Monday, 30 June 2014

RESIPI - AYAM GOLEK / AYAM PANGGANG ALA ALA AYAMAS

Assalamualaikum,

salam ramadhan,, semoga kita terus menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa kesyukuran..

ok masih mencari-cari dan terfikir tentang apa yang nak dimasak untuk juada berbuka puasa? haaaa selalu kalau berbuka je,, mesti macam-macam menu istimewa nak dihidangkan buat suami, keluarga kan,,

ok meh aku nk kongsikan resipi AYAM GOLEK/AYAM PANGGANG/AYAM ALA-ALA AYAMAS

ok untuk membuat nyer senang je,,




bahan-bahan yang diperlukan,

UNTUK AYAM
-1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (utk 2 org makan)
- sos black paper
- madu
- garam
-1 inch halia
- lemon/ limau nipis
- serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA
-bersihkan ayam, dan cucuk-cucukkan badan ayam menggunakan garfu
-tumbuk sedikit halia dan lumurkan pada ayam,
-masukkan sos black paper dan lumurkan juga pada ayam,
-setelah rata, lumurkan pula madu, mengikut cita rasa yang disukai, jika ingin manis lebihkan madu,
-kemudian perahkan limau nipis/lemon untuk menaikkan bau.
-perap ayam didalam peti ais selama 5 jam untuk mendapatkan perapan yang sempurna, ataupun 1 jam sudah memadai untuk 1/2 ayam,
- setelah diperap, keluar dan toskan air perapan,, dan taburkan lada hitam di badan ayam dan sedia untuk di panggang pada suhu 150 ke 200oC dalam masa 40 ke 50 minit, (panggang hingga ayam kelihatan berkilat)

UNTUK SOS LADA HITAM
- sos lada hitam
- sedikit air
- 1/2 sudu tepung jagung
- secubit garam
cara membuatnya,
-masak sos lada hitam bersama air, jika mahu pedas lebihkan sos lada hitam, jika ingin kurangkan pedas, lebihkan air, biarkan mendidih, cambur sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang sekata, kemudian, campurkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos,

UNTUK SOS ALA AYAMAS
- 4 Cili merah masak
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu cili sos
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
- 3biji limau
cara membuatnya
- kisarkan bawang putih bersama cili hingga lumat, masukan bahan kisar tadi kedalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian tambah 1 sudu chili sos, dan sedikit air, setelah itu, perahkan limau kedalam bahan yang telah mendidih tadi, jika inginkan sos yang pekat boleh tambahkan tepung jagung seperti membuat sos lada hitam tadi.

dan inilah hasilnya...

ni sumber dari google sbb haritu lupe nak ambik 
gambar terus habis jeayamnyer  hahaha tp lebih kurang ni la rupenyer.. :)

haaa senang je kan,,, so boleh la cuba nanti untuk berbuka esok ke kannn heheheh :) selamat mencuba

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: jangan ada yang menjejer air luar pulak hehehehehe (joke)


Saturday, 28 June 2014

Oven baru 50L untuk MAMA!

assalamualaikum,

salam sabtu,, senyum2 sikit sbb kita nk sambut ramadhan ni.. hehe

tak sabar menanti tibanya ramadhan, weeehhhuuu so bile nak puasa ni mesti ada je bende yang kita nak beli kan,, langsir, kuih raya baju raya sofa baru, tv baru, dan rumah aku pulak tak pentingkan bende bende mcm tu.. haaa

dann tadi sempat mama memujuk abah,, eeemmmm dah lame dah nak oven baru, dah 2 taun dah,, susah la nak buat kuih raya.. hahahaha  ok tetibe abah pun bermurah hati pulak.. jom la g cari oven.. mmg senyum sampai raya la mama kan,, sebenarnya hasil pujukan mama ngan kakak tu.. hahaha sbb this year kakak beriya nk jual kuih raya tu,,

mama dpt oven mcm ni la.. tak la mahal sangat.. tp ok laaa nice :)

ok balik dah dapat oven 50L hamik kau,, ni nak buat kuih katnya, sekali mintak paling besar pulak tu hahahahah, ok soo bile dah dpt oven tu, balik rumh msti la nk try kan,, mmg tak la buat kuih raya awal-awl ni kan,, so resepi pertama adalahhh..

garlic bread hahahah, abah jumpa garlic butter dekat tmpt beli barang nk buat kuih tu, terus die beli roti, balik terus bakar pakai oven baru.. hahahaha berjayaaaaaaa

dan resepi kedua lepas dah berjaya masak roti tu,, aku la yang nk cuba pulakkan,, haaaa ape lagi,, aku pun, ambik ayam sekor, kasi golek dlm itu oven hahahaha,, punya jakun aku tgk oven boleh berpusing tu,, sanggup tunggu tu hahahaha, dan yeeehhhh berjaya semua cakap sedap nampaknyer.. hahaha nk tau resipi tunggu next entry ok :)

thanks for your time,
xoxo Puan Husna

p/s: umah aku ni kalau puasa mmg selalu, mcm2 juadah akan dicuba hehe :) selamat berpuasa allss:)

Friday, 27 June 2014

#NUFFNANG - CPUV IKEA June Sale

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia kepada semua readers,,

Alhamdulillah,, semoga rezeki dari Allah takkan penah putus ntuk kita semua,, dan semoga Allah memberkati rezeki yang diberi..

selalu aku kalau tgk org update pasal CPUV aku pun laju-laju bukak juga Mr.NUFFNANG aku yang alhamdulillah sudah pun membuahkan hasil.. so ternampak la orang update pasal dpt CPUV harini,, terus laju2 bukak nuff tgk alhamdulillah ada melekat satu CPUV..



CPUV kali ini adalah iklan dari Ikea untuk June sale, nanti kalau korang nampak die lompat2 nanti boleh la tolong2 derma kilat untuk saya ye.. kira cm bagi duit raya lah heheheheh..

ni iklan die,


alamak ikea pulak buat sale,, nampaknyer mcm tertekan sendiri je sbb nk tgk barang ape.. hahahaha almatlumlah, dah jadi makcik-makcik dah kawin ni,, mmg barang rumah je la yang kira die nak beli,, pantang ada sale,, and nampaknyer mcm menarik pulak sale die,, haaa nak tau ape,, nanti click-click ehhh.. heheheh

TQ nuffnang, and Ikea,

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: raya nk beli lampu lip lap, pasu bunga, alas meja,, ehhh banyak ni.. heheheh

RAMADHAN : PERLUNYA BERSAHUR

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,, 



esok dah mula berterawih dan kiranya esok kita dah mula bangun sahur kan,, jadi harini nk berkongsi ilmu sikit la tentang bersahur, (ilmu sekadar yang mampu) dan ramai yang ambil ringan tentang bersahur kerana sayangkan tidur,, ok meh aku cerita kenapa kita sebagai muslim kene bersahur dan digalakkan bersahur,

 Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

haaaa sahur ni bukan semata-mata untuk tahan lapar disiang hari saja,, tapi juga nak dapatkan keberkatan dalam ibadah puasa yang kita buat..

ok dah cakap tentang kepentingan bersahur,, mari kita tgk ape pula sunah nabi semasa bersahur,


        نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
     Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.” (riwayat Abu Daud)

kalau malas sangat pun nak bangun makan,, tak salah ambil je sebijik kurma,, sambil tutup mata pun boleh makan hehehe. yang penting kita bersahur dan ambil keberkatan bersahur tu ya.. dan kalau taknak makan sekalipun,, minumlah walau seteguk air,,

aku dulu pun agak malas nak bangun sahur, tapi siap la kene jerit ngan mama ngan abah suruh bangun,, and dah ada suami ni pun,, mr.H pulak tak boleh kalo tak bangun sahur..

jadi marilah ramai-ramai kita bangun sahur, kalau bangun tgk bola boleh takkan bangun sahur liat kan.. hehehe peringatan untuk diri sendiri juga ni,,kalau kat kampung-kampung selalu ada orang yang pusing  kampung, sambil main kompang gendang untuk kejut sahur,, seronok jee,

dan kepada seluruh umat islam,, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, semoga ramadhan ini sama sama kita memperbaiki diri kita dan menjaga diri dari dosa dosa kering.. haaaa cakap pasal dosa kering,, nanti next entry nak share pasal dosa kering bulan puasa la pulak.. hehehe

sumber : ustaz fathul bari


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: esok dah terawih, rinduuu suasana malam ramadhan,, meriah sangat,, lagi2 bila puasa di kawasan kampung. :)


Thursday, 26 June 2014

BEZA BERAT BADAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum,

salam khamis, haaa ini enry sentap sebenarnya,,

kahkahkah gelak dulu puas puas.. ok ok dah.. nak dijadikan cerita,, ari tu,, (tak ingat hari ape) aku keluar dengan mr.H, pada suatu hari,, terlihatlah satu lembaga.. hahahaha  *merapu dah husna ni ok ok cerita betul mcm ni

lepas dah lame aku tak naik atas penimbang untuk melihat jarum penimbang tu, tetibe waktu keluar pegi shopping mall, ternampaklah penimbang ni,, kebetulan aku pulak tengah pegang syiling,, ape lagi aku pun ckp la kt mr.H ehhh nk timbang jap lah,, lame tak timbang,, dengan selambe "jangan sampai rosak timbang tu sudah"helloo gemok sangat ke bini die ni? hahahah so bayar lah RM0.40 kecing kecing

penimbang tu siap ukur tinggi sekali.. ok mak ai,, pendeknyer hahahahaha, dah tgk aku main penimbang tu, si Mr.H pulak sebok nak jugak beriya korek handbag cari syiling,, haaa jumpa syiling die pun "kecing kecing"

nak tau apa keputusannya.. haa mesen ni canggih sikit,, jakun aku,, siap ada slip lagi tau..


haaa yang ni teke mane aku punye mane mr.H punyer? hahaha haruslah aku kurus sikit dan pendek sikit dari die kan.. hahahah,, pastu die boleh bantai gelak ckp aku org kerdil.. haishhh sabo je lahh.. tak kesah la yunk beza berat awak ngan saya 2.5kg je kan.. patut la tak larat nk angkat saya hahahaha..

sebenarnya berat aku mmg dah naik mendadak lepas kawin,, haish risau pulak rasa kang gemok kang lari pulak laki kite hahaha.. no no no.. dengan harapan boleh la kurangkan berat puasa ni.. ni kira AZAM RAMADHAN HUSNA la ni hahaha.. so korang-korang korang dah timbang berat badan belum? sila lah timbang..ok

thanks for your time love
xoxo Puan Husna


p/s: tak kesah la cubby ke kurus ke, yang penting sihat boleh jalankan ibadah dengan baik kan dah bagus :)



BAJU KURUNG MURAH MR.OS - BARU!!

Assalamualaikum,

well hello readers, friends,

eemmmm ramai yang hampa sebab baju kurung mr.os yang aku post sebelum ini meh click sini! --> baju kurung mr.os! telah habis dijual, terima kasih kepada para pelanggan, kami minta maaf ye, tapi,, jangan bersedih kerana stock baru sudah sampai,, yaaaa masih panas lagi baru keluar dari oven,, heheheh

rasa malas nk keluar bersesak sesak cari baju raya? malas nak bergaduh ngan makcik makcik sebab baju yang korang nak beli dah ada orang pegang? allaaa jangan risau dengan duduk dirumah n baju raya sampai direct diriba anda haaaa jimat minyak, jimat tenaga lagi-lagi bulan puasa, dengan cuaca panas ni kannn heheheh ape lagiii shopping online laaa hehe.. jom jom tgk stock baru dari BAJU KURUNG MR.OS!

tapi yang ni harga lain sikit.. tapi masih mengikut budget DIBAWAH RM100 :) haaa nak tgk stock baru meh tgk siniiii..



BAJU KURUNG MODEN MR.OS- BARU !!!

SEMUA SAMA HARGA
RM 99.00 termasuk Penghantaran
SIZE : S, M , L ,XL

baju kurung moden sulam baldu




Baju kurung Pramugari sulam baldu








BAJU KURUNG ZARA - BUDAK 1 hingga 7 Tahun BARU!!


BAJU KURUNG BUDAK RM35.00 TERMASUK PENGHANTARAN!
* baju budak masih belum sempat ambil gambar semua,, tp boleh direct wassap atau call untuk tgk stock yang ada :)

HAAA INI ADALAH STOCK BARU UNTUK HARI RAYA, SO JANGAN LEPASKAN PELUANG, DAN MEREKA AKAN BERADA DI TAMAN SRI RAMPAI BUSINESS PARK SEPANJANG RAMADHAN INI DARI SIANG SAMPAI MALAM..

BAGI YANG INGIN MELIHAT SENDIRI BAJU INI DENGAN LEBIH DEKAT BOLEH TERUS KE SANA NANTI YAAA,, SIAPA CEPAT DIA DAPAT! 


macam biasa kalau nak tgk pilihan warna yang lain boleh direct call atau wassap no dibawah, terdapat lebih 20 pilihan warna untuk stock yang baru ini.. meriahkan raya anda dengan baju yang cantik-cantik :)

Hubungi:
Along Syafiq = 019-725 7720
Yati = 019- 326 7072
Instagram = Haryatie
Facebook = Baju Kurung Mr.Os


thanks for your time people
xoxo Puan Husna


Wednesday, 25 June 2014

Blogspot buat hal lagi!

Assalamualaikum,,

salam hari pasar malam.. *sbb rumah aku bersepah pasar malam rabu hahahahaha

dah mental dah aku ni,, mane taknyer dah 2 hari dah mcm ni,, reading list ni bermasalah, mcm mne den nak ber blogwalking,, jenuh semalam main loncat2 cari kat blog list orang.. heh tolong laaaa,, jangan la mcm ni en.blogspot sianlah kami para blogger ni.. sedih tau *bajet2 nangis hehehe



adakah korang juga mengalami masalah yang sama dimana reading list korang keluar satu je, pastu click view more die tak kuar pape pun,, alllllaaaaaaaa jangan la dere batinku ini hah!

so sape-sape yang ada solution bolehla share2 kan ehhh.. bantulah saya ini.. sob sob.. harap2 bolehla selesai masalah ni cepat yeeee....

thanks for your time people,
xoxo Puan Husna


p/s: nak up entry pun pikir 2 3 kali.. waaaaaaaaaaaa


Tuesday, 24 June 2014

kisah sebenar Ibu dan Adik firdaus yang dikurung?

Assalamualaikum,

aku ada terbaca satu blog yang menyatakan tentang kisah sebenar ibu tunggal yang mengurung adik firdaus sehingga menjadi seperti bangkai bernyawa.. dan setelah aku baca, dan ini adalah pendapat aku, kalau tak terima aku mohon maaf, sbb aku rasa takperlu cerita dari sesiapa,, tetapi dari apa yang dilihat sudah cukup untuk menilai.

ok sebab malas nak type semula,, aku bagi korang baca lah ape yang aku pos kt FB aku tadi.. bukan marah, tapi lebih kepada perasaan kecewa dan sedih melihat nasib adik firdaus tu..



yaaa mmg itulah yang aku kata dari pertama kali melihat nasib adik firdaus,, "semoga Allah lindungi awak adik firdaus"

thanks for your time people
xoxo Puan Husna


p/s: semoga Allah tetapkan hati aku, kuatkan aku supaya aku tidak menjadi sezalim itu.

Terpengaruh dengan Blogger AJ!

Assalamualaikum,

salam selasa guyss,, and all lovely readers.. ewaahhh bodek la tu husna tu.. hheheeh ok ok..

haaaaa aku ni mmg sangat cepat terpengaruh dengan orang,, lagi-lagi bab makan!
haaa ada je ngidammmm. nyampah dengan diri sendiri,, haaaa apelagi terpengaruh pulak la dgn si AJ ratu Selfie tu.. ape yang aku terpengaruhhhhh meh meh meh tgk ni,


disebabkan ke selfiean Aj tu bersama jus ni,, aku pun terpengaruh dan terbeli lah jugak jus ni.,, aku ni mmg kira fav fruit aku mmg mango bagi la ape bende pasal mango mmg aku suke, dari ori fruit sampai kerabu ke, jeruk ke,, mmg aku mengidammmm je.. hahahaha over tau!,

so semalam waktu tengah kuar date dgn mr.H pegi aeon big, terjumpalah akhirnya jus ni.. mmg aku trs grab je,, nk try jugak rasa kan,, n mmg sedap wehhhh eemmmmm nyum nyum,, tapi manis sikit.. kira sapa yang tak suka manis sangat tu,,  boleh tambah air sbb rasa die takkan lari cuma manis dikurangkan sedikit.. hehehe so TQ aj sbb perkenalkan ini kepada saya.. heheheheh buat ice bland mmg cammmmgggiiinnniiiii lah (two tumps up) hahahah ape lagiii cepat pegi beeelllliiiii *ala ala iklan d herbs, hahah

ok thanks for your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: pas ni teringin nk makan free je. hahaha

Selamat Menghantar Hadiah GA!

Assalamualaikum,

setelah sekian lama,, mencari-cari masa yang sesuai.. dan akhirnya,, semalam sempatlah aku melarikan diri dari office kejap untuk curi time pegi pejabat pos,, sbb pejabat pos kt area umah aku ni,, kalo bukak hari ahad pun penuhhh,, bayangkan kul 7.00pg orang dah beratur luar pejabat pos ok! tah ape la diorang buat hari-hari kt pejabat pos ni (stresss) hahahaha., haaa agak2 berape lame pulak nk menunggu kan,, kira mmg one day off la kalo nk pos barang ni,, haaaaa

dan disebabkan aku ni first time pos barang,, terjumpalah akak yang keje pejabat pos tu,, dan kebetulan die adalah isteri kepada kawan bola mr.H so tanya die cm mne nk pos semua,, so aku pun ikut die pegi pejabat pos,, haaa rupenyer ada pejabat pos yang tak sesak,, baru tau.. hahaha,, tp die pejabat pos yang mini je la.. so die kata boleh pos biasa,, selalu 3 hari sampai.. fuhhhh lege rasanya bile dah pos semua hadiah-hadiah ni..

so kepada para pemenang,, tahniah diucapkan,, and kalau dah sampai nanti boleh la up up enrty sikit hehehehe.. :)


haaa satu je aku pos laju sbb seberang laut,, sbb ni ikut cakap akak tu je.. hekhekhek.. semoga sampai yer nanti.. and terima kasih kepada semua yang join GA aku tu.. nanti ada rezeki buat lagi heheheh :)

thanks foe your time people,
xoxo Puan Husna


p/s: next week puasa,, dan dah start niaga.. seronoknyerrr :)

Monday, 23 June 2014

My Best Friends Wedding - Diba & Munshi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,, Sabtu lepas bersamaan 21.June.2014, telah selamat berlangsungnya majlis resepsi antara Adiba & Munshi, dinikahkan pada 20. June 2014 bersamaan,, birthday ke 25 diba,, die dapat hadiah paling best iaitu seorang suami.. waaahhhhh tahniah buat diba and munshi.. akhirnya,, dari naik turun kau,, senyum nangis kau,,, im so proud of u girl..

so aku tak dapat pergi waktu die nikah sbb mr.H tak berapa sihat.. so aku pegi a day after iaitu hari resepsi die yang dilangsungkan di Pool side Bukit Kiara Equestrian & County Resort,

wadding yang sangat sweet... allaa feeling plak aku ni.. hahaha










sooo inilah sekitar majlis,, tak sempat nak bergambar dengan diba and munshi sbb ramai,, and mr.H pulak dah sakit kepala,, tp sempat la curi2 gambar die time tgh potong kek,, its ok la.. sempat bergambar dengan famiza je,, yang bridesmaid lain semua buzy heheheh tp takpe,, dapat jumpa diorang pun dah best dah.. hehehe

so to diba and husband,, wahhh dah ada husband tauuuu,, semoga diberi kebahagiaan hidup berumahtangga,, happy always,, and semoga dikurniakan baby-baby yang cute insyaAllah,, Love u!


thanks for your time people
xoxo Puan Husna

Friday, 20 June 2014

Payahnya guna MODEL kecik!

Assalamualaikum,

salam jumaat yang penuh barakah,, semoga segalanya akan baik-baik saja,,

pada hari ape dah tak ingat hahahaha ahad lepas tak salah (blm basi kan) hahahah, sempat la buat photo shoot untuk buat design banner, bunting untuk business kakak dengan aku,, so kitorang mcm biase

pakai khidmat abah untuk pakai muke die dlm tu,, dan,, untuk kakak pula,, 2 orang model telah dipilih iaitu,, abah dan ZARA si kenit,, tuu,

biase la kalau pakai model kenit ni mmg letih jugak la kann,, jom tgk ape jadi kt gambar tu hehheheh




yang ni kitorang yang lebih lompat-lompat kat belakang nak bagi die senyum hahahaha

ok yang ni mood dah hilang nak mintak upah hahaha

zara nape cam tuuuu.. 


orang suruh buat lain die buat lain,,, tolak gajiiii !!

tu la mmg siksa la hai nak shoot die ni,, mood die sampai kejap je,, tp nasib la dpt juga gambar yang ok.. hahahah demand ngalahkan retisss si kenit ni,, nak vitamin la,, nak air la.. lari la itu la ini la hehehehe.. and alhamdulillah semua dah siap.. heheh excited pulak aku ni.. 


thanks for your time buddies,
xoxo Puan Husna


p/s: zara ni lawak sebenarnya,, mmg suke noo buat lawak sengal.. hahaha

Thursday, 19 June 2014

Medi Pedi Untuk Bakal Pengantin!

Assalamualaikum,

salam khamis,,
adoiii husna tolonglah merajinkan diri tu up enry una oiii,, ni sunyi sepi macam dlm gue!,, hahahaha marah diri sendiri kan,



ok disebabkan sebenarnya harini mmg hari penyakit M yang melampau,, so tengah sembang ngan si Nurie tu dok gelak-gelak kutuk-kutuk mencari idea utk up entry terfikit pasal entry ni,, then meh la aku story kan,,

ok pada mulenyer,, aku and codol gang,, ataupun kawan diploma dulu kt uitm seri iskandar,, kitorang gelarkan Codol, "konon" nk buat la bridal Shower untuk si Nurie almatlumlah die kan bakal kawin, atau erti kata lain, dah takleh nak mengatal miang hahahahaha, so disebabkan si Codol yang lain dah sunyi tanpa berita,,

ni la bakal pengantin tuuuu,


aku pun msg la nuri tanya bila free,, dan setelah membuat pertimbangan secara adil saksama,, aku pun decide la nak sponser minah ni pegi buat medi pedi,, haaaa mcm comel kan,,

dah la nak sponser, demand pulak nk pegi spa.. ewaaahhhhhh kang ku tunjal jugak die ni kang,, hahahaha,

kenapa aku pilih medi pedi,, sbb aku rasa medi pedi ni adalah bende yang simple, and dlm masa sama aku pun boleh join,, tp mungkin tidak la,, sbb kuku aku dah cukup cantik dah,, so bagi je la bakal pengantin merasa dimanja kan kan kan kannnnn.

so aku ada tengok beberapa tempat medi pedi kat area The Mines, ok harganya taklah mahal sangat nak di bandingkan dengan Spa kan,, sory la dear nuri,, ni je aku mampu hehehehhe

so sekarang tengah pikir nak pegi buat kat area mane,, kalau ada idea,, korang share2 la ehhh ngan aku,, nk bawak si bakal pengantin ni haaa pegi.. dan kebetulan at the same date si nuri kata nk cari baju bridesmaid sekali.. so maknenyer area kl ke,, area klang valley la senang cite.. ok nanti kalau kitorang dah pegi nanti kitorang story mory ape yang jadi,, and jangan muntah tgk gambar kitorang hahahahaha,

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: wahai malas tolong nyah dari hidupku hahahah



Tuesday, 17 June 2014

BELAGAK jadi anak ARTIS?

Assalamualaikum,

salam selasa, well hello readers,



emmmm takpernah aku mintak untuk lahir dari keluarga artis, tapi ini ketentuan ilahi,, dan aku terima aku gembira bukan kerana die seorang artis,, tetapi aku gembira kerana aku lahir dan aku masih dapat kasih sayang mama dan abah,, kalau aku orang yang kurang bernasib baik,, tiada ibu atau bapa sejak lahir, tentu aku lebih sedih,jadi aku bersyukur.

bermacam statement pernah aku dapat, dari yang positif hingga negative, kebencian, ambil kesempatan semua ada,

siapa yang rapat dengan aku akan tahu, aku macam mana,, aku tak pernah minta orang kenal aku sebagai anak siapa,, aku nak orang tahu aku sebagai aku, baik aku mungkin boleh dikaitkan ngan mama abah aku, tp jahat aku cukuplah sekadar menyebut nama aku.

kebanyakan kawan-kawan aku yang tahu siapa aku adalah dari rakan-rakan lain, dari yang nampak aku keluar dengan keluarga, abah hantar aku masuk kampus,, hantar pegi sekolah,, kalau tidak sorang pun tak tahu. merujuk kepada entry aku yang lepas,

bukan niat aku nak berlagak memberi tahu satu dunia siapa abah,, tapi,, aku sekadar ingin berkongsi perasaan seorang anak menyambut hari bapa,, menceritakan tentang bapanya,, dan yaaa mmg aku akui aku bangga dengan abah aku,, anak mana yang tidak bangga dengan ayah mereka? mungkin sebab abah dikenali, ramai yang beranggapan aku saja nak belagak bagi tau aku anak artis,, terpulanglah,

aku mohon maaf jika ada yang tidak berpuas hati, ada yang terasa benci dan jika ada yang rimas kerana menggangap aku ingin menunjuk-nunjuk. maafkan aku,,

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: jika menceritakan tentang abah sendiri itu satu kesalahan,, aku mohon maaf  :(








Suntikan Typhoid

Assalamualaikum,

hello readers,,

disebabkan aku akan meniaga makanan pada bulan puasa ini,, perkara wajib untuk melepaskan kita mendapat lesen meniaga adalah mengambil suntikan typhoid,,

ok pada hari jumaat lepas, aku dah pun selamat pegi ambil suntikan tu,, sbenarnya nak suruh mr.H yang ambil,, tp sebab lesen nama aku, so aku la yang ambil,, dannnnnn si mr.H takut jarum! kahkahkah,, macamla besar sangat jarumnya..

ok aku pergi buat suntikan tu dekat jabatan makanan & kesihatan DBKL dekat area Maluri tu, dengan harga RM21.00, sbnarnya,, harga suntikan ni ikut tempat, lain empat lain harganya,, waktu aku pegi tu mmg ramai gak la yang keje kedai makan, yang nk meniaga bazzar, yang nk pegi umrah pun ada ape tah suntikan tu, tak ingat name die,,

so kalau nak pegi buat kene bawak gambar sekeping sbb lepas suntikan tu, die akan bagi satu kad yang membuktikan kita dah ambil suntikan tu,, so suntikan tu boleh bertahan selama 3 tahun,




haaa die la yang paling lapar lepas ambik injection, kehkehkeh,, 


ok dah selesai dah lepasni nak ambik lesen meniaga dah senang, sbb dan ada suntikan ni,  hehehe bagi yang nak buat suntikan ni boleh la buat dekat DBKL tu,, cepat pantas dan murah juge la,, tapi ada time die je tau,,
ni jadual die, kalau nak pegi ok!


ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: lepas kene inject terus takleh angkat tangan sehari,, ingat tak de pape,, rupenyer lenguh jugak la..

#NUFFNANG- CASH OUT BUTTON MUNCUL!

Assalamualaikum,,

wahhh gembira dihati ini heheheheh,
yipppi yiipppiii,, *loncat-loncat gembira,,,

bukak je NUFFNANG tengok tengok ada butang dah muncul... tarrraaa yer la jakun jap sebab first time kan


hasil berkongsian hidup dengan nuff selama hampir 5 bulan mcm tu, hahahahaha akhirnya dapat dah nafkah pertama dari nuff ni,, heheheh tp saja tunjuk kt mr.H bagi panas line sikit,, die kata kumpul la dulu,, nanti dah banyak sikit baru kuarkan,, hehehe so mmg nak kumpul pun,, taknak cash out lagi,,

nak tgk smpi ujung tahun berapa boleh dapat heheheheh, kita ni blogger sendu je,, takde la ribu2 sangat kot,, tp alhamdulillah rezeki kan.. :)

TQ nuffnang,

thanks for your time,
xoxo Puan Husna

p/s: agak-agak, amaount berapa baru nak cash out eh?

Monday, 16 June 2014

MY SUPER ABAH- MOHD YUSOF BIN ABD HAMID

Assalamualaikum,


Abah adalah lelaki pertama yang aku jatuh cinta, lelaki pertama yang aku sayang, dan setelah menjadi isteri ini,, ape ape pun cari abah jugeeee heeeee hehehe,, ok let me introduce u guys to MY SUPER ABAH!

dilahirkan pada 5.April.1961, kini berusia 53Tahun, berasal dari Kuala Kangsar Perak,. dibesarkan dari sebuah keluarga yang sederhana, perkongsian Hidup Haji Abd Hamid dan Hajah Aluyah, Lahirlah Beliau anak ke 9 dari 10 Adik Beradik, Diberi Nama MOHD YUSOF BIN ABD HAMID.

dimata orang lain, beliau dilihat sagat lucu dengan perangainya, yang sagat disenangai orang, bergelar anak seni, bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi, belau masih mampu tersenyum untuk semua orang yang meminatinya,

walaupun diluar beliau dilihat kelakar, sporting, tetapi berbeza apabila beliau dirumah, ketegasan beliau kepada anak-anak, untuk melihat anak berjaya itu sangat ketara,, apabila diajukan soalan yang biasa ini kepada aku,, "ehhh ayah kau mesti lawakkan kat rumah" heheh tapi pada hakikatnya,, die juga ingin melihat anak-anaknya berjaya,, dan ketegasan sebagai seorang ayah itu cukup kami adik beradik takuti..

kini,, beliau semakin meningkat usia,, semakin tenang orangnya,, dan ketegasan kini bertukar ceria bila anak-anak semakin dewasa,, sudah berumah tangga, dan sudah mempunyai kerjaya masing-masing,, kami adik beradik, sangat menghormati beliau,, setiap apa yang kami buat masih tetap mendapatkan pandangan beliau. die seorang penyumbang idea yang sangat baik, pendengar yang sangat setia,, dan seorang penyuara yang agak lantang,, jika beliau tidak suka,, beliau mempunyai sebab musabab yang sangat kukuh untuk dibahaskan..

dalam ketegasan beliau mendidik anak-anak,, walaupun sibuk dengan tugasan seni, beliau juga merupakan penghibur bagi kami,, walaupun beliau adalah milik semua rakyat malaysia,, peminat-peminatnya,, tp beliau tak pernah melupakan tanggungjawab beliau pada anak-anak. walau keluar di awal pagi, dan pulang di subuh hari..

dialah ABAH







semalam sempat kami sambut secara kecil beli kek,, untuk tanda kami ingat pada dia,, dan sayang pada die..

to abah:  makin tua makin hensme plk,, heheheh

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: terlambat pulak up entry sbb lappy bermasalah semalam,, sedihhhh!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...