Thursday, 28 August 2014

Yahoo Mail Pulak Masalah!

Assalamualaikum,

fuh fuh agak nevess.. ehhh over aku ni org lain kawin aku plk yang nebes.. hahahaha.. tp harini taknak cite pasal nebes.. nak cite pasal bende ni ..

rutin harian adalah pagi2 ngadap je PC terus bukak mail dulu pastu blog then baru facebook.. ehhh tak keje ke hape kan husna ni.. kerja.. sambil2 heheheh jahatnyer keje main FB kan..

ok tapi harini masuk office lambat sbb ujan.. almatlumlah naik moto.. nak di redah kang smpi office kene balik umah balik sbb basah.. so tunggu rede baru la berangkat... (panjang pulak mukadimah)

ok bukak je email tadi terus keluar bende alah ni..


ayooooo beberapa kali dah try again tapi masih sama.. owwhhhh tgh problem rupenyer .. patutla harini rasa tab mcm senyap sunyi je email tak masuk.. sbb selalu selang 1jam msti ada je satu email masuk
hahaha email yang promosi aeon big la.. mcm mcm la.. takpe semoga this difficulties akan selesai secepat mungkin yer.. yer la kita ni para blogger ni.. E-Mail teramatlah penting kan...

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: nak pki gmail punyer tp malas pulak nak tukar2 hehehe

Wednesday, 27 August 2014

D'Jala Mr.Os kini Di Downtown Jalan Reko,Kajang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,, segalanya di permudahkan,, seperti yang ramai tahu, aku dan suami ada mengusahakan perniagaan makanan iaitu roti jala dengan pilihan kuah kari ayam/kari kambing dan kuah durian.. dan aku bersyukur Allah memakbulkan doa kami, kini kami akan berada di Kajang.

mulai 2.september.2014, kami akan berada di tapak niaga Downtown Jalan Reko Kajang, setiap hari kecuali hari Isnin, kerana downtown cuti Isnin. dari pukul 8.00malam hingga-1.00pagi. terima kasih kepada rakan-rakan yang tak putus-putus beri sokongan..

jadi bagi yang jalan2 area Downtown Jalan Reko tu.. mari lah datang rasai roti jala dari kami.. :)



dan tak lupe juga.. jom ramai2 like Facebook D'jala Mr.Os, click je kat gambar atas ni and like la ehh hehe segala update tentang perniagaan dan sebarang pertanyaan tentang tempahan juga boleh di ajukan disana..



dan ini adalah harga dan service yang kami tawarkan jangan risau kami takde charge GST hehehe :) so kalau all readers ni nak merasai roti jala dari kami boleh la datang di Downtown Jalan Reko, Kajang, tak tahu tempat?? hehehe waze kan ade hehe,, sane ada tempat lepak makan-makan sambil layang abang-abang busker main lagu yang merdu-merdu.. :)

thanks foe your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: aku sangat berharap perniagaan ini akan terus maju insyaallah..

Tuesday, 26 August 2014

Tempahan Roti Jala- Bellamy House

Assalamualaikum,

salam selasa,, Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk terus menaip hehehe biase la tengah tengah buzy mcm 2 ni.. dengan prepair utk nurie solemnization soon.. and masih mengambil tempahan business lagi.. alhamdulillah sangat-sangat..

ok ini kisah ahad lepas, dah basi ke? belum kannn hehehehe. ni sebenarnya order last minit, yang mana hari khamis dapat tempahan terus buat untuk hari ahad tu.. alhamdulillah segalanya lancar..

tempahan oleh VIP Dato dan Datin dari ATM untuk rumah terbuka aidilfitri, mmg agak neves sbb first time buat utk VIP, so die request untuk 2 sesi siang dan malam dengan tempahan 800keping roti jala. yang mana kitorang datang menjala di tempat event yang di janjikan iaitu di Ballamy House di belakang istana negara lama. first2 sesat jugak la nak cari tempat tu lepas kene tipu dengan Waze cehhh sabo je la.. nasib baik jumpa juga akhirnya,.



so sampai je kitorang adalah salah satu menu yang ada, yang mana mereka dah siapkan stall-stall untuk bermacam-macam jenis makanan yang semuanya sedap-sedap,, yer la nak hidang dekat VIP kan takkan nk bg yang cikai-cikai je kan.. ada kambing golek, chicken wing, ABC, Cendol, Laksa, Nasi Arab, Sup, Char Kueh Teow, and mcm mcm la.. mmg aku yang duduk situ pun dah mcm nak meletup perut makan.. hahahah tak sempat lapar la kiranya..






so siang adalah sesi untuk staff dato dan datin datang.. dan pada mulanya agak ramai,, tiba-tiba hujan rahmat turun, so agak berkurang,, dan sesi malam cuaca baik.. dan sesi malam adalah para-para VIP rakan-rakan Dato dan Datin.. Datin tu mmg sangat baik.. cantik pulak tu.. so mlm tu kami sambung lagi menjala.. and serve untuk semua tetamu yang nak kan makan roti jala.. siap ada yang 2 3 kali jugak la datang lagi.. alhamdulillah sedap diorang kata roti jala kami.. seronok bila orang berpuas hati dengan hasil tangan kita kan...

so selesailah tempahan kami untuk event dari VIP.. semoga tahun depan Dato dan Datin akan ambil service dari kami lagi.. heheheh segala kekurangan kami mohon maaf ye. dan terima kasih. :)

so pada siapa-siapa yang nak kenduri, nak kan menu tambahan boleh la call kami untuk tempahan,, kami datang menjala di tempat anda dengan pilihan kuah, nak food test dulu pun boleh.. heheh

UNTUK TEMPAHAN.
D'JALA MR.OS
HUSNA / IZUAN
CALL OR WHATSAPP
014-229 0966
011- 1183 8980

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: 16/9 ni pun ada tempahan baru untuk kenduri kawin alhamdulillah semoga Allah terus memudahkan urusan kami.. :)

Friday, 22 August 2014

UMMA LACTO -Cara Menambah Susu Badan

Assalamualaikum,

-Entry Khas untuk para ibu yang breastfeed dan ingin breastfeed tapi tidak kesampaian-

hai para ibu.. cehhh walaupun aku bukan lah seorang ibu, insyaallah one day.. hehe tapi ada jugak ilmu sedikit yang boleh dikongsi bersama para ibu yang baru menjadi ibu, atau telah menjadi ibu tapi mengalami masalah yang sama iaitu.. susu badan kurang...

seperti yang para ibu tahu bertapa bagusnya jika anak itu menyusu dengan susu ibu, selain dpt khasiat yang baik ia juga mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.. sbb apa yang si anak minum adalah apa yang datang dari badan ibu itu sendiri. tetapi bukan semua para ibu bertuah memiliki air susu yang banyak, dan ada juga yang sampai sejak dari melahirkan mmg tidak ada susu. dan terpaksa guna susu lembu juga.

sedih rasa bila tak dapat menyusukan anak sendiri kan.. tapi jangan risau para ibu yang dah buntu memikirkan tentang ini, ini ada ikhtiar yang para ibu boleh cuba,





UMMA LACTO salah satu ikhtiar yang boleh membantu para ibu menyelesaikan masalah ini, ini adalah antara kelebihan UMMA LACTO.

UMMA LACTO
       Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
       Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
       Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
       Membantu membekalkan zatbesi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
       Membantu mengelakkan sembelit
       Membantu kesihatan perut dan kolon
       Sebagai prebiotik ibu dan anak
       Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
       Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
       Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
       Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
       Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
       Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut



ramai juga yang dah mencuba dan ramai juga yang telah berjaya.. ini bukan ubat ye, ini adalah salah satu supplement yang boleh membantu para ibu, insyaallah cuba dulu dan jangan lupe yakin dan berdoa. kalau tak cuba mane nak tau kan,, heheheh
"biar mati mencuba jangan mati kecewa"

harga? 
bagi aku harga die sangat berbaloi dengan khasiat yang di berikan.

RM 60.00  satu kotak

dan promosi untuk para ibu,,
 kalau beli 2 kotak RM120.00 dapat PERCUMA 1 kotak

jadi bagi para para ibu, para para sakura.. (eehhh gurau je) hahaha haaa dah lame cari bende ni kan. haaa mcm mane nak order boleh click kat link bawah ni, dan boleh cuba tanya dengan mereka dengan lebih lanjut. insyaallah diorang semua baik baik belake ehh.. heheh dan satu lagi pastikan barang yang anda beli adalah original dan mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti ini,





sbb dah banyak yang tiru semata-mata nak dapat keuntungan tapi para pembeli yang menanggung rugi, kalau rugi duit takpe lagi,, kalau dah makin sakit dan jadi bende lain haaa lagi susah nanti.. so pastikan kalau para-para ibu ni nk beli, pasikan dari sumber yang asli mcm link kat bawah ni ok.boleh beli terus pun dari situ. semoga para-para ibu semua berjaya menambahkan susu badan supaya impian untuk menyusukan anak tersayang dengan lebih gembira tercapai.. selamat mencuba :)




thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: cousin una juga ada yang mengalami masalah yang sama.. 


#MalaysiaBerkabung dalam kenangan MH17

Assalmualaikum,

salam Jumaat yang cukup suram,

keadaan dalam tren tadi juga cukup sayu, tersentuh hati bila melihat ramai juga yang berbaju hitam memberi perhomatan untuk hari berkabung harini, terdetik dalam hati. masih bersatu rupanya rakyat malaysia ini..

salam takziah buat ahli keluarga MH17 semoga anda semua akan terus tabah menerima ujian ini, dan semoga roh mereka yang islam dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh..


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Al-fatihah :'(  #MH17


Thursday, 21 August 2014

apa itu ALS #icebucketchallenge ?

Assalamualaikum,

salam khamis,,

aku bukak je facebook dari semalam tgk bersepah2 video antara artis2 dunia membuat #icebucketchallenge yang mana mereka menyahut cabaran untuk disiram dengan sebaldi air ais yang sure la sejukkan. so aku ada la buat sedikit research apa itu ALS sebenarnyer. yer la rakyat malaysia kan cepat terpengaruh.. so takut ramai yang mengikut je tanpa usul periksa kan.. so setelah di kaji baru lah aku tau..

ALS atau nama panjangnya (Amyotrophic Lateral Sclerosis) yang mana sejenis penyakit saraf yang mengakibatkan otot otot tak mampu bergerak kerana tidak mampu mendapatkan ransangan dari otak. yer la otot kita kan kalo nak gerak mestilah mengunakan otak dan memalui saraf yang membuatkan semua otot kita boleh mengikuti apa yang difikirkan oleh otak.. untuk penyakit ni.. saraf mereka tidak mampu menyalurkan ransangan dari otak yang membuatkan otot-otot mereka tidak mampu digerakkan.

so dalam cabaran #icebucketchallenge ni adalah untuk rakyat US sebenarnya, yang mana mereka akan menyumbangkan dana sebanyak $10 kalau mereka berjaya menyahut cabaran dicurahkan ice satu bucket kat atas kepala, dan kalau mereka gagal mereka kene menyumbang $100 untuk ALS association, sbb tu tgk ramai juga artis, celebrity, footballer buat bende ni, rupenyer untuk donation dan selepas challenge tu mereka pulak diarahkan untuk nominate kan  rakan lain pulak untuk ambik challenge ni..

patut la jadi viral kt FB sbb ramai yang buat adalah dari kalangan artis sbb nak tarik org untuk menderma.. so kat malaysia pun ada ke sibuk nak buat? macam KJ ada buat untuk dedicate spacial untuk arwah lagend Mokhtar Dahari yang mengidap ALS, yang lain kalo buat tapi sekadar nk seronok bukan untuk donation atau sekadar nak glamour hemmm takperlulah ehh.. so kalo rasa nak buat ce buat untuk donation mane2 agency ke kan.. ok gak la kalau nak tiru harap2 bende ni kalau jadi kat malaysia bukan sekadar viral je.. atlis ada sesuatu yang kita boleh sumbangkan :)..

so sekarang jelas lah aku ape itu ALS #icebucketchallenge.




thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s : mandi ais mmg sangat baik untuk otot sbb selalu kalau atlit lepas habis latihan atau game mesti diorang berendam dlm dab ais.. sejukkkk tapi mmg sangat segar lepas tu aku pnh try :)

Wednesday, 20 August 2014

Rabu Membisu aka Wordless wednesday - Girlfriend!


thanks for your time
xoxo puan husna

p/s: al mood kenduri dah sampai

Tuesday, 19 August 2014

Mr.H is Turn 25!! Happy Birthday

Its a spacial entry for my dear sweety husband!

AMARAN : Entry ni terdapat ayat geli-geli!

Assalamualaikum,



MOHD IZUAN SHAH, mengenalinya 9 tahun lepas pertemuan pertama main nyorok2 blakang tiang dekat depan butik nike di mid.. dan at the same day jugak die berjaya membuka hati aku untuk terima die menjadi Gf waktu tu la.. umur form 4. 16tahun baru ye. (gatal nak bercinta) seorang yang sangat simple, sedikit pendiam jika baru kenal,, dan sangat kelakar. dan alhamdulillah dia sudi mengambil aku menjadi suri buat dirinya.. ewahhhh walaupun ramai yang cakap die jambu ke langsat ke, durian ke aku tak kesah, aku tau aku tak secantik mane.. tp bersyukur sbb masih ada yang sudi nk kat aku ni.. hewhewhew.. *tahan nangis hahah

25tahun lepas, dia dilahirkan di JB, dan kini harini,, dia di sebelah aku tersenyum menyambut ulang tahun yang ke25, mudenyerrrrrr.. hahahah tolong jangan perasan mude.. heheheh ok this spacial wish untuk awak,, sbb saya tau kadang2 awak stalk jugak saya punyer blog kannnnnn,

dear mr.H
saya tak de hadiah mahal nak bagi kat awak memandangkan tengah bulan,, saya tak dapat belanja awak makan mahal2 sbb tengah bulan, saya tak belikan awak kek sbb awak tak makan, saya tak buat party sbb awak buzy.. tak kira apa awak buat,, dimana awak berada,, saya nak wish, selamat ulang tahun,, semoga diusia ini,, awak akan terus istiqamah mencari redha Allah,, diberi kesihatan yang baik untuk terus membimbing saya,, menjadi imam untuk saya setiap hari walaupun bukan semua waktu, menjadi penasihat yang baik.. semoga allah mempermudahkan urusan awak dunia dan akhirat,, melapangkan pintu rezeki awak untuk keluarga kita,melindungi awak dari sakit. takde apayang mampu saya beri selain doa yang takkan pernah putus untuk kebahagiaan awak, kita dan keluarga kita.. semoga awak akan terus menjadi pembimbing saya sampai ke syurga Allah InsyaAllah, sayang in what ever u do. jangan risau jika jatuh.. sbb saya akan sentiasa ada untuk bantu awak untuk bangun walau saya tak kuat.. tp saya tau sayang lebih kuat. happy birthday sayang. i will always love u sampai ke bulan dan patah balik.. kehkehkeh (esok pinjam duit eh nk beli hadiah) hehehehe i is love u lahhh! hahaha

sorry for this geli-geli entry
xoxo Puan Husna

p/s: boy yang belanja makan tadi TQ boy :)


Monday, 18 August 2014

Malang tidak berbau- Kemalangan Kurang Ngeri Aku dan Mr.H

Assalamualaikum,

salam isnin,
masih terhenjut2 jalan, tapi gigih pergi kerja jugak sbb banyak lagi bende nak di sattlekan, yer lah MC pun dah tamat tempoh,, so kerja pun bermula lah,, haaa kenape aku MC, ramai juga yang tau,, tentang aku dan mr.H ditimpa sedikit kemalangan pada rabu lepas. mcm mane boleh kemalangan? mcm ni ceritanya,

pada rabu lepas,, aku sepatutnyer masuk halfday sbb pagi tu ada ambik exam SPA so selesai jawab terasa malas nk pegi kerja tu membuak2 pulak... hahaha taktau kenape.. tapi nak jugak pegi, kul 1 habis exam,, dari gombak.. ckp ngan mr.H nak balik serdang n nk g office sekali.. n mr.H pun ckp haaa ok, mcm biasa aku dan mr.H mmg selalu naik moto kalau nk mengelak jem, kebetulan hujan pulak renyai2 je,, so mr.H kata takpe la redah je la..kang lambat pulak nk masuk office,,

so dari gombak laluan biasa MRR2,, tak sesak sangat cuma kereta agak perlahan kerana hujan,, dan jalan basah,, tiba je kat taman melati, ada satu kereta Nissan SYLPHY tak ingat no plat, pemandu wanita berbangsa cina,, tiba2 main main brek tanpa sebab, mr H masih berada di belakang kereta tersebut, kelajuan biasa 60km/j

sampai je taman melawati sebelum Zoo, kami berada di lane 1, sbb mmg tak laju pun bawak,, dan kereta tadi main brek lagi,, dan kali ni,, secara tiba-tiba die terus brek berhenti atas jalan tu,, kitorang yang berada di belakang kereta tersebut cube memotong tetapi tak berjaya dan mr.H nakkan mengelak kereta tu dan jalan basah, kitorangpun mengelimpar diatas jalan tu dan terserek la dlam 10m mcm tu..

mr.H dah tak pikir sakit atau ape,, terus dokong aku bawak ketepi jalan takut kene rempuh dengan kereta lain pulak, sbb aku dah terbaring atas jalan tu sbb waktu tu rasa kepala dah pinau-pinau dah,, dah kat tepi jalan tu baru la cerah balik,, kira ramai jugak la yang baik hati tolong kitorang,, angkat motor bawakkan ketepi semua.. dan kereta tadi terus je jalan mcm takde ape2 yang berlaku,, yerla die kan kat depan,, bukan die tau kitorang jadi ape kat belakang kan..

so balik tu nasib baik moto masih ok, so mr H gagahkan diri jugak bawak aku balik naik moto,, sampai umah,, dengan baju dah koyak rabak,, tgk mane luke.. so mmg agak fobia jugalah jap nak naik moto lagi,, ni kira kali ke 2 aku menyarap atas MRR2 tu,, lepas 4 tahun lepas,, yang tu agak teruk la,, yang ni nasib baik takde patah riuk ape semua,, sekadar luke2 dan lebam2 je la..




ni je yang aku boleh tunjuk sedikit luke2 yang ada,, and ada lagi kat pinggang yang tu takyah tunjuk la ngeri sikit la.. hahahaha,, kang korang pulak nangis.. heheheh so malang tu mmg tak berbau,, tp kalau dah tertulis ini takdirnya,, mcm mane kita cuba mengelak pun akan kene juga.. terima dengan redha dan anggap ini ujian dari allah,, dan tanda Allah masih sayangkan kita,, sbb die masih memberi kesempatan untuk kita diuji.. sakit tu kan menghapus dosa kecil.. so kepada readers semua,, tak kira la naik apa pun korang,, jalan kaki pun,, berhati2 yer.. semoga Allah akan melindungi kita :)

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: lepas excident tu,, balik tu zara terus nangis tak berenti,, mama suruh mandi pastu kitorg dah mandi semua baru die tak nangis,, mama kata kalau excident selalu bende2 tak baik boleh ikut balik,, so seeloknya kalau excident ke ape balik mandi terus..

Friday, 15 August 2014

#Nuffnang - CPUV Ikea

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,,

dalam keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya, dan masih dalam MC, setelah ditimpa sedikit kemalangan,sbb itulah blog ini menyepi seketika,  tp alhamdulillah masih berpeluang diberi berita gembira dari Nuffnang, cite pasal Excident,, nanti kite cerita mcm mane boleh excident.. now nak TQ kepada nuffnang sbb ad CPUV yang melekat di blog aku yang suam suam ni,


iklan Ikea so sape2 yang lalu lalang kat sini boleh la kalau nak derma kilat untuk kite yer.. heheheh.. again and again TQ nuffnang sbb sudi menyumbangkan iklan itu kepada blog ku ini,, ewaaahhh buat ayat sedih..

tq for your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: sorry to all my fren yang sepatutnya dtg rumah aku hari rabu haritu tp terpaksa dibatalkan sbb aku pulak ter excident.. sorry sangat sangat :(

Tuesday, 12 August 2014

Part 2 - My Raya At Kedah

Assalamualaikum,

disebabkan harini jalan tak jem,, so hati ada happy sikit laaaa,, haaaaa, dah raya ke berape belas harini,, baru nak sambung story hari rayakan.. nyampahhhh

ok  dah baca Cerite Raya at Kuala Kangsar? haaaa ini sambungan yang mana, aku dan mr.H meneruskan perjalanan ke utara tahan air, iaitu,, negeri jelapang padi KEDAH, dan ini adalah kampung mr.H, aku tak pernah ke sana,, dan hati berkobar-kobar la nak balik kampung kan.. pada mulanya mr.H kata takyah la balik kedah sbb die agak penat sbb sebulan meniaga kan,,so nafsu aku yang bekobar2 nk ke kedah tu luput begitu saja..

tiba-tiba,, dapat call dari papa, yang atok wan excident.. haaaa dan kebetulan kereta abah pula rosak, dan dia nak pakai kereta aku, sbb die kene terbang ke kuching pada raya ke 2 ada show rumah terbuka,, so aku bg die pakai kereta aku,, dan nk ke kedah dah takde kereta,, bincang-punyer bincang, mr.H nak balik la kedah kejap tgk keadaan Atok wan, aku tak pernah jumpa atok wan, dan tok minah sbb kawin aritu diorg tak dtg sbb tak berapa sihat, so Pinjam kereta my Cousin azreen, so bergeraklah kitorang ke kedah perjalanan 3 jam dari kuala kangsar.

sampai dah malam so tidur la dulu,, so sbb malam taknampak lagi apa yang ada di keliling rumah,, bangun je pagiii,, g cari tok wan tok minah,, diorang baikkkk sangat,, diorang sayang aku sampai tak kasi balik,, sambai banyak kali ckp kt mr.H,
 "wawan nanti bawak cucuk tok balik tau, tok suka cucu tok yang ni"
"wawan raya haji balik noo, nanti yuna balik jumpa tok noo raya haji"
*yuna tu semua keje mr.H die kenalkan aku kt tok die nama aku yuna,, haaa sampai ke sudah la yuna, tok pangil aku.. wawan is pangilan mr.H dekat kampung..


aku dah takde atok dan nenek,, sekali dpt nenek n atok mertua,, dan layanan diorang mcm aku ni cucu mereka sendiri, mcm bukan orang luar bagi diorang, peluk aku,, tak lepas tangan ... sedih dan seronok sangat rasa..

ok itu cerita mcm mane jumpa tok minah n tok wan, kemudian aku pun keluar je rumahhh,, haaaaaa keliling rumah sawah padi, seronoknyer tgk pemandangan hijau kekuningan mcm tu,, yang mmg takkan dapt tgk kt KL ni,,


seronok sangat suasana raya di kampung tu mmg sangat terasa, mandi air kolah, lepak bawah pondok makan buah mangga,mr.H punyer gembira isap rokok daun, teringat arwah atok pun isap rokok daun, pusing kampung naik motor, ramai datang rumah tok beraya,, jenguk tok wan,, alhamdulillah,, tokwan sihat dan senyum je kitorang datang,, serious mmg best and aku selalu ckp kt mr.H nanti nak balik kedah lagi eh.. heheheh almatlumlah,, dulu ada kampung,, sekarang dah takde kampung,, semua dah jadi chalet.. hehehehe dan petang tu juga  kitorang berangkat semula ke Kuala kangsar
sebab raya ke 3 ada family day,, haaa nak tgk ape jadi family day kitorang yang huru hara tu,, nanti next entry aku share ok :)..

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: rindu tok minah, to wan, long pah, n semua sedara kedah,, diorang baik sangat :)



Monday, 11 August 2014

Suami, Adik Atau Anak?

Assalamualaikum,
salam isnin dan selamat ari raya semuaaaa...

mood raya aku tak pernah luntur hahahahaha,, walaupun sentap! kahkah keje nak sentap je aku ni kan,,
cerita bermula.. alhamdulillah, mr.H telahpun memulakan perniagaan pada hari sabtu lepas di gombak, dan kemungkinan aku juga akan turut berpindah ke sana semua,, tp buat masa sekarang belum lagi sbb aku masih bekerja,

ok kisah tentang Suami,Adik Atau Anak? tengok gambar dibawah ini dan sila nyatakan
APA YANG SAMA?





ok dah tgk kan,, dan sekarang beritahu apa persamaan yang anda nampak? hahahaha, bende paling biasa bila orang jumpa kitorang adalah,, adik beradik eh? lebih  lima ratus enam puluh ribu tiga ratus empat belas orang (main sebat je) yang aku jumpa akan mengajukan soalan yang sama jika orang itu tak kenal atau first time jumpa..

dan selalunya aku adalah mangsa untuk ditanya "ni adik eh? "well aku nampak mcm kakak-kakak sangat ke? eemmm sabor lagi takpe,, dan yang paling extreme adalam hari sabtu lepas, seorang kakak ni datang kedai, dengan selamber tanya kat aku,, "ni adik ke anak?"wwwoooooooo kak ni suami saya kak, hahaha
ada nampak mcm makcik-macik sangat dah ke wehhh aku ni? hahahaha dan boleh die bantai ingat laki aku baru lepas SPM,,

hahahah so kesimpulannya,, aku dah tak kesah dah orang nk ckp aku ni akak-akak ke, macik-macik ke,, yang penting mr.H masih ingat dia suami,, dan sayang aku cehcehceh,, statment jaga hati.. hahahaha nanti aku pakai bedak tebal2 haaaaa baru dia taaauuuu.. hahaha

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: mr.H perasan die mude sangat, lagi2 bila si codol tu puji2 die pink-pink laaa.. perasan izzue islam terus hahahahaha

Friday, 8 August 2014

Bridel Shower + Beraya Rumah Blogger NurieSyaNadia

Assalamualaikum,

salam jumaat, selamat hari raya

Amaran : entry ini di punuhi gambar harap tidak muntah hehehe

ok dimulakan dengan bismillah, ni sebenarnya plan last minit,, yer la kalo ngan diorang ni plan awal-awal mmg tak menjadi sesaje.. huhhh stresss i, mulenyer aku ngan Mr.H je nak pegi beraya rumah blogger si NuriesyaNadia disebabkan kitorang ni dah kenal lame n lame tak berjumpa,, so dah cnfm nk kerumah die, die nak masak semua,, aku saje la tegur kat group CODOL Dyla,Noni,Nurie,Piqa,Dayah(tak dpt jumpa tp sempat call die semalam),n Dee.. yang mane ni mamber2 waktu blaja kt uitm dulu, sape nak ikut aku beraya kt umah nurie,, so kebetulan pulak semua ok,, yang takde cumalah Dee sbb husband die baru balik dari india,, and Dayah sbb die dkt pilah,. so hanyalah kami ber 4 termasuk nurie 5 dapat bekumpul,


last minit plan jugak sbbkan nurie bakal menikah taklame je lagi serius tinggal berapa minggu saja lagi, so kitorang deside nak beli kek la untuk konon2 bridal shower sbb plan mcm2 semua tak jadi,*nyampah haha, so kira ni sekali bridal shower untuk die la jugak,,  tak senonoh kan bridal shower kat umah pengantin,, haaa orang lain mampu? nasib baik la mama nurie sayang aku hahahahahahahahaha.. *saje bg sakit hati,

sempatlah kitorang menghuruharakan rumah nurie semalam sampai kul 11 baru reti nak balik semua dari pukul 8.00 aku je lambat sikit hahahahaha. sorry baby! *pastu semua pegi keje lambat hahahahahahah

lame tak jumpe diorang mmg rindu gile,, aku ni bawak laki,, so nasib baik dyla pun bawak bakal tunang dia so takla boring sangat Mr.H aku tgk perangai kitorang ni,, hahahaha yer la tunang nurie taknak datang pulok,,#akusentapngantunangnurie hahahahaah dah cakap banyak-banyak pun takguna,, jom tgk ape jadi dan nilailah sendiri..




ni mama nurie.. seirius mama nurie mmg lawa sangat ok!  









 













nila bakal pengantin yer.. cantikkan.. *tolong jangan perasan hahaha
Dear NurieSyaNadia,

for 7 years Allah jumpakan kita, jadikan kita kawan, jadikan kita kakak, love each other, fight, ketawa, jerit-jerit, nangis semua dah, and now u will getting married, i am thousand% excited and happy for you, semoga semuanya lancar, semoga kau dan wan akan sentiasa dikurniakan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat, wish u good luck in your marriage life, be a good wife,jangan malas basuh pinggan, kalo sakit hati tu tahankan je lah hehehehe, and i will always love u to the moon and back, i know only codol know us,. i will miss u sbb dah takleh jumpa selalu,, dah kawin emmm hope this friendsShip akan terus belayar bersama.. :) will miss you kakak :') take care love yaaaaa

thanks for your time people untuk baca cerita dongeng kami yang tak berkesudahan ini :)
xoxo Puan Husna

p/s: sangat rindu dua dah kawin, sorang dah nak kawin, dua nak tunang sorang dah kenerisik sorang masih mencari.. *nurie masakkan spageti sedap gile!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...