Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Monday, 6 April 2015

Happy Birthday ABAH!

Assalamualaikum,,

hahaha terlambat satu hari pulak nak buat wish post kat blog.. tp ape2 pun dah wish dah.. tp tetap taknak ketinggalan di blog untuk wish Birthday Abah yang ke 35 tahunn fffuuuhhh muda habissss abah aku!..

sape yang friends ngan aku kat facebook rasanya dah baca kot wish aku tu.. so bagi yang tak kawan ngan kite kat fb tu haaa nak kite belanja la wish tu kat sini yerrr..


and thanks juga buat +Bro Framestone  yang sudi mengabadikan doa aku ni dalam blogretis 
haaa filing2 retis kejap. walaupun kite ni blogger sendu2 je. hahaha tekejut bile bloger tersohor pm kite sbb nk interview.. and sangat terharu.. tq so much bro.. :)

Dear Abah , i know you not read this, but if one day you found this, :)
Thanks for being a super Dad in this world, sames like your superman t-shirt.. and yes you ar our 
superMan, teruskan tersenyum,, dan teruskan menghiburkan org lain.. dalam setiap jatuh bangun abah, abah tau sape yang sentiasa ada dibelakang abah kan.. kitorg adik beradik akan sentiasa ada.. you ar the first man that i fall in love with and even im married,. i will always love you to the moon and back.. ceeewwwaahhhh! Happy Birthday Abah! Please Dont Cry! hahah

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: alaa biala die cium bini die bukan dia cium bini org.. 


Tuesday, 20 January 2015

Bile Mr.Os buat Qu Puteh!

Assalamualaikum,,

haaa harini taknak cakap banyak.. saja nak bagi hiburan ringan sikit buat kawan-kawan yang tengah stress tu.. harap harap takde yang pengsan! hahahahaah adoiiii lah Abah aku!

tolong jangan ckp aku yang record kan.. ni semua kerja die sendiri.. hahaha saje, mmg die suke menghiburkan org lain dengan cara die yang tersendiri.. :) semoga terhibur! bukan die je.. ni haa si  Cucu Mr.Os  dengan ateh nyer (atok) ni same perangai..

die dah buat dulu main bedak!



thanks for your time people..
xoxo Puan Husna



Tuesday, 17 June 2014

BELAGAK jadi anak ARTIS?

Assalamualaikum,

salam selasa, well hello readers,



emmmm takpernah aku mintak untuk lahir dari keluarga artis, tapi ini ketentuan ilahi,, dan aku terima aku gembira bukan kerana die seorang artis,, tetapi aku gembira kerana aku lahir dan aku masih dapat kasih sayang mama dan abah,, kalau aku orang yang kurang bernasib baik,, tiada ibu atau bapa sejak lahir, tentu aku lebih sedih,jadi aku bersyukur.

bermacam statement pernah aku dapat, dari yang positif hingga negative, kebencian, ambil kesempatan semua ada,

siapa yang rapat dengan aku akan tahu, aku macam mana,, aku tak pernah minta orang kenal aku sebagai anak siapa,, aku nak orang tahu aku sebagai aku, baik aku mungkin boleh dikaitkan ngan mama abah aku, tp jahat aku cukuplah sekadar menyebut nama aku.

kebanyakan kawan-kawan aku yang tahu siapa aku adalah dari rakan-rakan lain, dari yang nampak aku keluar dengan keluarga, abah hantar aku masuk kampus,, hantar pegi sekolah,, kalau tidak sorang pun tak tahu. merujuk kepada entry aku yang lepas,

bukan niat aku nak berlagak memberi tahu satu dunia siapa abah,, tapi,, aku sekadar ingin berkongsi perasaan seorang anak menyambut hari bapa,, menceritakan tentang bapanya,, dan yaaa mmg aku akui aku bangga dengan abah aku,, anak mana yang tidak bangga dengan ayah mereka? mungkin sebab abah dikenali, ramai yang beranggapan aku saja nak belagak bagi tau aku anak artis,, terpulanglah,

aku mohon maaf jika ada yang tidak berpuas hati, ada yang terasa benci dan jika ada yang rimas kerana menggangap aku ingin menunjuk-nunjuk. maafkan aku,,

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: jika menceritakan tentang abah sendiri itu satu kesalahan,, aku mohon maaf  :(








Monday, 16 June 2014

MY SUPER ABAH- MOHD YUSOF BIN ABD HAMID

Assalamualaikum,


Abah adalah lelaki pertama yang aku jatuh cinta, lelaki pertama yang aku sayang, dan setelah menjadi isteri ini,, ape ape pun cari abah jugeeee heeeee hehehe,, ok let me introduce u guys to MY SUPER ABAH!

dilahirkan pada 5.April.1961, kini berusia 53Tahun, berasal dari Kuala Kangsar Perak,. dibesarkan dari sebuah keluarga yang sederhana, perkongsian Hidup Haji Abd Hamid dan Hajah Aluyah, Lahirlah Beliau anak ke 9 dari 10 Adik Beradik, Diberi Nama MOHD YUSOF BIN ABD HAMID.

dimata orang lain, beliau dilihat sagat lucu dengan perangainya, yang sagat disenangai orang, bergelar anak seni, bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi, belau masih mampu tersenyum untuk semua orang yang meminatinya,

walaupun diluar beliau dilihat kelakar, sporting, tetapi berbeza apabila beliau dirumah, ketegasan beliau kepada anak-anak, untuk melihat anak berjaya itu sangat ketara,, apabila diajukan soalan yang biasa ini kepada aku,, "ehhh ayah kau mesti lawakkan kat rumah" heheh tapi pada hakikatnya,, die juga ingin melihat anak-anaknya berjaya,, dan ketegasan sebagai seorang ayah itu cukup kami adik beradik takuti..

kini,, beliau semakin meningkat usia,, semakin tenang orangnya,, dan ketegasan kini bertukar ceria bila anak-anak semakin dewasa,, sudah berumah tangga, dan sudah mempunyai kerjaya masing-masing,, kami adik beradik, sangat menghormati beliau,, setiap apa yang kami buat masih tetap mendapatkan pandangan beliau. die seorang penyumbang idea yang sangat baik, pendengar yang sangat setia,, dan seorang penyuara yang agak lantang,, jika beliau tidak suka,, beliau mempunyai sebab musabab yang sangat kukuh untuk dibahaskan..

dalam ketegasan beliau mendidik anak-anak,, walaupun sibuk dengan tugasan seni, beliau juga merupakan penghibur bagi kami,, walaupun beliau adalah milik semua rakyat malaysia,, peminat-peminatnya,, tp beliau tak pernah melupakan tanggungjawab beliau pada anak-anak. walau keluar di awal pagi, dan pulang di subuh hari..

dialah ABAH







semalam sempat kami sambut secara kecil beli kek,, untuk tanda kami ingat pada dia,, dan sayang pada die..

to abah:  makin tua makin hensme plk,, heheheh

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: terlambat pulak up entry sbb lappy bermasalah semalam,, sedihhhh!!


Monday, 9 June 2014

BILA HARI BAPA?

Assalamualaikum,




well entry ke 2 di hari isnin yang meriah ini,, cuaca agak panas kan kebelakangan ini,,
ehem ehem husna ni bukan talk show ok,, jangan berangan.. hahahahaha

ok korang korang korang,, kalau mothers day mesti lajuuuuu je korang ingat kan, hari guru, hari raya, hari merdeka, hari malaysia,, haaaa meh nak tanya jap,, korang tau tak bile kah hari bapa disambut?

haaaaaa ape bulan mei? ape bulan april? ape bulan puasa? apaaaaa.. hahahah
mmg selalu kita tak ambil kisah sekisahnya kita mengambil tahu asal tiba je mothers day, selalu, kalo mothers day, kedai bunga terpaksa order stock lebih sbb permintaan banyak nak belikan ibu-ibu kita bunga la kek la,, and macam2 lagi..

tp apa yang kita akan buat bila hari bapa? ke dah lepas baru tanya "ehh bile hari bapa eh? dh lepas eh? " hahahahah *aku pun mcm tu dulu.. kehkehkeh..

so now lets we make it jadi satu yang kita kene celebrate juga setiap tahun,, bkn simbolik kepada apa-apa, sekadar jadikan 1 spacial day untuk treat ayah kita like a bos,, sooo bila hari bapa nya kannnnn, ok ni info tentang hari bapa,

hari bapa disambut sedunia setiap ahad ke 3 dalam bulan Jun,, so maknanya tahun ni,, hari bapa akan jatuh pada 15 Jun 2014, kira ahad ni la...

so dah tau tarikh ape lagi,, ni la  masa yang best untuk bawak ayah kita mama kita jalan2 tengok wayang ke, makan-makan chill,, mesti diorang seronok. kalo nak belikan die bunga mcm tak sesuai la pulak.. hahahaha. ye la,, jasa ayah tu pun penting juga,, walau seego mana pun die,, yang bajet2 kuat,, taknak nangis, tp tau ke kita bila masa die nangis sebab kita.. so mari kita cintai ayah kita, untuk perempuan,, dialah wali kita,, orang yang menangung dosa kita selama kita belum berkahwin. besar ok jasa dia,, brapa banyak dosa kita yang die kene tanggung? haaaa,

bagi yang telah tiada ayah,, mungkin anda boleh hadiahkan yassin, al-fatihah dan doa yang baik-baik untuk mereka disana,, doa anak yang soleh itu juga boleh membantu die disana :)

To my Abah, I pray harness may u always be happy, Allah given u a good health, given the strength to continue to stand up, and always happy with these days, your daughter have always loved you ke bulan dan belakang, hahah and from the world to the haven. I LOVE YOU!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: nanti akan ada entry khas untuk abah hehehehe

Friday, 4 April 2014

ABAH flying to MAKKAH Al-Mukarramah

Assalamualaikum,

salam jumaat yang berkat,

hello readers,



emmm tak dapat nak hantar abah pg airport harini, abah nk fly dah menunaikan UMRAH, sedih, sbb dulu abah pegi ngan mama kitorang hantar ramai-ramai kat airport pastu filling-filling nangis konon macam tak bertemu lagi.. hekhekhek..

dan kali ni tak dapat hantar abah sbb abah flight dari Penang, sbb ramai jemaah dari sana.. so die ikut la bergerak dari sana, takpelah.. tak kesahlah dari mana pun, yang penting abah selamat dan wish semoga segalanya lancar disana..

sempat juga aku pesan suruh abah belikan, Buah Zuriat, abaya, selendang, mama pesan nak jubah lip lap lip lap bla bla bla,, kakak pesan, bla bla bla bla,,  kalo boleh satu flight tu mmg barang kitorang je la nanti kan.. heheheh then ABAH was like,,

"ehhh abah ni nak pegi buat umrah ke nak shopping untuk korang ni?"

hehehehe orang kata sambil menyelam minum air kan.. hehehehe

hehehe bukan nak pesan doakan untuk kesejahteraan ke kan... sibuk suruh belikan tu ni je.. biase la pempuan kan.. heheh termasuk aku.. ngeeehhhh! (*,*)

hah cakap pasal buah zuriat, ini ada sedikit info pasal buah zuriat, yang mana ianya hanyalah salah satu ikhtiar ya.. jangan ingat buah tu yang bg ngandung, kerana Allah saja yang berhak memberi kekuasaannya untuk kita mengandung,





ape ape pun, semoga abah selamat pergi dan pulang, risau juga bile kenangkan MH370, tp insyaallah, segalanya di permudahkan nanti ye.. masuk ni dh 3 kali abah g umrah teringin juga nak g sane. tp belum ada rezki, ingat nanti lah nak pegi satu family terus ramai-ramai, sbb abah dah tau juga selok belok kat sana, dan cara nak tunaikan umrah tu.. so senag abah boleh guide kitorang pulak nanti.. eheheh

insyaallah kalo ada rezki nanti.. ok assalamualaikum :)

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: ada orang tinggal baby die kt hospital macam tu je.. kalau sape yang ada rasa atau niat nak gugurkan anak ke, nak buang anak ke, boleh contact aku ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...