Wednesday, 26 November 2014

#Nuffnang - CPUV Mi Sedap + Blogbuster Campaign

Assalamualaikum,

alhamdulillah makin rancak nampaknyer CPUV masuk.. TQ so Much Nuff ku sayang sbb memberi peluang iklan iklan tu menempel di blogku ini walaupun aku tak nampak lagi hehehe.. tp nanti kalau korang nampak korang rajin2 la derma kilat kat i alsss ni ok.. :)

dan ianya CPUV dari Mi Sedap *mr.H peminat tegar mi sedap.. hahahah so


ok itu kisah CPUV now kisah Blogbuster campaign, bukak je nuff nampak ada satu button muncul mcm kat bawah ni.. taraaaaaa.. 


so bile keluar je mcm tu maknenyer adalah blogbuster campaign yang di offer oleh pihak nuff untuk kite buat video,, dan kalau blogbuster ni mmg kene rajin sikit la buat video pastu upload nanti pihak nuff akan pilih samada kita berjaya atau tidak.. dan yang ni agak lumayan jugak die punyer earning.. 



dan kalini campaign dari Maybank, so tgk la nanti kalau sampai rajin aku.. aku buat la.. kalau tak berapa sampai aku bia je la ehh.. heheheh  sbb sebelum ni ad jugak dpt tp buat tak terpilih so mcm keciwa sikit la.. hehehe tp takpe rezeki masing-masing kannn.. ok bagi org lain yang dpt jugak offer ni.. good luck yer buat video :) and TQ Nuffnang I love you!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: kalau nak buat video jenuh la mr.H kene jadi pelakon sesajeee!

Makanan Sunnah Pil Habbatussauda By Mr.Os

Assalamualaikum,,

mari mari adik akak abang abang macik macik, pacik pacik.. ini ada berita baikkkkk.. sering merasa gelisah dengan masalah kesihatan yang makin merudum? masih mencari product kesihatan yang terbaik untuk diri? sakit lutut, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung penyakit 3 serangkai? dan macam-macam masalah kesihatan? 

amalan makanan sunaah insyaallah mampu membantu merawat segala jenis penyakit kecuali mati.. 
 apakah makanan sunaah itu? ianya ialah HABBATUSSAUDA yang mana ianya ada di sebut dalam hadis nabi sendiri... dan kini anda boleh dapatkan ianya dalam bentuk capsul lebih mudah untuk dimakan.. mana nak dapat pill ni? 

taraaaa.....

HABBATUSSAUDA by MR.OS

anda kini boleh dapatkannya direct dari Mr.Os sendiri!


Habbatussauda by Mr Os ini adalah direct dari Mesir sekotak ada 24 biji
 DAN HARGANYA SANGATLAH MURAHHHHH!!



kelebihan habbatusauda adalah ianya merupakan makanan sunnah yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali mati, ianya juga boleh dijadikan supplement(makanan tambahn) untuk mencergaskan lagi badan,, yang mana seperti umum ketahui, Mr.Os sendiri mempunyai masalah jantung, hingga pernah menjalani sedikit pembedahan jantung,, dan setelah mengamalkan habbatussauda ini, alhamdulillah kesihatannya bertambah baik.. 



CARA MENDAPATKANNYA

bagi yang ingin COD boleh COD sekitar Seri Gombak/Melawati/Ulu klang/WangsaMaju
dan bagi yang di sekitar Kuala Kangsar/Ipoh COD boleh dibuat setiap hari RABU 
*sbb Mr.Os akan ada di sekitar Kuala Kangsar /ipoh setiap hari rabu 

khidmat pos juga di sediakan, cuma penambahan 
charge penghantaran sebanyak RM6.00 sahaja bagi setiap pesanan. 

boleh direct Call /Whatsapp untuk Harga dan sebarang pertanyaan
Mr.Os : 019- 268 7084
Husna : 014- 229 0966
Izuan : 011- 1183 8980
Haryati : 019-725 7720


'khtiar itu perlu selebihnya kita serah 
kepada Allah kerana Allah yang menyembuhkan"

#WW - Khas Untuk ULAT BUKU

Assalamualikum,



untuk si ulat buku terutama si +Nuriesya Nadia  mohonlah pegi serang ni.. sile sile sile
kalau dah RM5.00 tu mmg stanby je la rak buku kat umah yer.. ok bye!

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: aku bukan ulat buku aku ni ulat tiket hahahahaha *joke

Tuesday, 25 November 2014

Sehari Di #MAHA2014 terbaikkk!

Assalamualaikum,,

MAHA2014 yang mana ramai dah tau masal MAHA ni yang mana karnival pertanian dan penternakan yang mana akan diadakan setiap 2tahun sekali.. so aku adalah antara yang tak melepaskan peluang untuk kesana.. kenape aku suke ke sana jomm aku share seharian aku di MAHA2014 hari sabtu lepas..

aku ngan mr.H memilih untuk naik moto je sbb mmg dah tau ramai n susah parking.. naik moto boleh parking depan2 sikit.. tp jangan risau bagi yang park jauh tu,, ad shuttle bus disediakan utk bawa korang ke tempat2 pameran.. so sbbkan maha ni besar sangat.. kitorang memilih untuk terus ke main center pameran dulu.. di dewan utama..
dekat belah bawah ad jual buah-buahan, anak pokok dan pameran gubahan kek semua.. dan disebabkan panas waktu tu.. kitorg terus pegi kat dalam dewan je terus.. ad 3 ke 4 hall kat belah atas bukit tu.. semua kitorg masuk sbb ad air-cond hahahaha


kalini sbbkan fenomena # ni menjadi jadi so banyak jugak tmpt bergambar mcm aku ambik ni.. sbb aku pun mengambil kesempatan sebagai seorang "Blogger"untuk mengambil gambar kan.. hehehehe takkan entry nak tulis je kan tanpa bukti  mane boleehhhh hahaha 



lain hall lain bende pameran die.. dan ini adalah pameran utuk tanaman,,, yang mana ad pameran tanaman la pertandingan buah2 tempatan dan mcm mcm la.. tp hall gambar atas ni lebih kepada pameran jela..



di Hall C ad banyak product2 yang dijual yang mana kebanyakannya adalah yang jarang kite temui di kedai-kedai.. and banyak gile tester.. kira pusing satu hall tu je dah boleh kenyang.. ada rencah sate, samosa segera,choc kek, hotdog malaysia,, n mcm mcm la makanan dan product minuman 3in 1 la, ada kat situ.. dan harganya pun murahh.. aku nak pegi beli rencah sate tu nanti mmg sedap die buat tester kat situ.. n ramai gile tunggu nak rasa.and plus ad ice cream buah original RM1.30 mmg sedap gile nak pegi beli lagi sbb mmg rasa mcm fresh jus dibekukan nyum nyum. heheheh 






apa yang aku makan tu.. ramai jugak tanye.. tu adalah madu tualang die pack dalam tube mcm tu.. aku beli kat hall C satu stick RM1.00 sahaja so beli la nak rasa madu tualang tu mcm mane.. tp madu tu mmg bagus utk kesehatan pun.. n rasa die mmg lain dari madu yang dijual kat kedai tu.. smpt jugak posing nak ambik gambar sbb kitorg tak keluar sangat dari dewan sbb kat luar dah ujan lebat time tu..


hahahaha mr.H gigih nak angkat nangka ni.. yang ni di pameran pertanian dalam dewan tu ad pertandingan tanaman yang mana nangka ni besar gile n berat gile.. dan nangka ni menang pertandingan tanaman nangka terbaik untuk MAHA2014.. ok mmg terbaik la kan bau die perhhh mengoda wehhh.. pastu mr.H kata berat gile tak terangkat die hahaha

so habislah seharian kami di maha2014 tp masih belum pusing habis satu maha lagi tu.. tunggu nanti kalau aku dah pusing 1Maha nanti aku post entry lagi hehehe.. tp plan ngan mrH nak pegi lagi samada esok atau luse tp nak pegi belah perikanan, nenas dangan penternakan pulak.. naik je shuttle bus yang disediakan kat maha tu.. so pegi hari biasa harap2 kurang sikit la org.. tp ni cuti sekolah tak tau jugak kan.. so sape2 yang berkesempatan boleh la pegi nanti ok.. masih ada
 sampai 30 November ni dari 10pagi-10malam.jom la beramai-ramai.

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: harap harap misi ice-cream ngan rencah sate berjayalah nanti hehehe 


Monday, 24 November 2014

#nuffnang - CPUV Altel Digital Campaign

Assalamualaikum,,

seperti biasa pagi2 isnin ni.. nak happykan diri kene lah bukak Nuffnang dulu nak tgk ad perkembangan pendapatan tak disitu.. and alhamdulillah.. makin meriahh.. terima kasih bagi yang sudi datang singgah and click kat adv yang ad loncat2 tu.. dan alhamdulillah. mr.Nuff makin sayang kat kite ni..

melekat lagi 2 CPUV baru.. TQ Nuff yang ku sayang dan ianya dari Altel..


haaa ce korang2 pun pegi cek korang punyer Nuff mane tau ad lekat jugak kan.. ehehe kalo takde takpe.. kalo ad alhamdulillah.. rezeki tu.. walaupun sikit kan.. sape nak bagi kannn.. again and again TQ so Much Nuff yang ku sayang *ayat bodek hahahah

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: Mr.H pakai Altel n internet die laju wehhhhh!


Friday, 21 November 2014

MAHA 2014 di Maeps Serdang Kembaliii!

Assalamualaikum,,

ok taknak tulis panjang-panjang cukup sekadar nak memberi info kepada yang tak berapa tahu.. yang MAHA 2014 kini kembali di Maeps Serdang...

best ke maha? bestttt sangat best.. aku mmg sangat suke MAHA sbb kat sane macam-macam product makanan,buah-buahan, ternakan *susu segar mr.H suke gile,, n mcm mcm la ada.. so kalau nak tau ape yang best lagi kat sana boleh pergi beramai-ramai yer..

MAHA 2014
tarikh: 20-30 NOVEMBER 2014 
masa: 10pagi-10malam
Tempat : Maeps Serdang
Info lanjut layari : www.maha.gov.my



jangan lupe ok.. kalau nak dapatkan product keluaran bumiputra yang jarang jumpa di pasaran pun boleh kesana.. harga murah.. tester pun banyak hahahah kalau nak pegi boleh la pegi bermula esok! yang mana ada perasmian oleh PM.. dan ingat penutupnya 30 november 2014.. so sempat kalau nak pegi. cuti sekolah pun dah bermula, sesuai la bawa anak-anak utk kenalkan diorg dengan tanaman-tanaman, ternakan, ikan dan mcm mcm lagi,. jom beramai-ramai.. jangan lupe bawa payung ok! aku pun akan kesana mungkin hari rabu atau khamis.. sbb taknak bersesak hari minggu hehehe

thanks for your time
xoxo Puan Husna

DIY : Guest Note Corner - #nadiawanwedding

Assalamualikum,,

salam jumaat yang penuh barakah.. ni kisah basi tapi baru teringat nak share.. hahaha, kesah ke,, nak share jugak.. sbb boleh bagi idea kepada bakal bakal pengantin kan,, yer la mane tau u allss nak buat GuestBook Corner or ape2 je la tmpt untuk guest korang tingalkan ucapan kan.. nak tempah bagai tp baget dah lari kat baju, pelamin semua kan.. so ni ada idea untuk korang DIY sahaja jimat dah tentu jimat,, dan ianya lebih mengikut kepuasan diri korang.. ok..

ok first.. this is what i made for #nadiawanwedding dan ini je la mampu utk aku sumbangkan.. hehehe so ape yang aku buat semuanya adalah DIY takperlu tempah tak perlu ape semua buat sendiri.. dan ini adalah apa yang aku buat untuk GUEST NOTES CORNER


WELCOMING BLACK BOARD


ni adalah welcoming black board handmade, tp yang ni kene cari la orang yang creative dan tangan seni sikit yer kalau nak buat. boleh search je kat google wedding black board. banyak je design lawa-lawa,, boleh tiru hehehe.. kosnyer cuma 
Mounting Board size A2 = Rm1.80 dan liquid paper = Rm 4.00
total = Rm 5.80 sahaja

p/s: sbnrnyer ad lagi 3 board size kecik aku tak sempat ambik gambar


LOVES NOTES


sumber gambar : NuriesyaNadia

love note ni tercetus idea bila terfikir nak buat lain dari yang lain
so nurie pun cakap nak buat mcm ni ok lah.. so nurie belilah craft paper dari blogger Cik Mah so sape2 nak dapatkan stock boleh tanyer dgn cikmah ok.. murah sangat harga dengan cik mah ni.. 

so dari craft paper tu.. buat je simple design dan print satu guna paper putih dulu,, satu paper A4 boleh dibahagikan untuk dapat 6 keping notes mcm kat atas ni.. so kalau dah print nak lebih jimat korang boleh je pegi kedai photostate,, korang photostat je terus atas paper craft tadi.. 
kos nyer adalah seperti berikut 
Paper Craft =RM 30.00/50 keping (tak ingat tp lebih kurang tu la)
Print =RM 0.50 / sekeping
Photostat = RM0.10/keping =RM5.00 utk 50 keping
*aku dapat lebih jimat sbb print kat office and photostat pun kat office so its free hahaha

dah siap di photostat korang potonglah mengikut size die.. dan siapp.. so dari 50keping paper a4 tu korang boleh dapat 300 keping notes mcm kat atas tu.. so jimat kan dan murahhhh

itu adalah barang DIY yang aku buat dan setelah semuanya siap masa untuk decor meja pula.. aku pun ad request dekat nurie nak frem yang ad gambar die utk tambah deco meja.. so die bagi la gambar die..untuk di letakkan di meja.. dan kebetulan juga mama nurie takde tempat nak letak gule2 so letak juga disitu.. saja bagi tambah2.. dan inilah hasihnyaaaaaaa



Photo Props tu pun buat sendiri je.. print atas kertas,, pastu tampal atas kotak.. tampal lidi.. siapppp!
simple je tak serabut sangat.. dan sape2 nak kawin tu n nak buat sendiri.. korang boleh buat sendiri je.jimat mudah dan pasti nya murah.. *tp kalau kaya tu tempah je la yer hehehe. tp harap2 adalah org yang boleh bantu korang sbb pengantinkan banyak juga bende nak pikir lagi.. so seeloknya serahkan kepada org yang creative dan yang boleh diharap ye.. kalo tak guest corner kemana.. die kemane.. hahahaha so selamat Ber DIY untuk B2B..

thanks for your time
xoxo Puan Husna



Wednesday, 19 November 2014

#WW - Masalah Ketum atau Mabuk Ketum?

Assalamualaikum,,


hahahah keluar je lif kat area umah perasan bende ni kat umah jiran aku.. hahahaha ni die marah orang ketum ke die yang mabuk ketum ni? hahahah

p/s: aku rasa die nak tulis ketuk-ketuk tp ketum pulak pegi die.. hahahaha


thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: nampaknyer minyak orang kaya turun harga.. yehhhaaa

Tuesday, 18 November 2014

DIY- Canvas Deco yang Mudah dan Cun!

Assalamualaikum,,

peningkan nak deco rumah ni.. mcm mcm nak letak.. tp nak beli nak tempah semua mahal.. haaa meh aku nak ajar n bagi sedikit idea yang terlintas bile si NuriesyaNadia ni tanye aku harga nak print canvas untuk gambar kawin..

tetibeeee dapat idea.. ehhh boleh buat sendiri laaa... kalau ad kerajinan la. kalau kerajinan tu dah level nurie tu rasanya baik tempah je la hahahahahaah.! so meh aku bg tau ape yang korang perlukan dan mcm mane nak buat bende alah ni...

 canvas print tu mcm gambar kat bawah niii...




sumber : google

haaaa cantikkkannn kalau deco rumah pakai gambar2 guna canvas ni.. mmg sangat cantik lagi2 gambar kawin.. heheheheheh.. ok now meh aku ajar sikit mcm mane nak DIY canvas frame ni.. dan barang barang yang korang perlukan adalah...

Peralatan yang diperlukan
1.Stapler gun
2. kayu untuk bingkai -petak (boleh beli kat hardware murah je)
3. gam uhu 
4. canvas yang siap print (nanti aku bg tau mcm mane nak print)
5. paku kecik
6. Penyangkut (ala lubang utk sangkut frem kat dinding tu)

ok dah ada 6 barang di atas korang boleh la mulekan projek DIY korang dengan first buat bingkai kayu dulu.. potong kayu ikut size yang korang nak.. 2ft X 2ft ke,, terpulang pada masing2.. 

dan korang kene buat satu frame yang mcm gambar bawah ni..


sumber: google


haaa lepas dah berjaya buat bingkai mcm ni.. sbb senang je.. potong ikut size yang korang nak.. pastu paku je hujung2 die semua.. *belajar waktu KH darjah 4 dulu kann hahahah

now korang ambik canvas yang dah siap ber print tadi.. ok mcm mane nak dapat canvas yang dah siap ber print.. korang pegi kedai yang ad buat service print banner atau banting.. so boleh tempah dengan diorg. cakap je nak print banner size ape. tapi, canvas yang ni bukan canvas kain ok,, yang ni PVC canvas tapi masih boleh guna untuk buat bende ni juga.. selalu average harga die dalam lingkungan RM1.50-RM2.00/sqft so harga print adalah ikut size yang korang nak..

contoh korang nak buat size 2ft X 2ft so harganya adalah RM2.00 x 4sqft = RM8.00 mcm tu jee, so korang ambik canvas yang dah ad tadi korang letak pada bingkai yang korang dah buat tadi mcm ni..


sumber gambar : google


pastikan gamabr yang korang print tadi dilebihkan dalan 2 ke 3 inch di bahagian setiap tepi gambar untuk di tarik kebahagian belakang, pastikan korang tarik canvas korang supaya ianya tegang dan kalau nak lebih kemas boleh gamkan canvas tersebut pada kayu sebelum korang staplerkan canvas tersebut menggunakan stapler gun, supaya tidak bergerak atau tertanggal..

*boleh juga tukarkan canvas print dengan apa2 kain bercorak  pun cantik juga.. tp pastikan kain tu tebal sikit ye.. kalau tidakk mau koyak rabak dia nanti.. hehehe

dan siaplahhh korang punyer canvas print frem yang cun.. boleh di gantung untuk decor rumah anda.. heheheh mudah kan.. haaa nak tau cos die meh aku boleh tolong kirakan anggaran untuk korang yer...

Kos membuat

kayu frame = RM5.00 untuk frame size 2ft x 2ft
Gam Uhu =RM 1.30
Canvas Print = RM 8.00

Total = RM 14.30 sahaja
*ini adalah anggaran aku.. kalau dapat lagi murah tahniahhh!

haaa tp kalau kerajinan tak membantu boleh la korang order je mmg ramai jugak yang buat canvas print ni.. tp harganya sedikit berbeza.jangan korang mintak die harga yang aku bg ni pulak.. mmg tak dapekkk den nak tolongg eehh . tp sapa yang ada masa boleh la mencuba..

selamat mencuba..


Thanks for your time people.. 
xoxo Puan Husna


p/s: aku baru dapat idea semalam so aku pun nak buat jugak nanti aku up enry kalau aku dah start buat ye. sbb sekarang ni malas die tahap takleh bendung. heheh

Movie Review- Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya

Assalamualaikum,,

salam isnin semua.. sabtu lepas balik gombak tgk la teaser cerita Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya (RCKKKJ) tu, so mmg tgk teaser pun kitorg dah ketawa mcm nak gile.. so buat keputusan utk beli la kat Astro First cerita ni..


kalau dulu tahun 1998 haaa 14 tahun lepas sape pernah tgk cerita rombongan cik kiah ke Sukan Komenwel sekarang ni kesinambungan dari cerita tu la die buat cerita RCKKKJ ni..

berkisahkan tentang cik kiah yang membuat satu rombongan untuk menghantar en.isnin dan kuntum Menunaikan haji.. dan dalam perjalanan ke Kelana Jaya tu macam-macam yang terjadi..



mmg satu cerita komedi yang agak ringan tetapi kalau anda adalah orang Perak anda pasti ketawa kerana bahasa yang digunakan adalah pior Perak punyer.. kitorg adik beradik yang mmg anak perak ni mmg berdekah-dekah la ketawa tgk cerita ni.. cerita ni agak dekat dengan masyarakat sbb die membawa keragaman watak yang mmg kita sendiri tahu mmg ada orang yang ber perwatakan seperti dalam cerita ni..



cuma aku rasa Chacha maembong kalau die berjaya cakap perak n study sikit how to ikut loghat perak mesti lagi best.. sbb sebagai seorang pelakon kalau die study n usaha untuk jadikan watak itu lebih real barulah nampak die sebagai seorang pelakon yang hebat..

so bagi yang belum tgk cerita ni.. aku rasa boleh la pegi beli kat astro first tu.. sbb cerita ni takde keluar kat wayang pun.. n aku rasa tak rugi pun bayar RM15.00++ untuk sokong cerita melayu.. dan identiti malaysia tu sendiri.. :)

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mr.H yang tak paham bahasa perak pun ketawa tgk cerita ni,, abah pun yang jarang ketawa tgk cerita melayu,, die boleh tersenyum jugak la tgk cerita ni..

Monday, 17 November 2014

#Nuffnang - 2 CPUV INTI Lagi yoooo..

Assalamualaikum,,,

eehhh eehhh Mr.Nuff belanje CPUV lagi laa.. wahhh makin lebiu lebiu la kat Nuff ni alaaa malu la kite.. nuff ni sayang kite ehhh bagi kite ni hehehehe..

dan kali ni Inti College untuk 2015,, so cepat g cek anda punyer Nuff mane tau ad jugak lekat.. TQ nuff i will always love u lah.. hehehe nanti kasi lagi ok.. 




Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: nak cashout taun depan sbb plan nak g vacation dgn si codol codol codol

Kenapa Dengan HARUM MALAM ni?

Assalamualaikum & salam Sejahtera,

pegi mane mane,, and jumpe je kawan-kawan pompuan mesti cakap pasal harum malam,, balik kampung, mama ngan kakak pun sibukla hai harum malam harum malam.. dah kenape semua nak cite pasal harum malam ni kan.. ape bende harum malam ni.. untuk ape si harum malam ni.. siang takleh harum ke ape nak malam-malam je kan.. hahahahaha 

adakah korang pernah dengar pasal Harum Malam? haaa harum malam,, tu bunga kan.. hahaaaa seperti sifat bungalah namenyer.. di seru seru oleh wanita-wanita di luar sana.*ini bukan cerita hantu.. bagi yang tak tahu ape itu harum malam,... meh aku perkenalkan kat korang dan kenelah tahu kenape Harum Malam ni jadi sebutan wanita-wanita,, hakak hakak hadik hadikk macik macik cunn semua lahhh.

kalau korang rasa korang ni anak dara, akak akak baru berkahwin,, macik- macik yang inginkan memantapkan diri sbb En suami dah mule jeling perempuan lain, sbb kite ni dah tak mantappp.. haaa tak boleh jadi ni kann.. so kene jugaklah cari solusi untuk ikat suami supaya takdehati nak menjeling jeling dah... bia juling dengan kite je pas ni.. hahahahah




haaaa ni la die Harum Malam yang di seru seru tu.. kenape kita wanita wanita ni kene pilih Harum Malam ni untuk memantapkan diri? ok nama pun dah Harum mestilah untuk mengharumkan diri dulu... "eleh takat nak harumkan diri baik pki diodorant" haaa ni la yang orang tak tau... keharuman seorang wanita ni bukan datang dari bawah lengan sahaja okkk.. kalau seluruh badan bau wangiiii rasa-rasa melekat ke idook en.suami pada kita.. haaa silap-silap taknak lepas wehhhh..

ape la yang harum malam ni pakai punyer hebat sampai boleh mewangikan tubuh dan merangsang hormon2 baik dalam badan seorang wanita supaya menjadi seorang wanita dambaan suami? haaaa korang tahu tak dalam harum malam ni ada semua niiiiii

sumber : google

Kandungan 
-Kayu serapat
-Kismis
-Buah delima
-Manjakani
-Daun sirih
-goji
-Limau purut
-Madu
-Buah tin
-Pueraria Marifica
-Pueraria Lobata
-Estrek Ros

haaaaa ad 12 jenis bahan bahan yang kebanyakannya mmg dah menjadi petua orang dulu-dulu untuk memantapkan kewanitaan.. haaa tp kalau dulu dulu kene tumbuk, giling, buat air rebusss, pastu nak minum sampai tutup hidung + muntah sbb tak tahan pait hahahah *aku le tuuuu tp nak cantik + begetah punyer pasal,, nak mantap punyer pasal... telan kan je lahhhh, tp sekarang semua dah mudah... beli je semua dah ada dalam satu botol.. dan khasiatnyer tetap sama..

macam dulu petua nak hilangkan bau badan ada yang guna limau nipis di sental seluruh badan,, ad juga buat mandi bunga, minum air sirih dan mcm macam la pantang larang untuk memastikan badan kita sentiasa harum, dan yang bestnyer harum malam ni mengunakan semua bahan-bahan yang dijadikan petua orang dulu-dulu untuk di jadikan satu bahan yang lebih mudah untuk kita kaum wanita ni ambil minum jee.. dan rasanya pun sedap..

kalau badan dah wangi barula hormon-hormon lain pun bertindakbalas.. dan dari bahan-bahan tu jugak la mcm mcm khasiat lain mcm , merapatkan bahagian V (ni en suami paling suke la kan), mengharumkan bahagian V dari bau yang tak best, mengurangkan masalah keputihan sbb hormon baik dah banyak dalam badan,, so bende2 yang meransang hormon wanita pun akan turut berkembang,, dan menjadikan kita ni wanita yang mantappp.. dan mule la suami tak senang duduk bile kita ni makin wangi,,makin mantappp.. kannn..

kalau nak tambat suami kene tambat keinginan die dulu,, pasti tak cari lain wehhh hahahaha
so bagi yang nak menjadi wanita mantapppp untuk suami kita,,... HARUM MALAM adalah jawapan die... Insyaallah Ikhtiar itu perlu, Selebihnya diri kita sendiri.. samaada nak atau taknak.. sbb tak rugipun kalau mantap, wangi untuk suami kita kan dapat pahala lagi ok....



haaa tp kalau beli pastikan ianya adalah yang ORIGINAL, beriya nak beli tp beli yang fake tak berkesan ape kang mcm mane nak mantap kang jadi lain kang bukan mantap, mati pulak dapatnyer haaaa hahaha.. so pastikan Ori baru beli ok.. mcm mane nak tau ori.. tgk yang kat atas ni.. 
kat mane nak beli boleh la rujuk link kat bawah ni.. 

facebook : LegacySecretTrading

kat situ ad harga, mcm mane nak order, semua boleh buat kat situ,, nak tanya lebih info kat situ pun bolehhh.. :) nanti diorg boleh la bantu if ad ape2 kemuskilan ok!

ok semoga kita kaum kaum hawa ni dapat menjaga mahkota wanita dan keanggunan kita walaupun dah beranak lima.. heheh mantapkan diri baru suami tak lari.. 

thanks for your time bebeh
xoxo Puan Husna


Friday, 14 November 2014

Double Date! Thank You!

Assalamualaikum,

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas,, di usia 25tahun 1 hari heheheh tue tue tue.. dan semalam rezeki pulak masuk ad pasangan pengantin nak melanjeee kite n mr.H makan... org kata rezeki jangan di tolak,, maut jangan di cari.. hehehe so setuju..

sape pernah baca pasal review tempat makan yang aku buat name kedai die Bidor station Kopitiam,,, haaa tak tau? nah aku bagi mohon la baca.. haahah Bidor Station Kopitiam, sbb makanan kat sini agak sedap.. so semalam si nurie and Hushby die nak belanje makan.. so aku suggest kat die kedai ni.. terus die kata ok.. *nurie ni bagi makan ape semua die bedall hahahaha

so sampai je terus jumpe diorg elok ambik sit tepi jendela berangan mcm dok kat umah hahahah.. then first sampai bende yang harus kitorang buat adalahhhhhh...


SELFIEEEEE! hahaha 

kesah pulak kitorg kan org nak tgk ke ape kan.. hahaha mcm betahun tak jumpe tu padahal aritu baru je jumpe hari2 gosip kat Fb tp jumpe pun kecoh mcm mak nenek.. takpe la nasib la laki-laki kami ni memahami sangat.. tp tu pun keluar jugak la ayat perli "kat office dah gosip pun nak gosip lagi ke"hahaha sory la takleh bendung hahahahaah

mood tengah berbunga riang kat situ dah siap order semua n my mee kari pun sampai tetibe terdengar suara sumbang macik meja sebelah, "ehhh kitorg order dulu die punyer sampai dulu,, takleh jadi ni" welll helllo macikkk, rezeki masing-masing,, tp kalau nak ikutkan beza time order die dengan kitorg die order 5 minit awal je punnn.. nak bising mcm dah duduk kat situ 5 hari.. pastu sampai lagi makanan mr.H ngan husband nurie pulak.. die makin tak senang duduk.. mcm mcm la ayat keluar dari mulut die.. kalau nak bising ckp ngan pelayan kat situ.. bukan tuju pada kitorg.. eeehhhh sabooo je lahhh,, nasib baik mood birthday i sampai semalam.. kalo takkk mandi kari pulak macik sebelah ni kang... 

hahaha so malas nak layan sangat just ignore je die dok ngomel2 kat sebelah tu.. kitorg sembang2 la buat mcm diorg tak hujud hahahaha.. 




dan selesailah pertemuan and double date kitorang.. bukan main rancak berbual mcm2 keluar.. yang member baik mr.H kawan satu class husband nurie,, haaa semua keluar cerita.. pusing2 kawan2 je.. boring tak berkembang hahahaha

 and last but not list.. i dapat hadiah yang dikirim oleh mama *mama nurie

abaikan muke kembang semangkok tu!

tarrraaaaa... "PEANUT CANDY"untuk aku,, hambik satu pelastik besar mama nurie kasi.. ehehhe sbnrnyer peanut candy ni doorgift waktu kenduri si nurie haritu,, sedap gileee.. and aku ngan mr.H berebut padahal mama nurie bagi banyak waktu kenduri hari tu.. hehehe so aku tanya kat mama kot2 ad lagi kat umah.. past die kata dah abis.. so aku tanye mane nak beli semua, then die kata die belikan n die bagi je.. wahhhhhh i was like loncat loncat la kan.. aku mmg peminat kacang.. bg la kacang ape pun semua aku bedal terutama kacang tumbuk.. perrrgghhh best.. so TQ again to mama sbb hadiahkan peanut candy ni hehehe 

TQ TQ TQ to nurie n husband for dinner treat semalam.. nanti beday ko kalo ko takde g mane-mane kitorg pulak belanje kau ok.. sbb husband aku pun dah cakap dah birthday nurie nanti kite belanje diorg plk..  TQ again macik i love u manyak manyak.. 

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: takde ke any advertorial nak menompang hehehe *promo plk.. nak cari duit tepi



Thursday, 13 November 2014

Nombor Plat Punyer Hal, JPJ oh JPJ!

Assalamualaikum,

mmg tengah kecoh pasal JPJ yang tengah operasi saman no plat yang tak ikut spac.. pihak JPJ menyatakan bahawa punca kemalangan menigkat adalah kerana no plat yang kecik dan tidak mengikut spec ini menjadi salah satu punca kemalangan terjadi...

hahaha nak tergelak jugak rasa.. ok la sbnarnyer kebanyakkan kereta yang pki plat cube ataupun fancy kebanyaakkan camera tak dapat detect sbb die akan reflect dan selalunya jenis ni size die kecik sikit.. alaaaa sian camera tu tak dapat nak ambik gambar hehehehe..

ok kalau korang nak tau mcm mane spec sebenar size plat yang dibenarkan adalah seperti dibawah niiii..

sumber : google

tadi pun mr.H kene tahan tp sbb kan takde ape salah so takla kene saman, tp tu pun die cuba nak juga bagi saman sbb mr.H pakai selipar.. tp mr.H pun cakap la.. abih takkan nak g masjid pun nak pki kasut bang.takkan nak pegi kedai runcit nak pki suit racing dengan helmet fullface., sian jugak abg abg JPJ tu satu satu kereta nak kene ukur.. sbnryer boleh kenal la plat salah ke tak.. tak perlu sampai nak ukur dan buat jalan jadi makin jem.. kalau tak pun ramai-ramai pakai plat mcm ni

sumber: google

haaaaa kalau mcm ni kene saman sbb plat besar sangat ke ape? ke sebab besar sangat ni boleh mengundang kepada kemalangan jugak ni.. sbb org terkejut tgk besar sangat ..
 hahaha kalau mcm ni nak kire mcm mane ni? hahahaha

so sape yang plat tak ikut spec tu tukar je la ehh.. nak gaduh panjang2 dengan JPJ pun tak gune jugak bukan die dengar ckp kite pun lagi die nak bagi saman ade la.. 


thanks for your time
xoxo Puan Husna






Wednesday, 12 November 2014

Apa Yang Aku Nak Di Hari Lahir ke-25?

Assalamualaikum,

salam rabu.. wahhh pejam celik pejam celik.. dah hujung tahun dah.. and esok adalah 13/11/2014 yang mana 25 tahun lepas aku dilahirkan.. dah tue oiiii dah 25 dahhhh.. ehhh rasa mcm baru abis spm je.. hahahaha ok what i wish for my birthday...

emmm harini nak buat entry luah perasaan kalau menyampah boleh la scroll laju2 hehehehe


sejak dari kecik,, boleh kira la berape kali je aku celebrate birthday.. mmg agak jarang.. sbb tah tak tau kenape.. hahahaha

apa yang aku nak untuk birthday kali ni.. 

aku taknak pun hadiah ke kek ke.. sbb bende tu aku dah rasa tak penting dah. (kalau takat nak g makan ke ape boleh la). sbb bagi aku,, harijadi ni,, adalah satu langkah lagi mendekatkan diri pada mati.. dan adakah aku ready?

apa yang aku harap adalah,, Allah menerima taubat aku,, dan memberi ruang dan peluang untuk aku menjadi yang lebih baik sebelum aku mengadap die nanti.. terduduk memikirkan usia yang makin meningkat,, tp perangai same je.. sampai bile aku nak mcm ni,,

25 satu angka yang bagi aku agak besar.. yang sepatutnya aku menjadi lebih matang, aku harap untuk harijadi kali ini.. Allah akan memberikan kesihatan yang baik untuk aku terus mencari keredhaan -nya.. memberi kesihatan dan kebahagiaan kepada mama and abah dan suami tercinta, apa yang aku harap untuk diri aku.. aku cuma nak kalau aku pejam mata.. bialah aku ada dalam keadaan tidak melakukan dosa dan dalam husnul khotimah Insyaallah,,

dan aku ingin memohon maaf kepada semua orang yang pernah aku buat dosa.. dalam sedar atau tidak.. aku harap kalian dapat memaafkan aku.. dan aku berharap.. akan ada kawan-kawan yang mendoakan untuk aku.. itu sudah cukup untuk dijadikan hadiah :)

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: teringat kata kata daí farhan,, hari jadi yang patut dapat hadiah adalah ibu kita,, yang bersakit berjuang utk lahirkan kita... :)


#WW - Anak Bulusku 11/11/14

Assalamualaikum,,



11/11/14 lahirlah 5 hekor anak bulus ku.. waaa seronoknyerrr comelll je.. ni gambar waktu die betul2 baru lepas beranak.. hehehehe tgh pikir nak letak name lagi ni.. alaaa nape la tak kuar same birthday ngan ibu je kan senang boleh potong kek same same heheheh.. semoga besar dengan gemok yerrr anak anak buluskuuu..


thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: nak buat birthday wishlist boleh ? hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...