Thursday 15 May 2014

Kanak-kanak disantau mungkin penyakit Steven Johnson Syndrome (SJS)

Assalamualaikum,

salam Khamis, to all readers and bloggers,

AMARAN: terdapat gambar yang agak mengerikan. jika tidak tahan jangan melihatnya!

kisah yang heboh di facebook yang mana dikhabarkan kanak-kanak itu disantau, dah baca?kalau belum boleh click n baca kat sini ---->Kanak-kanak di santau, dah baca boleh terus sambung baca yang ini pula ok,,

ok aku ada buat sedikit research pasal adik ni dan berkesempatan aku cari-cari kat internet kot-kot ada penyakit yang seumpama ini,, ye la,, kemungkinan dia di santau,, tp kita pun tak pasti kan,, dan kemungkinan juga ini adalah penyakit,, aku ni rasa bersalah juga keluar kenyataan terus kata beliau di santau sbb menurut sumber yang mereka sendiri tak pasti kan.. maaf jika statment aku membawa kepada fitnah,,

kalau la die bukan di santau kan dah jadi fitnah tu,, berdosa pulak kita ni kan.. ok, dalam research yang aku buat melalui internet,, aku adalah terjumpa satu penyakit yang seumpama ini,, aku tak nafikan jika ia di santau, dan aku juga tidak mengiyakannya,, sekadar menyatakan kemungkinan yang ada,, aku bukan doctor ok,, tapi sekadar membuat sedikit rujukan dan berkongsi infomasi bersama pembaca jika ada yang berguna,

ok berbalik kepada research yang aku buat, aku ada terbaca tentang satu penyakit ini yang mana dipangil STEVEN JOHNSON SYNDROME (SJS), menurut yang aku baca, SJS ini merupakan satu penyakit dimana dia akan menyerang bahagian-bahagian anggota badan yang mempunyai bendalir, contoh mulut, mata telingga dan hidung, ini tidak bermakna anggota lain tidak mendapat kesan,,

selalunya apabila seseorang itu terkena SJS ini, anggota mereka akan kelihatan seperti melecur dan berdarah. dan penyakit ini selalunya adalah kerana masalah infection atau jangkitan kuman pada darah, ataupun masalah allergy ubat, dlm ertikata lain ubat yang tidak sesuai dengan badan..

menurut apa yang aku baca juga, penyakit ini adalah jarang-jarang berlaku. dan selalunya pada awal SJS berlaku, pesakit akan mula demam, sakit tekak dan terasa sakit-sakit di sendi badan, yang mana immune badan mula tidak dapat berfungsi dengan baik. disini aku ada sertakan sedikit gambar yang aku dapat dari Google harap sapa yang tidak tahan jangan lihat, takut membawa mudarat pule nanti. aku sekadar ingin menunjukkan kesamaan apa yang berlaku pada adik tersebut sengan SJS ni je..





Cara mengubati? emmmm yang ni aku masih dalam pencarian lagi sbb terlampau banyak info tentang SJS ni, nanti aku buat sikit rujukan lagi pasal penyakit ni, dan harap dapatlah berkongsi ilmu dengan para pembaca semua..

jika benar adik ini terkene penyakit ini, aku harap Doctor yang merawat beliau dapat buat yang terbaik untuk beliau, dan semoga adik ini akan cepat sembuh,insyaAllah, ape ape pun, mari kita doakan yang terbaik untuk adik ni tau, terima kasih, harap ada info yang berguna disini.

thanks for your time readers,
xoxo Puan Husna




16 comments:

  1. semoga adik ni cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Kita yang tengok nie pun terasa sakit..sure adik nie yang tanggung..semoga yang terbaik buat adik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu nelly,, semoga die cepat sembuh :)

      Delete
  3. Replies
    1. ssseeeeeee,, una yang nk type tadi pun dok beradoiii je maria,, kesian

      Delete
  4. Allahuakbar, moga2 dijauhkanlah...sakit tu...semoga adik tu cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak,, lagi la tgk budak yang kene,, alahai kesian jeee

      Delete
  5. xsanggup nak tgk!scroll lelaju..semoga adik tu cepat sembuh.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kuat semangat mmg tak leh tgk nisa, tkt ad yang muntah dpn computer nanti :((

      Delete
  6. Kesiannya adik tu... Kecil2 lagi dah ada dugaan besar. Moga dia kembali sembuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu abg zumal,, semoga adik ni dan keluarga terus tabah mengharungi ujian Allah

      Delete
  7. Kesian dan sedihnya... Klu sntau mna nmpk kn... Moga dia cpat smbuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak maria,, saya pun tak pasti santau kene cam mane,, nanti saya buat research pasal santau pulak..

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...