Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Part 2 - My Raya At Kedah

Assalamualaikum,

disebabkan harini jalan tak jem,, so hati ada happy sikit laaaa,, haaaaa, dah raya ke berape belas harini,, baru nak sambung story hari rayakan.. nyampahhhh

ok  dah baca Cerite Raya at Kuala Kangsar? haaaa ini sambungan yang mana, aku dan mr.H meneruskan perjalanan ke utara tahan air, iaitu,, negeri jelapang padi KEDAH, dan ini adalah kampung mr.H, aku tak pernah ke sana,, dan hati berkobar-kobar la nak balik kampung kan.. pada mulanya mr.H kata takyah la balik kedah sbb die agak penat sbb sebulan meniaga kan,,so nafsu aku yang bekobar2 nk ke kedah tu luput begitu saja..

tiba-tiba,, dapat call dari papa, yang atok wan excident.. haaaa dan kebetulan kereta abah pula rosak, dan dia nak pakai kereta aku, sbb die kene terbang ke kuching pada raya ke 2 ada show rumah terbuka,, so aku bg die pakai kereta aku,, dan nk ke kedah dah takde kereta,, bincang-punyer bincang, mr.H nak balik la kedah kejap tgk keadaan Atok wan, aku tak pernah jumpa atok wan, dan tok minah sbb kawin aritu diorg tak dtg sbb tak berapa sihat, so Pinjam kereta my Cousin azreen, so bergeraklah kitorang ke kedah perjalanan 3 jam dari kuala kangsar.

sampai dah malam so tidur la dulu,, so sbb malam taknampak lagi apa yang ada di keliling rumah,, bangun je pagiii,, g cari tok wan tok minah,, diorang baikkkk sangat,, diorang sayang aku sampai tak kasi balik,, sambai banyak kali ckp kt mr.H,
 "wawan nanti bawak cucuk tok balik tau, tok suka cucu tok yang ni"
"wawan raya haji balik noo, nanti yuna balik jumpa tok noo raya haji"
*yuna tu semua keje mr.H die kenalkan aku kt tok die nama aku yuna,, haaa sampai ke sudah la yuna, tok pangil aku.. wawan is pangilan mr.H dekat kampung..


aku dah takde atok dan nenek,, sekali dpt nenek n atok mertua,, dan layanan diorang mcm aku ni cucu mereka sendiri, mcm bukan orang luar bagi diorang, peluk aku,, tak lepas tangan ... sedih dan seronok sangat rasa..

ok itu cerita mcm mane jumpa tok minah n tok wan, kemudian aku pun keluar je rumahhh,, haaaaaa keliling rumah sawah padi, seronoknyer tgk pemandangan hijau kekuningan mcm tu,, yang mmg takkan dapt tgk kt KL ni,,


seronok sangat suasana raya di kampung tu mmg sangat terasa, mandi air kolah, lepak bawah pondok makan buah mangga,mr.H punyer gembira isap rokok daun, teringat arwah atok pun isap rokok daun, pusing kampung naik motor, ramai datang rumah tok beraya,, jenguk tok wan,, alhamdulillah,, tokwan sihat dan senyum je kitorang datang,, serious mmg best and aku selalu ckp kt mr.H nanti nak balik kedah lagi eh.. heheheh almatlumlah,, dulu ada kampung,, sekarang dah takde kampung,, semua dah jadi chalet.. hehehehe dan petang tu juga  kitorang berangkat semula ke Kuala kangsar
sebab raya ke 3 ada family day,, haaa nak tgk ape jadi family day kitorang yang huru hara tu,, nanti next entry aku share ok :)..

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: rindu tok minah, to wan, long pah, n semua sedara kedah,, diorang baik sangat :)



Saturday, 2 August 2014

Part 1 - MY RAYA at Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

salam syawal ke 6, haaaa yang di nanti telah tibe,, ewaahhh berangan retis kauuu,, entry pasal raya,, this is my story begin!

ok pada perancangan awal aku dan mr.H tak pikir pun nak balik beraya ke mane,, haaaa confuse nak balik raya,, so setelah difikir2 mr.H nak ikut balik ke Kuala Kangsar yang mana kampung belah family aku. as usual sebelum kawin mmg kitorang setiap tahun akan balik kuala kangsar, walaupun atuk dan nenek sudah tiada,, tapi kampung ttp tak dilupa,,

hari sabtu lepas, kira lepas sahur la cmtu,, terus gerak dari KL ke kuala kangsar,, jalan jem tp kitorang main ngelat lalu jalan lama terus so tak sangkut jem pun,, heheheheh

so bermula la cerita raya kami, tahun pertama beraya bersama suami,, kira menantu la dalam keluarga en.Mohd Yusof. aktiviti wajib bila di kg adalah bakar lemang kalau nak raya,, dan yang best tahun ni, adalah! mr.H yang masak lemang,, wwuuuuu dan semua puji sedap! sukeeellaaateeewww

kami beraya di Chalet D'Kg Mr.Os sbb ni la kampung kami,, walaupun dah jadi chalet kami tetap berkumpul disini,, sbb kat sinila tempat lahir dan tempat beraya kami dari kecik,, cuma bezanya dulu rumah kampung kini dah jadi chalet,, kemeriahan tetap sama, :)

hahahaha so dipagi raya nak tau ape jadi pada raya kami,, lets make pictures tell the story..


ni aron ajiss katenyer hahaha

seronok mr.H dapat berendam yee





















ni pegi beraya rumah jiran kt kampung, 

so ini adalah story 1st Syawal kami,, ada next story yang mana aku ngan mr.H sempat pulang ke kampung Kedah yang mana kampung sebelah Papa Mr.H, kira first time jgk la aku ke kedah dan beraya belah mentua nanti kita story ye,, sbb tgk rupe mcm dh loya2 je tgk gambar aku banyak sangat hehehehehe and ada juga yang mana kitorang buat family day,, ada game and macam-macam lagi, tunggu part 2 yer nanti hehehehe,

thanks 4 your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: kenangan raya mmg perlu di semat sebab setiapnya ada kenangan yang akan di ingati :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...