Monday, 2 November 2015

Happy 2nd Anniversary Husna&Izuan

Assalamualaikum,

pejam celik pejam celik.. makin cepat masa berlalu,, dan diam tak diam aku & mr.H telahpun menjangkau usia 2 tahun.. Alhamdulillah

Pesanan penaja : POST INI ADA UNSUR JIWANG!

2.Nov.2013 - 2.Nov.2015
 dan insyaallah akan terus mengira hingga ke hujung nyawa..


ok taknak tempel banyak-banyak gambar sbb takut meluat muntah hijau sama dgn baju kawin hahahaha.. cuma nak buat ucapan istimewa ganda 23, and a bit trowback je supaya.. one day bile aku dah takde kan.. boleh la mr.H selalu ingat kat aku..sob sob tetibe shahdu!

ok 2 tahun melayari kehidupan rumahtangga bersama Mr.H sangat sangat seronok.. walaupun org kata masih dalam mood honeymoon lagi still learning proses dalam rumah tangga, aku sangat bersyukur sbb Allah telah Anugerahkan aku dengan seorang Suami yang sangat sempurna, walaupun dia tak KAYA, dia takde kereta besar, dia cuma Meniaga Roti Jala, dan die bukanlah seorang yang romantic untuk say I LOVE YOU every day..

tapi aku tak pernah lapar bila bersama die, makan  die masak, pakai die beli die basuh, tempat tinggal semua cukup dia mampu sediakan untuk aku.. mmg sampai org pun cakap yang laki aku ni TAKUT BINI! tp die akan cakap, ini bukan takut, ini tanggungjawab!, walaupun kadang-kadang die ada cakap " sayang sorry tau saya tak dapat belikan gelang emas utk sayang" " sayang kalau nak ape2 bg tau ya, insyaAllah nanti saya kumpul duit saya cuba belikan tau" walaupun aku tak pernah mintak apa-apa yang mewah dari dia..tp keingginan aku die tetap akan cuba penuhi..

Aku tau Aku mengahwini orang yang betul, dan Allah kurniakan aku Suami yang terbaik untuk aku..dan alhamdulillah,, 2nd anniversary kalini kitorg masih berdua dan menanti org ketiga yang akan muncul 2bulan je lagi.. hehehe ini adalah anugerah terindah buat perkahwinan kitorg.. 
aku harap perkahwinan ini akan kekal dan mendapat keredhaan & keberkatan dari Allah,. takpe la tak kaya.. yang penting aku sangat bahagia! 
TERIMA KASIH ALLAH 

Dear Husband,
Kalau awak baca post ni, saya nak awak tau, awak adalah suami terbaik, dan insyaAllah ayah terbaik untuk keluarga kita, awaklah peneman susah senang saya, Saya sentiasa Doakan awak diberi kesihatan yang baik, kekuatan untuk terus mencari nafkah buat keluarga, dan semoga Allah akan membalas kebaikan awak dengan Syurga InsyaAllah..
I LOVE YOU!

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Allah tak pernah Salah, tp kita selalu salahkan Allah! 





3 comments:

  1. Happy Anniversary...
    wah!nak dapat baby dah x lama lagi...
    semoga berbahagia selalu :)

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary Husna & husband..Semoga kekal bahagia.Amin.

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...