Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Monday, 2 February 2015

#dUCkScarves by Vivy Yusof Free!

Assalamualaikum,,
salam isnin,, im back!!! yehhhh

jumaat lepas.. setelah bercengkerama bersama mr.H sbb mr.H tetibe rajinnn sangat buat kejutan tekejut2, die datang naik tren dari gombak sbb nak ambik aku balik kerja, then siap ajak g dating kat the mines,allaaaa so sweettt of u sayang! hahah, katanyer nak imbau kenangan 10 tahun lepas ewaahhh tu zaman sekolah sayangggg jangan di kenang la kan.. hahahah 

then tetibe tershopping pulak kat watson kann.. tengah pilih2 barang mr.H nak beli shaver cream, pencuci muke, masker, foot cream *ehemehem laki i mmg sangat maskulin ok! hahahaha then dah siap2 shopping tu,, aku pun tunggu kat luar sbb die tengah bayar sambil tgk2 kedai kasut sebelah.. then die keluar2 tetibe die kataaa nahhh! hadiahhh!


hahaha mmg tekejut ehhh mane pulak die beli.. ad jual kat watson ke minatang ni.. and aku tak pernah tau pun pasal "dUCk" ni sampai lah aku bukak and terus google search! hahahah ok is a scarf mmg happy gile aku.. rupenyer... budak counter tu bagi kat Mr.H suruh hadiahkan kat aku.. alaaaa.. npk sweet sangat ke kitorg ni smpai awak nak bagi hadiah! hehehe 

so lepas search-search pasal "dUCk ni baru la aku tau yang ianya merupakan brand tudung by blogger Vivy Yusof.. dan setelah aku cube and aku terus fall in love dgn ini sbb sng nak bentuk kain sedap pakai.. and paling aku suke adalah bidang die besar! yesss sangat memenuhi ciri2 yang aku sangat suke.. takyah nak pening2 nak betul2kan tudung sangat..



so here lets my duck, face the world.. kalau korang nak tgk lebih lanjut pasal tudung dari dUCk ni boleh la pegi kat sini mmg cantik cantik ----> Instagram : dUCk Scarves

secara jujurnya aku mmg dah jatuh cinte dengan jenama ni.. cuma harga die.. ehemehem boleh tahan juge la.. tp kalau orang hadiahkan ape salahnyer kan setahun satu pun takpe hekhekhekhek.. 

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: banyak bende nak cerita dan tak banyak masa yang ada!

Friday, 16 May 2014

MAWAR FAREEDA FANPAGE BUAT HAL LAGI!

Assalamualaikum,

salam jumaat, jumaat yang mulia ni mcm tak best pulak dengar n baca pasal bende ni kan.. macam tak serik pulak adminFB die ni,,

nah baca ni


wahhh hebatnyer tudung ni! nasib baik die tak bg tau tudung ni kalis api!,, bersangka baik je lah,, mungkin maksud die, pakai pisau mainan! LOL

customer complain seharusnya awak memohon maaf pada dia jika benar bende ini terjadi, dan cuba cari jalan penyelesaian dengan memohon die untuk datang menghantar semula ke butik dan terangkan padanya apa yang die boleh lakukan,, awak beniaga,, tp hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kepuasan pelanggan, meniaga apakah itu?

Fareeda ni bukan butik cikai-cikai,, aku boleh levelkan dah level butik mewah,, tp cara layanan pelanggan awak dah macam meniaga pasar malam,, meniaga pasar malam pun pandai jaga customer sbb nak customer tu datang lagi,,

complain tu kan salah satu cara untuk kita memperbaiki kesilapan, dan kelemahan,, dan dari complain itu jugalah kita dpt tau mana yang harus diperbetulkan supaya kita lebih maju! ok admin mawar fareeda fanpage.

takyahla nak boikot-boikot ke ape,, aku pun sekadar memberi sedikit pandangan tentang isu ini.. kalau nk terima terima lah dengan hati terbuka,, kalau tak boleh terima,, takpelah.. abaikan je..

thanks 4 ur time
xoxo PuanHusna

p/s: nak ke pahang pulak esok,, haiyaaakkk

Friday, 11 April 2014

Mawar Fareeda - "Kalau Nak Berfesyen Tengoklah Kemampuan Diri"

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,,
haaaa kecoh kt fb pasal si cantik manis Mawar Fareeda ni,,
takmo marah2 hari jumaat ni,, meh senyum2 sikit.. aku bukan nak setuju atau bangkang apa yang terjadi, tapi meh kita tgk dan lihat, apa yang berlaku sebenarnya,,...

bermula sengan comment di FB seperti ini,


dimana ada yang berangapan tudung FAREEDA itu diciplak sebab nak bagi org yg kurang berkemampuan untuk membeli jenama FAREEDA tu merasa la pakai ala2 mawar ni kan.. tak dpt ori dpt ala-ala pun jadilah kan.. ye la comel je kan MAWAR tu pki tudung tu.. teringin juga kan..

tapi ianya dibalas oleh Mawar Fareeda Fanpage dengan melihatkan statmentnya seakan2 angkuh berbicara,

"Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri" dan kalo aku baca pun aku nyirappppp je hahahah,,
tp relex, adakah ianya benar dihantar oleh MAWAR ataupun admin page tersebut, mungkin sedikit sebanyak tingkah laku ini mengakibatkan ada peminat-peminat tudung kt luar sana berkecil hati, dan berangapan seperti, jenama Fareeda hanya dicipta untuk golongan atasan je, so bagi golongan bawahan, anda tidak layak memakainya.. adakah begitu? jangan diskriminasikan tudung ok.. no no no tak mo tak mo



sumber : google

aku taknak sentuh pasal tudung fareeda tu pendek tak ikut syariat islam ke ape, sbb aku pun pakai blm tentu sempurna kan,, jadi aku lebih kepada memberi pendapat, yang mana dia tidak sepatutnya mengeluarkan statment yang menguris hati seperti itu, dan seakan-akan mendongak dengan kejayaan yang diterima, mmg tidak dinafikan, mmg aku sendiri penah tgk tudung Fareeda ni, mmg harga die, fuhhhhh, aku jujurnya, bukan tidak mampu, tapi pikirlah sendiri, bagi yang punya lebih kemampuan tu, anda mmg boleh la nak beli tudung Fareeda ni dengan menutup mata sahaja.

so kita pun jangan marah-marah la kalau die nak bersifat angkuh seperti itu, sbb kita pun tak tau siapa sebenarnya yang mengeluarkan statment mcm tu, think positif, mungkin admin die ke,, tp yang dapat nama si mawar juga.. tp kalau benar dia yang mengeluarkan statment itu,, kita harap die boleh tampil memberi penjelasan.. sbb peminat awak ni ramai madam rose.. semua sayang awak.. hehee
sbb tgk dari segi rupa kecil molek comel lote ni, mcm tak caya pulak die keluar statment mcm tu.. tp manusiakan siapa yang tahu..

heheheh, ok salam jumaat, senyum sikit lah.. :)

thanks for your time people
xoxo PuanHusna

p/s: aku selalu shopping tudung dkt muaz, n kadang2 beli online, pasar malam pun ada,, tak kira asal cantik dan berpatutan, aku beli hehehe :)


note: tiada unsur hasutan dalam entry ini ok,,




Monday, 7 April 2014

Jom SHOPPING TUDUNG!! - Discount 15%

Assalamualikum,

salam isnin semua adik-adik manis, kakak-kakak cantik, abang-abang kacak menawan,

harini saya mau, kasi promosi sikit, sama kakak2, adik2 yang cantik manis bertudung itu.. ammmahh..
kasi abang2 yang mau belanja sama kakak2 manis yang tercinta juga boleh, mau kasi sepelais (surprise) sama itu kakak cinta hati semua.. amahhh emm (gigit lidah sikit)

haish penat cakap mcm tu, ok untuk anda yang agak malas nak ke jalan TAR, malas nak ke kedai tudung kerana kesesakan TRAFIC tak kira jalan raya atau public transport  yang tak pernah henti dan tidak punya masa terluang untuk keluar bershopping, hah ini adalah penyelesaian untuk anda, yang mana anda boleh SHOPPING tudung hanya dihujung jari, hahhh

kelebihan shoping tudung dihujung jari ni, jimat masa, jimat minyak, jimat tenaga,tak yah bersesak-sesak rebut-rebut ngan org lain sbb tudung yang korang nak beli, ada makcik lain dh pegang frusttttt kan dan yang penting tak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran, dan semua jimat lah.. ye la kalo beli baju kita nk kene try dulu tkt tak muat semua kan.. tp tulah kelebihan tudung, tak perlu nak test2 sure semua org sesuai untuk memakainya.. iyeee dokkk!

ok kat sini ada satu tempat shopping tudung yang best dan MURAH dan CANTIK iaitu.... www.tudung2u.com.my



kasi click saja itu link nanti korang boleh la bershoping disitu ye,, dan apa yang menariknya, bagi sape yang membaca blog aku ini, anda diberi DISCOUNT khas sebanyak 15% sebagai pembaca,  sape nak bagi kan,, haaaaaaaa, macam mane caranya mudah saja,

kalau korang nak shopping korang click kt web akan keluar mcm ni,


so korang boleh la buat pilihan tudung yang korang nak beli, mcm2 jenis cantik2 sampai rambang mata la jugak aku nak memilihnya.. heheheh, ada SHAWL,BAWAL,4SEGI,ANAK TUDUNG dan macam2 lagilah,

ok lepas korang buat pilihan korang boleh la buat mcm ni contoh tudung aku nak beli,, aku ni peminat shawl dan cantikkan shawl ni,, so korang dh pilih, korang click kt button "ADD TO CHART" warne oren kt bawah tu.. so korang akan nampak item yang korang nak beli tu ada dlm "SHOPPING CHART" warne hijau belah atas tu, so kalau dh abis shopping n nak buat pembayaran boleh la click kt SHOPPING CHART tu,



dan bile korang click kt SHOPPING CHART tu akan keluar seperti ini...


lepas dah keluar mcam ni korang pun bolehla masukkan KOD discount bagi pembaca blog aku ni,, ok ini adalah KOD Discount Baucer untuk pembaca blog aku ni korang boleh masukkan kod dibawah ni..

KOD DISCOUNT VOUCHER :  ADB2014

haa dan bile dah add tu akan keluarlah, "discount pembaca blog husna",,, so maknenyer korang dapat la discount 15% kat situ,, sape nak bagi kan..... dan discount ni valid sampai 30.APRIL.2014 je tau, so cepat-cepat la shopping dan jangan lepaskan peluang keemasan ini tau..  bagi abang-abang yang tak tau nak hadiahkan ape untuk yang tersayang tu boleh la, juga beli kt sini, hadiah tak semestinya kene tunggu hari jadi kan.. then hantarkan kepada yang tercinta mesti die suka nanti.. hehehehe dan dapat juga pahala bila yang tercinta tu manis bertudung menutup aurat kan.. ehem ehem malu la pulak..

ok jangan renung lame2 sangat kat sini,g renung kt web TUDUNG2U tu haaaaa, aku pun naik rambang mata dh nk beli yang mane ni.. cantik-cantik belake semuanya.. heheheh 

thanks for your time people
XOXO PuanHusna


p/s: dulu rajin ke jalan TAR cari tudung pastu sebab ramai sangat manusia.. dh malas semua nk online je.. hekhek :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...