Friday, 23 May 2014

Makan Gaji Atau Berniaga?

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,,



Topic yang aku perlukan sedikit pendapat dari kalian yang membaca,
this is no right or wrong situation ok,, lebih kepada perbincanggan dan pendapat masing-masing,

kebanyakan ahli keluarga aku membuka business sendiri dan ada juga yang bekerja makan gaji tak kiralah kerajaan ataupun swasta, aku tengok kedua-dua bidang mencari rezeki ini adalah baik, dan jika ditanya pada aku, apa yang aku akan pilih, sama ada berniaga atau makan gaji,

ini adalah pendapat aku, ok let say  gaji kerja office sekarang adalah RM3,000.00 dan berpotensi naik setiap tahun,, dan jikalau korang berniaga,, pendapatan harian korang  contoh meniaga pasar malam, sehari korang mampu collect RM 200.00 x 26hari =RM5,000.00. ok ini adalah cuma kiraan kasar aku..

ye ke pasar malam boleh dpt RM200.00? haaaaaa kalau korang nak tau, sebenarnya,, income average peniaga pasar malam adalah sekitar RM150.00 ke RM1,000.00 satu malam,, mengikut jenis perniagaan mereka,

ya mmg kerja meniaga pasar malam ada naik turunnya,, kira mempunyai risiko yang besar, ye la dengan hujan, pesaing, dan memerlukan kedrat yang agak kuat. tapi adakah korang terfikir yang, apa dicari itu, adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, kalau kita bekerja makan gaji, kita bekerja untuk orang lain, tetapi diberi upah untuk perniagaan ataupun organisasi tersebut, apa yang anda dapat selain gaji? mungkin pencen, mungkin senang buat loan,bonus, mungkin naik pangkat,

ok meniaga takde pencen? sape kate? sebagai contoh,, siapa yang nak perniagaannya lingkup? takde orang inginkan sebegitu, malah menanam cita-cita untuk maju, ada kedai sendiri, ada cawangan, ada wisma, dan macam-macam lagi, adakah ini tidak dikira pencen jika anda sudah tidak perlu bekerja untuk kayakan anda, tapi orang lain pule yang bekerja untuk tolong anda kaya? Bonus? haha yang ni lagi best, mungkin keje makan gaji ada bonus setiap tahun mungkin 1bulan gaji atau lebih, tapi jikalau korang meniaga, Bonus itu dari Allah, tak siapa yang tahu,, mungkin Setiap hari, mungkin 1bulan sekali,. kannnn

aku tidak mengatakan bekerja makan gaji itu tidak baik, tetapi, berniaga juga adalah bagus, dan aku lebih memilih untuk berniaga, sbb bagi aku, jika aku bekerja makan gaji sampai tua, *kalau sempat tua, apa yang aku boleh wariskan kepada anak-anak aku nanti? jawatan aku? duit pencen aku?

kalau aku meniaga, dan diizinkan Allah, rezeki hasil usaha aku, dan aku mampu memiliki kedai sendiri,, sekurang-kurangnya, aku ada bende yang aku boleh wariskan pada anak-anak aku nanti,satu yang aku tetap pegang adalah, REZEKI ITU DARI ALLAH. kita hanya berusaha untuk mencari rezeki itu..

tak kira apa pun kerja kita, yang penting ikhlas, dan niat kerana Allah, dan ingin mendapatkan rezeki yang halal, kaya itu satu ujian dan kaya juga satu anugerah, satu yang aku minta, jangan hina orang meniaga, walau sekadar meniaga nasi lemak tepi jalan, anda tau ke berapa pendapatan dieorg? entah-entah lebih banyak dari anda yang keje makan gaji tu..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: Jika ada peluang dan minat untuk berniaga,berniagalah, jika tidak punya kesabaran, teruskan dengan apa yang anda mampu. :)

20 comments:

  1. sekarang ni byk yg bekerja mkn gaji + buat bisnes on9..hehehe..tp kalau bisnes maju boleh la teruskan bisnes tu lagi pun kita kerja bkn sampai tua..sekurang2 nya bisnes boleh diteruskan sehingga ke anak cucu cicit kita kalau berjaya..kalau mkn gaji kerja takat yg perlu je..xde nye anak2 cucu cicit dpt sambung kerja kita tu..hehehe
    ehh..sorry la niesa komen ntah apa2 ni..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh btl la ape nisa ckp tu, kalau ada modal n maju tak salah kalau teruskan :)

      Delete
  2. berniaga tu bagus..saya sentiasa sokong orang yang berniaga..
    makan gaji ni..bekerja bawah orang lah..pon ikut kompeni juga...ada naik turunnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl berpotensi di buang juge kan hehehe tp ape-ape pun cari rezeki kene ikhlas :)

      Delete
  3. to play safe, kerja tapi part time berniaga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ni btl kalau nak play savemmg mcm tu,, n ramai yang buat cmtu jugak, sambil keje sambil meniaga kan kak farah :)

      Delete
  4. betul tu husna..sebenarnya benda ini agak subjective..walaupun berniaga itu nampak macam untung tinggi tapi begitu juga risikonya..Macam kerja pulak, walau sekuat mana kita bekerja tapi hasilnya bukan kita punya dan ia berbeza kalau berniaga..at the end pilih laa yang mana rasa sesuai dengan diri..tapi memang tak dinafikan memang ade sesetengah orang born as business minded.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. setuju jugak dengan pendapat kak husna tu.. husna sendiri dalam dilema, sama ada nak keja mkn gaji atau nak berniaga.. skarang nih pon berniaga bukannya brg sendiri, atas org jugak.. kesimpulannya mkn gaji dan berniaga sendiri ada kelebihan dan kekurangannya.. kita manusia haruslah pndai mengambil peluang tersebut..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada modal, dan ada kesungguhan,, taksalah ambil risiko sekejap,, mmg setiap naik ada turun kan,, so ape2 pun,, kene yakin pada diri :)

      Delete
  6. satu pendapat dan pandangan yang mendalam ni kak, goodluck kak! :D

    ReplyDelete
  7. Teringin nak buat business tapi cuak la. Takut tersilap langkah hehe masih belum berani nak amik risiko lagi lah kak Una

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh nad,, kalau usia muda,, cari pengalaman dulu,, kalau ada modal takde pengalaman pun susah jugak,, belajar dulu jenis peniagaan ape kita nak bukak,, insyaallah boleh bejaya

      Delete
  8. kak husna, setuju sgt.. hihi.. cuma zz kdg2 ada keinginan nk bukak bisnes ni tapi tkut pun ada.. risiko pun ada.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg setiap perniagaan mmg ada risiko,, tu tak kira dengan perangai org lagi,, dengi mendengki la,, tp ape2 pun pecaya rezeki itu dari Allah,, insyaAllah,,

      Delete
  9. singgah sini dan terbace entri best ni...Alhamdulillah currently wahm...syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. dalam perniagaan ni, kalau orang selalu kritik kita kenapa masih tak berjaya juga dgn bisnes yg kita buat tu..tahan je. diorang tak tau disebalik kegagalan kita tu, sebenarnya kita peroleh kejayaan dari segi pengalaman. kita dah tau apa yang merugikan, apa yang menguntungkan. Bagaimana nak mengurus modal dan kos dn banyak perkara lagi.

    Secara zahirnya mmg kita nampak gagal, tapi kita kaya dengan penglaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed! serius this is sangat2 betull,, TQ syed hehehe :)

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...