Monday 30 December 2013

Batam Indonesia 26Dec2013 (Part 1)

Assalamualaikum,

ok lame gile x update blog disebabkan aku berada di 
seberang laut, ceh ceh ceh mcm jauh sgt je pegi, 

ok seperti entry lepas aku ada story pasal cara nak ke batam dengan menaiki ferry
dan alhamdulillah aku pun dah sampai kesana, tp x lama pun
just a short trip dgn family,
aku ngan family just pegi utuk 3D2N je,

ok ni cerita waktu kitorg jejak je kaki di bumi indonesia itu, 
disebabkan kitorg sampai agak tengah hari, 
sebab masa di indonesia lambat 1jam dari masa malaysia,
kiroeg terus mencari tempat makan di mall berhampiran jeti BATAM CENTRE

1st kitorg makan di cafe mcm ala-ala old town so ingatkan harga
lebihkurang Old Town la, sekali aku order makan
n tgk menu, pening sebab currency die kan berjuta2 ribu2 bintang,
so aku sentiasa sediakan culculator utk makesure aku tau rate die
dengan duit ringgit,
selain korang kene belajar sikit2 bahasa indonesia, sebab ada bahasa kita yg diorg
tak paham, dan banyak bahasa die yg kita tak paham 
kalo kaki sinetron insyaallah faham hahahah

ok so aku order makan nasi goreng sate PAKET A 
siap dengan Ice lemon tes harga sekitar RP 30,000.00
dan kalau harga malaysia adalah RM 8.50 murah kan,
kedai siap wifi, kerusi sofa, makan sedap, kalo kt malaysia tu, 
RM8.50 tu boleh la dpt kalo makan tepi jalan atau gerai2, kalo dlm mall
jangan mimpi ok..

ok teruskan perjalanan utk ke hotel sbb nak letak barang dan nak teruskan perjalanan
mencari barang untuk shopping,
aku n keluarga dah memilih untuk menginap di area NAGOYA dimana 
NAGOYA adalah pusat bandar bagi batam, dan tumpuan untuk pelancong membeli belah,

so dari jeti kami terpaksa ambil taksi untuk ke hotel yg terletak di betul2 bandar nagoya,
untuk penginapan hotel, if korg nk kesana, korang tak perlu risau,
disana banyakkkkkkk gile hotel nad murah ok sekitar RP 100,000.00 ke RP 300,000.00
yang mana kalo convert duit RM pun sekitar RM 30.00 ke RM 80.00
hotel siap air-cond ok, mane nak dpt hotel RM30 kat kl, kalo ada pun rumah tumpangan

soryy gambar teruk sikit sbb tab aku blh mati plk, so terpaksa pki fone yg biasa2 aja..
berangan mcm g overseas sgt, tp over the sea gak la kan,,
ni Mr.H kyusuk nk baca paper batam,
tp lepas tu gelak, sebab pening tak paham bahasa die.. hahaha
ok ni adalah hotel yg aku n family menginap, bilik agak kecil tapi utk tidur
n rehat2 boleh la, die sediakan sekali dengan breakfirst ok,
Mr.H sentiasa menjadi mangsa utk tukang jaga barang n, tukang bawak barang
hahahah sian syg saya ni,

di loby Hotel sementara tunggu abah and mama siap nk g shoping
inilah NAGOYA HILL MALL yang mana pusat shopping yg aku dah naik gila
kat sini sebab barang murah gile

ok disebabkan aku pergi cuma seketika, ada a few bende je yg sempat aku buat kat sana,
ok nanti aku cite lagi yg selanjutnya tentang batam di next entry ok.. 

serius tak menyesal gi sana, orangnya baik-baik, barangnya murah-murah,
dan yang paling best adalah makanan nya yg pelik-pelik tapi halal ok.. 

thanks 4 ur time guyss,,
XOXO Puan Husna

p/s: kalau rasa nak g vacation dengan budget yg rendah, batam adalah salah satu tempatnya

Monday 23 December 2013

BATAM - Indonesia


Assalamualaikum,
dah lama rasanya tak story pasal vacation, ok
disebabkan X-mas dah dekat,
so aku ngan family dh buat keputusan untuk pergi ke
BATAM indonesia,

ok aku dh buat reasearch sikit pasal how to been there?
ok..

cara untuk ke batam adalah anda boleh naik flight,
atau pun ferry,

ok aku dan keluarga memilih untuk naik ferry, dari JB
sebab ferry untuk ke batam perlu di ambil di JB iaitu di THE ZON setulang laut,

Harga tambang Ferry adalah seperti berikut:

ONE WAY (Setulang -> Batam)

Adult: RM 69 + RM 10(tax) + RM 5 (Insurance + fuel) = RM 84.00
Child :RM 46 + RM 10(tax) + RM 5 (Insurance + fuel) = RM 61.00

TWO WAY (Setulang ->  Batam -> Setulang)

Adult: RM 110 + RM 10(tax) + RM 5 (Insurance + fuel) = RM 125.00
Child: RM 69   + RM 10(tax) + RM 5 (Insurance + fuel) = RM 69.00

waktu berlepas bermula seawal
7.15pagi waktu malaysia dan last trip pada pukul 6.30petang waktu malaysia.
trip ada setiap 45minit,
dan perjalanan mengambil masa lebih kurang  1 jam kalau tak silap.

*menurut info lain yg kata kalo beli two way, nanti kat batam waktu balik
kene bayar lg RM40 lebih kurang untuk apa tax charge, so prefer untuk
beli oneway, and tambang dari batam ke Setulang lebih murah, katanya,
tak pasti betul atau tak, nanti aku dh pegi aku pastikan bende ni ok

ok itu dh habis cite pasal tambang,
ok now kalo dah sampai menti nak cari hotel kan,
macam aku, aku suka cari hotel yg dekat dgn tmpt aku nk pegi
contoh dibatam,
tempat shopping yg agak best adalah di NAGOYA, bukan nagoya
kedai kain tu eh, ni nama tempat, nagoya, kat sana ada mall, ada shoplot yg
mmg jual barang2 yg pempuan gile contoh handbag, kasut,n so on la,

ok rate hotel kat sana adalah diantara RM 30.00 hingga RM 200.00 so kene pandai pilih,
sebab kat sana hotel murah die pun dh selesa ok.

aku dh booking hotel, RM 45.00 hahaha  murah kan,

macam biasa kalo g sana korang kene pastikan yg korang tak la pakai duit malaysia ye,
sebab anda kene sedar anda berada di indonesia, so kene la pakai RUPIAH,
rate tukaran sekaran adalah lebih kurang RM 330 ke RM350 dapat 1,000,000 Rupiah, kayoooooo den,
jadi jutawan terus, hahaha
anda digalakkan, buat penukaran di Batam sebab lebih untung dari buat penukaran di malaysia,

ok ni abit tips untuk kesana,

so hari rabu ni aku bertolak ke sana, nanti aku update mcm mane keadaan disana, seronokkah?
biasa-biasa kah? atau apa kah? hahaha ok

thanks 4 ur time,
xoxo Puan Husna

p/s: harap ada info yg membantu. :)


Saturday 21 December 2013

mummy- D&C (cuci rahim)

assalamualaikum,
alhamdulillah, semuanya telahpun selamat,
ok mcm entry lepas, harini nk cite
mcm mane procedure untuk buat D&C ataupun bahasa melayunya cuci rahim

ok, trowback story, hari khamis lepas,
aku dh pun selamat admit di hospital selayang, untuk buat
D&C lepas disahkan gugur 5 minggu,
untuk awal kehamilan mcm aku, xde berlaku sakit yg melampau,
kalu kandungan dah berusia 2 bulan keratas,

ok first,
aku pergi kat hospital tu just direct ke tempat Emagancy,
walaupun aku ni masih boleh jalan lompat2 lagi,
hahaha
ok sampai kat sana biasa la ambik nobor,
then buat bayaran RM1
dan lepastu tunggu no di pangil,

ok lepastu
masuk kt dlm bilik cek ultrasound,
die buat cek untuk kali ke 2, untuk makesure
brape banyak lg dayah yg masih belum keluar,
dlm prosedure ni Dr. akan buat urine test skali,
n selepas scan dibuat dan dipastikan quantity darah yg nk dicuci,

ok selepas tu,
die hantar ke bilik prosedure untuk cuci,
mcm aku kt hospital selayang,
aku dihantarkan ke wad 11C
yang mana die buat kat situ,
di situ barulah bermula prosedure utk cuci rahim,

nak cakap sakit? xla sakit sgt pun,
just cuma rasa sedikit tidak selesa bila ada bende masuk utk cuci tu,

selepas selesai
segalanya ok je,
dan alhamdulillah,
xla teruk pun, tp x tau la kalo yg teruk tu,
sbb aku ni level baru n xla sakit sgt,
sakit mcm sengugut je la sikit,

tp lepas tu dah balik umah, baru terasa sakit pinggang sikit n kadang2
krem kt perut sikit.

ok tu je info yg aku boleh bg

thanks 4 reading mummy,
xoxo puan husna

Wednesday 18 December 2013

5minggu

Assalamualaikum.
baru semalam aku post pasal
tanda2 keguguran kat last entry,
dan harini, aku mengalami pengalaman itu,

setelah lebih 2minggu pendarahan
tanpa henti,
aku deside nak buat cek hari ini, dan yes aku disahkan,
telah hamil 5minggu, dan aku juga telahpun kehilanganya,

aku disahkan gugur,

mmg terasa ranap hati ni
tp aku cuba kuatkan diri dengan
mengangap ini adalah dugaan allah untuk aku dan suami,
dan aku yakin ini adalah yang terbaik,
aku redha ya allah,

dan esok aku dah dapat surat dari Dr.
untuk pegi cuci,
dan kemungkinan esok pagi2
aku kan terus ke hospital selayang utk buat ape tah aku x ingat procedure utk bersihkan rahim lepas dah disahkan gugur,

sakit?
emmm ad time dtg sakit mcm sengugut tu, tp x la sakit sgt,

so esok aku admit kt hospital selayang, nti aku story base of true story mcm mne prosedure
untuk bersihkan rahim lepas keguguran,

ok
thanks guys,
terima kasih utk doa
xoxo puan husna

Tuesday 17 December 2013

Tanda-tanda keguguran


Assalamualaikum,
ok mummy2,
n bakal2 mummy, this topic a bit serius ok,

keguguran adalah sesuatu yang sangat ditakuti oleh bakal2 ibu,
ini kerana niat dan perasaan excited menjadi seorang ibu itu musnah,
tapi jangan down sangat,
angap ini sebagai satu ujian dari allah,
kerana sebaik2 perancang itu adalah allah,
die lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
dan ingat ujian dari Allah itu adalah tanda dia sayang kepada kita ok.. be chilll mummy2..

ok harini cik puan husna nk kongsi mungkin
untuk 1st mummy yg baru je preggy n tak tau mcm mane nk detect if u guys miscarry
di awal kehamilan.

TANDA_TANDA KEGUGURAN

1. PENDARAHAN
jika anda telah mengetahui anda positif mengandung dan tiba2 berlaku pendarahan luar biasa,
contohnya keluar ketulan seperti daging atau ketulan darah, kemungkinan besar anda telah mengalami keguguran. so pergilah buat pereriksaan Dr. dengan segera bagi memastikan kesahihannya.

2.SAKIT
apabila keguguran berlaku, selalunya sakit akan terasa dibahadian bawah perut, pinggang, dan terasa
seperti sengugut melanda, dan kesakitan ini juga kadang2 terasa dibahagian alat kelamin,

3.HILANG RASA MORNING SIGNERS
bagi ibu mengandung adalah perkara biasa untuk mengalamai morning signers seperti selalu,
seperti mual, pening, loya2 hilang, ini kerana hormon kehamilan dalam badan semakin merosot akibat keguguran yg berlaku,

4.UJIAN PREGNANCY TEST KEMBALI NEGATIVE
jika mummy merasakan pendarahan berlaku setelah mendapati bakal mummy hamil,
anda boleh mengesan keguguran
anda dengan membuat ujian mengunakan pregnancy test kid, jika didapati negative, mummy2 ni boleh la pergi berjumpa Dr, dengan segera untuk mengesahkannya, dan jika Positive, Mummy2 juga digalakkan terus berjumap Dr. ini kemungkinan anda masih preggy dan mungkin terdapat perkara lain yg perlu
di ambil berat.

keguguran bukan lah penamat segala harapat, kerana keguguran merupakan satu ujian untuk bakal
mummy2 ni semangat untuk terus berusaha untuk menjadi
mummy
so bagi yg telah mengalami keguguran takziah Saya ucapkan, dan teruslah
percaya bahawa rezeki itu sentiasa ada,
berdoakepada yg maha Esa agar segalanya dipermudahkan ok,,

same goes to me, aku ni pun ngah berusaha untuk menjadi mummy2 jugakkkk

hehehe ok thanks 4 ur time future mummy,
xoxo Puan Husna



Monday 16 December 2013

Passport

Assalamualaikum, 
ok mood holiday on!!!!!
hahaha belum lagi, minggu depat baru nk ON eh..
ok cerita pasal holiday,
disebabkan aku ngan Mr.H bakal berangkat ke seberang laut,
so perkara paling penting yg perlu ada adalah PASSPORT, 
so alhamdulillah penantian 7jam di Immigration UTC Pudu
kami berjayaaaaaaaaa (joget sikit)
so u guys yg mane nk vaca tu dh buat passport ke?
hah dah? ok sebih dari 6 bulan sebelum tarik exp ke?
hah bagi yg belum buat n dh nk exp tu meh aku bg tips sikit cmne nk buat ok..
perkara biasa utk tunggu berejam kat sane, sbb bukan korg je nk g over the sea tu kannnn
hahahaha,

Ok tips buat passport.
1. Sediakan photostate IC sekeping 
2. Gambar pasport berlatar belakang putih 2 Keping
   (bagi yang x sempat nak ambik gambar, kat sane banyak kedai gambar dont worry)
3. Ambil nombor di pejabat immigration berhampiran
4. Tunggu No dipangil
5. Buat Pembayaran RM100 untuk 2 tahun Atau RM200 untuk 5 tahun
6. Tunggu pasport anda siap lebih kurang 1 Jam selepas membuat pembayaran

p/s: bagi yg pertama kali buat atau yg nk renew caranya adalah sama.


hah ni lah hasilnyer,
abaikan muka kembang2 tu

ni kepenatan menungu sbb ramai gile manusia.

ok aku ngan Mr.H buat di

UTC PUDURAYA (Pejabat Immigration tingkat 2)
waktu operasi : 8.30pagi hingga 10.30malam
hari operasi : setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad
 
tapi bagi yg nak buat hari minggu tu, make sure datang awal la kat sane ye,
sbb confm ramai gile, and kalo telampau ramai, die akan stop bg nobor giliran.

ok selamat bercuti bagi saya.. har har har

ok thanks 4 ur time guys,
xoxo Puan Husna

p/s: nak g vacation ke mana? nanti update ok. :)

TAMIYA : ULTRA DASH single shaft motor

Assalamualaikum, 
excited nk cite bende baru pasal tamiya aku yg dah di upgrade,
yehhhaaaaaaa,
throwback story, jumaat lepas aku dh menjumpai brother miji,
iaitu suplyer yg paling aku percaya,.. hahaha
ok aku dh order barang ni lama, cuma x berkesempatan nk jumpa die utk amik,
ok so aku pun dh berjaya grab new enjin utk kete kecik aku tu,

ni la enjin yg aku berjaya grab, namanya ULTRA DASH MOTOR,
dengan harga RM35
ada yg tanya ngan aku knape aku x amik PLASMA DASH,
jawapan aku mudah, sebab PLASMA dah x leh nk masuk game,
aku nak setting keta sbb nak masuk game, so
aku beli utk setting game dulu,
aku akan ambik gak PLASMA just untuk fun jer la pun.
ok aku cite sikit pasal kelebihan enjin yg aku beli ni,
enjin ni adalah yg ke2 laju selepas plasma,
so spek yg dilepaskan utk game adalah ultra dan kebawah sahaja,
ini adalah utk single shaft ok.
ok ni muke excited dpt enjin baru sbnrnyer, abaikan inai yg masih dijari,,
ya mmg aku pengantin baru.. hahah
ok ini adalah hasil selepas aku ganti enjin baru n
pasang tune up basic mcm yg aku cite kat entry lepas,
n ada yg terbaru nti aku update lagi ok


hahaha ini cite pasal upgrade kete je, setelah kete aku di upgradekan kelajuan,
kebetulan mlm sabtu lepas,GENG TAMIYA KAJANG/BANGI/PUTRAJAYA ada buat open trek utk main for fun 
dekat STADIUM KAJANG, kul 10malam, ok yg ni xde gambar sbb fon aku mati pulak time tu,
tp mmg best gile terbang2 kete.. tp kete aku berjaya menunjukan aksi memberangsangkan..
walaupun batry aku x ber cas n xsempat g beli betry lain.. so redah je lah.. hahah
wuuuuuuuuuu, dan yg paling xleh bla sebenarnya,
semua pandang aku pelik kat situ, sbb the only lady ok.. tp ape aku kesah. 
n brother Apis thanks utk open trek, nti buat lg ok, n aku n Mr.H akan muncul disana lagi.. :)

serius fun gile bile dapat duduk n main, FYI xde pun budak bawak 12tahun yg main
semua yg dh tua2 bangka mcm aku n Mr.H

ok thanks 4 ur time
xoxo Puan Husna

Friday 13 December 2013

Mummy - tanda-tanda awal kehamilan


Assalamualaikum,

hai harini pakar sakit puan, Dr.Husna cewaaahhh
berangan kauuu..

ok tak la dr sangat pun, tapi nak kongsi info untuk istri2 yang nak jadi mummy mummy kan,,
masti rasa excited kan nk jadi mummy..
dah cek ke belum?
belum?
ok kalu belum meh aku share sikit info untuk korang rasakan, tanda2 awal korg tu preggy ok,

TANDA_TANDA AWAL KEHAMILAN

1.PAYUDARA MEMBENGKAK
   ok, for bakal2 mummy yg nak tau samada uguys preggy atau tak, try cek
ada rasa mcm sakit2 sikit tak kat breast, sbb sewaktu awal kehamilan hormon dlm badan berubah, so
perubahan bentuk breast juga akan berlaku, yg mana breast akan mula membengkak, dan
bakal mummy ni akan rasa ngilu bile di sentuh bahagian tu. paling senang nk cek bile pakai bra, saiz mcm dh berubah. :)

2.KERAP KENCING
bile berlakunya persenyawaan dalam rahim, dan bila ovum mula menempel pada rahim untuk membentuk fetus, rahim akan mula menolak pundi kencing, kerana pundi kencing terletak berhampiran dengan rahim,
so if ada rasa mcm asyik nk terkucil tu, that mean ada penolakan dari rahim keatas pundi kencing, dan ini kemungkinan membuktikan fetus mula terbentuk dlm rahim, tp kalo korg takut sampai terkucil tu,
yg tu x termasuk dlm senarai ye,, hehe

3.PERUBAHAN EMOSI
apabila seseorang bakal mummy ni dah mula preggy, perubahan hormon dalam badan
akan mula berlaku, so tak mustahil bile seorang bakal mummy ni kan, senang nangis, tibe2 tgk kucing tido rasa sedih, hah kan pelik tu, so maknanya perbahan emosi berlaku, kene tegur sikit ngan hubby dah
meraung melalak2 mcm kene pukul, hah tu pun boleh jadi jugak tu.. dan ini tandanya bakal mummy tu tgh preggy

4.PERUBAHAN SELERA
kehamilan banyak bermain dengan percambahan hormon dalam badan,
so tak mustahil lah tibe-tibe bakal mummy tu akan mintak bende2 pelik, kadang2,
bende yg die paling tak suka pun akan menjadi bende yang paling mummy2 ni suke gile, dan sebaliknya,,
ok untuk bakal2 daddy yg tetibe wife korang mintak nak makan avacado masak lemak ke kan, hah
so bakal2 daddy ni bawak la bakal2 mummy ni g clinik, g cek kot2 preggy, kalo tak preggy tu mungkin saje nak ngade2 mintak bende merapu. hahaha

5.PENDARAHAN SEDIKIT
selalunya kalo bleding je mesti ingat period n ingat tak preggy kan,, tp tak, ini juga salah satu tanda yg bakal2 mummy ni preggy tau, if tetibe tak period lagi, tp ada keluar darah yg sedikit, bercampur dgn lendir, ini juga tanda2 anda sedang hamil tau, so kalau dh jadi bleding tu, ape kata yg tu terus buat pemeriksaan doctor, sebab kalau tak preggy pun mungkin ada bende lain yang wallahualam kita tak tahu kan,
sekurang2nya kita tahu awal. n kalo buat cek n dpt tau preggy lagi best kan.. :)


ok ni jelah dulu tanda2 yg dapat dikongsikan buat masa ni, ok bagi bakal2 mummy yg excited nk preggy tu if ada tanda2 yg tersebut di atas, bakal2 mummy boleh la pg ke famasi ke, 7-eleven ke, boleh beli pregnancy test dah.. so try test kak umah dulu ok, Pregnancy test tu boleh detact seawal 2 minggu preggy tau, insyaallah, bg yg positif preggy alamdulillah dan tahniah ye, bg yg belum jom kita cuba lagi, mcm aku ni, aku pun belum lg, masih dlm usha yg terbaik lagi ni.. :)

ok, thanks 4 reading bebeh
XOXO Puan Husna


Thursday 12 December 2013

TAMIYA -motor & basic tune up

HELLO,
Assalamualaikum, hehehe
ok mari kita cerita pasal TAMIYA
aku dah berjaya meng upgrade kan kereta milik Mr.H dulu, keta aku
letak tepi dulu,
hahaha
ok apa part kitorg dah beli utk this shooting star is tgk kat bawah ni ok
ok ini adalah MACH DASH MOTOR for double shaft,
motor ni adalah yg ok buat masa ni untuk kereta double shaft, dan ini juga yg lepas
untuk masuk race, n sebenarnya ada 2 pilihan yg Mr.H nak buat
samada yg ni atau pun JAPAN CUP, tp die dh buat keputusan
amik yg ni dengan harga
RM 25 Sahaja, murah kan.. hehehe :)
 
ok yg ni barang ke2 yg sempat kami grab dari brother miji tu,
BASIC TUNE UP, ape binatang ni?
ini adalah boleh kata mcm pemberat la, sbb kete dh laju, kereta kene berat sikit,
untuk memastikan die tetap berada dlm track dan tak terbang
ke angkasa lepas, haha (yg tu tipu)
ok basic tune up ni adalah yg paling basic utk start pasang,
binatang ni aku ambil dengan harga
RM 45 Sahaja, 
yg ni adalah TOOL BOX untuk ltk hazanah berharga ni,
ye la xkan korg nk ikat bunjut dlm bag plastic pastu sepah sini sana, tepijak la ape la
kan so ini lah gunanya,
this tools tepulang kt korg nk pki yg mcm mne ikut keminatan masing2.
*keminatan? apa tu? haha
ok ni tull box aku beli kat GIANT.
ok ini adalah hasil selepas pasang TUNE UP tu, cun kan?
ala ni basic je baru, blm lagi pasang yg lain2,
nanti kalo aku ada beli lg barang2 die aku update la eh dgn harga skali.

ok esok aku pulak nk g amik ULTRA DASH MOTO yg aku dh
order dari abg Miji tu jugak so 
insyaallah,
kalo sempat esok aku update rupa paras 
baru kete aku, laju ke tidakkkkkkk,
nanti kita try ok.. 

thanks for reading guyss.
xoxo
Puan Husna

Monday 9 December 2013

Hello Thailand!! ehhh Hello Indonesia!!

assalamualaikum, 
mesti korang ingat aku pergi thailand kan,,

sepatutnya aku dah gerak pagi ni menuju ke HAT YAI
tapi malangnya aku x pergi pun,,

waaaaaa nak g thailand waaaaaaaaa (nangis guling2.)

hahaha kenapa entry aku nk cite pasal thailand?
sebenarnya semalam, petang cm tu la, i got a call from mama,

mama    : helo, una esok keje x?
me         : keje la ma esok kan isnin, knape?
mama    : abah ajak g hat yai esok..
me         : whattttt? asal bg tau las minit, mr.H x buat pasport lagi, una pon x renew pasport lagi..
mama     : mane tau abah yg tetibe ajak.
me          : emmm nanti tanya mr.H dulu cm mne,

WHATTTTT, abah ni suke buat plan cmni last minit, so 
bincang2 ngan mr.H, die pun nak pegi but nak amik masa nk g buat pasport semua, dah kul bape
baru nk gerak kan, hah, so aku pun sedih dah x dapat pegii, waaaaa (nangis balik)

then call la mama balik bg tau x jadi la nak ikut, sbb mcm leceh je last minit semua nk kne buat, 
nak amik cuti nk buat pasport, itu ini semua kan..
thennnnn
jeng jeng jeng...

mama     : una ngan wan x jadi ikut la ni eh?
me         : aah x ikut la, leceh la, nk rush mcm-mcm,
mama    : hah xpe la, abah cakap, kalo cam tu mama pegi ni dulu, nanti hujung bulan kita g indonesia,
me         : hah? indonesia? nak buat ape g sane?
mama    : laaaa jalan2 la, abah kata xdpt ikut ni, ujung bulan kita g la..
me         : yesss yesss, ok ok cm tu nak ikut..

hahahahaha punyer excited aku bile abah aku siap sedia plan lin sbb aku x dpt follow g hat yai tu,
so mr.H pun suke la loncat2 nk g Indonesia ujung bulan ni, hahaha,

waaahhh x sabar nak VACATION, bestnyer.. 
hehehe nti aku dah nk pg nanti aku update eh kemana arah aku pergi

ok dah boleh pasang mood vacation dh ni.. :)


ok thanks 4 reading guys,
xoxo puan husna

TAMIYA

Assalamualaikum.
ok ni kisah pasal hobby lama Mr.H dan kini cari semula,
kisahnyer bermula lama dah, Mr.H mengeluarkan ura2 pada aku, yang die nak main TAMIYA balik, 
xtau TAMIYA Tu ape?
ok ni sikit info,
TAMIYA adalah salah satu permainan mini car yang mana dimain mengunakan track
hahahaha
tu je la tau,
Ok lepas dh 2 minggu buat research pasal TAMIYA ni akhirnya aku ngan Mr.H dah pun 
jumpa dengan penjual nya  Brother Miji di area Equine, and 
perbincangan dijalankan dengan sengit,, 
wah wah mcm debat pulak, Brother Miji ni juga bakal bukak kedai die area 
Puncak Perdana So nanti senang la aku nak cari barang Tamiya ni,

disebabkan aku pun minat jugak bende2 yg kene pasang2 ni so Mr.H 
dan aku membuat keputusan untuk beli 2 biji, hehehe 
supaya tak gaduh,

yg ni shooting star Dash 3. milik Mr.H

yg ni Astute RS milik aku la, hahah
aku nak model dancing doll tp malangnya model tu susah nakdapat
and aku rasa dh xde kot untuk dicari,
aku minat yg ni sebab aku suke keta yg pakai single sharf yg mr.H d
die saja nak try kete double sharf sbb x penah try katanya,

so we are couple.. hehe

 ok dah bermulalah hoby baru kami,
dan aku pasti every week kitorg akn pergi cari track 
and beli tayar baru, enjen baru and mcm2 lagi la, dan paling penting adalah tools
untuk kacuk2 kan kereta ni,
aku harap hobby baru kitorg ni akan merapatkan lagi hubungan kitorg ni,
and kalo keta dah power sikit boleh la jinak2 masuk Petandingan eheheh

mane nak dapat kete ni?
ok korg boleh dapatkan kat
kat Times square pun ada tingkat 6
ataupun type je kat FB
TAMIYA banyak group kat situ,

ok nanti kalo ada barang baru nti aku update pasal tamiya ok,
thanks 4 reading 
XOXO Puan Husna

Umi steak house- BTHO

Assalamualaikum, 
ok trowback,
ni cerita jumaat lepas, aku ngan Mr.H akhirnya menjumpai Umi Steak House yang terletak
di bandar ton hussein onn (BTHO) lebih kurang 6 bulan lepas aku baca 
ada entry pasal steak kt sini sedap aku pun jumpa lah kedai ni,
and, aku pun sampai lah,padahal kedai die btl2 naik bukit dari econsave or aeon ceras selatan tu
terus nampak kedai die belah kiri,
so aku pun ajak Mr.H aku ke sana untuk try western yg hangat doeg kta sedap tu,
so aku order yg kat bawah ni..

ni namanya beef steak biasa je,
and yg ni mr.H order Grill chiken chop


as usual aku kan kaki selfie, so selfie la kejap sementara tngu makanan sampai, hehe

ok nak dijadikan cerita, aku datang dlm keadaan perut yg kebuluran, and 
selalunya kalo kita tengah lapa apa yg kita mkn semua jadi sedap kan,

tapiiii malangnya, ianya x jadi pada aku dan mr.H, nak kata sini sedap mcm yg di gembar gemburkan
aku x rasa ianya sedap, indah kabar dari rupa,
frust gile bile sampai dengan perasaan berkobar2,
tetibe dapat mkanan yg aku rasa bukan biasa tp level mcm serba tak sempurna,
dari gambar mcm sedap kan,
honestly kuah die tawar, beef not grill well, coslow pait and paling sedih Mr.H 
mmg pengila gill chiken, and ayam yg dihidangkan hanyalah sekadar
grill ikut sedap hati je, 

so kitorg pun makan je la sbb dh lapa sangat,
and lastly, mr.H cakap last la dtg situ, and this is not what we expecting
sorry Umi Steak House, Maybe tak kene ngan citarasa kami, bagi yg nak try boleh la try 
mungkin korg kata sedap, lain tekak lain rasa kan. :)
so for us dari 5 star kitorg boleh bg 1 je,

ok thanks 4 reading 
so far the best western yg kitorg dh rasa n yg ok,
is HR steak house kt Kg Baru, and Ct Cafe kt ceras,

ok xoxo Puan Husna


Friday 6 December 2013

Kelana Resort Seremban.

mcm besttttttt jeee!!

Assalamualaikum,

korang penah dengar Kelana Resort Seremban?
sebenarnya aku ni 1st time gak la dengar sbenarnya,
ok disebabkan kuasa dijari anda,
aku gunakan lah khidmat internet yg dah super laju ni untuk search kan,
jumpa la web die Kelana Resort Seremban

sebenarnya aku dapat, honeymoon package
dari my cousin,
tp kat sana, so disebabkan aku ni jarang ke arah seremban
ok area2 nogori ni, kene la buat research sikit,
so aku tgk dari segi hotel die,
emm not bad,
menarik perhatian utk aku ke sana,
but yg aku mushkilnya, how to make a reservation????
kalo nk kesana,
yela aku kan dpt honeymoon packej, dah sah sah la its FREE,

aku tgk harga bilik die boleh tahan gak, boleh kata level mahal gak la
ok,
aku bercadang untuk kesana jumaat next week, saja
make a short honeymoon vaca, dah lame x vaca tu yg excited. lg2 sebagai suami istri ni,
mmg x de g mane2 lg,
balik2, gombak serdang, hah tu je lah,

n aku pun dah tunjuk a few pic dkt Mr.H, and die pun
kata mcm best jeee
mcm seronokkk je,
so aku pun xtau cmne nk booking, nk buat online kene ada credit card
aku mana ada credit card,
xpe la nti call n tanya lah cmne,

if i been there nti aku buat review sikit la pasal tempat ni untuk korang2,
yang teringin nk ke Nogori ni kan..

thanks 4 ur time bebeh,
xoxo
Puan Husna

p/s: oiiittthhhh sijil nikah bile nak g ambik Mr.H?

Thursday 5 December 2013

Kucing/ Cat

eehhh aku picit jugak die ni comel sgt,,

Assalamualaikum,

ok abit entry pasal binatang,
ya binatang kesayangan Nabi,
Iaitu Kucing,
bende ni jadi semalam,

Mr.H : haish buang lagi nasi ni, (Mengeluh)
Me: hemm tu la pasal, kalo ada kucing boleh bg kucing makan, tak la membazir kan,
Mr.H : hah sayang nk kucing?
Me: ?????
Mr.H : Nanti kita cari kucing eh kita bela nak?
Me: nak nak nak 
Mr.H : ok nti kita cari tau,

hahaha,
Mr.H mmg seorg yg sangat sayangkan binatang, x kira la kucing ke anjing ke, die mmg suke
sampai kalo kitorg g makan kat mane2 for sure die akan bg kucing kt kedai tu makan,
and yg menjadi rutin die adalah, membeli makanan kucing,
simpan dlm bag, n kalo jumpa mana2 kucing tepi jalan mmg kenyang la kucing tu,

tp jangan bg lipas je mmg mencicit die lari,
hahahaha
badan besar takut lipas, pelikkkk

ok back to main,
aku pun mengura2 kan apa yg aku nak tu dkt FB
n ada a few friends yg nak bg kucing diorg,
aku ni x memilih sgt asalkan kucing itu sihat,
n aku boleh jaga die,
so nanti kalo aku dah dpt kucing utuk di adopted kan
nanti aku kenalkan kt korg ok. :)

tak sabar nak bele kucing, coz i love cat so much.

thanks 4 your time guyss,
XOXO
Puan Husna

Wednesday 4 December 2013

Jom Mengandung, :)



ok tgk pada title elok2,
dan tgk pada status aku  elok2,

mmg aku ajak korg ngandung, tp bagi ibu2 atau kakak2 yang dah kawin je eh,
yang belum kawin apa paedahnyer wehhhh!!!

marah kak ngah ni tau,

ok berbalik kepada topic asal,
menjadi lumrah kehidupan berumah tangga untuk mendapatkan cahaya mata,
dan ada juga yang cuba untuk merancang keluarga dik kerana
kos sara hidup semakin meningkat,,
ok sile percaya cakap kak tonnn,
walaupun aku ni x ngandong lagi, tp percayalah bahawa anak itu rezki yg allah turunkan
untuk pasangan suami istri,

buat masa ni lah, aku x nampak lagi org yg
berkahwin mempunyai hubungan halal n dapat anak je terus jadi muflis, sampai terpaksa
bagi anak makan pasir,
xde lagi la,,
setiap yg allah kurniakan itu pasti ada hikmahnya,
ok mari kita buat review sikit, bagi pasangan baru berkahwin seperti aku ni,

aku mengharapkan i getting pregnant dalam masa terdekat,
aku mmg suka budak2,
but aku takut boleh ke aku ngandung awal, so, ape2 pun rezki tu dari allah, apa yg kita boleh
buat adalah usaha tangga kejayaan,
hah ni aku nk cita bab usaha ni, ni ada cara2 camne kita kita yg nak usahakan supaya kita ngandung awal,
aku pun baca dari blog
click la SINI !
and aku
dapat la info2 sikit dari situ..

so letst start,

6 Tips Mudah Hamil


1. Pastikan Suami-istri harus dalam kondisi benar-benar sehat alat Reproduksinya, maksudnya sehat disini adalah suami dan istri harus melakukan Chek Up terlebih dahulu. Ini dilakukan untuk mengetahui bagaimanakah kualitas Sperma Suami dan untuk Istri apakah organ Reproduksinya benar-benar sehat dan tidak ada masalah, dan untuk memastikannya anda bisa melakukan pemeriksaan hal tersebut pada Dokter Spesialis Kandungan.

2. Lakukan hubungan saat anda dalam masa subur, Nah untuk mengetahui kapan anda memasuki masa subur berikut perhitungan Sederhananya :
Untuk Wanita yang memiliki siklus haid yang tergolong teratur maka masa suburnya berlangsung 14+1-1hari haid berikutnya. Nah disini masa subur berlangsung pada hari ke 13 sampai hari ke 15 sebelum tanggal haid yang akan datang.
Dan untuk anda yang mempunyai siklus haid yang tidak teratur maka harus mencatat siklus haid selama 6 Bulan dari siklus terpanjang di kurangi 11 untuk hari Masa Subur Terakhir, dan siklus terpendek dikurangi 18 untuk hari pertama Subur.

3. Lakukanlah hubungan suami-istri minimal 2 hari sekali.
Jangan terlalu sering berhubungan karena tidak baik untuk kesehatan sperma. Lakukanlah 1 minggu 3x, karena sperma akan kembali produktif setelah 2-3 hari.

4. Mengkonsumsi makanan yang sehat
Makanan yang sehat sangat diperlukan agar tubuh menjadi sehat yang akan menunjang dalam proses mendapatkan keturunan. Cobalah dengan mengkonsumsi sayur dan vitamin.

5. Tidak mudah stress dan tetap optimis
Selalu optimis dan berpikir positif bahwa anda akan mendapatkan keturunan dan jangan mudah terbawa stress.

6. Berdoa
Jangan pernah putus asa untuk berdoa kepada yang maha esa, kerna segalanya datang dari-Nya dan
jangan mengeluh, sesungguhnya allah itu sentiasa mendengar setiap doa dari hambanya.

ok yg paling penting adalah yg no 6. berdoa kepada allah supaya dikurniakan cahaya mata yg comel2
bagi menyerikan hubungan suami istri..

ok thanks 4 ur time
xoxo
Puan Husna




Lets Go - JB!!

Assalamualaikum,

end of this month aku dah ad plan utk buat bersama Mr.Husband (Mr.H),
yang mana Mr.H dah pun apply utk cuti n dh pun approve,,

yeeeeeeeeeehhhhhh!!
ok mane kitorg nk tuju,

as usual, my fav state, JOHOR!
nak tau kenapa aku gile sagat ngan JOHOR ni,
aku penah duduk sini
along time ago,
yang mane aku rasakan,
JOHOR is one of the wonderful place,
bandar besar, x terlampau sesak mcm KL
and the most important is,
JB banyak tempat lepak yg best2,

x caya jom terokai JB,

ok antara tempat wajib yg aku dh masukkan dlm list
utk aku pegi nanti adalah,,
umah cousin aku sbb kebetulan ada knduri hahahaha
ok umah die kt mutiara rini, so x la jauh dri bandar JB

ok itu yg wajib pegi, yg ni senarai tempat lain yg aku bakal pergi bersama Mr.H
Mr.H ni xberapa minat jalan kt jb, alasan die die x tau jalan,
helllooo come on, i ada ok,,
nampak berlagak x disitu,
nak ckp aku power sgt jln jb tu tak la,
but boleh la,, tau la jgk utk g tempat2 penting,ok lets review

ok aku confrm akan jejakkan kaki kt tempat ni kalo aku sampai,

1. The Zon 


apa yg menarik kat sini,,
ok yg org tau kt sini kaki club suke pegi
sebb kt sini mmg banyak club-club kira kalo kt kl mcm dorai or p ramlee la,,
tp kt sini yg spacialnya die berada dalam satu tempat n korg boleh pilih la nk masuk yg mane 1,

tp motif aku nk g club dgn bertudung kan?
selain club n hotel,, disini juga ada shoping mall
yang mane barang yang dijual adalah DUTY FREE!!!
tu yg aku suke nak pegi kasi borong choclate la, n untuk Mr.H die pun suke nak g sini
sebab die nak borong rokok die hahahaha
die kata jimat sikit.. hehehe :)
ok bagi yg baru tau boleh la singgah kat sini nti ye..

2.BAZAR KARAT.


ok bazar karat satu malaysia tau kat jb ni mmg
famous gile bazar karat die, kira kalo kt kl mcm downtown ngan uptown la,
tapi yang lainya bazar karat jb n yg korg xkan jumpa kt KL adalah,
ada one side belah belakang2, banyak peniaga yg jual barang2 rare tau kt situ,
barang lame2, for sure la 2nd hand, but barang die murah n korang tak kan jumpa
kat tempat lain..
untuk pengila barang rare mcm aku ni mmg aku suke la nk jalan,
kat situ,, kasut, bag, wallet, jam n macam2 lah barang letrek pun ada tau
ok korg boleh try la pg nanti kalo korg sampai JB ok.
for sure korg x menyesal,


3.HUTAN BANDAR

 Ape jadah la aku  nk g hutan kan, tapi,
Hutan bandar adalah 1 taman yang terletak
di tengah2 bandar.
hahah tp apa yg menariknya kat sini,
kalo aku g jb aku nk bawak Mr.H aku ke sini,
sebab ada kedai chiken chop RM5 kat sini,,
but aku x sure la die still RM5 lagi or tak, tp yg pasti
kedai tu mmg ramai gile org kalo malam,
so sape nak try rasa boleh la pegi ye, bg aku
ok la chiken chop die boleh tahan gak la..

4.ROOST BAR
 next destination adalah, satu bar yg terletak di tengah2 bandar JB
kalo dari bazar karat tu mmg dekat sangat la kan,,
kelebihan bar atau cafe ni adalah,
suasana cafe die yg cukup awesome bg aku, n aku x sabar nk g sini
sbb lame gile x kene manggo tango die yg serius terangkat,
n this is one of fav place utuk melepak kalo kt JB
environment yg chill n susun atur kedai yg sangat cool..

5. DAPUR JENDELA

apa la pelik2 nama kedai kt JB ni kan,
sebab pelik2 ni la yg org suke lepak,
kalo korg sukekan konsep santai, xnak makan berat2 with envrmt yg ok cool gile
mcm kedai zaman dolu dolu kan,
korg boleh cari cafe ni, die area2 bazar karat jugak n xjauh pun,
kelebihan cafe ni die hidangkan makanan untuk dimakan waktu nk lepak2,
contoh pancake a.k.a lempeng sambal, ubi rebus that the awesomeness
yang buat aku rasa nak datang lagi kt kedai ni,

ok ni la abit review tempat yg aku nak pegi nanti, hope aku dapat pegi semua tempat ni nanti,,
tunggu update end of this month utk tau kot2 aku jumpa kedai yg best2 lg kat jb kan,
jb is the best town yg aku penah pegi n aku x penah boring utk kesana,
kalo Mr.H dihantar keje kesana pun aku sangup duk sane,
sbb JB super Awesome ok. :)

so JB tunnnggguuu aku datang!!

ok thanks 4 read,
XOXO
Puan Husna

Monday 2 December 2013

hello december!!!

assalamualaikum,
dah nak end of year dh, kejap je rasa,

dulu bujang kini dh kawin,
insyaallah dlm usha untuk ber3 lepasni
doa2 ok,

ok harini genap sebulan aku n husband mendirikan rumah tangga,
alhamdulillah kami happy sgt sgt,
semoga kebahagiaan ini akan kekal selamanya,

aku sentiasa mendoakan kesihatan yang baik untuk en husband,
dimurahkan rezki, dan sentiasa menjadi hero terbaik dlm hidup ku,

love u more more more llaaaa sygku.
terima kasih sbb rajin masakkan utk saya, rajin kemas rumah.. rajin basuh baju,
hehehe tq so much sygku.

ok
pada anda happy december ok,
semoga penghabisan tahun yg mengembirakan utk anda semua,

wasalam,
from me,
puan husna
xoxo

Thursday 28 November 2013

saya nak baby BOY?



ala comelllnnyerrrrr..

ok baby adalah kurniaan dari allah untuk pasangan yg berkahwin,
ianya juga merupakan pengikat hubungan suami istri,
dan ia juga mampu menjadi penyeri rumah tangga,

ok disebabkan aku ni excited nk praggy awal,
aku buat la research pasal how to be a mother,
cewah
dari awal kehamilan sampai lah nak jadi seorang ibu yg beribawa,
ceh ceh ngandung pun belum berangan lebih,,

so sebelun tu aku pun adalah, sesi bual bicara bersama suami,,

Me     : sayang, if i preggy awal, syg nk anak laki ke pempuan?
Mr.H : hah? emmm kalo boleh i nak laki, u?
Me     : waahhhhh same la,, i pun nak laki,, nape u nak laki dulu?
Mr.H : sbb kalo pempuan nanti die gedik, hehehe x la, kalo laki if die ada adik n adik die gurl, 
           die boleh protect adik die, n yg penting die boleh geng ngan daddy die, :)
Me     : oohhh ada niat tersirat.. it ok,, 

 *mr.H itu adalah Husband ok jgn salah tafsir ok,

hahaha ok,

disebabkan aku sepakat ngan husband nak anak lelaki 1st, but xla menolak rezki, kalau dikurniakan perepmpuan pun kami terima sbb itukan anugrah dari yg maha esa, die lebih arif dalam menetukan,

aku cuma buat sedikit kajian dari sudut sains dan usha untuk mendapatkan kearah itu
selebihnya aku dan suami berserah sepenuhnya kepada allah yg maha berkuasa,
siapalah kita nak menentukan semua itu, apa yang kita mampu hanya merancang,

ok mcm mane nak merancang mendapat anak lelaki aku dapat a bit info pasal ni dlm blog2 pakar2, Dr. yg bertauliah,

soo ni a bit info untuk yg inginkan anak lelaki ye, di utamakan kepada yg sudah berkahwin ye,
yg bujang2 tu xyah la gedik2 nak test experiment  pulak ehhh,

CARA NAK DAPAT BABY BOY!!

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.
Ciri-Ciri X dan Y

X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid


Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [ XY ]

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



semoga ianya bermanfaat untuk yg membaca dan untuk saya juga
insyaallah..



thnakx for read ok :)
XOXO
puan husna



Tuesday 26 November 2013

Orang ke-3

Assalamualaikum,

setiap perkahwinan tu msti ada cabaran pahit manis yang kita kene tempuh bersama
ya betul, tak caya kawin la cepat bg yg belum kawin,

heheheh
ok perkara paling perit utuk terima adalah bila adanya org ke-3
dalam perhubungan,

tp bagi aku pulak aku mengharap kehadiran org ke-3 ni,
msti korg kata aku gila kan..

org ke 3 ni x semestinya pempuan ataupun sape2 yg akan memusnahkan rumahtangga
but org ke-3 ni juga boleh merapatkan lagi hubunggan suami istri tu,

x caya jugak,
kawin la cepat..

ok ok terus terang la eh, org ke-3 yg aku maksudkan adalah
penyeri dan penambat kasih sayang suami istri iaitu

CAHAYA MATA YANG COMELLL

dan mungkin bukan org ke-3 je boleh jadi 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
ikut tahap kekuatan hahahaha

ok firts aku ngan husband mmg agak merancang dalam bab anak ni,
tp kami x menolak kalau ianya awal,,

but bila dah kawin, sendiri timbul rasa nk anak cepat, hahaha
this is what i fell now.
and setelah nk masuk 1bulan aku kawin ni, aku mengharapkan aku ni
bunting pelamin hahahaha

ok setelah mengkaji dan mengira2 tarikh datang bulan
aku pun rasa mcm dh lambat gak la kan,
but aku pun baca2 la search2 dlm google
tanda2 awak lehamilan,

ok n aku pun baca la paling awal boleh detect kalo nak tau samaada kita hamil atau x,
ok menurut blog2 dari Dr. dan pakar2, kebanyakan kata
yang kehamilan boleh dikesan seawal 1minggu, waaahhhh
hebatnyer, so x mustahil la Diana Danialle aku pun x tau cmne eja nama die,,
boleh detect die preggy awal..

dan sedikit tanda2 awal kehamilan tu aku dah start rasa,
and aku ni dlm perasaan xtau la excited ke, takut ke ape ke
aku pun cite kt husband n die pun ckp xkesah la
kalo allah tetapkan rezki awal alhamdulillah terima je,,

ok bila husband aku dh ckp cmtu aku pun.
senyap2 konon2 nak rahsia pegi la beli Pregnancy test kit utk test
hahahahaha excited kannnn,
padahal husband dh ckp try la next week, sbb kalo ikutkan aku x la lewat sgt
period delay pon, and aku ni pun mmg ada mslah period ni,
tp sbb degil nk jgk try n
the result is,,, jeng jeng jenggggg.. bg suspend sikittt.....
hehehehe tgk la gmbar kat bawah ni ehhh.. n ni la result die


hahaha excited sgt last2 negative cehhh!!


hahaha tu la husband pun cakap, x sabar sangat, 
tp xpe, la sekurang2 nya aku tak tetanya2, and lagi2 aku ni ada masalah sikit, tp
aku percaya rezki tu dari allah, mkn la ubt cmne pun merancang, enjet la
mcm mane pun nak merancang, Allah tu lebih hebat menentukan,, org mandul pun boleh dpt anak, 
itu semua kan keje Allah, utk tentukan pada siapa dia nak bagi.

and paling xleh bla ayat husband aku , "alaaa project pertama gagal. hahahah"
but, ini belum menjamin aku x preggy lagi,, sbb 
mungkin terlalu awal pun aku nk cek, nanti dah masuk 2 minngu ke delay boleh la buat cek balik
so bagi yang baru berkahwin dan over excited mcm aku ni boleh la try jugak untung2 sangkut, alhamdulillah rezki awal..

ok btw doakan aku n suami dapat baby awal ye,,
thanks 4 reading
XOXO
Puan Husna


Monday 25 November 2013

cerita lepas!

Assalamualaikum,

ini cerita lepas,
cerita jumaat lepas,

agak sedih dan serba tak kene,
tumpang bersedih

bukan senang buat org ketawa, lagi2 bila apa yang dirancang tidak dilaksanakan dgn sempurna,
tp sekurang2nya ada usaha yang mereka tunjukkan,

aku sedih, frust, x senang duduk, down.
tp aku pasti mereka lebih down setelah bertungkuslumus,

 tp apa yang pasti kami adalah semangat mereka untuk terus bangkit,

jangan mudah mengalah,
gagal adalah salah satu cara untuk belajar utuk berjaya,

gagal juga semangat untuk terus lakukan yang terbaik,

insyaallah, minngu ini, jumaat ini,,
teruskan usaha untuk menambat hati penonton semua,
semoga allah memberi ketenangan kepada mereka untuk menghiburkan penonton,
semoga allah mempermudahkan usaha mereka,
semoga lawak mereka akan terus diterima.

GOOOOOO OSAMA!!

we know u can do it.!!!
teruskan menyokong lagend!!

thanks 4 reading guysss,
Lots Of Love


we are OSAMA FAN!!! for Maharajalawak mega 2013

Thursday 21 November 2013

maharajalawak mega 2013 - Osama



Assalamualaikum,

lame dah tak update sikit cite kat cini kan, 
ok harini bersemangat nak update, padal rancangan yang baru jer memulakan aksi
jumaat minggu lepas iaitu
MAHARAJALAWAK MEGA 2013

kenapa aku beriya nak update adalah kerana, ayah aku masuk bertanding 
team apa? OSAMA namenyer,

ok bagi yang tak tahu, OSAMA adalah gabungan Mr.Os dan Isma Alif,
so diorg ni antara otai yg join la dlm MLM 2013 ni, selain boboi

untuk minggu pertama jumaat lepas, alhamdulillah dalam kerisauan, akhirnya OSAMA 
antara persembahan yang mendapat tepukan gemuruh dan mendapat 4 bintang
dari juri. bukan mudah nk bersaing dgn team yg muda2 mcm SEPAHTU,NABIL,SHIRO 
yang mmg ramai fan and tak dinafikan diorg pun bagus,
alhamdulillah  dan insyaallah minggu ke 2 esok, dengan tema cerita rakyat,
semoga OSAMA akan terus diterima, dan
ramai yang akan membuka mata bahawa OTAI masih berbisa,
heheh dh mcm kilauan emas pulok!!,

ok jangan lupe saksikan esok JUMAAT 10MALAM di saluran Astro Warna 132

What ever it is, jangan lupe mengundi OSAMA ok, cara mengundi senang je

type ML 3/5/10/20 OSAMA hantar ke 32777,

thanks 4 read
love u guyss 
xoxo 
Pn Husna




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...