Monday, 3 November 2014

Gambang Resort City - Day 1 jadi Life Guard!

Assalamualaikum,,

haaahhhh punyer excited nak bercerita last2 phone tak hidup so nak transfer gambar mmg tak dapek la.. ni baru berjaya soo baru post hahahaha

ok sabtu ahad lepas aku dan fmly sempat pegi "bercuti" katenyer.. padahal at the same time abah ada show kat situ sebenarnyer so kitorg menumpang lah sekaki di sebabkan dengar kate orang.. Bukit Gambang Resort city ni best.. so kitorang pun pegi nak tgkkk ape yang bestnyer disana....

perjalanan dari kl-Bukit Gambang ambil masa dalam 2 jam (cara abah drive la) hahaha so kitorg gerak pukul 10 pagi sampai dlm tengah hari.. sampai je terus chek in dulu..


ni adalah view dari bilik aku.. 

dan bilik kitorang di Arabian Bay resort, kat dalam gambang resort city ni mmg banyak gile bilik,, ada Arabian Bay Resort ada Caribbean Resort.. so kitorang diberi bilik kat arabian so bedal je lahhh.. bilik die tak besar sangat n tak kecik sangat biase je.. sbb ni bilik biasa.. patutnya kitorg berdua je.. tp adik aku menyebok nak dok bilik tu jugak.. haaa lantak sumbat!

so mama ngan abah ngan diksu bilik depan.. lepas dah makan dok membongkang semua dalam bilik sbb panas.. "deeyyy ape daaa jalan2 tp duk dalam bilik.. baik duk umah je"kn.. pastu diksu memekak nak g mandi team park, disebabkan panas dan malas,, aku pun cakap takyah la mandi kat team park dah petang dah pun.. so mcm membazir je kalo masuk team park dapat mandi kejap je..plus per person RM28.00/dewasa RM20.00/kanak-kanak ok sekali masuk, kitorang ramai plk.. so dah petang sikit.. baru la g melepet ramai-ramai tepi pool hotel tu free jeeee..

nak dijadikan cerita malas nak mandi sebenarnyer,, so feeling2 posing je la ambik gambar kat pool die.. nampak betape keringnyer.. dan mmg lepas je gambar ni teruslah terjadi tragidi november.. hahaha

pool tu mmg dah berpagar dah bahagian dalam dengan bahagian kana-kanak, tp tak tau lah mcm mane sorg budak tu boleh terlepas masuk ke kawasan yang dalam tu.. aku pun tak perasan, dengah syok2 posing,, tetibe mama jeritt,

"unaaa tu budak tu unaaa die lemass"

tak cakap banyak tgk budak tu dah terkapai, aku dengan spek tu jugak aku terjun je masuk dalam kolam sbb nak selamatkan budak tu.. dan mak ayah die boleh tak perasan budak tu lemas.. kalau kitorg tak turun g mandi tu tak tau la budak tu..

dapat je budak tu aku terus grip die n tekan sikit bahagian dada bg air yang die dah telan tu boleh kuar balik.. and alhamdulillah budak tu takde apa-apa..

aku yang malas nak mandi sebenarnyer.. dah lenjun jugak heheheh tp takpe la.. sekurangnya aku dpt la selamatkan satu nyawa.. alhamdulillah.. lepastu mama dah risau dah.. mmg tak kasi diksu lepas kat tmpt dalam tu.

  haaa ini la rupe life guard lepas dah basah lenjun terjun kolam , pastu mr.H gelakkan aku sbb pki spek terjun kolam hahahahahah


so dah mandi semua dah makin lapar,, kitorang pun mencari tempat nak makan.. almatlumlah nak makan kat cafe hotel tau la berape plk harga kan.. dan kitorg taknak ramai pulak.. so siap2 je terus keluar cari makan.. kebetulan setiap sabtu mmg ada pasar malam kat area depan gambang resort tu.. mmg tak jauh.. ada kedai and perumahan depan tu.. so kitorg pergi la pasar tu cari makanan ape yang ada,, nasi kukus ayam rempah!

dah makan kenyang semua balik bilik,, layan bola pulak sampai jerit2 kat hotel tu,, nasiblah takde yang complain.. sbb aku kat bilik mama sokong JDT, dan adik aku mr.H semua sokong Pahang kat bilik lagi satu. bilik pulak bedepan je. mmg menjerit2 la hahaha so habis je bola tido! sbb kat situ takde ape sangat pun nak dibuat bile malam..

so peringatan utk semua ibu bapa,, terutamanya anak umur 6-12 tahun yang belum pandai berenang,, perhatikan anak-anak anda,, jangan sampai budak tu dah timbul baru nak menyesal tak guna yer.. 

thanks for your time
xoxo Puan Husna 

p/s: next entry sambung ape yang best kat gambang ni ok!

4 comments:

  1. liz trgn jugak nk pg sini. pdahal duk kat phg je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tempat ni bg una biase2 je.. tp ok la... hhehee nanti pegi la

      Delete
  2. wide shawl jadi pario pun bolehla husna. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. as u knoww. aku kan creative kalo tak kang sexy pulak nampak yang tak sepatutnya kang hahahahaha

      Delete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...