Monday, 6 January 2014

TAMIYA- Roller, Batang Ais Cream,Down Thrust Roller.

Assalamualaikum, ok,
lama rasanya tak update pasal my lil TAMIYA kan
ok sekarang ni, ini adalah aktiviti wajib aku n Mr.H setiap Jumaat Malam
kami akan berada di STADIUM KAJANG untuk sesi open track,
even ni akan dorg update setiap minggu di FB diorg 
korg boleh la search TAMIYA MINI 4WD KAJANG/PUTRAJAYA/BANGI
so aku adalah salah sorg gang member kt situ hahaha,

berbalik kepada tajuk asal,
harini aku nak update sikit pasal kelengkapan ataupun 
keperluan yg korang hasur ad, ni x wajib la, sbb ianya
ikut setting yg korang kene buat, 
ok harini aku nak update pasal 3 item dibawah..


roller 17mm , batang ais cream, aluminium down thrust roller,
1. Aluminium progressive down thrust roller
ok mula dengan benatang ni,
aku beli dgn harga RM 28.00, dan fungsi binatang ini adalah
untuk setting speed, dan memastikan kereta korang tak terpelanting di conner2 tajam,
kelebihan yg ada pada binatang ini adalah, bahagian roller dihadapat boleh bergerak 
mengikut hentakan pada dinding track so, ia juga mampu untuk menjadi break 
bagi kereta korang, tp yg mcm aku beli ni hanya boleh di pasang pada casis super, aero sahaja k,
yp cassis lain xleh, hehehe

2.  17mm Aluminium Roller
ok item yg kedua adalah roller 17mm, aku beli dengan harga RM 33.00
kenapa mahal? owhh tak la mahal sgt pun, untuk pengetahuan korang ini adalah harga standrd 
untuk roller, mengikut size dan jenis, yg ni adalah aluminium, 
kelebihan roller ini adalah dibahagian tepinya diperbuat daripada getah, ini berfungsi
untuk menjadi break ataupun geseran yg lebih keatas track supaya,
dibahagian conner, kereta tidaklah terbang ke angkasa.. hahah :)
setting yg sesuai adalah untuk speed atau semi speed.

3. Plate set (Batang Ais Cream)
ok ini harta yang ke 3, namanya batang ais cream, sebenarnya nama die lain, tp kalo budak2 
tamiya semua pangil batang ais cream je, sbb bentuk die, aku beli dgn harga RM12.00
murah je,, heheheapa fungsi ni?
ok fungsinya adalah untuk membuat break dibahagian bawah demper depan dan belakang,
supaya, kalau track yg ada line changer, ataupun jumpper, die boleh mengurangkan kelajuan
di bukit dengan mengeserkan batang ais cream tu pada treak, 
so xdela kereta terus meluncur laju keluar dari treak, 

ok ni je dulu yg mampu aku grab buat masa ni, nanti kalo ada item baru aku update lagi ok.
hah next week insyaallah ada kereta baru yg akan aku n Mr.H beli.. so tunggu 
update nanti ok..

thanks 4 ur time guys,
xoxo Puan Husna

p/s: aku jumpa kedai tamiya baru di PV 128 tingkat 3, RC Station yg mane kat sini pun 
ada sediakan track tp sini kene bayar sehari RM 5 je.. :)

1 comment:

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...