Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, 5 February 2015

FINAL MAHARAJALAWAK MEGA 2014 di pawagam TGV secara LIVE!

seperti yang ramai ketahui,, Maharajalawak Mega 2014 kini sampai kemuncaknyer,
ramai yang ternanti nanti final maharajalawak mega 2014 yang bakal berlangsung esok, antara yang akan berentap di pentas akhir adalah kumpulan ZERO, Nabil, Sepahtu, Bocey, dan Shiro.

dan ramai juga yang tau bahawa kalini.. tiket final tidak diberi secara percuma ok.. kene beli.. dan harga tiket untuk final adalah seperti dibawah ini!..


tapi selain dari menonton secara live di stadium, tahu tak yang final maharajalawak mega 2014 juga akan di tayangkan di TGV cinema secara live ok!.. dan harga tiket die RM20.00++


untuk info lanjut tentang tiket dan pawagam mane yang ada untuk live final maharajalawak mega 2014 ni boleh click link kat bawah ni ok.. 


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: aku tgk kat rumah je.. agak2 boring boleh tukar Chanel lain! hahaha

Monday, 5 January 2015

GEGAR VAGANZA Huru Hara!

Assalamualaikum,

selamat pagi isnin..

sumber : google

seperti yang ramai tahu semalam telahpun berlangsung konsert akhir Gegar Vaganza yang menampilkan artis artis lama yang pernah dikenali suatu ketika dahulu.. dan ramai yang dah tahu Ayai dari kumpulan Ilusi telahpun dinobatkan sebagai Juara.. Tahniah Buat Uncle Ayai. u deserve it.

sumber : Google

namunnn,, dalam kemeriahan konsert Akhir tu.. ini adalah pendapat aku,, bagi yang tak bersetuju aku mohon maaf,, Bagi aku, konsert Akhir tidak perlu jadi seperti itu,, tapi apa kan daya manusia cuma merancang kan,, dan pembukaan Konsert telah menjadikan sedikit huru hara sewaktu persembahan Ifa Raziah dimana masalah teknikal sebanyak 2 kali.. dannnnnn yang paling aku rasa mcm tak best gile! adalah Performance Ifa Raziah yang mana di pengakhiran itu bagi aku agak Melampau bagi seorang yang berstatus Istri Orang dan Seorang berstatus Suami org,,
* kenape tak ambik laki sendiri je kalau nak peluk cium tongang tongeng atas stage tu dah tentu halal? 

Walaupun kedua duanya mendapat kebenaran utk melakukan sedemikian.. namun,, bagi aku banyak cara lain boleh dilakukan bukan cara yang demikian.. so aku sangat setuju dengan Komen dari Rosyam Nor yang menegur tindakan tersebut.. ya bagi aku tu mmg sangat melampau! harap2 pihak astro lebih alert dengan bende macam macam ni,, kalau Maharaja Lawak Mega Pihak Astro boleh je bagi arahan, tidak benarkan peserta lelaki utk pakai costume perempuan, mute dilog "bodoh",, kenapa yang ni boleh dilepaskan? 

sumber : google

ok tutup cerita ifa raziah kita bukak cerita lain pulak.. dalam aku melayan nyanyi lagu New Boyz , Kristal mmg layan habis teringat zaman sekolah, layan newboys siap sangup beli CD kau hahah tetibe ada pulak salingan drama cinta antara Haniz Zalika dan Hairul Azreen 
Yang mana Hairul Azreen buat kejutan Propose Kaknis pulakkk secara life,, yaaa mmg la bende tu sweet mmg aku rasa waaahhhh bestnyerrrrr kene propose mcm tu.... tapi... apa yang tak bestnyerrrrr... ni GegarVaganza kan..kenape propose kat rancangan ni? mcm tak kene je? hahahah mungkin die nak buat mcm Awal and Scha.. tp aku rasa Awal and Scha propose kat rancangan yang aku rasa ok la sesuai sbb program pasal artis2 gosip2 kan.. ni tengah pertandingan wehhh.. tp ape ape pun.. ok la... cume muke kaknis mcm dah tau je.. hahahaha n nampak mcm tak suprise langsung utk die.. hahahah

btw tahniah keknis and fendi *kat sekolah org pangil die hairul azreen ni fendi.. semoga cepat2 di ijab qabulkan.. 

ok tahniah buat Uncle ayai yang menjadi Juara, dan tempat kedua Haleeda dan Mamat Exist mendapat tempat ketiga dan persembahan terbaik pilihan penonton.. 
semoga semuanya terus success!

thanks for your time
xoxo puan Husna


Friday, 25 April 2014

Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam!

Assalamualaikum,

salam jumaat, semoga semua readers berada dalam kegembiraan.. :)

tersenyum aku bila terbaca tentang FELIXIA YEAP yang mengejutkan malaysia kerana beliau bukanlah seorang yang beragama islam tetapi berani tambil dan memilih untuk berhijab, cantik pulak tu die berhijab, aku mulanya takla tertarik untuk amik tahu sangat, tapi bila di gembar-gemburkan kt media tentang siapa beliau aku mula untuk minat mengetahui perkembangan beliau,
ada yang kutuk ada yang memuji, dan secara personalnya aku memuji beliau kerana beliau bukan ingin mempermainkan hijab itu tetapi lebih tergerak hati untuk memakai kerana baginya bila die berhijab die boleh mengawal dirinya dari berkara-perkara tidak elok,, kan bagus tuuu,, seronok kan dengar,



sumber : google

dan ini lebih mengembirakan bila aku baca yang beliau bakal memeluk islam ramadhan ini, Alhamdulillah, bertambah lagi saudara kita, aku berharap hasratnya untuk memeluk islam ramadhan ini akan dipermudahkan, dan semoga segalanya lancar, jangan risau akan kutukan orang ye felexia, dan yakinlah akan ada kebahagiannya kelak bila awak betul-betul menyelami islam itu. dan ramai saudara islam lain menerima kehadiran awak sebagai saudara seagama.

walau die bukan dilahirkan sebagai seorang muslim, tp aku sendiri malu dengan dia kerana kekuatan hatinya dan  keyakinan nya terhadap islam itu sendiri, tak sabar nak tunggu apa nama yang bakal diberi kepada beliau setelah memeluk islam nanti ye,.

thanks for your time
Xoxo Puan Husna


p/s: blur harini mejadi-jadi kenape tah!

Wednesday, 23 April 2014

#Hiburan - MAK MAH kini Tunangan Orang

Assalamualaikum,

salam rabu,,

sumber : google

wahhhhh pagi-pagi dah dapat berita gembira dah.. hehehe seronok pulak dengarnyer.. hehehe
siapa tak kenal dengan pelakon veteran RUMINAH SIDEK atau lebih mesra dengan sapaan MAK MAH, yang mana di khabarkah telahpun menjadi tunangan orang.. wahhhh tahniah mak mah, sebuah majlis ringkas telah diadalah di kediam beliau semalam, dan dikhabarkan, Makmah akan bernikah bulan hadapan,,

sumber: google

seronok dengar orang nak kawin ni, teringat mama pernah cerita dulu kecik-kecik, makmah la yang jaga aku ngan kakak, yang mana dia pernah shooting di rumah aku dulu,sbb waktu tu mama tengah dlm pantang kalau tak silap, kali terakhir aku jumpa Makmah ni, waktu Maharajalawak Mega 2011 waktu tu, aku pun tak sangka die masih ingat aku, dan siap tegur aku,siap tanye "eh ini anak nyer ABAH kan, ehhh dh besar anak dara dahh,, mama mane, mama tak ikut sekali? nanti kirim salam mama ye",

*abah=tak perlulah bagi tau sape kot hahah

mak mah baik sangat, dan mmg sangat ramah orang die,, aku doakan semoga makmah sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik, dan tahniah juga untuk Makmah atas pertunangan itu, dan semoga segalanya lancar.. haaa tgk siapa sangka kan, yer la jodoh itu rahsia Allah..

ok thanks for your time
Xoxo Puan Husna

p/s: semalam balik pukul 9 malam smpi sakit kepala!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...