Tuesday 22 December 2015

#Nuffnang - CPUV yang makin dilupai!

Assalamualaikum,

wahhhh makin teruk malas nak mengupdate entry ni since tgh tgh hujung hujung prego ni kan.. hahaha and mmg sangat sangat buzy menguruskan business! 

tetibe harini terajin nak buka Nuffnang utk tgk ape perkembangan terkini.. yang dulu mmg sangat la  aku ni rajin nak mengupdate utk bodek Nuffnang ni.. so mmg slalu la dpt tiket wayang free la CPUV berderet2 la.. hahaha so harini nak bodek balik la 

to say TQ NUFFNANG walaupun aku ni sangat la pemalas nak update blog sejak 2 menjak 3 menjak bermenjak menajak ni kan.. tp Nuffnang ttp setia memberi income pada blog senduku ini.. TQ nuff I Love You! eeehhhh! bodek teruk!


seee tgk berapa berderetnyer die bg kat aku hahaha.. btw insyaallah aku akan cube merajinkan diri utk update juga blog ni dgn entry2 menarik.. (poyo mcm ramai readers je kannn) berangan kene ada! hahahahaa

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: nak update pasal info untuk geng2 ibu mengandung.. tp nanti kita buat yer.. skrg tak rajin lg heheheh

Monday 2 November 2015

Happy 2nd Anniversary Husna&Izuan

Assalamualaikum,

pejam celik pejam celik.. makin cepat masa berlalu,, dan diam tak diam aku & mr.H telahpun menjangkau usia 2 tahun.. Alhamdulillah

Pesanan penaja : POST INI ADA UNSUR JIWANG!

2.Nov.2013 - 2.Nov.2015
 dan insyaallah akan terus mengira hingga ke hujung nyawa..


ok taknak tempel banyak-banyak gambar sbb takut meluat muntah hijau sama dgn baju kawin hahahaha.. cuma nak buat ucapan istimewa ganda 23, and a bit trowback je supaya.. one day bile aku dah takde kan.. boleh la mr.H selalu ingat kat aku..sob sob tetibe shahdu!

ok 2 tahun melayari kehidupan rumahtangga bersama Mr.H sangat sangat seronok.. walaupun org kata masih dalam mood honeymoon lagi still learning proses dalam rumah tangga, aku sangat bersyukur sbb Allah telah Anugerahkan aku dengan seorang Suami yang sangat sempurna, walaupun dia tak KAYA, dia takde kereta besar, dia cuma Meniaga Roti Jala, dan die bukanlah seorang yang romantic untuk say I LOVE YOU every day..

tapi aku tak pernah lapar bila bersama die, makan  die masak, pakai die beli die basuh, tempat tinggal semua cukup dia mampu sediakan untuk aku.. mmg sampai org pun cakap yang laki aku ni TAKUT BINI! tp die akan cakap, ini bukan takut, ini tanggungjawab!, walaupun kadang-kadang die ada cakap " sayang sorry tau saya tak dapat belikan gelang emas utk sayang" " sayang kalau nak ape2 bg tau ya, insyaAllah nanti saya kumpul duit saya cuba belikan tau" walaupun aku tak pernah mintak apa-apa yang mewah dari dia..tp keingginan aku die tetap akan cuba penuhi..

Aku tau Aku mengahwini orang yang betul, dan Allah kurniakan aku Suami yang terbaik untuk aku..dan alhamdulillah,, 2nd anniversary kalini kitorg masih berdua dan menanti org ketiga yang akan muncul 2bulan je lagi.. hehehe ini adalah anugerah terindah buat perkahwinan kitorg.. 
aku harap perkahwinan ini akan kekal dan mendapat keredhaan & keberkatan dari Allah,. takpe la tak kaya.. yang penting aku sangat bahagia! 
TERIMA KASIH ALLAH 

Dear Husband,
Kalau awak baca post ni, saya nak awak tau, awak adalah suami terbaik, dan insyaAllah ayah terbaik untuk keluarga kita, awaklah peneman susah senang saya, Saya sentiasa Doakan awak diberi kesihatan yang baik, kekuatan untuk terus mencari nafkah buat keluarga, dan semoga Allah akan membalas kebaikan awak dengan Syurga InsyaAllah..
I LOVE YOU!

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Allah tak pernah Salah, tp kita selalu salahkan Allah! 





Monday 26 October 2015

#MotoGP2015 - Mengidam Nak tgk Hafizh Syahrin & Marquez!

Assalamualaikum,,

fuhhhh setelah bersungguh-sungguh mencari tiket untuk #MotoGP2015 ni akhirnya i alsss dapat jugak 2 tiket dari +Nuriesya Nadia  hehehehe tq nurie and husband.. tercapai jugak bende yang aku ngidam nak tgk Hafizh Syahrin & Marquez... *mengarut sangat mengidam nak tgk race moto tak pernah di buat orang oiiii husna!


tp betul aku rasa kalo aku tak dapat tiket aritu mau aku melalak dekat laki aku. mmg sampai aku dah mimpi2 g tengok race.. hahaha. husband aku pun dah sampai cari org jual tiket dah sbb nak penuhi keinginan aku punyer pasal.. hahahaha hari-hari oiii dok ckp ngan mr.H nak tgk race nak tgk race.. hahaha lantak nasib la mr.H ni penyabar boleh layankan je perangai.. 


so setelah tiba saat dan ketika sempat la aku lari ke Sepang untuk tgk race semalam.. and im so happy bile dpt tgk Hafizh sharin menghabiskan race and dapat top 10! tetibe mcm over plk nak nangis kat situ sbb proud gile dengan die hahahaha over teruk emosi ibu mengandung ni.. hahaha



walaupun cuma dapat tgk marquez untuk 4 lap je lepas die jatuh waktu tgh fight dengan rossi tp ok la aku berpuas hati sbb dapat jugak lepaskan kempunan untuk tgk diorg secara live.. hahahaha so next year tak tau lg dpt pegi ke tak.. sbb dah ade si kecik kann so mcm tak sesuai plk nak bawak die.. tp mr.H kata plk takpe belikan die earphone bg tak bising sangat hahahaha.. so tgk lah next year dpt tgk live or tgk di depan tv je.. hehehehehe

thanks for your time
Puan Husna


p/s: comelnyer kalau anak muke mcm Marquez ehhhh tetibeee!

Friday 23 October 2015

#ANAK : BARANG BABY

Assalamualaikum,,

sorry i is sooooo buzy buzy + pemalas teruk nak on lappy nak merajinkan jemari menari ni.. hahah tetibe arini rajin pulak kau yerrr...

ok as readers know,, cehhhhh dah tinggal berapa bulan je lagi nak sambut orang baru ni.. fuhhh boleh tahan jugak excited, takut, nangis semua ada... mane taknyer bile nak ada orang baru ni.. haaaa semua bende baru nk kene cari ni hahah walaupun ad juga barang yang aku pakai balik je dari kakak aku.. tp kita ni nak sambut baby first kan.. sure la nak jugak bagi anak kita pakai bende baru jugak kan.. tak dpt banyak pun sikit pun jadi lahhh hehehe.. 

so di sebabkan aku ni agak lambat jugak mensyopping barang baby ni.. sbb ada halangan2 dari segi "orang tua tua cakap" so dengar la ckp orang orang tua ni kan.. tp ad jugak aku beli awal sbb mane nak mampunyer wehhhh nak beli semua gedebukkkkk.. so beli la sikit2... beli dan sorok! hahaha


tapi bestnyerrrr,, time nak beli barang baby je.. yang over excited sure la bapaknyer kan.. aku beriya nak beli yang murah2 boleh jimat2 semua ehhh die asal nampak comel je die nak beli.. sampai bende yang tak penting pun die nak beli..nak beli basikal la, itu la ini la.. hahaha yunkk oi die lahir bukan terus pandai naik basikal!

hahah pening.... dan yang paling pening nak membeli barang baby ni adalah baju.. nak beli baju kang colour pink kang keluar laki pulak.. kalo beli semua ada ropol2 la semua kang keluar boy kang susah pulak.. so mmg banyak beli yang basic colour n universal je.. white, blue green.. and yang penting takde ropol2..

walaupun dah g scan and tak pasti lg yang keluar ni apa.. so kita ambik langkah selamat je la yer.. so kalau dah keluar nanti baru boleh shopping lg hehehehe..

so buat masa sekarang 80% barang baby dah di beli.. tinggal sikit2 je lagi.. yer la semua dah pesan dah masuk 7bulan je terus pack baju baby semua stanby dlm kereta... fuhhh awal gile 7bulan hahahaha just in case kan kita ni merancang tuhan yg menentukan..

so doakan semoga Allah terus beri kekuatan kt aku utk menempuhi beberapa bulan terakhir ni hehehe.. dengan harapan minggu ni boleh g tgk MOTOGP hahaha nampakkk perangaiii! mentang2 org semua tegur tak nampak perut hahaha eheeemmm i is sorak sikit perot maluuu! heheh 

okthanks for your time
xoxo puan Husna

Tuesday 22 September 2015

Fesyen Hijab Terkini!!

Assalamualaikum,
waahhh wahhh lame husna menyepi tetibe muncul kembali, ok taknak lari tajuk lets go to the point.. 
dah a few years ni kita sendiri sebagai wanita.. ehhh kalau yg baca bukan wanita tp mengambil tahu perkembangan fesyen semasa ape salahnyerkan,, so kita sendiri dah boleh lihat mcm mane pesatnyer pertumbuhan fesyen Hijab di Malaysia ni.. 

ianya satu bende yang bagus lah,, yang mana,, bertudung, berhijab masih boleh bergaya dan trendy kan.. sambil-sambil kita sebagai wanita ni memenuhi tuntutan Islam untuk menutup Aurat.. jadi Bkn kalangan orang biasa je yang meriah bercerita tentang hijab,, malah level selebriti juga sudah ramai yang mengorak langkah untuk berhijrah, Alhamdulillah.. seronok bile tgk perkembangan yang baik mcm ni..

so sebagai wanita kita ni sure la nak tau ape la fesyen hijab terkini kan yang menjadi rebutan dan menjadi minat masa kini.. sampai ramai lah Pereka fesyen, mcm Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Rizalman malah yang golongan Artis juga memilih untuk Menjadikan Hijab Sebagai sumber pendapatan buat mereka.

Untuk cara paling mudah u alss nak update tentang trend hijab terkini yang paling update semestinyalahhh disini-----> FESYEN HIJAB TERKINI










Cakap je minat fesyen ape, Bawal, shawl, instant, dan bermacam lagi fesyen hijab ada disini, 
bukan setakat dapat tgk fesyen terkini jer,, paling mudah nak shopping dengan harga yang mmg mampu milik dan pastinya trusted seller tak perlu risau duit kene tipu ke ape ke semua.. mmg kat sinilah... so boleh la cari inspirasi dari sini untuk follow dan dapatkan koleksi terbaru daripada pereka kegemaran dan fesyen terkini yang korang gemari.. 

kadang-kadang kemalasan tu bende biasa kalau nak pergi membeli.. jadi gunakan kuasa hujung jari anda,, berkenan boleh click dan sampai terus ke riba! eehhh hehehe 
ala bagi golongan Adam pun boleh je.. nak buat kejutan buat yang tersayang,, lagi senang.. 
tgk dan pilihlah sendiri dan hadiahkan buat yang tersayang pasti senyuman sidia sampai ketelinga dan makin ayu dengan hijab pemberian anda.. 


thanks for your time
xoxo Puan Husna

Wednesday 9 September 2015

#WW - Rabu Membisu - Kemana Husna?

Assalamualaikum,

fuhhh lamenyer tak munculkan diri sebulan lebih juga la diamm..
maaflah,, skrg ni bz menguruskan perniagaan dan di sebabkan masa yang dah limit utk uruskan diri yang tinggal beberapa bulan je lagi nak tukar status ni hahaha

ok ok its WW kan so jgn cakap banyak.. bagi yang free free time and ada di area
 GOMBAK/SELAYANG/BATU CAVES 
dan sewaktu dengannya.. boleh singgah di warung comel aku nanti yeee 

boleh perkena 
ROTI JALA , AIS JAGUNG & POPIA GEMOK 



LOKASI 
JALAN TIB 3, TAMAN INDUSTRI BOLTON, GOMBAK
(berdepan kilang roti)

WAKTU OPERASI
Setiap Hari Kecuali RABU
10pagi-7.00mlm

Thanks For Your Time
xoxo Puan Husna


p/s: tiada masa untuk bersosial, kini masa mencari rezeki untuk yg bakal muncul nanti.. :)

Thursday 30 July 2015

PENTINGNYA INFO DI SCREEN LOCK ANDA!

Assalamualaikum..

salam khamis.. wahhh tak sabar nak habis kerja ni esok last dayyyy yeehhhh.. ehhh tukar topic plk.. ok berbalik kepada topic asal..

semua sekarang mesti ada handphone canggih2 kan.. dan yang pasti bile handphone canggih2 ni semua akan buat screen lock utk elakan org lain ceroboh handphone anda.. 
tapi tahukah anda di sebalik selamat yang korang rasa itu ada bende yang lebih penting korang tak perasan iaitu bila dalam keadaan kecemasan..

contoh : handphone anda tercicir, atau ada perkara2 yang tak di ingini berlaku pada anda.. tp disebabkan handphone anda ber lock.. so orang yang ingin membantu tak boleh nak cari no phone penting untuk mereka hubungi jika didalam kecemasan.. jadi apa yang anda boleh lakukan utk memastikan segala berita penting tentang apa yang terjadi pada anda boleh sampai terus ke keluarga atau org org penting?

ramai yang ambil remeh tentang ini.. tp ini adalah apa yang berlaku sekarang ramai bila berlaku kemalangan tak tahu nak hubungi siapa kalau nak membantu, hanya boleh ambil gambar dan viralkan di media sosial.. supaya waris boleh mengetahui.. tp agak2 nak sampai ke waris tu berapa lama ambil masa?

jadi ini adalah salah satu cara yang boleh membantu..
korang atau apa yang korang boleh letak pada sreen lock korang?

dan ini adalah ape yang dah lame aku buat pada lock screen aku bile org terjumpa phone and tekan butang "On"

so mcm mane aku buat ni adalah dengan create satu gambar dengan letak info yang aku rasa patut then aku save sebagai lock sreen wallpaper yang boleh set bile korang nak set wallpaper korang.. 

 so untuk lock sreen wallpaper aku letaklah gambar mcm kat atas tu so bile lock pun org masih boleh tgk info untuk call siapa yang perlu jika berlaku apa2 kecemasan..

tapi kalau korang tak reti nak buat gambar ke ape, ada alternative lain yang boleh membantu mcm ni..

korang pegi ke "Setting Phone" korang dan korang boleh cari bende mcm kat bawah ni..


so dah jumpe Owner info kat dalam Lock screen yang tempat korang nak setting untuk buat pin ke pattern tu.. so die bawah sekali ada, Owner info.. so click kat situ then akan keluar mcm ni pula...


ok lepas keluar mcm ni korang pun kene la tick kat "show owner info on lock screen" then type apa info yang perlu org tau bile ad kecemasan berlaku.. dah siap korang back balik ke screen biasa dan cuba lock then tekan "on" balik dan korang akan nampak mcm ni


 no telephone atau apa2 info yang korang type tadi akan appear pada lock sreen korang so ini akan memudahkan org yang nak tolong korang cari info atau no-no penting untuk di hubungi bile dalam keadaan kecemasan atau terjumpa phone anda.. 

ingat yer bukan semua org jahat.. dan bukan semua org mencuri.. sekurang2nyer kita dah ikhtiar jika berlaku sebarang kecemasan.. selebihnya kita berserah pada Allah.. 

so selamat mencuba!

thanks for your time
xoxo Puan Husna




p/s : tak sabar nak last day esok!

Wednesday 22 July 2015

#teamrayakl (sedang) & #teamrayakualakangsar (Chalet D'Kg Mr.Os)

Assalamualaikum..

selamat hari raya Aidilfitri semua,, semoga lebaran ini memberi 1000 kecerian kepada kita semua.. alhamdulillah semoga kita berjumpa lagi ya ramadhan.. 

ok ini cerita raya aku..

 raya kalini a bit different dimana kali pertama juga lah beraya dengan fmly mertua sbb tahun lepas kite dah ambik turn kan.. so next year kita punyer turn pulak lah.. tp dalam pikir turn sape pun, tp mcm takde beza pun.. sbb malam raya aku kat gombak sbb buat persiapan raya sbb mama semua pun beraya di gombak sbb tgk keadaan kesihatan abah yang agak terbatas.. so mama pun pilih n buat keputusan raya kat gombak dulu then lepas semayang jumaat baru chow balik Kuala kangsar.. 


so mcm biasa rutin setiap tahun.. mmg wajib ada lemang sbb ni fevret abah sebenarnya.. so kitorg pun sehari sebelum raya tu seiapkanlah masak lemang semua untuk makan hari raya esoknya.. sebelum aku ngan mr.H pulanglah ke desa.. desa mana.. mcm jauh padahal DESA SERDANG je punn. so dah bersalam2 ngan mama abah semua mlm raya tu kitorg pun cabut balik serdang plk..

so raya pertama




haaa ni la hari raya pertama kami.. mengadap TV sbb kat kl ni nak g mane hoiii.. laki aku pun dah hilang samping dah lepas semayang raya.. so aku pun makan tido jela hari raya pertama tu.. petang baru g beraya umah pakcik kat nilai.. so mlm tu dah plan nak balik Kuala kangsar sbb ada kenduri..

so balik pun raya ke dua pagi baru gerak.. 
mcm biasa kalo balik kuala kangsar je mane lagi kitorg akan beraya mestilah dtk Chalet D'Kg Mr.Os,
sampai dah tengah hari.. ha sampai je kuala kangsar baru lah aku rasa mcm hari raya.. sbb meriah dgn sedara mara and bejalan beraya n layan budak2 datang beraya.. so dpt jugak la mood raya tu.. so kenduri raya ketiga and plus raya ketiga tu mmg ada aktiviti wajib untuk keluarga iaitu family day.





so raya ke 3 pun menjelma, dan lepas kenduri tahlil n buat doa selamat untuk family dan yang bakal lahir ni nanti (yg ni nanti cerita) selesai makan2 semua.. mulelah acara family day.. mmg fun sbb lupe pasal hand phone media sosial semua mmg u just enjoy ur time with your family yang mmg kepala gila semua.. penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. mcm mcm game kampung kitorg buat sbb nk bg budak2 bandar ni tau ape tu baling tin,, ape tu tarik upih so mmg tak nampak la budak2 ni pegang tab ke i pad ke semua.. semua sibuk nak main game nak dapat hadiah.. hehehe

 belah siang dah habis semua game walaupun aku di quarantine kan tidak dibenarkan join tp takpe tahun depan balas dendam hahaha nak jugak join.. so aku pun berkubang je la dlm pool sambil sorak beri sokongan kepada peserta2 haha..
so belah malam pulak sesi main cabutan bertuah.. yg ni mmg lupe nak ambik gambar.. sbb sebok nak menang cabutan bertuah dpt periuk.. walaupun aku tak cukup bertuah mcm tahun lepas.. tahun lepas dpt bekas air.. tahun ni.. mama aku pulak collect hadiah mahal.. hahaha mmg rezeki die yg aku langsung tak bertuah siap kene ejek tak dpt ape ape hahaha last2 dpt jugak hadiah saguhati.. 

ape ape pun.. i had a great time walaupun mlm tu jugak aku dah kene cabut balik KL balik sbb dah nk start keje.. huhhhh sedihhh 

so itulah cerita raya aku untuk tahun ni.. harap tahun depan dapat la beraya lagi bersama semua yang aku sayang dan yang im so excited utk tahun depan InsyaAllah akan ada org baru sambut ramadhan dan beraya dengan kami.. Alhamdulillah Terima Kasih Allah!..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: its too early, walaupun dah lepas first trimaster aku memilih untuk tidak banyak bercerita tapi aku juga tidak menafikannya,  aku harapkan doa yang baik2 dari rakan-rakan, terima kasih juga buat yang selalu mendoakan aku.. 





Tuesday 14 July 2015

Cerita Raya - JUADAH HARI RAYA (WAJIB)

Assalamualaikum,,

haaa lebih kurang 3 hari je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.. mesti dah tak sabar dah semua kan.. bg yang perempuan biasa lah dah nak bersiap untuk kepasar nak cari kelengkapan untuk masak menu menu wajib di hari raya.. 

haaa meh aku nak cerita menu wajib bagi keluarga kitorang kalau Hari Raya, dan menu wajib untuk aku dapatkan semperna raya hehehehe
sebab kitorang selalu raya di Kuala kangsar so menu Kuala kangsar tu harus lah di buat...

LEMANG

ni mmg wajib sbb abah adalah Peminat Pulut no 1.. die mmg sgt suke Lemang.. dan die takkan beli.. ni wajib buat setiap tahun.. sampai kitorang adik beradik pun.. InsyaAllah dah boleh dah buat lemang sendiri lepas ni sbb hasil tunjuk ajar dari Abah.. lemang kalau abah buat mmg sedap lembut tak berkerak dan paling best lemak die perrrrgghhhh meleleh air liur..

mcm biasa la lemang mmg balas die dengan rendang daging atau ayam.. tp kalau raya.. mama lagi suke masak rendang daging.. dan paling aku suke lemang Jagung.. perrgghhh tak sabar nak bakar lemang dah ni khamis ni sesi mengadap api bakar lemang!..

KETUPAT

kalau org Joho ni kalau raya takde ketupat mmg tak rasa Rayanya.. jadi disebabkan tahun ni aku dah craving gile dengan ketupat daun ni.. aku dah ckp ngan mama,, taun ni nak buat ketupat nak anyam sendiri taknak la ketupat pelastik je tiap taun.. 

bukan ape.. sbbkan takde yang pandai mengayanm ketupat tu selain mama ngan aku je.. so ma agak malas nak buat sbb tak larat die kata.. jadi kite tgk nanti adakah berjaya dptkan ketupat daun atau pun ketupat pelastik jugak yang di hidang hehehehe

kalau ketupat aku ni mmg selera org joho kuat sikit.. aku suke kuah lodeh letak sambal kacang.. perrrgghhh mmg berulang aku makan... hehehe jangan tanye kenape gemok lepas raya.. hahah


LEMANG PERIUK KERA

haaa ni adalah salah satu menu kegemaran kitorg sekeluarga.. walaupun kitorg tak buat sendiri.. sbb taknak ambik periuk kere tu sbb tau kere tu pun nak raya jugak.. sian die nak masak pki ape nanti kalo periuk die kita ambik.. hahaha

ok menu ni kitorang akan pegi ke rumah sepupu dekat je boleh jalan kaki.. so wajib pegi beraya ke rumah sepupu ni sbb nak makan lemang periuk kere punyer pasal.. mmg sedap lain rasa die. lemang ni dimasak dengan cara kukus pulut dan santan diletakkan di dalam periuk kera tersebut. heheh


LAKSA KUALA KANGSAR


haaa yang ni pun kitorg tak masak sendiri.. sbb bestnyer raya di kuala kangsar ni.. kitorang dah tau rumah mane masak Laksa rumah mane masak mee kari.. so kalau nak makan pegi je beraya rumah jiran-jiran ni.. nampak mcm tak malu kan.. dah tue2 pegi beraya lagi hahahaha tp ini adalah rutin kitorg tiap tiap tahun..tp kitorg pegi beraya bkn nak duit raya pun.kalau dapat alhamdulillah hhahahaha. pegi sbb nk makan n nk jumpe jiran2 le, sbb laksa kuala kangsa ni mmg tak dapat kat KL wehh..

so mmg wajib kitorang pegi beraya ke rumah jiran untuk makan laksa kuale kangsa ni heheheheh so jiran jiran kat kampung tu pun bkn org lain mmg mcm sedara mara.. walaupun kitorg yang tak duduk kt kampung ni pun, skali skala balik pun diorg mesti kenal jugak.. 

jadi itulah antara menu menu wajib yang harus aku dapatkan di hari raya ini.. hehe walaupun raya pertama belah Mr.H tahun ni.. tp takpe mr.H kata raya ke 2 kita balik kuala kangsar juga.. heheh and plus ad kenduri pun kat kampung raya ni.. hehehe harap harap raya tahun ni akan tercapai la semua food list ni masuk dlm perot.. heheh

so selamat hari raya semua.. saya HUSNA BINTI MOHD YUSOF memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca yang ada terguris hati tersinggung dan ad terkasar dalam sebarang penulisan saya sepanjang berblogging ni.. semoga kita terus mengeratkan uquah sesama muslim dan saudara.. hati hati di jalan raya.. semoga Aidilfitri kalini memberi seribu keceriaan kepada semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: insyaAllah lepas raya ad berita gembira nak bagi tau... heheh

*gambar sumber google

Thursday 9 July 2015

PRODUCT REVIEW- Apa Jadi Pada Muka Aku Ni BabeSkin365!

Assalamualaikum,

haaaa ni entry tertunggak nak buat review tapi ni baru berkesempatan nak buat.. heheheh

tapi tetap nak berkongsi ape yang terjadi pada kulit aku lepas pakai product BabeSkin365 ni... ok nak tau pasal product ni boleh baca kat sini ok ----> BabeSkin365.. harini aku nak cerita ape jadi kat kulit aku lepas pakai Babeskin ni..

gambar 1 bulan lepas pakai babeskin ni!

haaa sebelum ni mmg tak di nafikan muke aku mmg lah BERMINYAK teruk.. mane taknyer tiap hari bergelumang dengan public kan.. muke pun berhabuk.. so tiap kali nak sampai office ambik tisu je sapu satu muke mmg melekat minyak plus dengan kotoran yang melekat pada muke aku ni..
kira mmg hitam la tisu padahal dari rumah sampai office pagi tu.. tp sampai je office muke dah berminyak n berdaki..

lepas je pakai babeskin ni.. mmg agak berbeza.. muka dah kurang berminyak.. so kalau pagi tu lepas mandi dah cuci muka and pakai babeskin ni.. sampai office and waktu balik pun muka dah kurang minyak berbanding dulu kalo dah masuk ptg tu jangan berangan la nak ambik gambar.. mmg berkilat muke.. tp now tak risau lagi.. ambik gambar pukul berapa pun dah tak risau npk muke berkilat..

lagi la jenis mcm aku ni mmg sangat la pemalas nak makeup and suke bia je muke polos.. but lepas pakai je babeskin ni.. takde la nampak pucat sangat dah muke ni.. and muke nampak lebih fresh je.. 

ok sebenarnya, bukan aku je pakai product ni.. hahaha mr.H pun sebok.. dah sebulan dah die tak beli pencuci muke.. and know what.. die yang mmg tiap masa duk depan dapur,, and lagi la berpeluh-peluh tp customer tegur die,, "amboi berseri-seri nyer ada apa apa ke" hahaha balik cerita kat aku.. tp mmg nampak perubahan paling ketara dkt muke die sbb kulit die mmg nampak sgt halus dan licin.. 

I IS JELOUS! 

haha siap ckp pasni kalo dah abis boleh la order lagi.. hahahaha 
so aku rasa product ni mmg sangat berkesan bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak dan mmg terasa kulit muka makin lembut.. heheh TQ so much babeskin365!

bagi yang nak try product ni boleh la tgk kat sini ok!


Tuesday 7 July 2015

Duagaan Bulan Puasa- KEANGKUHAN MANUSIA BERHARTA!

Assalamualaikum,,

fuhhh semalam mmg cukup menguji kesabaran.. 
mane tak menguji nyer tgh baru lepas kene bebel kat office tetibe mr.H call kata kereta kene dengki.. haaaa! ingatkan sikit je.. sekali kauuu.. habis kemik, calar, terkopek stiker dek kerana masalah manusia yang merasakan diri dah cukup besar bila berharta.. 


nak tau die buat ape? dia dengan sengaja menghempuk tong gas dan mengheret tong gas die dkt atas kereta aku! ye aku tau kereta aku tak mahal, aku tak pki lexus, aku tak pki BMW aku tak pki CRV aku takde rumah 2 tingkat.. tp bila kau berharta begitu adakah ko boleh buat suke hati pada org lain? bila di tanya kenapa buat mcm tu jawapannya cuma satu! "kau menyusahkan aku"dengan angkuh! sedangkan kitorg tak kacau hidup die pun,, alasan die sbb kitorg block pintu belakang die,, ape takde mulut ke nak pangil alih? laki aku niaga hari2 angkat gas keluar masuk kereta.. takde calar sikit pun???  soalan aku jugak satu "selama kau hidup ni kau menyusahkan kitorg, ada kitorg langgar kereta ko sampai remok? ada kitorg buat ape2 kat kereta kau? yang ko hanjing kan org lagi ada.. tp kalini kau salah orang.. 

pada mulanya mmg kitorg pikir ok la takpelah malas nak layan org gila.. makin di layan die cuma boleh nganjin dari dlm pagar je la.. dan dengan angkuh suruh kitorg buat report polis sbb die kata 
"pegi la report polis ko ingat ad kesan kat aku ke"hahahaha 
mmg kelakar sbb anak ko DSP ASP polis semua kan.. mmg kalo ko buat salah pun ko boleh lepas.so ko pun boleh buat sesuka hati dekat org lain,. tp jangan ingat ko pencen POLIS anak ko POLIS ko boleh buat suke hati kau je.. 

ok mule habis mcm tu je.. mls nak panjang cerita kitorg pun ok la mls nk layan pegi lantak kau la.. harap HAJI kopiah atas kepala tp kalo nak layan org yang HAJI takat letak depan nama je nak buat hape kan.. 

tiba tiba waktu petang aku balik keje,, kitorg meniaga kat depan area rumah, so mmg ad a few jiran yang meniaga jugak kat situ.. dan tiba tiba ternampak die tengah dok menjaja cerita yang kononnya kitaorg salah.. haaa ABAH yang dah panas hati, terus pergi n ckp.. ha nak cerita cerita depan-depan.. takyah nak tunjuk mulia sangat konon ko baik sangat sampai salah sendiri taknak ngaku.. 

disebabkan org kampung ramai kat situ terus abah tunjuk kereta aku yang die kemikkan tu "korang tgk sendiri ape die buat kat kereta anak aku, die ingat die besar boleh buat sukehati die, pastu nak jaja cerita konon kitorg salah" terus org kampung backup kitorg, terus datang jiran kitorg yang lain yg penah jadi mangsa die juga terus bukak cerita jugak yang die dulu pernah pangil jiran aku tu "ANJING" sbb anak die parking kereta dkt rumah org, kalini die terkene dengan salah orang.. terus org kampung tau perangai die.. 

yang adik aku tu dah la badan bonzer die nak lanyaknyer org tua tu.. tp pikir slagi die tak mula kita takyah mula.. yang jiran aku rupenyer mmg dah ramai tak puashati dengan die sbb perangai die yang mmg sangat biadap dan rasa diri dah besar n KAYA sangat.. 

haishhh bulan puasa ni mmg sangat mencabar.. mmg semalam kitorg dh geram sangat-sangat dah.. dah la die buat salah nak pulak jaja cerita kat orang haaa salah org la kau  buat kalini.. mmg kitorg semalam mmg puasa cukup syarat je la sbb semua dah marah membuak2 dah semalam.. 

kitorg takkan marah kalau die tak sebok nak menjaja cerita dongeng die tu konon die mulia ahli syurga.. org lain semua salah org lain semua tak betul sbb org lain takde duit kann.. bawak2 insaf la pakcik,, dah tua, dah pegi HAJI, Umrah, tp perangai masih mcm tu.. tak guna!

haishhhh ni la manusia!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: bulan puasa ni mmg Allah nak tunjuk yang jahat seseorang tu datang dari diri sendiri, bukan dari hasutan syaitan sbb syaitan semua kene ikat! jadi kalau berkopiah, pakai title HAJI tolong la hormat sikit kopiah tu,, ni berkopiah tp dok tepuk tampa ponggong bini orang! ape kesss? haish!





Wednesday 1 July 2015

#WW - SEPARUH RAMADHAN = LAGU RAYA


Assalamualaikum,,


hehehe biaselah kalau dah masuk setengah Ramadhan yang mana tinggal lagi 2 minggu nak raya ni.. radio radio dah mule la mainkan lagu raya... tp selalunya start main lagu raya 15 ramadhan so sure esok ramai dah tunggu nk dgr radio dh main lagu raya kannn hehehehe


so kite yang kt office ni pun mood raya dah sampai kasi pasang lagu raya jugak la.. heheh raya raya juga.. shopping berpada pada.. :)

salam ramadhan ke-14

Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: taun ni tak shopping raya sangat.. pakai apa yang ada je.. 

Tuesday 30 June 2015

OVARIAN CYST PECAH! - PART 3 (SELEPAS PEMBEDAHAN)

Assalamualaikum,,

hah selamat dah menjalani pembedahan, kini bende paling mencabar adalah bile perut di belah ni.. mcm mne keadaan lepas operation.. 3 hari jugak la aku tido wad, sejujurnya lepas operation tu, mmg sangat la mencabar kesabaran dan iman kita untuk terima takdir Allah, rasa give up ada, rasa down ada.. semua ada.. mmg kene kuat semangat kalau nak baik cepat..

ok hari pertama di wad lepas pembedahan tu.. mlm tu aku tak berapa boleh nak tido walaupun badan sangat2 lemah.. sbb dah mule rasa lapa sangat dan haus sangat.. and paling mencabar, nak mandi tak boleh so badan mmg panas berpeluh2.. datang nurse cek suhu badan n blood pressure hambik demam terus malam tu sampai 39 degrees suhu badan.. haaa mule lah... so nurse dh bg tau kalau demam tak boleh keluar wad tau, sbb kita takut awak kene infection,  dengar je mcm tu terus lg rasa lemah.. mungkin sbb tekejut n sakit kt tmpt belah tu dah mule rasa tu yang demam tu..

gambar sumber : google

mcm ni la rupe belah yang di perut tp bezanya kalau belah beranak die tak jait die gam je.. tp aku punyer die jait tp jahit dari belah dalam.. so kemas je jadi 1 line..


so jalani hari mcm biasa utk mlm pertama walaupun tido setiap 1 jam terjaga 1 jam terjaga,, so pagi pagi nurse dah kejut, sbb nak ambil suhu badan,suhu tak turun jugak n masih demam, dan dah mule dehydrate,, sbb tu nurse terpaksa drip 2 botol air terus.. n masih belum boleh makan lg time tu.. sampai la sarapan sampai pukul 8pagi mcm tu.. nurse suruh cuba makan, kalau muntah jgn makan lg. 1suap je bubur tawar hospital tu, pastu aku pun takleh nak makan sbb kepala rasa berpusing, nak bangun tak boleh, tu pun ada makcik katil depan tu die jaga anak die, yang tolong angkat aku bangun.. rasa nak nangis terharu sbb makcik tu baik sangat siap suapkan aku mkn lg.. sampai aku segan sbb sian die berjaga mlm jaga anak die ni nk kene jaga aku plk.. aku pun ckp "takpe cik nti husband sy datang die boleh tolong suapkan saya"makciktu yang risau.. awak dri semalam tak mkn dik makcik nampak.. takpe makcik tolong ya.. kalau takleh mkn bubur makcik ad beli roti nak roti..

Allah baiknyer makcikni jaga aku mcm anak die.. so kebetulan mr.H nak dtg aku pesan suruh belikan ape2 makanan yg lembut yg senang nk telan, die belikan roti n air,, haaa sbbkan effect bius tu mmg selera makan akan hilang.. n rasa nak muntah kuat.. so mr.H datang pun masih tak boleh nk mkn lagi, boleh kemam kemam je roti tu pastu luek balik.. minum air mineral berbotol2 tp masih badan dehydrate,, sampai nurse tu ckp awak mkn la nti lemah lambat balik..

so hari pertama berlalu mcm tu je sbb masih takleh nk bangun, masuk hari kedua,, dah boleh mengiring sikit tp takleh nak jalan lg, baru boleh duduk sikit2 je.. n doc pun tak kasi aku ambik ubat tahan sakit.. nak tau kenapa haaa tu nanti aku cerita kenapa..

so jalani je la hari2 mcm biasa kt hospital dan masih demam untuk mlm kedua, tp dah mule boleh duduk tp lebih nak baring je sbb masih rasa pening-pening lalat.. so mlm kedua tido lena sikit dah tak terkejut2 dah mcm sebelumnya.. so esok paginyer doc datang utk tgk keadaan die tgk aku masih demam die kata.. kalau tengah hari u masih demam kita tak lepaskan u balik tau... alaaaaaa nak balikkkk! dah boring dah.. sbb time ni aku dah boleh bangun utk berjalan sikit2 tp nurse tak kasi g jauh sbb takut aku tombang ke ape kang.. die kasi jalan dekat2 katil je.. so mcm exercise la sikit taknakkan lembik je badan.. so dah mule boleh duduk kat kerusi semua.. datang mr.H tgk aku dh mcm tu die senyum die ingat dh boleh balik.. aku ckp doc kata kalo demam takleh balik lg.. ape lg aku pun minum la air banyak2 nak balik punyer pasal.. fuhhh bosan wehhh duk hospital tu..

nak makan tak selera, nak buat ape pun bdn tak lalu.. kalo kat rumah boleh juga baring depan tv ke,, baring dlm bilik layan movie ke kan.. pastu pukul 11.00pagi nurse datang ambik suhu die kata ok dah tak demam.. yeeehhhhh boleh balikkk! so doc tu pun cakap ok la boleh balik la... senyum n terus rasa diri sihat..

so dalam siap2 nak balik tu Doc pun bagi MC untuk 34hari yang mana MC tu tamat Ahad lepas.. so semalam baru masuk kerja balik.. hehehe

jangan ingat operation mcm ni tak kene pantang,, kene jugak wehhhh.. haaa tu berstokin je.. tp mmg terasa badan sejuk je menjelang malam.. mcm pantang org beranak juga cuma singkat sikit la masanya.. 2 3 minggu je...


haaa ad yang tanyer berapa bill aku utk buat operation tu? so total bill aku semua adalah RM93.00 sahaja.. biase la kerajaan kan,, kalau swasta tak tau berapa ribu plk kene.. tp sblm ni aku pnh tnyer opperation buang cyst selalu dlm RM10,000 ke RM15,000 huhuhhu bertuahnyer badan bile kene bayar RM93.00 je.. heheh so dapat balik tp another 3weeks kene datang appointment.. nak tau appointment ape haa tu pun nanti aku cerita.. mcm dh panjang sangat dah ni... ad jugak yang tanya,, ehh una baju pink ni bkn utk preggy mommy ke? haaa tu pun nanti aku cerita kenape kene pki baju pink, tak pki baju ijau.. hehehehe

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: 27/7/2015 ada lg appoitment.. kita ulang alik sepital je lepas ni heheheheh

OVARIAN CYST PECAH! -Part 2 (PEMBEDAHAN)

Assalamualaikum,,

haaa ok bersambung dari entry lepas cerita mcm mane aku boleh masuk hospital kan.. kalo tak baca lagi boleh baca kat sini ---> Ovarian Cyst Pecah -Part 1, then boleh sambung baca sini ok..

ok setelah aku ditolak masuk bilik bedah tu Pakar bedah tu ada buat briefing sikit penerangan tentang pembedahan yang bakal aku jalani tu.. tp sebab mamai.. lepas tu baru mr.H cerita operation tu mcm mne semua.. sbb die brief waktu tu Mr.H ada sekali sebelum die tolak aku masuk bilik utk bedah tu.. die dah siap bg brief semua n pakar bedah tu siap cakap "Puan jangan risau ya.. saya akan cuba yang terbaik"aku terus senyum sbb mmg dah tak larat time tu.. bayang la bangun pagi tak makan tak ape semua.. pegi sepital terus kene bedah.. hahaha

ok lupe nak cerita disebabkan opperation tu diorg terpaksa Full bius aku.. so die pasang la tube kencing.. ok ni nak cerita pengalaman pki tube kencing ni.. 1 perasaan die hilang nikmat kencing.. sbb korang takkan rasa bile korang nak kencing,, tau-tau dah penuh je bag tu.. n waktu nak pasang tu mmg haiissshhhhh tahan je la kejap yeee.. (ngeri nak ingat)

ok lepas last tgk muke mr.H dah meleleh air mata tu.. terus Diorg tolak aku masuk bilik bedah.. masuk je bilik bedah tu semua pembantu2 dah ready ramai juga la,, tgk semua equipment nak belah2 semua dah ready.. waktu tu masih sedar.. then waktu die pasang alat pernafasan tu.. masih sedar dan dengar sayup sayup je org panggil nama, then terus hilang.. dah tak sedarkan diri dah dlm tu..

aku masuk bilik bedah tu pukul 1.00tgh hari dan tiba tiba terdengar org kejut bangun,, dan aku hanya boleh bukak mata n nampak jam samar2 dlm pukul 4 mcm tu. dengar nurse tu ckp "Alhamdulillah puan pembedahan dah selamat ya". pastu hilang taksedar balik lepastu nurse tu panggil lagi skali baru aku sedar n boleh bukak mata dengan sempurna tgk jam pukul 5 lebih dkt pukul 6,, nurse cuba cabut alat pernafasan then aku boleh bernafas macam biasa.. terus die tolak balik aku ke wad.. sampai je kat wad tgk mr.H pun sampai.. nampak die senyum je bile nampak aku.. tp aku masih mamai lg waktu tu..

nak bangun tak boleh so mmg baring je.. sbb dah terasa sakit kat perut rupenyer die belah mcm belah beranak tu! mmg panjang!.. so mmg takleh nak gerak...


haaaa ni rupe lepas opperation mama abah n pakcik aku datang melawat rupenyer diorg tunggu smpi aku habis operation..

so lepas nurse dtg tgk keadaan aku dtg Doc yang bedah aku tu bg tau.. Puan husna u bukan pregnant luar rahim ya.. kita jumpa you punyer Cyst dah Pecah n mmg berdarah banyak sangat dekat dlm tu.. so kita takde usik rahim u semua cuma kita buang cyst yang dah pecah n cuci darah tu di bahagian ovari saja.. dengar je mcm tu terus mr.H lege sbb kalau pregnant luar rahim.. doc tu dah cakap yang die nak buang sebelah aku punyer ovari.. so Alhamdulillah ovari aku masih ok dan sistem peranakan aku masih ok.. so Doc kata u boleh ngandung mcm biasa je.. Alhamdulillah lagi sekali berita baik yang aku dengar..


so lepas operation tu.. di sebabkan wad tu wad untuk sakit puan,, so Suami tak boleh tunggu cuma mak atau adik beradik perempuan saja yang boleh tunggu.so mr.H balik sbb time melawat je baru die boleh datang,. so mlm tu tersadai la aku keseorangan di wad tu.. bermalam kt wad.. dah la lepas operation tu takleh mkn or minum sbb die takut kita muntah effect dari ubat bius tu. nak bangun begerak pun tak boleh mengiring tak boleh so baring je la telentang. sbb terasa sakit kat perot dah mule rasa sbb bius dah hilang.. tp mmg tak lapar langsung sbb bebotol jugak la air die masukkan,, air gula la,, air garam la.. mcm mcm air die masukkan dlm badan ni ha.. tp disebabkan perut ni dah berbelah,, korang bayang la mcm mane rasa kalau nak batuk.. haishhh tuhan je la yang tau kalo tekak gatal tu mmg hheemm heeemm je la boleh.. mmg sakit sangat sangat... sape yang pernah beranak operation msti die tau rasa die..  fuhhhh mencabar..


ok cukup sampai sini dulu yaa... nanti kita sambung pulak pengalaman duduk wad pulak n pengalaman lepas operation yang dapat MC 34hari ni.. hahah ok tunggu next entry..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: puasa ni teringin nak makan coco crunch.. hahahah


Monday 29 June 2015

CUTI SEBULAN - OVARIAN CYST PECAH! Part 1

Assalamualaikum,,

makkk hai ni betul bersawang dah ni blog ni.. jap kita vacum semua sawang sawang yang ada.. dan kini husna kembali beraksii yeeehhhhh!,

haaa mesti ramai tertanya-tanya ( mcm gelamour sangat) hahaha mane la minah ni hilang lame tak update blog ni.. hahahah ok meh aku cerita pengalaman..

pada 26 MAY 2015, pagi bangun nak g keje.. tiba tiba perut sakit sangat sangat sampai menangis2 la kat rumah n ingatkan sakit biasa mcm setiap bulan.. tp kalini lain sangat sakit die.. so sbbkan tak tahan sangat-sangat terus ajak mr.H pergi hospital sbb baru kul 7pagi.. clinik mmg tak bukak lagi.. so terus la ke Hospital Selayang.. masuk Emegancy.. n nasib baik tak tunggu lama sbb org tak ramai.. terus die pangil perut makin sakit ni..

then die ingat batu karang aku ckp kencing semua normal,, takde sakit tak ape.. tp perut mmg sakit.. dan disebabkan due 26 may tu patutnya due aku period so aku ckp mungkin nk period sbb sepatutnya due period.. then die kata ok.. masuk ubat tahan sakit dulu pastu kita buat scan..

then aku pun pegi la masuk drip utk ubat tahan sakit.. then terus pegi scan.. then waktu ni mmg dah tak sedap hati sbb doc doc tu  (ramai ok doc nyer )semua dah berkumpul and tunjuk.. waktu scan tu..

"ehhh what is this haa.." sambil die tekan2 la mesen ultra sound tu kat perot aku yang mmg tgh sakit.. lepas kene ubat tahan sakit tu dah lege sikit tp dah mule mamai nak tido plk.. mr.h  setia la tunggu kat tepi.. then datang sorg Doc kata kita bawak die g Tinggkat 11, jumpa pakar sakit puan.. sbb diorg jumpa something dlm sistem peranakan aku..




sampai je atas.. tak sempat duduk.. Aku dah pitam dulu kat situ terus nurse n Doc angkat aku utk buat 2nd scan pki mesin yg canggih sikit.. terus Doc tu cakap..
"U might be pregnant Luar Rahim n bende tu dah pecah! kita tak boleh tunggu,, u kene masuk untuk Opperation segera sbb bende ni mmg bahaya.. u dah berdarah banyak sgt kat dalam"so aku yang mmg dah mamai separuh2 terus Doc pangil Mr.H terus sign surat utk operation terus.. so lepas semua nurse2 tu cocok2 aku ngan jarum yang aku pun dah tak larat nak jerit sakit.. dah redhoo dah waktu tu.. sampai 5 Drip die pasang kat tangan.. nak pasang tu pun mak haiii bukan main banyak kali plk die cocok nak cari laluan..

then terus tunggu nurse tolak aku ke katil utk salin baju semua sbb nk masuk bilik operation dah.. selang 1 jam tak sampai mcm tu tunggu terus aku di tolak masuk bilik bedah utk jalani pembedahan..


ni rupe sebelum masuk bilik bedah tu.. hahaha waktu ni tak takut pun tp satu badan mengigil tak tau kenape.. 

so nak tau ape jadi next? haa tunggu next entry ok!.. penat type panjang-panjang hehehehe



thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: banyak nak cerita ni.. tp kalo panjang kang boring plk baca.. bia die bersambung-sambung ok! heheh

Friday 22 May 2015

Oral Surgery : 2nd Step Done before Operation Date

Assalamualaikumm..

haaa dah baca pasal aku bakal menjalani Oral Surgery kan.. haaa kalau terlepas pandang tu boleh baca kat sini..--->  Oral Surgery-Part 1
kalau dah baca boleh terus sambung baca sini pulak ape yang jadi hahahaha

ok  20/5/2015 adalah hari appointment yang dah ditetapkan oleh pihak hospital untuk aku datang buat chek dan jumpa pakar bedah untuk tau mcm mane prosedure semua.. dan aku pulak terlebih pandai sbb sebelum pegi tu aku dok layan kat youtube tgk mcm mne Oral surgery tu dilakukan.. dan terus aku telan airliur..

pastu baca pulak blog kot2 ada yang memberi kata kata positif.. namun semuanya menceritakan keseraman dan kesakitan je.. hahahah so aku pun nebessssss,


ok kat hospital selayang ni takde la tunggu lame pun.. no aku 4505 so aku ingat lame, pegi la makan dulu dgn mr.H then naik balik tgk no dah lepas hahahaha padan muke.. tpp sbbkan mmg apointment date.. so mmg doc pun tau sape pesakit yang die kene attend aritu.. 

so masuk bilik Doctor tu.. doc perempuan baikk je orgnyer.. die pun cek gigi aku then cnfmkan mane yang nak di bedah.. then terus ke bilik X-Ray pulak untuk x-Ray gigi..


masuk bilik x-ray tu 3 4 kali juru x ray tu tanya aku.. ngandung ke tak.. kalo ngandung takleh buat.. aku ckp la tak ngandung.. then die tak puas ati jugak.. awak kawin brape lame semua tanya sampai aku ckp.. takpe.. kalau saya ngandung if anything happen its under my own responsibility.. pastu baru die cakap sy bukan ape dh jadi kes sbb tu risau..
kita kene paham jugak keje die kan.. ok then x-ray tu agak lama.. sbb ad 4 position x-ray yang doctor tu nak.. so mmg kematu gak la leher dok tergantung kat mesen X ray tu.. heheh

so x-ray dah tunggu kejap then doctor pangil balik untuk terangkan procedure operation yang bakal aku lalui.. that is 5 batang gigi mcm yang aku cerita sebelum ni, die ckp ok oral surgery aku Doctor akan bg bius tido terus.. sbb takut aku tak tahan cos ad afew kawasan yang die terpaksa belah.. 

ok keseraman mule menjadi jadi.. hahah after die cerita risiko, berapa lame opperation, brape lame kene duduk wad semua,, aku terus mintak die utk buat lepas raya

hahah doctor tu gelak plk.. die kata kenape.. aku ckp sbb nanti kalo sblm raya nanti saya sakit mulut org mkn rendang ketupat lemang,, saya makan bubur je.. hahaha pastu die kata ehh tak la maybe paling lama pun 1minggu je then dah boleh makan mcm biasa dah..
fuhh terus lege sikit sbb doctor tu banyak bg kata positif tak mcm ape yang aku baca n tgk hahahaha
so kurang sikit la neves nak buat opperation tu..

so dah sattle semua..then dia kata nanti dia call utk bagi date operation.sbb die kene setkan jadual utnuk pakar bedah, doctor bius, semua kann.. so mmg kene tunggu lagipun aku ni bukan urgent operation pun..
and aku rasa aku dah ready kot nak buat hheheheh.. please beriku kekuatann haha sbb aku ni mmg sangat tak tahan sakit.. mule la nak nangis jeeee 

haaa lupe nak cerita brape aku kene bayar untuk semua ni.. disebabkan aku dapat surat refer dari klinik kesihatan kerajaan.. jadi semuanya adalah percuma.. cume operation tu nanti mungkin kene bayar tp tak mahal la.. sbb kerajaan kan.. tp kalau korang refer dari klinik or hospital swasta bayarannyer lain ok..

so aku harap semuanya akan lancar Insyaallah..
and wish me luck!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mama ckp nanti mesti muke berubah lpas operation.. ehhh blur jap aku ni buat oral surgery ke plastic surgery? hahahahah

Thursday 21 May 2015

Product Review : Babeskin Double Serum & Babeskin whitening Soup


Assalamualaikum,,

kebetulan beberapa hari lepas mr.H ada tegur.. 
"yunk kenape muke sayang mcm dah tak jaga ni? jerawat naik, berminyak semua ni kenape?"

fuhhh bile suami dah mule tegur tu paham paham je la yer yang kita dah mule tak menjaga keterampilan diri.. and ape lagi terus muncul bende ni depan pintu.. 

heheheh ape lagiii proses untuk putih sebelum raya pun mule lah beroperasi.. mr.H dok tanya ape tu? aku ckp la haaa haritu sebok ckp tak jaga muke now nak jaga muke balik bg glowing2 mcm
 irma hasmie, hahah tetibe.. 

sooo ni lah product terbaru dari BABESKIN365 ala ni sebenarnyer product keluaran terbaru lepas BEAUTY OUT yang pernah aku makan n review dulu tu... 

inilah dia Babeskin Double Serum & Babeskin whitening Soup


ok jom kite start dengan  Double serum ni,,




dalam satu kotak ni ada 2 botol yang mana ke 2 duanya mempunyai fungsi yang berbeza,, satu Repairing Booster dan satu lagi Ultimate Mega life..


kenapa aku rasa ianya sesuai dengan aku sbb aku punyer kulit muka mmg sangat senang untuk burn kalo kene matahari.. lagi2 org jenis mcm aku ni mmg terdedah dengan matahari pegi keje naik tren balik keje naik tren dengan habuk melekat kat muke semua.. dgn belang nyer.. dgnn berminyakknyer.. so product ni dapat la membantu utk sekata kan balik kulit muka aku..

dan yang paling best.. korang takyah susah suah nak gune kapas muke ke nak cotet cotet sikit2 kat muke then ratakan ke.. just letak je 1-2 drops atas tapak tangan dan ratakan keseluruh muke.. mudah je kannnn.. dan ianya tak de rasa berminyak tau kat muke lepas sapu.. that i likee!..

dan ini adalah ingredients yang di gunakan untuk kedua dua botol yang terdapat dalam kotak ni..



 haaa selain mampu putihkan kulit wajah ianya juga banyak kelebihan lain yang mmg idaman setiap wanita la... 

jadi Harganya cuma RM119.00(sm) RM129.00(ss)
bagi aku sangat berbaloi sbb pakai cuma 1-2 titik je.. so mmg jimat la sbnrnyer kannn
jap lg aku story mcm mane nak beli ok..

ok next item is Babeskin Whiterning Soup


haaa ni paling aku suke sbb pencuci muke dah habis dan mmg berniat utk tukar jenis lain pulak.. disebabkan pencuci muka lame aku tak memberi kesan kepada aku.. hahah

dengar je whiterning msti dah tau kan sabun ni berfungsi untuk memutihkan kulit.. haaa ni bukan utk muke je ok,, satu badan boleh pakai.. 

ada orang yang muka jenis sensitip kan so sabun ni mmg sesuai untuk semua jenis kulit muke.. aku suke pakai die sbb lepas cuci muka pakai sabun ni.. mesti muke rasa tegang je.. best hehehe

harganya pun tak la mahal RM29.00(sm) RM39.00(SS)

 ini juga antara kelebihan lain sabun ni.. selain mampu memutihkan kulit ok!


so kalau nak try or nak beli pastikan barang yang korang beli tu ORI ok.. kang jadi ape2 kat muke kang.. susah pulak.. 


untuk pastikan barang tu ori ke tak .. pastikan korang dapatkan product ini dari 
dan korang boleh berhubung dengan mereka dan tanya terus dengan mereka mcm mane nak order ok.. jangan beli atas tangan orang.. bkn ape pastikan die pengedar sah baru beli.. takut takut jadi ape2 kang menyesal pun takgune raya muke sorok bawah bantal kang... 

ok bagi yang berkenan tu boleh la try dapatkan segera ok.. dengarkata product ni pun tengah hotsale ni.. nanti aku bg testimoni ape jadi kat kulit muke aku ni lepas pakai product ni ok!

thanks for your time
xoxo Puan Husna



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...