Tuesday, 28 October 2014

Jeruk Asam Boi yang Viral, aku juga terpengaruh!

Assalamualaikum,,

lepas dah becak becak mulut asyik tengok ramai sangat post pasal jeruk asamboi yang mmg sangat mengiurkan,, bukan ibu mengandung je teringin aku ni pun dah naik meroyan dah tgk gambar jeruk tu lalu lalang kat timeline hahahaha,, so setelah sekian lama menahan kemengidaman ibu yang belum mengandung ni,,

mr.H memenuhi jugala keinginan aku.. heheheh mule2 plan nak buat mangga sbb tgk ramai buat mangga,, tapi lalu2 tetibe ternampak jambu batu.. perhhh mcm lagi best je kan.. so mr.H pun cakap baik buat jambu sbb die pun nak.. heeehhh die yang mengandung lebih rupenyer.. hahaha

inilah hasilnyaaaaa.


ok ini adalah resipi aku,

bahan-bahan

  • Jambu batu 2 biji
  • 2 sudu Gula
  • Asam Masin (warna putih)
  • 1 biji cili api (terpulang nak pedas sikit atau banyak)
  • serbuk asam boi

Cara Membuatnya
-Potong jambu kecik2 jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar sbb nak pastikan masam asam boi tu mampu di serap masuk ke dalam buah,,

-gaulkan jambu dah di potong tadi dengan gula sehingga sebati tak perlu letak air sbb air akan keluar secara semula jadi dari buah tersebut.

-Masukkan asamboi dan teruskan mengaul,, (untuk lebih sedap racikkan asam boi tersebut)
jika inginkan lebih masam boleh tambah serbuk asam boi,, dan bila kelihatan gaulan tadi berair,, masukkan potongan cili api, dan gaul kemudian masukkan kedalam balang bertutup dan simpan didalam peti ais selama 5-6 jam dan air dari buah akan keluar dengan lebih banyak dan siap untuk dimakan,,

untuk pengetahuan kalau buat homemade lebih sedap sbb kita tak guna bahan pengawit yang merbahaya,, dan semuanya asli,, tp tahap kesegaran jeruk ni takboleh tahan lame sangat pun,, so sape2 yang bercadang untuk beli tu,, rasanya elok buat sendiri,, sbb kos yang lebih murah dan ianya segar!, aku buat semalam,, dan pagi tadi dah selesai dah aku makan ngan mr.H! hahahaha

selamat Mencuba

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: alamak ada pulak entry yang tercicir.. adoii.. heheh



11 comments:

  1. Ala... sedapnya... telan air liuq ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha buat la ayu.. tak susah pun.. :)

      Delete
  2. memang sedap..kecur je tengok new feed facebook kan..tapi dah rasa last week..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mar,, tak tahan punyer pasal la una buat jugak hehehe

      Delete
  3. feeling habis la kan cite dia..hahaha...simpan sebekas :P

    ReplyDelete
  4. saya pun dah buat..sedap..dah nak habis sebalang makan..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh wahhh nanti buat lagi.. kita mkn smpi sakit perut hehehe

      Delete
  5. Kuajanyaaaaaaaa entry ! Hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mmg entry kuaja utk kau ni heheheh *bakar line

      Delete
  6. Saya pun terpengaruh jugak....walaupun tak brapa tahu tentang viral ni

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...