Friday 10 April 2015

Suara Seorang Rakyat Biasa!

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua.. semoga Allah melimpahkah barokah dan rahmatnya kepada kita semua yang terasa di anaiya ini..

tarik nafas hembus tarikkk hembuss.. fuhhh masih terasa berat dada ni.. tak tau nak ckp marah. kecewa, sedih semua ada.. ni lebih kepada luahan sebagai seorang Rakyat Marhean yang mana orang orang kaya, pak pak menteri dan sekutunya tak pernah ambil kisah. merungut? yesss mmg aku merungut.. tak bersyukur? aku sangat bersyukur dengan kurniaan Allah terhadap aku.. tapi bile aku terpaksa beri again "terpaksa"maksunya tak iklas memberi kepada sesuatu badan lain hasil dari penat lelah aku berkerja kau rasa.. emmmm

i got this word "alaaa kau tak pikir pulak ape kerajaan bagi kat kau as a rakyat malaysia"
ya mmg mcm mcm kemudahan yang diorg sediakan, hospital/klinik RM1.00, sekolah free, then ape lagi? ini jawapan aku.. mereka sebagai menteri  mmg tugas mereka menyediakan kemudahan, kelebihan kepada rakyat.. sbb diorg pakai duit kerajaan buat itu ini semua utk rakyat sbb diorg bekerja mmg untuk rakyat..

Lepas yang diorg umum KONON nya KTM semua pengangkutan awam tak kene GST fuhh aku mula nak rasa lege.. but thennn keluar pulak yang Tambang Bakal naik.. fuhh aku tak leh dok diam.. aku pengguna public transport hari hari ok.. hari hari aku naik tren bus utk pegi kerja.. kau rasa aku tak terkesan? then dia tangguhkan kenaikan harga tu sbb ramai dah merungut.. dah la tak habis lagi kene tipu dik menteri yang dok canang harga akan turun semperna GST tapi apa yang aku dapat.. takde lagi barang yang aku nampak turun.. yang maintain ada.. tp yang naik mmg ternyata la kan. most of 80%barang yang aku selalu beli semuanya dah naik harga and aku tak jumpa lagi bende yang turun harga setelah 10 hari GST dilaksanakan ohhh lupe KERETA turun harga woiii!.. dah tu aku sendiri cakap aku naik puc\blic transport.. kau rasa aku nak beli kereta hari-hari ke?

ok berbalik dengan harga tambang Komuter & Bus yang mmg aku gunakan setiap hari untuk pegi kerja.. meh aku tunjuk dekat korang pengiraan tambang aku untuk sebulan..


harga baru tambang komuter boleh tgk kat link ni.. ----> http://www.ktmb.com.my/

jadi kau rasa RM61.60 sebulan tu tak membebankan utk kau? aku complain sbb dengan RM61.60 tu mcm mcm bende lain aku boleh beli barang dapur. bayar bill. emegency kne g clinik. emegency isi minyak kereta, emegency repair kereta.. so now kos aku bertambah tp income aku maintain di takuk itu.. aku mungkin tak sekaya orang lain nak naik kereta hari2 g keje redah jem mcm nak gile, plus minyak dah mahal, semua.. 
or ada sesiap yang nak keluarkan ayat ni "eleh RM61.60 pun nak berkira, kira sikit la tu"ok sape yang keluarkan ayat tu.. boleh kau bagi kat aku RM61.60 setiap bulan untuk tambah sebagai tambang aku nak ke tempat kerja.. kalau kau bagi ok aku akan senyap.. dan kalau tambang naik harga lagi aku akan mintak jugak kenaikan kos tambang aku pada kau.. boleh? jadi sesiapa yang tak berada di tempat aku dan mempunyai nasib yang sangat baik punya gaji besar semua mampu beli ok korang bukan level aku.. aku adalah level Marhen yang kene berhempas pulas mendapatkan kemewahan sendiri tapi bila baru nak rasa mewah kau dah jatuh semula ke level rakyat berpendapatan rendah! sbb semua bende yang aku tanggung adalah tinggi.

ala takkan takde alternatif lain utk g kerja.. 
aah mmg ada aku jumpe alternative lain utk ke tempat kerja adalah dengan menaiki LRT (Rapid) ok LRT ada buat pas bulanan yang mana bayar RM150/30hari so boleh naik bus+lrt putra+star+monorail..
 ok mmg jimat yang ni.. aku masuk kerja pukul 9.00pagi  untuk ke tempat kerja aku dari gombak to serdang ambil masa 1 jam menaiki tren aku kene naik tren di station gombak then tukar train di masjid jamek untuk ke sungai besi.. sampai di sungai besi aku kene naik bus untuk ke tempat kerja. yang mengambil masa tunggu bus kalau nasib dapat awal awal lah aku,, kalao lambat lambatlah aku.. estimation (30-45 minit). ini bermakna untuk tidak lambat ke tempat kerja aku kene keluar rumah 6.45pagi, dan balik pukul 5 petang, dijangkakan aku akan tiba di rumah waktu sudah gelap dan the best part is.. tempat aku tunggu bus adalah HOT AREA untuk kes samun ragut dan rompak.. ok la demi nak berjimat aku kenelah hadapi sedikit rasa gentar persiapkan diri dengan ilmu pertahankan diri, sampai nak pergi balik kerja pun kau terpaksa melalui detik2 maut.. kalau sampai alhamdulillah, tp if apa apa jadi? samun rompak? ragut? korang rasa perlu ke korang dedahkan diri dengan bahaya yang korang sendiri dah tau? 

kalau mcm ni yang aku kene hadapi.. yes aku sangat hampa dengan apa yang pihak pihak mereka lakukan.. menindas kami di golongan bawahan yang baru nak merasa hidup dan menarik nafas dengan selesa.baru berangan-angan nak beli rumah. nak tukar kereta selesa(emmm kene fikir banyak kali), semoga Allah permudahkan, aku tak dpt bayangkan mcm mane kehidupan mereka yang gaji lebih kurang aku yang punya anak, nak kene kerja, hantar anak ke pengasuh, bayar rumah, bayar kereta, bayar bill, aku tau mereka juga mengeluh cuma mereka tiada tempat untuk mengeluh kerana takut akan di dakwa di bawah akta hasutan.. aku tidak menghasut orang untuk membenci mereka.. tp aku lebih kepada meluahkan apa yang aku rasa. dan alami sendiri, kalian punya hak untuk memilih siapa pemimpin dan aku juga punye hak untuk memilih siapa pemimpin.. tp kalau hanya aku yang berharap tp yang lain yang tidak berada di tempat org org seperti aku, mereka akan sentiasa selesa tanpa memikirkan orang lain.. buka mata buka hati kita seagama kita bersaudara tapi dengki yang buatkan kita benci sesama kita.! dan kita memijak yang lemah tanpa rasa bersalah kerana kita rasa kita cukup berkuasa untuk buat apa saja.!

suara seorang rakyat biasa!
xoxo Puan Husna

p/s: jangan takut untuk bersuara, tapi jangan sampai menghina, Jaga setiap kata kata kerana Allah tak pernah buta!


*ini adalah luhan hari seorang rakyat biasa yang tidak mewakili mana-mana pihak!



5 comments:

  1. Replies
    1. tak sedih sangat tapi sedikit kecewa je anum! :)

      Delete
  2. Aku tak tahu nak tulis apa tapi aku setuju gila dengan apa kau cakap tu ! Tak tahu nak cakap setuju tahap berapa dah ni. Fuhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju jadi mari pangkah saya untuk pilihan raya ya hahahaha

      Delete
  3. Cik mah pun setuju..slalu pk kan yg lagi susah dr kita mcm manalah ye...nk dptkan rm1 pun payah...sedihnyer...

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...