Monday, 31 March 2014

GURU Racun 20 ekor Kucing sampai MATI!

Allahuakbar, kenapa kejam sangat manusia ni,
menitik air mata aku bila baca pasal ni, Ya Allah kenapa kejam sangat dan kenapa ada manusia mcm,
huhhhhh, aku teramat terkilan, menurut apa yang aku baca dari sumber ---> SINI!

terdapat seorang guru dari kampung taman sri waja segamat, yang tidak berhati perut telah meletakkan racun pada ikan dan diberi makan kepada kucing jirannya hingga hampir 20 ekor kucing telah mati akibat keracunan. dia berbuat demikian atas alasan, kucing2 tersebut mengotori rumahnya,

kalau betul pun kucing itu mengotorkan kawasan rumah die, dah tentu kucing tu tak de akal untuk berfikir, yang die tuhan kurniakan akal waras boleh jadi cikgu lagi, tp tak mampu berfikir sampai sanggup meracun kucing2 tersebut,kira die dan binatang mmg takde bezanya.. banyak cara lain yang boleh dilakukan, takperlu sampai buat binatang tu sampai macam tu,

maaflah aku mmg cukup emosi kalau melibatkan haiwan tidak bersalah, terutama kucing, meh tgk ape jadi kat kucing-kucing tersebut,.

dan menurut puan Nur Syamila cikgu tersebut telah bertukar ke Sek.Men.Seg Hwa 

ya allah, kejamnya manusia tu, ya allah, kesian kucing-kucing tu, sedangkan Nabi juga menyayangi kucing. kenapa tak berhati perut sangat ni.

ok kita ada undang-undang dan ada AKTA BINTANG 1953,  yang mana jika disabit kesalahan menganaiyai binatang boleh didenda RM10,000 dan penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya sekali,

aku harap pihak penduduk disitu akan buat aduan beramai-ramai, kerana manusia seperti ini tidak boleh dibiar membiak, kalau die, kita bagi mkn racun tgk mati ke tak mati.. haishhhh, :(


thanks 4 read People,
XOXO Puan Husna


p/s: teringat si patah n buta kt umah mama, walaupun mereka KKU(kucing kurang upaya) tp makin gemok n sihat je..

22 comments:

  1. Aku tak baca pasal ni , aku tak baca entry kau. Sebab nanti sedih ! Aku lak rasa nak racun je orang yang racun kucing tu. Bodoh takde otak , mungkin ada otak tapi senteng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sakit hati gile wehhh aku baca pun meleh air mata aku.. lg la tgk gmbr kucing2 tu.. jadi CIKGU tp perangai lg teruk dari budak kelas pemulihan khas. hah! aku btl2 marah

      Delete
  2. hmmmm:'( :'(
    geramnya!!!,kalau dah melibatkan kucing ni memang nak kena hentuk kepala..
    eeii budak pun taw sayang kucing....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe mirza, anak buah kita yg baru 1tahun pun peluk2 kucing sbb sayang ni dh boleh pikir pun nk buat mcm tu. mmg geram sgtttt!!!

      Delete
  3. sungguh x berhati perut cikgu itu. dia telah mencemarkan profession keguruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heemmm mungkin marah sgt ngan kucing kot smpi sanggup buat cm tu kann cikgu.. xpe bukan semua cikgu mcm tu kan :)

      Delete
  4. :(( siot nya ugh!!! qila malas betul nak baca hm.
    Qila ingat lagi haritu qila suruh umi racunkan tikus tikus tu tapi bila fikir balik mana boleh. Sebab nanti kucing termakan :(
    Ini manusia bengong ni sedap sedap dia je buat cemtu....... </3

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu kila, binatang pun ada hak juga nk hidup kan.. xpe la semoga tuhan buka pintu hati die tok syg kucing nanti :)

      Delete
  5. dalam situasi ini kita seharusnya berfikir positif. semua salahkan org yg racun kucing tu....tetapi takde pun yg nasihatkan kepada yg suka pelihara kucing..tetapi tak reti nak jaga kucing peliharaannya. tak dinafikan kucing binatang peliharaan, tetapi hak jiran pula kenapa tak difikir oleh pemelihara kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mmg kene berfikiran positif, tp cikgu tujuga selaku cikgu juga seharusnya lebih positif dlm membuat keputusan, dan itulah guna hidup berjiran, tegur menegur. dan mungkin boleh bincang cara baik..:)

      Delete
  6. sebagai manusia, tidak kiralah tuan / bukan tuan kucing, sepatutnya perasaan belas kasihan kena ada. . tp mungkin dia ada sebab knp samapi jd kurang waras sehingga berdendam pd kucing / tuan kucing .. moga hal ini disiasat supaya tiada lagi kes seperti ini kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu.. walau marah jangan sampai menganaiya kan,kucing tu tak bersalah pun..

      Delete
  7. Assalamualaikum... sedihnya. even sheila geli dengan bulu kucing.. tak tergamak nak bunuh kucing. Allahurabbi. kejam betul cikgu ni.. takda timbang rasa ke T__________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la shila, dh marah sgt agaknyer smpi tkleh pikir.. yang jadi mangsa kucing tu jugaaa.. emmm :(

      Delete
  8. kak una..kita xda laa suka sgt kucing mengucing nie...tapi xda la sampai nak racun ke hape...dahsyat giler cikgu tuh...mungkin cikgu tuh stress dgn kucing2 tuh sume kot..tu pasal la sampai hati buat mcm tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah nashra,,, tak tau la.. die dh marah sgt la tu.. dari die racun.. baik die pagar rumah die elok2 jgn bg kucing masuk kan.. selesai juga masalah.. haishhh

      Delete
    2. Siapa yg nk berusaha dan keluar modal beli pagar dan sebagainya tu? Racun murah. Lagipun mesti dia dh tegur. Tapi jiran buat bodoh. Org lain bela kucing. Tetapi kita sediakan pasir atau toilet trained kucing supaya x buang rata2.. ini tidak. Bela kucing yg berkeliaran. Main tabur makanan tepi jalan. Kucing makin banyak. Dan makin kotor. Mana tak org marah. Kepada yg nk cari pahala. Fikirlah keselesaan jiran2. Jgn nk dapat pahala. Nnt dpt dosa.

      Delete
    3. Siapa yg nk berusaha dan keluar modal beli pagar dan sebagainya tu? Racun murah. Lagipun mesti dia dh tegur. Tapi jiran buat bodoh. Org lain bela kucing. Tetapi kita sediakan pasir atau toilet trained kucing supaya x buang rata2.. ini tidak. Bela kucing yg berkeliaran. Main tabur makanan tepi jalan. Kucing makin banyak. Dan makin kotor. Mana tak org marah. Kepada yg nk cari pahala. Fikirlah keselesaan jiran2. Jgn nk dapat pahala. Nnt dpt dosa.

      Delete
  9. Salam Husna Yusof,
    Mohon bantuan edit bahagian nama sekolah. Guru tersebut pernah mengajar di Sek Men Dato Bentara Dalam tapi kini telah bertukar ke Sek Men Seg Hwa. Maaf atas ketidaktepatan info. Terima kasih kerana mengambil berat atas isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh terima kasih juga untuk info itu ya :)

      Delete
  10. Perlu disiasat pembela kucing skali. Sebab ramai yg nk dapat pahala. Tabur makanan kucing depan rumah. Konon2 dpt pahala. Jiran lain dapat "bala" kucing yg tidak dijaga dgn betul akan mengotori seluruh kejiranan. Kalau kucing tu nk buat hal kat rumah yg bagi makan x pe ni buat hal dihalaman org lain. Sampai naik atas bumbung dan buang tahi. Kena cuci hari2.. kena basuh lantai hari2.. kasut hari2... siapa tahan? Bila tegur si pembela kucing. Dia kata sahabat nabi. Kesian kucing yg berkeliaran x da makan. Tapi adakah perbuatan pentingkan pahala sehingga menyusahkan orang lain? Dpt ke pahala yg dicari2 itu jika kebodohan anda menyusahkan semua jiran2?

    ReplyDelete
  11. Perlu disiasat pembela kucing skali. Sebab ramai yg nk dapat pahala. Tabur makanan kucing depan rumah. Konon2 dpt pahala. Jiran lain dapat "bala" kucing yg tidak dijaga dgn betul akan mengotori seluruh kejiranan. Kalau kucing tu nk buat hal kat rumah yg bagi makan x pe ni buat hal dihalaman org lain. Sampai naik atas bumbung dan buang tahi. Kena cuci hari2.. kena basuh lantai hari2.. kasut hari2... siapa tahan? Bila tegur si pembela kucing. Dia kata sahabat nabi. Kesian kucing yg berkeliaran x da makan. Tapi adakah perbuatan pentingkan pahala sehingga menyusahkan orang lain? Dpt ke pahala yg dicari2 itu jika kebodohan anda menyusahkan semua jiran2?

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...