Monday 13 January 2014

Maulidul Rasul- MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum,
segala puji bagi allah, tuhan sekelian alam,
selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,

entry khas untuk yang tercinta yang bernama MUHAMMAD s.a.w

keperibadiannya yang tinggi membuatkan kita kagum dengannya,
diutus oleh Allah untuk menjadi panduan umat di akhir zaman,
bersyukur rasanya menjadi salah seorang pengikutnya,
mendapat mukjizad Allah iaitu Al-Quran untuk panduan walaupun yg tercinta telah pergi lama,
dan dia kekal dihati ku sebagai umatnya,

Pemimpin terbaik dunia dan akhirat,
sunahnya menjadi ikutan zaman berzaman,

dihari kelahiran mu, 12 RabiulAwal, kami mengenangmu,
bapa kami, pemimpin kami, guru kami, dan pedoman kami, sebagai umat mu,

kami mendoakan, kamu mendapat limpahan rahmat dari Allah,
kami berpegang pada ajaran-mu, semoga lidahku ringan berselawat keatas mu selalu,
dan aku berharap aku terus dilandasan ajaran mu,
terima kasih kerana menjadi pemimpin kami, untuk kami belajar menjadi insan terbaik

aku mencintai mu ya rasullullah, aku menyayangi mu ya rasullullah,
dan aku menyanjungimu ya rasulullah,

I LOVE MUHAMMAD s.a.w

mari berselawat bersama-sama :)

No comments:

Post a Comment

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...