ok harini sambung lagi cerita honeymoon heheheh,,, muak ke? tak kira nak muntah ke ape aku tetap nak sambung hehehehe...
ok setelah berjaya menjejakkan kaki ke HATYAI dan TEMPAT TEMPAT SEKITAR PELIS, nowww aku nak cerita tempat lain pulee.. haaa setelah sedikit hampa sebab tak dapat shopping kat padang besar dan hatyai sbb harga yang tak berapa nak murah,, so mr.H pun kata takpela.. takde rezeki la tu nak shopping kat sana,, then mr.H ajak ke Gua Kelam,, saje la nak ambik2 gambar kan..
tibe-tibe aku ternampak signboard Wang Kelian, then mr.H kata wang kelian tak tau ada orang niaga ke tak sbb hari biasa kan.. aku pun search2 internet kata bukak hari sabtu dan ahad sahaja.. tapi disebabkan gerak hati aku ckp takpela kita pegi je la.. ada kita masuk, takde kita balik.. sbb jarak antara Gua Kelam ke Wang Kelian tu cuma 11km je.. tak jauh pun kannnn.. so Mr.H pun ikut la cakap bini tercinta ni ewaaahhhh.. hehehe
sebelum sampai ape lagi kasi tempel gambar berdua dulu banyak banyak..
*mohon jangan nyampah tgk pengantin basi ni heheheheh
sampai2 je terus tanya kat abang kastam tu,, pastu die kata,, ada orang meniaga tapi tak banyak.. nak masuk tgk pegi lah, die kata...
so untuk masuk ke Satun, dari wang kelian ni.. tak perlukan passport pun.. tapi kalau gedik nak penuhkan passpot dengan cop pun boleh je.. heheheheh so kitorang pun masuk la tgkkk. jalan kaki je tau.. sbb die btl2 di sempadan pintu pemisah malaysia thailand,. and ad a few kedai yang buka jugak boleh kata 50% tutup jugak la.. kalau nak betul2 meriah mmg kene pegi sabtu ahad,, silap2 nak cari parking pun susah..
sumber :Google *sbb lupe nak ambik gambar hehehe
kitorang tgk2 sbb misi utama adalah nak beli Periuk, dan pengkukus mama,, so tanya2 harga.. perrrhhhhhhhh boleh dikatakan harga kat sini jauh lebih murah berbanding padang besar..
kalau pengkukus mama size besar aku tanya di padang besar *ehhh berapa banyak besar daaaa, kehkehkeh, RM95.00 tapi kat sini aku dapat
RM58.00 sahaja.. haaaa ape lagi mmg sambar terus lahhh..
di satun ni pun,, boleh guna duit kita je kalau nak shopping tak perlu tukar duit Bath pun takpe..
so misi mencari periuk berjaya disini.. Yer la.. org meniaga mcm mr.H mmg die pun naik gile nak beli periuk kat sini sbb mmg murah sangat sangat.. mr.H berjaya membeli 3 jenis periuk, dengan harga RM40.00 sahaja untuk 3 periuk,, tak ambik gambar pulak..
haaa lebih kurang mcm ni la periuk yang di beli bersize besar.. haaaa murahhhh kannnnn,
dan disebabkan kukus mama besar, periuk besar mr.H dah 3biji.. so kereta pun penuhhh hahaha so aku nak beli toto pun terbantut.. sbb toto kat sini pun murahhh wehhhh,, RM20 ke RM30 je dah boleh dapat.. dan paling aku mmg rasa nak borong, semua barang daput kat sini.. haishhh tp sbb bawak kereta.. kalau bawak lori aku rasa penuh lori aku hahahahaha..
takpe raya ni kita g lagi ehhh hehehe.. so misi berjaya dan aku gembira sbb akhirnya berjaya juga shopping,, so aku boleh la balik dengan hati yang riang gembira.. hehehe, tapi kalau korang ke sana.. ingat ada barang kawalan yang korang tak dibenarkan bawa keluar/masuk,, mcm mangga, buah jambu,, and kebanyaakan buah buahan la cite die.. sbb tu barang kawalan.. dan ada afew jugak la tp ada tulis waktu korang jalan kaki masuk tu..
so kalau korang sampai perlis,, jangan lupe ke Wang Kelian/Satun ni.. ok takde passport pun takpe.. boleh je masuk hehehe so tamatlah misi kami untuk hari ke-3 di Satun/WangKelian
nak cerita pasal makan ikan bakar di Kuala Perlis tapi gambar kat hp Mr.H pulak.. esok la esok aku cerita ok! hehehe
thanks for your time
xoxo Puan Husna
p/s: terima kasih la sbb tak jemu baca blog aku ni hehehe love you guysss!
Wah..Happy shopping & happy honeymoon..huhu
ReplyDeletehehehe sambil menyelam minum air hehehe :)
Deletewah bestnya
ReplyDeletemmg best anumm!
DeleteHaaaa ini port shopping. Kalau pergi padang besar pun semata cari jersey. Tapi sini kalau sabtu ahad. Menangis jah nak cari parking. Fuhhh. Panas pun boleh tahan. Tapi pulut ayam kat sini sodap !
ReplyDeletehahahah kannn.. tp pulut ayam aku makan kat padang besar.. mangga ngan jambu air die.. mak haiiii rasa nak seludup je bawak balik hehehe
Deletesini klau pi pagi2 meriah la...brg pon memurah
ReplyDeletemmg kak zai.. kitorg pegi hari biasa so kurang sikit org niaga.. org datang pun kurang tpp tetap best.. hehe
DeleteMurahnyaaaa harga toto dekat sanaa. nanti pegi lagi boleh beli toto pulak. heheheh
ReplyDeletetu la frust kite tak dpt beli toto sbb mr.H dah penuhkan kereta ngan periukk hehe
DeleteBagus juga sharing pengalaman ni Husna... Yana pun dah lama bercadang nak pergi Wang Kelian, tapi x sampai² lagi. Beskal murah tak kat sana? Hihihi....nak pergi beli beskal jerk...
ReplyDeleteAssalamualaikum husna. wahh bestnya shopping dekat situ. ehhh sheila pun teringin nak pergi padang besar tu. heeee nampaknya pergi sini la nanti kalau free
ReplyDelete