Friday, 10 January 2014

Fobia/Phobia

Assalamualaikum,

pernah tak korang rasa perasaan takut kan sesuatu?
yang mana dulu korang tak takut dan tiba2 korang takut,

ok harini nak story tentang, NOCTIPHOBIA = ketakut pada waktu malam,

bende ni berlaku semalam, aku merupakan seorang yg agak berani,
takat nk kuar g melepak kul 2 3 pagi tu tak menjadi masalah pun kat aku, nak jalan sorg2 tengah mlm2 buta gelap pun, aku tak heran sgt,,tp itu dulu, semuanya dah berubah,

aku mula takut dengan keadaan malam, yg mana aku rasa ianya sangat tidak selamat bg aku,
mula2 taksedarpun aku phobia, tp bila Mr.H tegur kenapa aku tetibe diam, baru aku sedar,
 td siang elok ketawa2 semua,dan bila malam menjelma dan
 aku berada diluar, aku dah mula resah, jantung laju,dan aku kelam kabut ajak mr.H balik,
sbb aku rasa rumah je tempat paling selamat,

sampai rumah aku terus melalak kuat2,
aku pun tak tau kenapa aku jadi sepenakut ini,
se gembing ini, dan se cengeng ini, mr.H terus cakap,
"sayang awak ni phobia ni'
 ok aku tersentak, mungkin aku dah rasa mcm mne perasaan org yg phobia,
disebabkan perkara2 buruk yg pernah menimpa contoh,
mangsa rogol/mangsa dera/ mangsa rompak/ dan keadaan sekeliling
yang membuatkan die teringat pada apa yang berlaku,

jangan anggap mereka gila, kerana phobia ni lebih kepada bayangan, yg mana die sentiasa terbayang
dengan apa yg berlaku keatas dirinya,

jujur aku katakan, phobia itu sangat menakutkan,
aku rasa sendiri benda ini, apa yg aku perlu adalah sokongan, dan org yg paling rapat ngan kita,
untuk sentiasa ada dengan kita, mcm apa yg jadi kt diri aku, siang aku memang xde masalah,
aku tak tau mlm nanti mcm mane aku,

yang pasti aku dah rasa perasaan tu semalam, jantung berdegup laju, tak senang duduk
selagi aku tak duduk dlm rumah selagi tu aku rasa aku tak selamat di luar, sentiasa resah,
dan mula membayangkan bende yang bukan-bukan..

aku harap aku dapat melawan perasaan phobia aku tu, dan aku harap malam ni
aku tak jadi seperti semalam, aku kene kuat, dan yakin pada diri..

kalau korang ada kawan/sedara/atau siapa2 yg dekat dgn korang mengalami phobia, jgn marah mereka
tp bantulah mereka, untuk melawan perasaan itu,
alhamdulillah aku ada suami yg sentiasa supportive dlm keadaan aku mcm ni..

thanks 4 ur time
xoxo Puan Husna

p/s : tolong jaga diri anda, nyawa hanya satu.. penjenayah dimana saja.. please take care

No comments:

Post a Comment

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...