Thursday, 16 June 2016

SUNAT ANAK PEREMPUAN di KLINIK MESRA

Assalamualaikum,

salam ramadhan buat semua.. Alhamdulillah tadi telah selamat mengkhitankan (sunat) si rarah yer lah dia pun umur dah 4 bulan setengah,, org kata time yang molek lah utk sunatkan dia..

so alang2 harini ibu tak berapa sihat, dan ayahnyer pun kepenatan sbb semalam buat order banyak.. so harini sempatlah curi masa utk pegi sunatkan si rarah kejap.. mule2 mencari2 jugak kat mane nak di sunatkan si rarah ni.. cari punyer cari.. teringat clinik yang slalu aku pegi utk buat cekup or ape2 lah..

KLINIK MESRA

klinik ni terletak di pinggiran seri gombak.. so aku call dulu tanya samada boleh atau tidak utk sunatkan baby girl kat sini dan dia kata boleh.. so aku pun terus je pergi bawak rarah utk di sunatkan..

so selamatlah sudah si rarah disunatkan,,, dan mule2 aku ada call clinik lain tanya tentang sunatkan baby girl dan dia kata harga rm45.oo, tapi aku buat kat klinik ni.. RM18.00 sahaja ok.. bile aku tgk proses yg dilakukan.. aku pun terpikir.. ape yang mahal sgt sampai rm45??? sedangkan alaaahaiii
dia cuit sikit je bg berdarah then dah siappp...

so bagi yang tengah cari tempat nak sunatkan baby girl bagi korang yg area gombak ni.. boleh la g clinik ni.. doc nyer pun ok je... so selamat bersunat.. eeehhhh

thanks for your time
xoxo puan husna

Sunday, 12 June 2016

Pengalaman Ibu - MENJAGA ANAK TIDAK SEMUDAH DISANGKA

Assalamualaikum,
salam ramadhan, nampaknyer sawang blog semakin menebal.. mcm mcm bende nak di uruskan lepas abah meninggal haritu.. ni baru start nak relex, sedar tak sedar dah masuk ramadhan.. sesi mencari rezeki ramadhan pun tiba.. Alhamdulillah sejak menjadi ibu ni.. mcm mcm bende baru belajar.. natrah now dah pun 4 bulan lebih.. nah blanje gambo die skit..




ok nak story, pasal mcm mane pengalaman aku membesarkan anak dalam tempoh 4 bulan ni (baru 4 bulan ok! hahah).. fuhhh mencabar mmg sangat mencabar,, ianya tak semudah yang disangka.. kadang aku sampai rasa nak give up pun ada tp emmmm.. ada yang cakap 
" org lain ada anak ko nak anak, pastu tak boleh bele"
ok pada mulanya aku ingat jaga baby adalah satu bende yang mudah yer la kenyang dia tido. bangun nyusu pastu tido balik..

tapi sangkaan aku meleset same sekali bila Allah kurniakan aku Khadijatul Natrah yang betul betul menguji kesabaran.. ok bkn aku je eh.. mama aku pun give up ok! aku diberi ujian tahap kesabaran dimana Allah kurniakan seorang anak yang KUAT MENANGIS+TAKNAK LETAK
hanya Allah yang tahu mcm mana.. aku dan suami buat keputusan tak jadi hantar org sbb aku tau kalau aku hantar kat org pasti ramai yang pulang balik sbb tak tahan die asyik merengek je, plus banyak kes sekarang yang dera baby sebabkan bende mcm ni la.. baby menangis taknak letak.

mcm mcm ikhtiar aku dah cuba bile org kata si natrah ni kene sawan tangis lah,kene gangguan lah nama tak kene lah, nak kene jual lah.. tp die masih mcm tu..dia sihat Alhamdulillah, kuat menyusu, takde sakit.. malam tido elok lena tapi cuma siang je bermasalah sikit.. at last lepas dah masuk 4 bulan ni aku tau natrah bukanlah kene semua yang disebutkan tu.. tp mmg Allah nak uji aku dengan Anak mcm ni.. merasa mcm mana susahnyer bele anak. mcm mana susahnyer nak besarkan anak.. ingat lain orang lain bahagian dia.. dan ini bahagian aku.. walaupun rasa serik jugak la nak beranak kecik.. tp aku cuba bertahan tgk mana mampu.. kadang2 hilang juga sabar ni.. tp bile teringat balik mcm mana sakit nak lahirkan dia.. insaf balik..

kadang org tgk kita marah2 anak mcm kita tak sayang dia.. siapa tak sayang anak oiii,, sedangkan kucing pun tak kasi org pegang anak dia.. ini pulak manusia.. aku terima semua ni sebagai ujian dari Allah utk aku jadi org yang lebih penyabar.. aku harap natrah akan jadi anak yang baik bila besar nanti.. 

kepada yang baca entry ni,, jangan takut utk beranak ok.. lain org lain bahagiannya.. mungkin korang punyer anak baik senang utk di bele kann kita tak tau.. semua tu dari Allah.. so doakan aku terus kuat dalam membesarkan natrah.. hahaha jangan tanya lagi pasal adik natrah ok... bialah aku besarkan dia yang manja terlampau ni dulu... 

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: berat ibu berjaya di turunkan dengan cara jaga natrah! hahahaha kurus aku dikerjakan anak!


Thursday, 14 April 2016

AL-FATIHAH Buat ABAH (Mr.Os)

Assalamualaikum.
mencari kekuatan dan tempat meluah, dan ini aku rasa tempat terbaik untuk aku luahkan segalanya.. menceritakan segalanya.. perkara yang paling aku takut, dan ianya benar2 berlaku dlm hidup, perkara yang paling berat aku kene tempuh..
 
 
8/4/2016(Jumaat) : 2.50ptg
perginya insan yang aku pangil ABAH. Mohd Yusof Bin Abdul Hamid (Mr.Os)
abah pergi pada usia 55tahun 4hari lepas abah sambut birthday abah.. walaupun abah kene sambut birthday abah time tu dekat hospital, takdir Allah dah tentukan segalanya.. setiap ajal maut semua Allah yang tentukan jika sampai masanya tak lewat tak cepat.. Allah akan tetap ambil abah..
 
aku sendiri tgk aku sendiri ada disisi abah waktu Abah mengembuskan nafas terakhir. Hanya Allah je yang tahu perasaan time tu. walaupun sejak dari hari khamis 7/4/2016 tu lagi Doc dah beri tahu tentang situasi abah dan dah suruh kami keluarga bersedia bila bila masa, namun kitorg Nampak mcm mane kuat abah melawan sakit abah hinggalah hembusan nafas abah yg terakhir hari jumaat tu.
 
kami tahu abah akan pergi, kami tahu abah akan tinggalkan kami..tp hati mana yang mampu tahan waktu kehilangan org yang paling kita sayang.. org yang aku pangil ABAH org yang didik dan besarkan aku..
 
una ingat lagi hari khamis tu,, una dtg bawa natrah naik tgk abah,, abah cakap "kenapa bawa natrah naik, ni hospital dia kecik lagi" aku hanya mampu jawab " takpela die nak jumpe ateh nak sayang ateh" dan itulah kali pertama abah pegang n cium natrah dan itu juga kali terakhir.. sbb abah kata die tgh sakit die taknak pegang natrah takut natrah jangkit katanya..
 
Abah seorang yang betul betul kuat, semangat dia melawan sakit die btl btl membuat aku kagum dengan dia.. sampai akhir nafas dia dia masih cuma untuk melawan sakitnya walau dia tahu yang masanya telah tiba, abah tak menyerah, abah dapat tahu yang dia mengidap kanser paru paru stage 4 mula hujung tahun lepas, dan dia mula kritikal waktu dia mula kimoterapi dan kesihatan dia makin merosot bila masuk kimo ke 3 4 5 dan 6, dia mula tak larat bangun, badan lesu, dan sampai tahap dia terpaksa berkerusi roda. tapi dalam tak larat die, die tetap nak buat kerja, dia tetap nak berceramah, dan hingga akhir hayat dia pun dia masih banyak undangan ceramah. dia kata dia suka buat ceramah sbb dia dapat kekuatan bile die berceramah, dan dia nak org doakan untuk dia.. tp Allah lebih sayangkan dia..
 
Hari abah nak pergi tu, pagi doc dah bg tau kitorg yang kesihatan abah makin merosot dan mereka jangkakan abah akan pergi hari tu.. dan doc mmg dah tak boleh buat apa-apa disebabkan paru-paru abah sebelah dah tidak boleh digunakan.mmg ada sedra mara yang dah dating utk bacakan yasin untuk beri kekuatan pada abah.. abah terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan, tp abah masih dalam keadaan sedar.. mula pagi tu dia kata dia penat, nak tido, bila dia dpt sedikit kekuatan dia bangun mintak gosok gigi, selesai gosok gigi, dia baring semula sbb penat, pukul 1.50 mcm tu dia bg isyarat suruh mama lapkan badan dia. mama paham maksudnya dia nak mandi.. siap je lap badan dia.. dia minta Boy utk ambilkan dia wuduk dia nak solat.. mulanya pakcik aku ajak dia Jemaah tapi dia menolak dia kata dia nak solat sendiri.. so biakan dia solat sendiri.. yang perasan dia solat fardu zohor dan ada dalam 2 lg solat sunat dia sempat buat.. dalam hujung nyawa dia tu masih dia gagahkan diri utk tetap mengangkat takbir menjalankan kewajipan dia..

2.20ptg dia siap solat.. aku berdiri sebelah katil dia, ngadap dia sambil pegang natrah, semua adik beradik lain dan sedara mara yg ada kat situ ada tunggu dia.. sorang sorang dia tenung lama.mungkin itu tatapan terkahir dia buat semua org. pukul 2.30 mcm tu dia ckp dgn Boy dia nak minum.. dia bangun duduk, dia ambil kekuatan terakhir dia utk minum air, dan selesai dia minum air, masa dia pun sampai.. terus dia paut tangan boy dan dia sendiri buka bantuan pernafasan dia dan abah pun pergi buat selamanya.. tak lepas mulut boy melaungkan kalimah syahadah buat kali terakhir utk dia. 2.50  abah pergi dan doc sahkan abah telahpun tiada..

Hanya Tuhan ja tau perasaan time tu.. tp perjalanan abah sangat lancer pukul 3.20 jenazah siap2 di wad terus di hantar ke bilik mayat utk urusan mandi kafan dan solat, sampai je bilik pengurusan jenazah tiada apa yang menghalang terus abah dimandikan, siap2 mandi semua dikafankan dan terus di solatkan di hospital tu juga.. dalam pukul 5mcm tu husband aku dah call suruh stanby di surau sbb jenazah dh bergerak dari hospital utk dibawa ke surau dekat dgn rumah utk tatapan keluarga kali terakhir..

5.15 jenazah sampai di surau.. aku pun cium abah utk kali terakhir.. muka abah bersihhh sangat sangat, putih dan Wangi.. mcm abah tgh tido je aku tgk.. diorg yang di hospital kata,harini abah betuah sbb abah sorang je jenazah yg diorg kene uruskan so mmg cepat je takyah nak tuggu2, dan adik bradik aku cerita waktu mandikan abah, satu najis pun takde keluar dari perut dia.. mmg sangat bersih abah pergi.selesai solat jenazah kali ke2 di surau pukul 6.00ptg terus bergerak ke Tanah perkuburan bukit permata taman seri Gombak. dan di kubur juga pengali kubur tu kata, harini pun Abah sorang je yang dia galikan liang lahad. Allahuakbar. bertuahnya abah.. 6.30petang selesai semua urusan dan abah pun selamat di kebumikan..

perjalanan terakhir abah sangat cantik, takde sebarang halangan utk dia terus mengadap Ilahi. perginya pada hari jumaat, selesai tanggungjawab utk solat dan masih dalam berwuduk.. aku yakin tempat abah sangat baik..kalau aku meninggal, aku pun nak meninggal mcm abah..



dear Abah
terima kasih utk segala penat lelah membesarkan kitorg semua, terima kasih utk senyum tawa abah, terima kasih utk segalanya.. semoga abah tenang disana, dan semoga Allah jadikan kubur abah salah satu taman-taman syurganya, semoga abah ditempatkan dengan para solihin.. abah dah tak sakit lagi kan, mesti abah tgh bergembira disamping yang esa.. smoga kita berjumpa lagi abah,, nanti abah tunggu kitorg kat sana tau.. una sayaang abah n sentiasa akan rindukan abah!

Al-fatihah buat Mohd Yusof Bin Abdul Hamid(Mr.0s)

 
 
 


Friday, 18 March 2016

REVIEW- TAMBAH SUSU BADAN DENGAN Mamom Milkbooster Herbaworks

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia..
 
fuhhh mencabar betul bile dah upgread status bile jadi si ibu ni.. yer la semua bekejar, mane nak makan, mane nak mandi.. mana nak menyusukan anak, mana nak perah susu.. kann hanya ibu ibu je tau perasaan ni.. kadang2 sampai stress lagi2 bile masalah susu badan kurang and anak pulak kuat menyusu kannn.. ni tgh dalam cuti ok lagi kalau yang ibu2 dah nak naik kerja tu lagi la stress bile susu badan sikit je risau susu tak cukup nak hantar pada pengasuh, and mula la pikir anak tak cukup zat and kurang dpt susu terbaik dari ibu kalau si ibu dah start keje nanti kan..
 
bukan ibu ibu bekerja je risau ok.. aku yang tak kerja ni pun risau.. ya la yg aku ni pulak kene jugak stanby susu perah kalau time sampai order berderet.. ada cadang pki susu fomular, tp bg aku Allah bg rezeki insyaAllah mesti ada cara utk perbanyakkan susu badan supaya anak kita membesar dengan sihat dan kuat kan..
 
sooo disebabkan itu maka ni adalah antara ikhtiar yang ibu ibu yang mengalami masalah kurang susu badan..taaarrrraaaaaaaa


 

Mamom Milkbooster Herbaworks 
Harga sangat berbaloi sebab boleh tahan sebulan. kalau buat kira-kira korang hanya
keluarkan Rm2.60 saja sehari (1 botol RM80 ). Tak mahal pun sebab bila susu keluar.
 boleh jimat dari beli susu formula yg jauh lebih mahal.
 nahhh tgk sendiri testimoni-testimoni Mamom Milkbooster Herbaworks..
memang terbukti berkesan..ada yang terpaksa beli peti ais baru sebab dah
 tak muat nak simpan stok susu.






 

Yang menarik mengenai Mamom Milkbooster Herbaworks ni ianya
dalam bentuk Tablet ! Hanya perlu kunyah-kunyah sahaja!
Isi kandungannya pun tidak meragukan. Dibuat dari ekstrak herba seperti alfalfa,
habbatussauda, madu, kurma, spirulina, kacang soya, susu kambing.
 
Apa yang lebih meyakinkan aku lagi adalah blogger Irine Nadia pun dah cuba.
and die sendiri dah bg feedback yang wooowww..
 
 
 

Mamom Milkbooster Herbaworks ada sijil Halal Jakim dan KKM.
 So, ibu-ibu kat luar sana tak perlulah risau ya. Sekarang ni dah dieksport ke luar
 Negara lagi. Jadi, kalau ada ibu2 kat luar sana yang risau susu makin kurang,
 aku memang highly recommended! Try dulu tau makan Mamom!
Ramai yang dah consume produk Mamom dan repeat order semula.
 Produk ni betul- betul membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu ! Insyaallah.
ni kan salah satu ikhtiar juga kannn..
 
 
 
 
 
 
 
Untuk lihat testimoni, jom follow instagram ni:
@mamom_tambahsusuibu

@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
.

ataupun boleh je order direct terus
 
Whatsapp 019 372 1966

Kalau nak tengok banyak lagi testimoni atau still rasa ragu2, u all boleh "LIKE" .

FB Page : Mamom Milk Booster Herbaworks .
 
 
 
 
 

 

 


Thursday, 10 March 2016

TUDUNG TERBARU WANITA ONLINE

Assalamualaikum..

sekarang mmg dah menjadi trend untuk sentiasa up to date pasal fashion, yer la semua nak berlumba-lumba nak make sure diri kita ni tak la kuno sangat, ape yang terbaru n trendy sentiasa kita tau kan.. hahaha kalo perempuan and level-level hakak hakak ni ape lg yang sentiasa di kumpul kalau bukan TUDUNG. semua nak jadi hijabista kann, sbb skrg ni yang bertudung pun boleh ber fashion tauu dari jenis Bawal, Siakap, Cencaru, Shawl la semua la mesti nak kene update kan tudung ape yang terkini.



tp dalam nak up to date tu pun.. setiap org masih punya cita rasa tersendiri.. ada yang suke pakai selendang, ada yg suke pki tudung ala2 budak sekolah, ada yang suke gaya turban, tp kadang2 takde masa nak keluar ke kedai nak cari tudung.. yer la nak belek2 kat kedai.. mane taknyer dah paham sangat kerenah hakak hakak ni kalau bab memilih tudung lah yang paling lama.. 

so sekarang korang tak perlulah nak berdiri lama-lama dekat kedai belek belek last2 tak beli, n buat sales girl kedai tu jeling korang sambil flip tudung kan.. haha sekarang semuanya boleh dapat di hujung jari, dari nak cari tutorial lilit tudung, sampailah beli tudung terkini online, semua boleh buat dengan ada internet! lantak la korang nk belek dari pagi sampai ke malam ke ape.. dan yang penting semua nya trendy ok..



mcm dekat ZALORA, mcm mcm jenis tudung ada, korang boleh pilih je nak yang mane yang berkenan dihati..ape lagi pegi la terjah ZALORA tgk ape tudung yang best sekarang.. heheh

ok aku pun tengah nak terjah ZALORA ni yer la almatlumlah kita mommy2 ni dengan anak kecik, nak keluar bershopping tu mmg kurang nooo mase, so online lah pilihan terbaik.. click click sampaiiii ke riba eehh.. heheh

ok thanks for your time
xoxo Puan Husna

Monday, 7 March 2016

DIY- Hair Care

Assalamualaikum,,

Monday blues nampak.. slalu Monday monday ni mmg rasa malas je kan nak buat kerja kann so mule la menerjah blog2 utk mencari mood sambil membaca bende bende berinformasi.. ewahhhh hehehe mcm la entry ni.. mmg sangat berinformasi buat wanita wanita yang sentiasa nak menjaga kecantikan mahkota mereka iaitu rambut.. yer la tak kira la yang bertudung pun mmg sangat la menitik beratkan penjagaan rambut kan..

pastu org ckp eleehhh yer yer je nak buat hair care bagai bukan ad org tengok pun kalo dah bertudung.. helllloooooo meh meh akak nak ckp sikit.. di keadaan cuaca yang terik sekarang ni.. kene pulak korang bertudung.. pastu kulit kepala berpeluh mule la gatal.. kalo dah gatal tu maknanya mule la nak naik kelimumur aka ketombe kann.. pastu sedepe boleh bau rambut korang walaupun dlm tudung helllooo jga sikit jangan sampai org lalu sebelah sambil tutup hidung sbb confuse org ke lori sampah yg lalu.. serius ok..

aku adalah org yg mmg sangat sgt sgt menjaga bab bab rambut ni walaupun dah bertudung.. i jaga utk suami and plus utk kebersihan ok.. kebersihan kan keperibadian.. tak gituuu, jadiii
disebabkan keperihatinan hakak, akak nak sare la pasal DIY- HAIR CARE yang mana uallss boleh buat sendiri di rumah sbb semudah ABC ajeee..





Kopi

Bahan-bahan
Serbuk kopi
Air
Cara-cara
Campurkan kopi dan air dan kacau sehingga pekat kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan sehingga 20-30 minit sebelum anda membilasnya dengan menggunakan air yang suam.
Khasiat
Kopi menjadikan rambut anda kembali bersinar dan turut menguatkan akar rambut serta membantu pertumbuhan rambut anda.


Aloe vera

Bahan-bahan
Aloe vera
Cara-cara
Potong aloe vera dan ambil bahagian dalam yang berwarna putih. Sapukan pada kulit kepada dan rambut anda. Biarkan selama 20-30 minit sebelum anda membilasnya menggunakan air bersih.
Khasiat
Penggunaan aloe vera membantu untuk menyuburkan rambut anda dan mengaktifkan pertumbuhan rambut baru.




Lemon

Bahan-bahan
Lemon
Cara-cara
Potong buah lemon dan perah pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama 20-30 minit sebelum anda membilas menggunakan air yang bersih.
Khasiat
Selain mengatasi masalah rambut gugur, lemon juga membantu anda dalam menyelesaikan masalah rambut beruban dan baunya pun wangiiii. 

so mudah kannn.. kalau nak lagi mudah korang boleh layari ZALORA utk dapatkan mcm mcm jenis hair care punyer product yang murah and mudah utk dibeli click and terus sampai keriba giiitttuuu..

jadi jom sama sama kita menjaga kecantikan mahkota setiap wanita ini supaya sentiasa sihat dan chantik!

thanks for your time
xoxo puan Husna

Wednesday, 24 February 2016

BERSALIN DI HOSPITAL SELAYANG OK KE?

Assalamualaikum,

sementara si kenit ni tido n mood rajin ni sampai baik kita type laju2 hahaha.. dlm entry lepas ada aku ceritakan pengalaman aku melahirkan natrah, and now aku nak cerita pulak pasal service yang aku terima di HOSPITAL SELAYANG yang mana ramai juga aku dengar cerita ckp service itu la ini la di lain2 hospital kerajaan sampai ramai la fobia nak g hospital kerajaan ni bile nak bersalin..


kalau ikutkan ni bukan pertama kali aku gunakan perkhidmatan hospital selayang dah banyak kali.. dari abah sakit, kakak bersalin, mama bersalin and aku sendiri dlm family mmg akan pilih hospital selayang.. 

first, nurse ok ke kat hospital ni? slalu kalau nak bersalin mesti dengar rungutan ibu ibu ni pasal nurse mulut puaka kan.. tp Alhamdulillah dari pengalaman aku n family aku tak jumpe lagi nurse2 yang mulut puaka atau doc yang kerek.. semua layan baik n sangat friendly, nak ckp diorg layan baik sbb Artis tu tak jugak.. sbb aku pegi bukan dengan abah pun.. mane diorg tau pun aku ni anak artis ke ape.. 

2nd, selesa ke hospital selayang ni? aku boleh katakan pada korang.. takyah duduk bilik 1s class pun korang akan rasa selesa sbb 3rd class die pun kipas sorang satu katil, space setiap katil luas, and yang penting tak panas walaupun takde air cond utk 3rd class ni..  sebelum aku di hantar ke wad pun nurse ad tanya nak bilik 1st 2nd atau 3rd, aku ckp je tak kesah la mane yg ada kosong je, so diorg kata 3rd class boleh ye puan,, aku ok jeee yer la bukan nak duduk sampai 3 4 bulan kan.. kira utk bersalin 3 4 hari tu mmg dah selesa sangat dah.. aku ada pengalaman kat hospital lain.. hadoi dengan panas die, dengan sempit.. kesian kat pesakit je sbb tak selesa.. mungkin tu sbb hospital lama kot.. selayang ni pun tak la lame sangat so ok la..

3rd, labour room, sebelum ni ada jugak terbaca pasal hospital lain yang mana katil tak cukup la, sampai ad yg kene tidor atas lantai la semua kan.. tp alhamdulillah, kat sini aku tak nampak lg yg tido atas lantai sementara tunggu nak bersalin.. mmg ada time labour room penuh tp diorg akan pastikan korang akan ditolak ke labour room jugak utk bersalin.. sbb aku tunggu nak masuk wad pun mmg ambik masa tp tak la sampai tidor kat kerusi ke ape.. dlm 3 4 jam dah dpt katil dah boleh stay kat wad sementara diorg akan pantau kalau korg dah ready utk bersalin.. and ad je kes2 yang datang mmg dah nak bersalin sangat dah so terus je masuk labour room utk bersalin.. sbb ad jugak kawan aku cerita kata wife die bersalin kat bilik menunggu je sbb labour room penuh.. tp kene bayar full mak haiii mahal pulak tu ..sampai RM300++ bersalin normal

4rd pasal bill.. bill aku bersalinkan natrah haritu RM127  sahaja utk 4 hari duduk wad, dan bersalin secara operate.. kau rasa mcm nak beranak lagi tak? sbb murah.. ni kalau operate, kalau normal die kata 3rd class ni dalam RM30 mcm tu je.. hoiiiii nak beranak 30 kali pun masih mampu nak bayar hahaha.. nak tau charge2 lain boleh rujuk sini----> CAS HOSPITAL SELAYANG

5th Doctor and Pakar.. aku 4 hari duduk wad siap dah hafal time doc akan melawat so if ada ape2 masalah korang boleh terus direct tanya dgn diorg so diorg akan terangkan terus pada korang apa masalah mengikut kepakaran doc yang dtg n duty waktu tu.. mcm pagi pukul 8-9 mcm tu akan ada doc atau pakar bahagian sakit puan datang utk pantau, lepas tu dlm pukul 10-11 mcm tu pakar bahagian kanak2 utk pantau baby so relex petang pulak diorg akan datang pantau lg and last belah malam.. kira mmg tak la rasa mcm diorg tak ambil tau atau apa.. if ada ape2 masalah diorg akan terus bg tau time tu jugak.. if dah boleh balik diorg yang akan deside boleh balik atau tidak.. tgk pada condition korang.. 

6th ada satu je masalah hospital selayang ni.. masalah PARKING.. haaa ni mmg mane2 hospital pun same kot.. kalau pegi time melawat tu hadoiiii mmg agak susah la nak cari parking.. tp sabtu ahad senang sikit la.. dengar kata diorg tengah nak naik taraf nak buat parking tambahan tp jauh sikit n kene jalan sikit la.. tp ok la atlist ada penambah baikkan.

jadi menurut pengalaman aku, aku sangat berpuas hati dengan servise dekat hospital selayang, aku boleh lavelkan hospital ni 4star utk service yang di berikan dengan kelengkapan dan keadaan hospital yang selesa n staf yang ramah ramah.. bagi yang nak bersalin kat hospital ni.. aku mmg sangat sangat mencadangkan kepada korang.. tp korang kene ingat lain org lain rezeki dia. dan kalau kita ikut prosedure and tak menyusahkan org lain insyaAllah Allahpun akan permudahkan Urusan kita.. 


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: dah separuh berpantang baru rasa sakit.. pelikkkkk!

Tuesday, 23 February 2016

SAKIT BERSALIN - PART 2

Assalamualaikum,, 

haaaaa dah baca pengalaman bersalin aku part 1?.. kalo belum meh baca part 1 dulu pastu sambung balik baca kat sini yer-----> SAKIT BERSALIN - PART 1 baru la mcm drama melayu hahahahaha



ok si kenit tengah tido so boleh la kita sambung story.. mcm mane aku bile dah di tolak ke labour room, dalam pukul 6 mcm tu aku dah di tolak masuk labour room, so bermulalah sesi utk melahirkan.. di sebabkan air ketuban aku dah pecah since 10.30 malam semalamnyer.. so aku ada masa lebih kurang 4 ke 5 jam je untuk melahirkan.. 

so masuklah aku ke labour room no 8, so masuk je terus nurse tu tanya suami mana? so aku ckp ada kat luar kejap lg die masuk.. sbb Mr.H datang dengan mama.. so mama kata takpela mama balik dulu, nanti dah bersalin nanti baru ma datang balik.. so sementara aku dah di pasang mesin kat perut utk  monitor baby.. sakit masih sama mcm tadi lagi lebih kurang 5minit skali sakit and skala sakit 8/10, mr.H pun masuk la labour room,, then datang 4orang Doc yang bakal sambut baby dengan 2 orang nurse, so mr.H pun dengar la Doc tu bg tau tentang bukaan and, disebabkan aku dah lama sakit but bukaan masih 4cm, diorg putuskan utk induce aku bagi cepatkan proses kelahiran,

mr.H bersetuju je dengan semua yang Doc tu cakap so aku pun ok je la.. yer la kita mane tau kita pun ok jer la sbb dah tengah sakit buat la ape pun aku setuju je.. hahaha so nurse yang jaga aku tu siapkan air suruh aku minum, and ckp ngan mr.H kalau istri awak nak ape2 tolong dia ya.. sbb bila ubat dah masuk dia akan lagi sakit.. so aku yg dah separuh mamai ni sbb menahan sakit + aku mintak lg ubat tahan sakit.. so nurse tu pun ckp,, puan stahan sikit ya.. nanti doc bagi ubat tahan sakit.. tp dia tak hilang sakit ya, dia cuma bantu puan utk rasa mengantuk je.. aku pun ok ok.. lepas ubat induse dimasukkan,, dengan dos rendah.. aku dah mule rasa sakit yg makin kerap lebih kurang 3minit skali sakit die n tahap kesakitan waktu ni 10/10 mmg sangaaaatttttt sakit ok.. sakit die bukan dekat perut tapi dekat bahagian belakang badan, dan pinggang, dah rasa mcm ada org tengah remuk remukkan tulang kat pinggang aku waktu tu..

waktu ni. Mr.h takde kat sebelah sbb die g hantar mama balik and die g makan semua dulu.. then die datang balik, aku dah menangis-nangis tahan sakit.. doc datang utk cek bukaan lagi and masih sama 4cm, punyer lah sakit waktu ni bukaan masih mcm tu.. so  doc tu kata masuk lg ubat induse dengan dos yg lebih tinggi sbb doc kata baby dalam keadaan relax so kita nak kejutkan baby supaya die boleh bantu utk bukaan. so die masuk je ubat for 2nd time tu, lagi mengelupur la aku sakit.. ok this time sakit die level 20/10 mmg sakit yang tak dapat nak di gambarkan.. sbb non stop, berterusan sakit yang mmg aku sampai dah rasa nyawa dah hujung2 je, menangis meraung semua and nurse tu sampai tolog aku ingatkan doa nabi yunus semua. nurse tu baik sangat siap dtg pegang tangan aku n ckp puan banyak-banyak istifar ingat Allah mmg sakit puan saya tau.. puan tarik nafas dalam2 n lepas pelahan-pelahan yer.. banyakkan istifar puan moga boleh cepat melahirkan,. sambil nangis n mampu laung nama Allah, Allah je waktu tu yang aku ingat.. mmg tahap kesakitan Hanya Allah je yang tau waktu tu.. 

jam dah pukul 11.30mlm aku dah tak mampu tahan sakit dah sampai aku dah rasa nak bangun n lari je dari labour room tu.. dan sampai nangis peluk mr.h ckp dah tak mampu nak tahan dah sakit sangat2  mintak mr.H tolong urut pinggang semua tp tak mampu hilangkan sakit pun.. doc cek lg bukaan masih sama 4cm n baby masih mcm tu seronok duk dlm perut tido.. langsung tak membantu utk bukaan. pukul 12mlm mcm tu aku dah makin meraung sakit sampai merayu2 dekat doc tu.. tolong la saya dah tak tahan sangat dah ni.. n aku mintak je di operate sbb doc tu suruh tahan lg 2 jam n kalau masih sama baru diorg akan tolak aku utk oprate.. tp aku ckp dah merayu2 mintak terus operate je sbb mmg langsung dah takleh tahan sakit.. so doc tanya dengan mr.H, die pun ckp, takpe la doc operate je la die kalau dah mcm ni.. so doc tu pun ok la siapkan borang semua utk di sign and terus tolak aku masuk bilik bedah

masuk bilik bedah 12.15mlm pukul 12.33 keluarlah si kenit ni.. masuk bilik bedah aku masih menangis2 tahan sakit, sepas die bius kat tulang belang terus hilang rasa sakit n mamai je time tu.. dengar je si kenit tu nangis ya Allah rasa lege sangat2 n hilang rasa sakit semua.. mcm magic. dah siap2 semua sambil die tengah jahit perut aku, diorg baru lap2 baby semua, n nurse pun bawak baby dekat aku ckp,, ni puan baby puan die suruh cium and tunjuk baby girl ke boy,, aku ckp baby girl.. pastu die kata kita bersihkan dulu kejap lg baru kita bg pada puan ya.. aku pun dah rasa nak tido je time tu sbb dah lege dah rasa..

so lebih kurang pukul 2 pagi mcm tu aku dah di tolak keluar dari bilik bedah n terus jumpa mr.h, n Mr.H ambik baby die tanya laki pempuan aku ckp gigirl, terus die azan n iqamat kan.. Alhamdulillah semuanya dah selamat. mr.H lah yang paling excited dengan tak tido seharian meneman aku..


dah nampak die depan mata, dengan aku pun tak dpt tido , sbb perasaan bercampur aduk, seronok, sedih, ngantok semua ada,,yg paling terkesan,, mcm ni rupenyer sakit mama nak lahirkan aku dulu ekk.. insaf kejap.. so bile org tanya aku about next baby.. fuuuhhhhh jgn la tanya dulu doc pun suruh gap kan 2tahun so lepas 2 tahun baru pikir hahahaha.. terngiang2 lagi wehhh sakit nak bersalin tu.. mmg aku tabik kat org dulu dulu yang boleh bersalin sampai bebelas2 anak... 

ok cukup la tu dulu utk entry ni, nanti kita sambung pulak cerita pasal si kenit ni kene duduk bawah lampu biru ehhh.. haaaa yg tu emosi sangat and nanti aku cerita pengalaman tentang service Hospital Selayang bagus ke tidakkk tunggu next entry ok!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mencabar rupenyer berpantang ni.. sabar husna 20days to go je lagi ni hehehe

Sunday, 21 February 2016

SAKIT BERSALIN- part 1

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur semuanya telah selamat, dan skrg aku dah pun tukar title menjadi seorang ibu kepada lil girl seberat 3.05kg yang lahir pada 31/1/2016 pukul 12.33malam.

Ni la die si pembuli ibu n ayah ni..
Khadijatul Natrah binti Mohd Izuan Shah


Nak cite pengalaman bersalin? Haaa mmg banyak nak cerita pengalaman yg mmg takkan dilupakan sampai bile2, yg mmg dr mule mengandung sampai nak bersalin semuanya baik je alhamdulillah, sbb aku takde kene mabuk2 teruk atau apa, sampai dah tunggu hari pun boleh lg aku tolong mr.h meniaga.

Ok nak cerita mcm mane pengalaman bersalin, aku ni kalau ikutkan dah over due kalau ikut tarikh asal bersalin iaitu 1/1/16 tp lepas scan n baby kecik doc kata takut salah kira die scan balik doc kata ikut scan should be 16/1/16 tp dia bg due date baru 30/1/16 sbb baby nyer baru 1.9kg je time tu,ok la aku ni jenis ok je, sbb takde pengalaman kan so kira serahkan je pada doc yg lebih arif, so sbb nk bg baby besar cepat mmg ambik masa 1bulan tu utk makan je la haha sampai mmg terasa la 1minggu naik 1kg gak la sampai nurse bising sbb dh nk dkt besalin aku plk naik menjadi2 plk berat.. hahah mane tak nyer semua takutkan aku ckp kalo baby bawah 2.5kg nti baby kene tahan duduk dlm mesen la ape la.. so aku mkn je la bnyk2 nk bg baby besar cpt hahaha..

Ok 29/1/2016 1hari sblm due date sbnrbyer aku dah start rasa mcm sakit tp masih boleh tahan, sbb sakitnya tak kerap sgt, n tanda pun takde lg, so tanya dgn mama, rasa sakit pinggang n baby asyik mengeras je, mama kata kalo takde tanda lg takyah la g hospital sbb nti dia suruh balik jugak kalau takde bukaan ke ape.. so aku pun mcm setuju jgk dgn mama, relek je la tgk tv mkn, tp skali dtg sakit tu mama pun pelik jugak, kejap kang die tanya, sakit sgt dah ke.. haha kita yg takde pengalaman bersalin mane nak taunya sakit nk besalin tu mcm mane, mama tgk aku yg kejap sakit kejap sakit, die pun ckp ngan mr.H, g bawak una g hospital dulu cek, kot2 dah bukak jalan nak bersalin, So mr.h pun ok, so ptg pukul 6 mcm tu, sampai hospital selayang, terus g bahagian labour room, n mula tunggu utk di seluk cek jalan, cek cek tgk baru 1cm, so doc kata balik dulu sbb kalau anak sulung slalu lambat.kita pun balik la dulu, mentang2 rumah dekat kan.. mmg berdoa taknakk ene duduk wad pun sbb husband tak leh tunggu kt wad.. so balik gelak2 cite kat mama, mama pun ckp budak ni syok sgt duk dlm perut tu, haha yang adik aku ye ye je siap ckp haaa ingt ko dh beranak dah ni balik pulak.. hahahha tak jugak anak aku nak kuar.. so tgh sembang2 dgn ma sambil makan dlm pukul 10.30mlm mcm tu tibe2, rasa mcm ada air keluar tp tak banyak lg la, ingatkan tekencing ke ape tibe2 basah, jeng jeng jeng,

Selang 5 minit kuar lg airnya, tp tak banyak, tp rasa jugak la air tu keluar, jernih takde bau, then ckp kt mama, mama kata haaa tu air ketuban tu, tp langsung tak de sakit plk time tu, padahal baru ptg pegi hospital, so tanya ma so nk g balik hospital balik ke, kang menyampah plk nurse tu tgk muke aku lg hahahah, so call hospital dulu tanya nak kene pegi ke tak, so call, die kata kalau air dah turun walaupun tak sakit kene jugak pegi hospital balik sbb die nk cek air dh kering ke tak takut baby lemas or ant complication liain plk... mama kata dah turun tanda tu bawak barang semua siap2 mesti kene tahan tu nanti.. so bawak semua siap, terus g hospital balik terus ke labour room tu jugak n yang bestnyer dpt doc yang sama yang attend aku petang tu die sampai eeehhh bkn awk dh dtg ke ptg td hahaha, aku ckp aah ni dah turun air.. terus die cek, aah dah pecah dah air ketuban, so ni takleh balik ye puan husna trs masuk wad ye. Sbb bukaan still 1cm jugak.. so sambil tunggu nk dpt katil tgh2 mlm tu mmg air pun tak beranti keluar je, dlm pukul 3 ke 4 pagi mcm tu baru dpt katil and waktu ni baru start rasa sakit mcm sengugut every 15minit mcm tu..

Lepas dpt je katil mr.h hantar g wad semua die pun balik tinggal ku keseorangan di wad melayan sakit yg masih mampu di tahan, sbb sakit die dtg kejap2 je.. n waktu ni sakit die mmg mcm sengugut je, dlm kepala dok pikir mcm ni je ke sakit die sampai nak beraalin.. kalau mcm ni insyaAllah boleh tahan kot... cehhhhh belagakkkk kannnn.. ko tunggu ko husna jap lg.. hahahha,mlm tu masih boleh tido mcm biasa sbb tahap sakit yg masih boleh di tahan..

Mcm panjang plk aku dok cite ni n panjang lg cite ni,,, ke nak sambung next entry? Hahahaha ok la sambung sikit lg, ok 30/1/2016, pagi pukul 6 mcm biasa nurse dah kejut utk cek jantung baby semua n dtg doc utk cek laluan. Lepas cek die kata baru bukak 2cm perhhhh punyer lah lama baru 2cm je bukak, ok redho, and masuk je pagi sakit makin kuat n makin kerap menjadi 10minit sekali, tp tahap kesakitan masih level 4/10, waktu ni boleh mkn lg semua. Masuk je tgh hari tu tahap kesakitan meningkat menjadi 6/10 dampai doc datang utk cek laluan n waktu ni laluan dah bukak 4cm ready utk di tolak ke labour room, haa waktu ni aku dah mintak ubat tahan sakit dah, sbb mmg dah rasa mcm tak boleh tahan dah, walau pun sakitnya dtg kejap2 tp tahap kesakitan tu waktu die datang, Allah, mmg tak tau nk ckp mm ape sakit die, so dpt la ubat tahan sakit yg tak hilangkan sakit pun cuma buat aku jadi mamai n tidoooo. Mr.H datang tgh hari tu pun aku ckp tak larat nak tido sakit.. so petang menjelma doc datang cek bukaan lg and its still 4cm, dan aku dah mule mengerang menahan sakit sbb ubat tahan sakit tu dah hilang.. ok ni tahap kesakitan dah makin meningkat ke 8/10 kira kuar air mata jugak la tahan sakit tp waktu ni sakit die dtg n hilang then dtg balik hilang balik.. so masih ada time utk ambik nafas minum ke mkn ke ape.. pukul 6ptg mama dtg dgn mr.h n kebetulan labour room dah ready, so terus diorg tolak aku ke labour room utk sesi bersalin walaupun bukaan masih 4cm, nak tau ape jd dlm labour room tu, haaaaa tunggu next entry part 2 dah penat menaip ni hahahha..

 Ok thanks for your time
Xoxo puan husna

P/s: my world change 360˚ aahhhaaaaxxxa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...