Assalamualaikum,
Hello raders, selamat hari selasa,
masih diselubungi kesuraman dan kesedihan, tentang kehilangan MH370 yang masih tidak ditemui,
maaf entry ini bukan untuk mencari publisiti, atau ingin mendapat treding, sekadar berkongsi
pendapat dan info-info yang mampu membuka minda kita untuk berfikir sejenak,
aku terpangil untuk mengabadikan sedikit ucapan terima kasih dan tahniah untuk Kapten Norudin Abd Majid, yang membuat ak tersedar dari keseronokan dunia, semalam dan pagi tadi di MHI beliau ditemuramah oleh TV3 tentang mistri kehilangan pesawat yang mengemparkan dunia.dan beliau mempunyai pendapat yang cukup mengejutkan aku dari mimpi lena dunia.
aku tertarik untuk mendengar secara mendalam apa yang diterangkan oleh Kapten yang lebih kearah kesilapan manusia itu sendiri dan apa solusi yang boleh di ikhtiarkan,
salah satu ayat yang aku masih ingat pagi tadi dari kapten,
" ada teknologi menghancurkan umat, dan ada teknologi memberi manafaat kepada umat,
dibelakang teknologi adanya Allah"
'"kembalilah kita kepada pencita dengan rendah diri"
aku tertarik dengan kata-kata keptan yang juga berpengalaman dalam bidang penerbangan tetapi lebih terarah untuk memberi pandanganya kearah ilmiah dan kesedaran kita sebagai hamba kepada Allah,
Dua ikhtiar yang boleh dilakukan menurut kapten norudin
-Doa dari ahli keluarga terdekat, dan membuat solat taubat dan meminta, merayu kepada Allah
agar dipermudahkan urusan pencarian, kerana Allah sahaja yang Mengetahui segalanya,
-Doa dari orang orang soleh, kerana orang soleh ini lebih dekat hatinya dengan Allah.
Wallahualam,
semoga bermanfaat, dan sama2 kita bersihkan diri. dan sedar siapa kita di muka bumi ini,
sehebatmana pun teknologi yang dicipta, tanpa Kuasa Allah maka tidak terjadi semuanya.
Kembalilah kepada Pencipta. Dia maha Mendengar dan Maha mengetahui.
semoga bermanfaat,
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: #prayforMH370 kalau aku yang berada dlm kapal itu, tak tau nak cakap apa...