Thursday 22 March 2018

KETUMBUHAN DI PAYUDARA ( Ketumbuhan Membengkak & Pembedahan)- Part 4

Assalamualaikum,,

bersambung dari entry lepas tentang tiba tiba je aku rasa sakit sedangkan dah aturkan untuk operation pada 4/2/18 tapi disebabkan tempat yang terdapat ketumbuhan tu tiba tiba jadi merah dan sakit. aku terus call dr.vena dan Doc minta aku terus datang petang tu jugak dimana kalau ikutkan tarikh haritu adalah 12/3/18.. so 2 petang aku terus mintak excuse dekat ofice terus ke hospital.

nasib lah hospital dengan ofis aku cuma 5 minit je.. so tak la nk kene hadap jem ke ape.. sampai je hospital aku terus pegi daftar dan terus masuk bilik Dr.Vena, dan bg tau die ape yang aku rasa dan Dr terus buat pemeriksaan and yesss, doc terus cakap.

Memang ianya dah membengkak dan die kata kemungkinan terdapat jangkitan dekat dalam yang buatkan die membengkak. so doc tak tunggu terus cakap, terus admit harini utk kita start antibiotic dan kita akan buat operation esok pukul 10 pagi..

dengar je mcm tu aku tak membantah dan doc terus uruskan aku utk di masukkan ke wad dan jalankan procedure,disebabkan wad penuh aku kene tunggu wad kosong dulu so pihak hospital kata diorg akan call bila bilik dh ready,  so aku pilih untuk balik sbb haram ape barang pun tak ready.. , terus pergi counter admit untuk bayar deposit semua dulu then balik siapkan barang jam waktu tu dalam pukul 3.30ptg.



pukul 8.45mlm pihak hospital call bg tau bilik dh ready boleh terus datang utk admit. disebabkan wad penuh, aku dapat bilik 4 bad so husband mmg tak boleh tunggu dkt wad tu, tp sbbkan kes aku emergancy aku kene jugak masuk wad utk start antibiotic.. so mlm tu tido mcm biasa dan pukul 7 pagi dah kene start puasa sbbkan operation ditanguh pukul 2 petang.

nak masuk OT gua senyum lagi hahaha 


waktu tu ckp dengan husand tak payah datang sbb ada di kenit tu susah sikit nk kawal habis die terjah katil org semua..

so sampai time pukul 1.00ptg nurse dah datang suruh ready utk tolak masuk OT, so aku di bagi baju utk aku ready dan tepat pukul 2 aku di tolak masuk ke OT, ada Dr Tan, Dr bius datang bagi penerangan tentang pembedahan yang die akan bius full body, masuk je dlm bilik OT nampak ada beberapa org tgh ready the equipment dan dr bius start tekup mulut aku dengan gas dan yang aku dengar die kata masuk ubat ni akan sakit sikit ya... tak sampai berapa saat aku pun hilang dari dunia nyata..

pukul 4.30ptg selesailah pembedahan membuang ketumbuhan di payudara dan aku di tolak balik masuk ke wad. waktu sampai tu masih rasa mengantuk, yang nampak muka husban pastu aku sambung tido.. then ramai sedara mara datang ziarah aku pun aku dok mamai mamai lg.. paling tak boleh tahan lepas operation rasa loya ya amat mmg 2 kali aku muntah..

haaa ni lah rupe baru lepas keluar bilik bedah,, mmg mengantuk ya amat.. 


mlm tu doc datang buat round, then doc maklumkan ketumbuhan aku dah menanah dekat dalam so sbb tu yang aku rasa sakit dan die membengkak, nasib baik aku rasa awal, n doc kata mmg terdapat ketumbuhn ketulan keras dikawasan yang die belah tu, diorang dah ambik semua ketulan tu untuk dihantar sekali lagi ke lab untuk buat ujian terakhir utk sahkan ketumbuhan jenis ape.

Alhamdulillah, 15/3/18 hari khamis lepas, aku dah boleh discharge. balik rumah masih takde rasa sakit ape pun.. mungkin ubat bius tu masih ada,, dan hari isnin haritu 19/3/18 baru ada rasa sakit sikit.. tu pun masih boleh tahan.. so aku sekarang masih dalam MC sampai harini,, Jumaat akan start masuk kerja balik...

disebabkan ketumbuhan tu dah menanah dan ada infection aku kene masuk antibiotic ni 3 botol sehari sampai discharge pun sambung lg ubat sampai harini..



Final result masih belum dapat dari Doc, Doc kata Isnin 26/3/18 akan dapat full result test.. harap2 ianya cuma ketumbuhan biasa.. dan harap aku tak dengar berita buruk dr doc.

ok tentang bill aku dekat Colombia Hospital ni utk 4D3N, hanya 1 mlm je dpt single bad sbb last day tu baru ada kosong.. so total semua bill RM 8k++ bg aku kira murah jugak la sbb ada kawan aku but procedure batu karang dekat KPJ pun dah RM15k++, and alhamdulillah aku cuma kene bayar RM13.65  sahaja dari total bill tu.. sbb ada tambahan barang yg aku request insurance tak cover..

ok nanti aku update lagi result ketumbuhan tu yg final dari Doc,, doa doa moga ianya cuma ketumbuhan biasa..

Thanks for your time people
xoxo Puan Husna


p/s : dekat office bz nak Annual Dinner jumaat ni, so doakan aku dpt cabutan bertuah TV beso ehhhh tetibe hahahahaha



1 comment:

  1. Allahuakbar.. Seriau sy baca cerita puan husna ni dari awal hingga akhir.. Saya doakan moga puan diberi kesembuhan dah dipermudahkan segala urusan.. insyaallah.. tak sabar nak tahu result terakhir.. moga semuanya ok..

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...