Tuesday 31 March 2015

3 Rumah Di jilat Api di Gombak, Rumah Aku hampir menjadi Mangsa!

Assalamualaikum,

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, masih dalam keadaan terkejut dan tak percaya dengan apa yang berlaku sabtu lepas, yang mana 3 biji rumah jiran aku di jilat api dan aku hampir2 kehilangan rumah dan harta bende namun.. Kuasa Allah betul-betul membantu Aku dan keluarga, yang mana Rumah aku Selamat dari Kebakaran.

Mulanya pada pukul 3.00ptg lebih kurang, aku di kedai tolong suami berniaga,, dan jarak kedai dan rumah hanya 100 meter sahaja, dan tiba2 ada hamba Allah tegur aku,, 
"Adik asap apa besar sangat tu" mulanya aku ingat org bakar sampah,, tp gerak hati rasa tak sedap buatkan aku lari balik.. dan ternampak jiran aku berlari mengatakan rumahnya terbakar.. 







gambar dari tepi rumah..

dengar je mcm tu aku terus masuk dlm rumah utk tgk keadaan rumah beliau yang cuma 
kurang 10 Meter sahaja dengan rumah aku.. aku terus buka pintu dapur.. tgk api sudah mula marak! dan mmg tidak boleh nak diselamatkan. perkara pertama yang aku buat adalah cabut gas dapur dan bawak gas jauh dari dapur yang dah mula panas,. aku cuba menyelamatkan rumah aku dari turut disambar api.. org kampung ramai juga yang bantu mengeluarkan barang rumah bila dah nampak Api di bahagian bumbung rumah aku mula menyala.. Allahuakbar, Hanya Allah yang tahu waktu tu.. aku hingga tekat masuk dalam api utk memadamkan api yang mula menyala di bahagian kayu bumbung dapur rumah aku..

ini pintu belakang rumah aku.

ini gambar dari pintu belakang rumah aku.

 bomba sampai lepas 10 minit, yang mana waktu tu, Mr.H dan ada jiran aku dah mula azan utk mohon bantuan dari Allah utk api itu tidak menyambar rumah kami, sbb mmg api terlampau besar dan tidak dapat dikawal, dan Alhamdulillah,, angin terus tiup api tu ke arah lain,, namun rumah jiran aku lagi satu menjadi mangsa.. Allahuakbar.. bomba sampai je terus sembur ke rumah aku yang dah mule menyala api..

waktu tu aku dah duduk kat tempat lain dan org kampung arah aku tunggu barang dah diorg akan cuba selamatkan rumah aku,, dan alhamdulillah datang jiran aku cakap 
"alhamdulillah una rumah kamu selamat.. api dah padam," Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu tu.. sebak bersyukur, semua ada.. dalam masa yang sama aku bersimpati dengan jiran aku yang menjadi mangsa.. aku agak rapat dengan keluarga tu sbb anak-anak die kawan dengan adik aku.. semoga Allah beri kekuatan untuk mereka yang menjadi mangsa.. 


 keadaan rumah yang huru hara sbb org kampung tolong angkat barang2 yang boleh diselamatkan. lepas je diorg kata rumah dah selamat.. diorg tolong angkat barang balik masuk dalam rumah..

Alhamdulillah,, dan aku mmg sangat bersyukur pada Allah yang dah selamatkan rumah aku dari menjadi mangsa.. aku tak dapat bayangkan mcm mane kalau aku menjadi mangsa.. adakah aku cukup tabah.. wallahualam.. sesungguhnya ni juga berkat doa org ramai.. dan bantuan dari org kampung yang bertungkus lumus menyelamatkan rumah aku dari disambar api sementara menunggu bomba sampai.. terima kasih juga buat Anggota bomba kerana pantas melaksanakan tugak.. kalau tidak aku pun tak tau berapa biji rumah yang menjadi mangsa..

tiap kali bangun je mesti pegi pintu dapur tgk.. sbb masih dlm keadaan tak percaya.. dan ramai yang betul2 terkejut mcm mane rumah kami boleh selamat sedangkan rumah kami paling dekat sekali dengan rumah mangsa.. itulah kuasa Allah.. 

2015 yang sangat mencabar.. bermacam dugaan dan ujian.. semoga lepas ni akan ada berita berita gembira buat kami.. Allah uji kerana Allah sayang.. dan Allah juga beri peringatan supaya kami tidak lupa pada dia.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. 

Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya.. walau orang kata aku panic menangis semua,, yang pasti aku sedaya upaya berusaha menyelamatkan rumah dari menjadi mangsa..  


16 comments:

  1. Gombak kt mana ni??? Alhamdulillah.. Mujur selamat... ujian Allah ikut kmmpuan hamba-Nya.. Mujur tiada kmlngn jiwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kg sri gombak.. tu la alhamdulillah..

      Delete
    2. KAK UNA!!! Ya allah qila busy sangat (tapi mmg takde tv dkt sini) so i knew nothing about it ish ish. T_T thank god nothing bad happened to u but mesti kak una mcm trauma kan :((((
      good! u r so strong im sooo proud of u lah kak una <3 hugs!!!

      Delete
    3. Qila ni.. tak kuar berita pun sayang.. btw Thanks ok! insyaallah, trauma sikit jugak laa., semoga Allah terus bg kekuatan kat Akak :)

      Delete
  2. Assalamualaikum husna. Allahurabbi. terkejut sheila baca ni awak.. alhamdullilah. Allah izinkan rumah kamu terselamat daripada api marak. Kuatkan semangat ye husna. kesian pula dengan jiran2 husna.. semoga mereka tabah menghadapi dugaan ni..

    punca kebakaran daripada apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti tp kalau ikut kata unit forensic litar pintas.. tp ada kata budak main api.. ada kata masak, hanya Allah yang tau sheila..

      Delete
  3. Alhamdulillah semua selamat. Kau pun rehat rehatlah Na , banyak dugaan tahun ni. Tapi aku tahu kau strong enough to handle it. Do believe even bila kau kat bawah , aku tetap ade dengan kau. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kakak cantik! insyaallah nak berehat nanti tp nanti la banyak lg blm selesai ni.. hehe

      Delete
  4. ya allah
    tapi tue le setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya
    syukur sangat2 rumah una selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tu la semoga Akan ada bende baik untuk kitorg sekeluarga lepas ni :)

      Delete
  5. Subhanallah , syukur awak selamat yang

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la Alhamdulillah sangat sangat.. Allah je yang tau perassan bile dpt tau rumah selamat waktu tu..

      Delete
  6. Alhamdulillah selamat...cik mah slalu gak dgr bomba ni sbb rumah tepi jln...xsngka dekat rumah husna...cik mah kat gombak setia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh haritu bomba yang sampai dari rawang dgn selayang..

      Delete
  7. syukur rumah awak selamat..semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi awak dan keluarga..aaminnn

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...