendiri, tak sabar nak tunggu apa nama yang bakal diberi kepada beliau setelah memeluk islam nanti ye,.

thanks for your time
Xoxo Puan Husna


p/s: blur harini mejadi-jadi kenape tah!

Thursday 24 April 2014

ENTRY BALAS DENDAM- NURIESYA NADIA RADZIF

Assalamualaikum,

sory curi gambar ko heheheheheh

ini adalah entry untuk melepaskan marah geram,
dan aku saja nak balas dendam dekat blogger NURIESYA NADIA, ok nurie kalo nak maki silakan PM jangan comment sbb tak sopan orang tengok kahkahkahkah,

ok start, mula-mula aku kenal minah ni, aku pun tak tau mane aku kenal,, owhhh ingat, aku kutip die tepi bus stop sri iskandar perak, waktu tu takde orang nak kawan nagn die,, sedihkan cerita die boleh buat novel kauuuuu.. hehehehhe, ok for the first kitorang satu campus and satu course waktu kt UiTM dulu, disebabkan nurie ni budak "hot" kat kampus, and aku ni acah-acah budak budgett so aku adalah antara yang di anti kahkahkahkah,

than aku ingat the first aku kenal si nuri ni sebenarnya adalah berkait-kait, mula aku kenal dyla, then dyla berkawan ngan piqa and shake dan dayah, dayah berkawan dengan nurie,, haaaa nampak kan aku takde kawan sebenarnya,, aku mmg agak tidak berkawan dengan diorg sbnenyer and lebih banyak berkawan dengan budak course lain,  dan serius aku tak tau mcm mane aku boleh rapat ngan nurie yang padamulanya aku tau die mmg tak suka ngan aku sbb aku lagi lawa dari die *tangan atas bahu* kahkahkahkkahkhakah

when we getting close, rupanya kitorang miliki kepala otak yang agak gila dan sama pulak tu, and kitorang makin rapat sampai pantang cuti, die datang bilik aku dengan Dee and piqa layan movie, layan cerita hantu la ape la sampai tak reti tido, die slalu belikan aku makan sbb aku takde duit dan die banyak duit  PTPTN, sbb die marah kalau aku tak makan,, hahahah *baik hati sbnrnyer die ni*  teman die pegi bandar U nak kuar duit PTPTN sbb atm kt kampus kehabisan duit, tunggu bus kt seri iskandar sambil ambik gambar tepi longkang, dengan pakaian yang tak senonoh dengan muke senget. and masuk class repeat same-sama boleh tak gitu.. dan die tak sambung degree dan aku pun sama hahahahahah



ok this is the girl NURIESYA NADIA  aku tau im not the best friend yang die boleh buat kawan, sbb aku tak anggap die kawan aku pun,, coz  WE'RE NOT FRIEND BUT WE ARE SISTER'S. this is what i can told u , in however hate u are to me, however  i hate you, i can't deny that i really love u kakak. walau orang tgk kita maki-maki each other, but that is us, and that the way we made our sisterhood.. kahkahkah,,u will getting married soon, and u married my bestfriend so just take care your self, be a good girl, i know u can be a great wife, and i will always love u to the moon and back kakak :') *nangis!!!

nanti kita g honeymoon sama-sama ok :) 


thanks for your time
XOXO Puan Husna



KENE TIPU BELI BATERI KERETA!

Assalamualaikum,

salam khamis,
well hello readers and how u guys doing? goodddd.. (gaya schafox hehehe)


sekadar gambar hiasan

ok ini kisah nak beli bateri kereta, nak dijadikan cerita kereta aku baterinya mmg dah sampai seru nak kene tukar dah pikir, ok lah aku pegi lah kedai sebelah tempat keje Mr.H yang mana seorang peniaga cina, yang die tidak tahu pun yang aku isteri kepada mr.H dan aku masuk tanya dengan die,,

Me: Bos bateri saga u ada brand ape je? n brapa harga?
kedai: owhhh itu aaaa, lebih kurang aaaaaa 350 mcm itu, kering, basah beza 10ringgit saja,,

dan die tunjuklah bateri yang ada kat situ,, tp aku dh tanya dekat abah yang bateri kereta tak lari 150 ke 200 cm tu,, ok lah aku tanya la lagi," yang murah punye takde ke?" dan die pun cakap "ehhh mana ada batery murah mmg ini la harga" haaa ok la takpela, aku pun takla ckp banyak aku ckp ok la takpe aku bincang ngan mr.H. dan die teringat yang ada sorang member die kira kawan-kawan main bola sekali ngan die ada buka bangkel,

so aku pun terus la call tanya, abg najib namenyer,, tanye die bateri kereta die ade tak, then die kata ada, aku tnyer berapa harga, die pun cakap 150 utk kering 145 basah, haaaaaa tgk aku pun ingatkan kot la brand lain ke kan.. then aku tnye la brand ape,, dan brand yang disebutkan adalah sama dengan yang ditunjukkan oleh Cina tersebut. seeee nak menipu, mentang-mentang aku pempuan, ingat aku tak tau pasal kereta,

haaaaa so aku beli la,, dekat abg najib tu,, lepas dh settle semua, mr.H saja pegi balik kt kedai kereta sebelah tmpat keje die tu tanya, cina yang sama, "bos itu bateri kereta saga punya isteri saya tanya berapa? u kata 350 mcm tu?" die pun cakap "haaaaa ya la 300 mcm itu la i boleh kasi 250 kasi u kalau mau" then dengan selambenyer, mr.H pun sound, "u nak menipu kan, isteri saya sudah beli baru 150 je, bateri sama, u tgk amoi datang tanya, u mau ketuk eh",, dengan selambe cine tu dh gelabah tak tau nak jawab, cover line balik kata "haiyaaa die kata itu waja la, saya ingat waja, kalau saga mmg itu harga" elehhh pandai pulak kau belit, tadi pun ko cakap 300 boleh bagi 250 la ape la.. now ko kata lah salah dengar.. haaaaaa dah terkantoi baru nak gelabah.

so nasihat disini, kepada akak-akak atau adik-adik cantik, kita ni pempuan slalu diorg ingat kita tak tau apa-apa pasal kereta,, so kalau kita nk pegi bengkel ke, nk beli barang kereta ke,, pastikan tanya dulu pada kawan-kawan lelaki, atau buat research pasal harga dulu supaya kita ni tak ditipu.. dan aku paling tak suka peniaga-peniaga yang suka ambil kesempatan bila tgk perempuan yang datang tanya. ingat ye para peniaga, perempuan pon ada knowladge jugak pasal kereta ok!so hati-hati

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: perempuan ni selalu jadi mangsa penipuan sbb telampau lembut hati dan cepat percaya kt orang.. nooo jgn mcm tu ok



Jom Semak Kelajuan Blog Anda!

Assalamualaikum,

salam khamis,

haaaa disebabkan aku ni cepat terpengaruh, dan sekarang akupun telah terpengaruh dengan Amanda Suria
untuk menguji kelajuan blog aku ni.. haaaa dan ini adalah keputusannya... tarrrrraaaaaaa


dannn ini menunjukkan blog aku tak la berat sangat, mengambil masa lebih kurang 10.72 saat untuk full load kt blog aku,, heheheh ok kelajuan blog juga memainkan peranan untuk org datang Blogwalking tau, yer la kalau blog korang load sampai dekat 1 minit tu kang orang pun malas nk tunggu terus diorg kasi pangkah je tanpa tgk blog korang.. sedihhhhhhhh la cm tu,,

 so dkt sini dia ada tunjukkan berapa lama masa yang diambil untuk full load page korang dan ada juga la data-data summary kt bawah tu supaya korang boleh la mengambil langkah untuk meringankan blog korang ok..

simple tak bermaksud tak menarik, tapi simple juga menunjukkan kekemasan dan ketidakserabutan *ayat ape ni?? hahah tak kesahlah,, dan aku adalah antara orang yang suka sgt singgah blog yang cantik simple dan menawan ewaaahhh, yang penting kemas ok.. :) *pandai ckp org blog sendiri mcm hareeemmmmm

hehehe oklah ape-apa pun, kalau korang nk try jugak dan korang pun terpengaruh ngan aku ni.. haaaa jom jom jommmm *memangil-mangil ala-ala pukau hehekhekkkk, korang boleh click kt link ni untuk try ok...

www.pagescoring.com

terima kasih kepada AmandaSuria kerana berjaya memperngaruhi aku ni heheheheh :)

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: frust tak habis lagi,, sbb lenjun tak dpt tgk movie sedihhh *nangissss

Wednesday 23 April 2014

#Hiburan - MAK MAH kini Tunangan Orang

Assalamualaikum,

salam rabu,,

sumber : google

wahhhhh pagi-pagi dah dapat berita gembira dah.. hehehe seronok pulak dengarnyer.. hehehe
siapa tak kenal dengan pelakon veteran RUMINAH SIDEK atau lebih mesra dengan sapaan MAK MAH, yang mana di khabarkah telahpun menjadi tunangan orang.. wahhhh tahniah mak mah, sebuah majlis ringkas telah diadalah di kediam beliau semalam, dan dikhabarkan, Makmah akan bernikah bulan hadapan,,

sumber: google

seronok dengar orang nak kawin ni, teringat mama pernah cerita dulu kecik-kecik, makmah la yang jaga aku ngan kakak, yang mana dia pernah shooting di rumah aku dulu,sbb waktu tu mama tengah dlm pantang kalau tak silap, kali terakhir aku jumpa Makmah ni, waktu Maharajalawak Mega 2011 waktu tu, aku pun tak sangka die masih ingat aku, dan siap tegur aku,siap tanye "eh ini anak nyer ABAH kan, ehhh dh besar anak dara dahh,, mama mane, mama tak ikut sekali? nanti kirim salam mama ye",

*abah=tak perlulah bagi tau sape kot hahah

mak mah baik sangat, dan mmg sangat ramah orang die,, aku doakan semoga makmah sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik, dan tahniah juga untuk Makmah atas pertunangan itu, dan semoga segalanya lancar.. haaa tgk siapa sangka kan, yer la jodoh itu rahsia Allah..

ok thanks for your time
Xoxo Puan Husna

p/s: semalam balik pukul 9 malam smpi sakit kepala!

Tuesday 22 April 2014

#Nuffnang - Movie Screening of Spiderman Rise of Electro

Assalamualaikum,

ok joget2 kegembiraan sikit,,, alhamdulillah setelah merajinkan diri masuk contest dari NUFFNANG yang ku sayang ewaaaahhhh hehehe,, melimpah-limpah dapat tgk movie hehehehe dan kalini, dapat pair tiket untuk tgk cerita SPIDERMAN! pulakkkk


ingatkan tak dapat sebab ramai pulak yang masuk contest ni sbb die cuma sediakan 25 pairs je pass dan yang masuk tak nak sampai 99org pulak kan hahahah, alhamdulillah rezki la tu kan,,,

nah tgk ape jawapan yang aku bagi untuk contest ni yang mana die mintak untuk bagi creative dialog untuk gambar ni kt bawah ni


haaa creative ke tidokkkkkkk?? hekhek

hehehe ok thanks 4 your time
xoxo Puan Husna

p/s: esok nak pegi tgk movie jugak.. banyak la movie yang aku nak review nanti hehehehe :)



ARTIS DAN BAJU KONTROVERSI - Uqsha/Shila Amzah/Rebecca

Assalamualaikum,

hello readers,


nak cerita pasal 3 artis yang dikecam sebab baju yang mereka pakai, seksi? mengarut? over? atau apa? ni semua jadi tanda tanya, haaa mula dengan kisah Shila Amzah, yang mana baju biru yang di pakai semasa persembahan di China kelihatan tidak sesuai untuk seorang yang bertudung,, yang mana ianya kelihatan seperti dia tidak memakai seluar.. tp sebenarnya die memakai seluar cuma colour seluarnya seakan-akan warna kakinya.. mungkin kalau die pakai seluar warna hitam mungkin tak menjadi masalah kot.. kannn


ok beralih kepada si cantik Uqasha pula,, aku suka tgk uqasha ni sbb cantik hehehe, tapi kesian die sbb baju yang dipakai disalah tafsir orang yang matanya sangat tajam, yang mana, mereka mengatakan bahawa uqasha tidak memakai baju dalam, sedangkan, dart ataupun lipatan baju dan jahitan baju membuatkan ianya kelihatan seperti itu,, haaaii mata tu dah tajam.. tp takleh nak tgk betul-betul, sedihhhh.. sebelum keluarkan kenyataan silahlah kaji dan tengok betul-betul dulu.. so sape yang mengeluarkan kenyataan berunsur lucah tu.. nampak sangat anda itu golongan yang hanya melihat pada perkara-lucah lucah saja..


dan yang ini pula kisah Rebecca Nur Islam yang dikecam hebat kerana fesyen baju merahnya yang dikatakan seakan teletubbies. haish mungkin rebecca tersalah percaturan dan, yer la org malaysia ni.. jangan la buat salah sikit,, semua diorg nampak kan... so harap lepas ni rebecca berhati-hati sikit la dlm memilih pakaian yang lebih sopan selaku seorang muslim yang berhijab,, kalau berhijab bukan maksud tak boleh berfeyen, tp berfesyenlah mengikut kesesuaian kan... hehehe nasihat untuk diri sendiri juga,,..

haaa ni kisah 3 artis yang menjadi mangsa kerana apa yang mereka pakai.. kesian juga jadi artis ni,, setiap langkah, setiap salah mereka semua menjadi bualan orang, kadang-kadang, ramai je orang biasa yang buat salah kt luar sana,tapi takde sape ambil kisah, cuma dh digelar artis ni.. mmg jadi perhatian la sbb orang kenal.. ok byee

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: susah nak puaskan hati semua orang, sbb bila buat baik kata hypocrite, bila buat silap di maki di hina.. hemmmm redha je lah.. *nak tgk gambar baju tu silalah google ye,, saya tak sediakan gmbr tu maluuuuu heheh

Kenyataan Balas dari Sham Kamikaze

Assalamualaikum,

haaaa dah baca pasal bekas istri Sham Kamikaze yang mendakwanya berpura-pura warak? mehhh baca ni dulu.------> status Jom Solat Sham Kamikaze . pastu sambung baca kt sini....

setelah dia dihentam di FB nya oleh rakyat malaysia yang sangat perihatin, beliau telahpun mengeluarkan kenyataan balas tentang isu ini.. so jadi nilailah sendiri apa yang terjadi.. aku pun dengan secara mudahnya adalah, Hanya Allah lebih mengetahui.


thnaks for your time people,
Xoxo Puan Husna

p/s: kita tak mampu membaca hati orang, kadang-kadang yang kita lihat jahat itu lebih baik dari kita, dan yang kita lihat baik itu belum tentu baik. siapa kita nak menilai manusia.. jadi bersangka baik je senang hati tak susah jiwa tak kacau. peace!

BANJIR di KTM Serdang 21/04/2014

Assalamualaikum,

Salam selasa well hello readers,

Ni kisah semalam, selepas hujan lebat hampir 3 jam semalam mengakibatkan banjir lumpur di, hadapan KTM serdang dan mengakibatkan kesesakan sepanjang hampir 10KM sehingga ke Tol Besraya Sungai Besi dan dari arah bertentangan sehingga ke persimpangan UPM,




sumber : google

hais semalam umah aku yang atas bukit, air turum mcm air terjun kt lereng bukit tu,, takut jugalah tgk.. dan lenjun juga balik rumah semalam sbb naik moto hehehe.. dan dekat depan KTM serdang ni, mmg kalau hujan lebat lame sikit je mmg slalu naik air.. tak tau masalah apa, mungkin masalah sistem perparitan yang perlu diperbaiki lagi kot..

thanks for your time guys,
XOXO Puan Husna

p/s: jenuh wehhh kalo kereta masuk air, nk kne overhaul bagai.. haishhhh 

Monday 21 April 2014

MH192 - Mendarat Cemas!

Assalamualaikum,



sumber : google

kisah kapal terbang semakin di pandang dan semakin di ambil berat rakyat malaysia, dan kali ini dilaporkan, sebuah lagi pesawat MAS MH192 Boing 737-800 dalam penerbangan dari Malaysia ke Bangalore, India terpaksa membuat Air-Turn Back, kerana mengalami masalah Gear sistem pendaratan sebelah kanan pesawat, dan pesawat ini selamat mendarat di KLIA pagi tadi, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan, dan ada juga akhbar yang melaporkan bahawa, tayar pesawat juga mengalami masalah mengakibatkan pesawat terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas.


sumber : Google
apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak  kerana berjaya mendaratkan kapal terbang dengan selamat dalam keadaan kapal yang mengalami masalah teknikal. 

thanks for your time,
XOXO Puan Husna

P/s: Naik kapal terbang takut terhempas, naik kapal laut, takut karam, naik motor takut digilis, naik kereta takut dirempuh, jalan kaki takut diragut, naik basikal takut dilanggar, naik bus takut terhumban, naik train takut tergelincir, nak naik ape? gurau je di hari isnin,, naik kenderaan baca doa naik kenderaan insyaallah selamat :)..

status "Jom Solat" tapi tidur semula - Sham Kamikaze?

Assalamualaikum,

Salam Isnin yang mulia,,
well hello readers,


sumber: google

semalam aku ikut mr.H pegi keje dan dlm kebosanan menunggu die buat kerja aku ada terbaca satu ruangan pendedahan ekslusif dari bekas Istri SHAM KAMIKAZE tentang siapa dia sebenarnya, dalam surat khabar,

aku bukan nak percaya apa yang di katakan itu, tapi lebih kepada tertanya-tanya,, apakah benar ini semua? atau ingin memburuk-burukan orang semata-mata dengan bende melibatkan agama ni,, jangan la dibuat main-main,. agama bukan batu loncatan untuk kita dpt perhatian ok,, sebaliknya ianya sebagai landasan kita didunia ni..

menurut apa yang aku baca, bekas istri sham ada mendedahkan perangai sham sewaktu mereka berumah tangga, yang mana,, sham bukanlah sewarak yang dilihat, sebaliknya apa yang kita lihat itu hanya untuk mendapat perhatian dan die berbangga apabila orang menyanjunginya,,,

dan yang paling menarik perhatian aku dan agak terkejut bila baca, bila bekas istrinya itu mengatakan bahawa sham yang mengupdate status di facebooknya tiap kali subuh hanya bangun untuk mengupdate status "JOM SOLAT" dan kemudian die tidakpun solat sebaliknya die tidur semua... haissshhh

jangan la begitu,, aku pun tak pasti apa kah benar semua ini, jika benar harap ianya tidaklah diteruskan, dan jika ini fitnah, juga harap ianya dihentikan,.. jika die benar-benar berubah, dan benar-benar mengajak orang untuk solat, janganlah difitnah sebegini rupa.. kita pun tak pasti siapa benar dan siapa salah..

ingat memfitnah itu lebih teruk dari membunuh ye.. wallahualam

Thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: suka tgk ramai artis dah makin ramai bertudung  :)

Bila DIK SU Menang Pertandingan Menyanyi..

Assalamualaikum,

Salam isnin
hello readers,,

haaaa ni story last week sebenarnya,,,
kira main #trowback jugak la,, ok seperti yang sedia maklum, ewaaahhh padahal tak pernah cite pun kan,, hahahahha, ok adik bradik aku, boleh dikatakan semua boleh menyanyi dan bermain alat muzik, sebab tu kat umah, hari-hari memekak ber jamming, dan si abah pun melayankan anak-anaknyer,, membeli instrument untuk jamming dengan complete, tapi dalam tak di sangka sangka,

aku tak pernah pulak dengar adik aku si sumaiyah aluyah tu menyanyi, dan dpt call dari mama, kata die menang petandingan menyanyi kt sekolah die,, hahahahahhaha mmg gelak besar la aku, aku ingat die ni tak leh nyanyi, yer la,, mmg kat umah pun tak pernah la nak dengar suara die,, tetibe menang johan pulak tu,, confuse jap aku

mama yang pada mulanya pun, siap cakap,, "diksu mana penah nyanyi jangan nak ngada-ngada la masuk petandingan buat malu je nanti" hahaha so mama pun pegi la tgk die buat persembahan, sbb die beriya sgt nak masuk and mama langsung tak expect die boleh menang, dan mama pun balik la dulu,,
then tibe2 die balik rumah dok kendong hamper die sebesar alam tu hahahahaha, mmg mama dok lagi la gelak kan,, siap jerit2 ok,, mama diksu menang diksu menang.. hahahahah

abah balik dari umrah pun siap ketawa abah boleh ckp "haaa tgk diksu diorg pandang rendah kt diksu tau" hahaha,

 nak dijadikan cerita dlm diam-diam ingat that was last yang die masuk, rupa-rupa nya dia dipilih menjadi wakil sekolah untuk pertandingan menyanyi peringkat zon pulak.. haisshhhh makin garu kepala aku,, sabtu lepas,, dan kalini berpeluang la kitorg dengar sbb kakak pegi n record die nyanyi. siap lagu MENARUH HARAPAN kauuuu,  rupenyer, boleh tahan gak la . hahahah dan die dipilih masuk final untuk next week, wahhhhhhhh,, ok good luck untuk diksu,, disebabkan kalini, hadiah kalau juara RM1,200.00 so abah punya excited siap nak belikan set karoke kt umah,, untuk die practice.. untung-untung lepas ni, boleh masuk bintang kecil ke,, apa-apa petandingan menyanyi,, sbb die agak berani la bila berada di atas pentas.. ok tahniah untuk diksu,, kalo menang bagi 2 hadiah ngan kak una ok..





ok that all, next week insyaallah aku pun akan pegi bagi semangat kt die untuk buat persembahan.. semoga berjaya :)

thanks for your time
XOXO Puan Husna


p/s: last aku menang pertandingan menyanyi waktu kt campus, ada sekali, dekat johor pun ada sekali, nak masuk yg lain mcm dh tua kan tak payah hahahahaha nyanyi dlm bilik air je

Friday 18 April 2014

Di Sebalik Tabir -Nuffnang Blogbuster (ORAL-B)

Assalamualaikum,

hello readers,
but firstly,, tabir ke tadbir? confuse

Entry yang ke berapa untuk hari ini..
kah kah kah laju pulak jari aku menari-nari hari ni kan.. seronok joget-joget, lepas mood turn off smalam dan kemarin, harini die turn on balik hamik kau berjela-jela nak membebel,





haaa dah tau pasal blogbuster campaign dari nuffnang tu kan, tak tau meh baca ni dulu ----->  nuffnang-blogbuster campaign- Oral-B

ok ini adalah dibalik tabirnya.. kahkahkah nak gelak kuat-kuat pun ada,, ok aku ada submit 3 video untuk ini tp tak tau lah diterima ke tidak.. moga-moga diterima lah yer..

 heheheh ok untuk video pertama,, aku tak pakai model pun, dan aku cuma gunakan kemahiran melukis dengan lebih hebat hehehehe tak hebat sangat punnn..
untuk melukis.. untuk dijadikan satu iklan yang simple dan difahami.. hehehe

untuk video ke 2, Mr.H lah menjadi mangsa untuk jadi aku punyer talent.. kahkahkah,, dlm tak disangka,, boleh pulak die ni belakon kan,, hehehehhe, ok just simple video yang aku dera die suruh makan bawang banyak-banyak kahkahkahak.. sorry dear husband..

dan video yang ke 3, sekali lagi mr.H menjadi mangsa aku, kahkahkah (ketawa je la keje kau husna),, yang mana aku menggunakan mulut die sepanjang video untuk dijadikan iklan,, ye la sbb gigi die elok sikit la dari gigi aku ni hehehehe,

so ingat nak try tambah lagi satu video tapi, semalam tak sempat sbb dateline  die 17April2014 dah tamat,, tapi tibe-tiba bukak Nuff tadi tgk die dah extent kan dateline die kepada 20April2014 so sempat lagi nak shoot lagi satu video hehehehe, so semoga adalah video aku yang memenuhi krateria yang di minta,, dan berjaya menambat hati mereka.insyaallah. (kenyit2 mata mengoda) ngeehhhhhh,,


ok thanks for your time readers
Xoxo Puan Husna


p/s: aku ngan geng codol tengah cari tempat nk buat bridal shower untuk si nurie tu,, so any suggestion? nak yang tak jauh sangat dan tak costly sgt.. :)

FAKE BRACES

Assalamualaikum,

 well hello readers,, how u guys doing? goooddd (cara schafox) hehe comel je
kerajinan melanda harini nak update entry banyak-banyak sebab selalunya,, on weekends,, aku takkan update ape2 sbb masa bersama keluarga ewaaahhhhh,, hehehe

FAKE BRACERS? haissss bracers pon dh ada fake,, haaaaaaa, jangan tak tau ye, dulu kalau pakai gigi besi ni jadi bahan kene kutuk ngan kawan2, gigi besi la,, betty lafiya la, ape la kan,,, but now, semua org sebok nk pakai kenape? haaaa dah jadi fashion pulokkkkk,macam comelll kan bile bergigi besi ni kannnn

jom tgk ape tu fake bracers,
 ianya bracers yang dicipta untuk dipakai di gigi dan boleh di buka-buka,, ye la mane ad bracers pki kt hidung husna oiiii, heheh sorry ye,, nah tgk ni mcm2 colour ada,




haaaaa macam-macam pesen dan colour tau, dan yang pasti harganya adalah mampu milik ok, tak silap dalam RM50 ke RM100 mcm tu, yer la nak buat bracers betul makan ribu dik nonnnnn, tu yang ramai sebok nak pakai hehehehe,

, hah nak pakai bende ini di cipta untuk yg gigi straight je okk,, kalo gigi cm aku ni, rasenyer patah kot kalo nk pki yang fake ni hahahah n die tak effect untuk membetulkan gigi pun, just untuk cantik2 je... dulu kutuk org pki gigi besi,, now dah jadi trend pulak nk pki gigi besi ni walaupun gigi dh cantik kannnn..

so bagi yang teringin nk pki boleh la search2 kt pak google mmg ramai jugak yang jual, heheh ok

tapi ada juga yang mengatakan fake bracers ini boleh mengakibatkan cancer mulut.. haaaaaa? yang ni tak pasti

thanks for yout time people.. :)
XOXO Puan Husna


p/s: bile la husna ni nk brani g cabut gigi,, serammmmm

#Nuffnang- Premiere Screening of Brick Mansions

Assalamualaikum,,

salam jumaat,,

yeehhhh dpt tgk wayang lagi,, I LOVE U NUFFNANG ngeehhhhhh,
 ape la pulak cite minah ni dapat kan,, disebabkan kerajinan aku ni masuk contest kt blog nuffnang tu, dan jawapan yang mengarut-ngarut,, hehehe and i got it bebeh,, kali ni aku berjaya menempah tiket untuk g tengok cite BRICK MANSIONS, kenapa aku nak g tgk cite ni,, sbb die punyer pelakon adalah
Paul walker, walaupun die dah pun tiada, ni adalah antara cerita lakonan die yang terakhir sebelum die pergi..




mesti korang pun pelik, mcm mane la aku ni asyik dapat je kan tiket tgk wayang ni,, aku ni main rasuah ke.. hehehehe aku ni bukan nyer dh lama dengan nuff ni, baru2 lagi berkenalan,, tapi berkat kemengarutan aku menjawab contest ni aku dapat la,, meh aku bg tips sikit macam mane nak menang.. hehehehe *macam power je kan..

ok untuk contest-contest yang di anjurkan oleh nuff ni, kebanyakannyer bukanlah nakkan jawapan betul atau salah,tetapi nakkan, mcm mane creative korang memberi jawapan.. haaaa creative sangat ke aku ni kan,,, nah tgk jawapan aku ni...


hahhaaha ini bukan creative husna ini mengarut namenyer hekhekehk. ape2 pun tepulang pada rezki juga kannn .. ok, disebabkan contest ni punyer dateline 20/april/2014,and sempat lagi kalau korang nak join aku tgk cite ni,, jom lahhhh masuk contest ni,, sile sile,, pegi kt blog nuff tu dan jawab je kt comment box bawah tu.. untung2 dpt g tengok movie and its free, ngehhhh

Tq nuffnang

and thanks for your time people,
XOXO Puan Husna


p/s: semalam bersedih, dan takkan selamanya sedihkan.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...