Friday, 27 June 2014

RAMADHAN : PERLUNYA BERSAHUR

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,, 



esok dah mula berterawih dan kiranya esok kita dah mula bangun sahur kan,, jadi harini nk berkongsi ilmu sikit la tentang bersahur, (ilmu sekadar yang mampu) dan ramai yang ambil ringan tentang bersahur kerana sayangkan tidur,, ok meh aku cerita kenapa kita sebagai muslim kene bersahur dan digalakkan bersahur,

 Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

haaaa sahur ni bukan semata-mata untuk tahan lapar disiang hari saja,, tapi juga nak dapatkan keberkatan dalam ibadah puasa yang kita buat..

ok dah cakap tentang kepentingan bersahur,, mari kita tgk ape pula sunah nabi semasa bersahur,


        نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
     Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.” (riwayat Abu Daud)

kalau malas sangat pun nak bangun makan,, tak salah ambil je sebijik kurma,, sambil tutup mata pun boleh makan hehehe. yang penting kita bersahur dan ambil keberkatan bersahur tu ya.. dan kalau taknak makan sekalipun,, minumlah walau seteguk air,,

aku dulu pun agak malas nak bangun sahur, tapi siap la kene jerit ngan mama ngan abah suruh bangun,, and dah ada suami ni pun,, mr.H pulak tak boleh kalo tak bangun sahur..

jadi marilah ramai-ramai kita bangun sahur, kalau bangun tgk bola boleh takkan bangun sahur liat kan.. hehehe peringatan untuk diri sendiri juga ni,,kalau kat kampung-kampung selalu ada orang yang pusing  kampung, sambil main kompang gendang untuk kejut sahur,, seronok jee,

dan kepada seluruh umat islam,, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, semoga ramadhan ini sama sama kita memperbaiki diri kita dan menjaga diri dari dosa dosa kering.. haaaa cakap pasal dosa kering,, nanti next entry nak share pasal dosa kering bulan puasa la pulak.. hehehe

sumber : ustaz fathul bari


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: esok dah terawih, rinduuu suasana malam ramadhan,, meriah sangat,, lagi2 bila puasa di kawasan kampung. :)


4 comments:

  1. Sy mmg kena bersahur sbb mnyusu perlukn tnga lebih dn perlu kekal bertenga nk handle rumah tgga dan kerjaya...

    Selamat menunaikan ibadah puasa husna...

    ReplyDelete
  2. husna tak bleh kalau tak makan klau bpuasa.. rasa mcm lepas tu tak dak tenaga.. drpd mnyusahkan diiri slepas tu baik pergi makan..:)

    ReplyDelete
  3. husna tak bleh kalau tak makan klau bpuasa.. rasa mcm lepas tu tak dak tenaga.. drpd mnyusahkan diiri slepas tu baik pergi makan..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana share...sahur nie sebenarnya memang sedikit sebanyak me,bantu untuk kita menjalani ibadah puasa...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...