Thursday, 30 July 2015

PENTINGNYA INFO DI SCREEN LOCK ANDA!

Assalamualaikum..

salam khamis.. wahhh tak sabar nak habis kerja ni esok last dayyyy yeehhhh.. ehhh tukar topic plk.. ok berbalik kepada topic asal..

semua sekarang mesti ada handphone canggih2 kan.. dan yang pasti bile handphone canggih2 ni semua akan buat screen lock utk elakan org lain ceroboh handphone anda.. 
tapi tahukah anda di sebalik selamat yang korang rasa itu ada bende yang lebih penting korang tak perasan iaitu bila dalam keadaan kecemasan..

contoh : handphone anda tercicir, atau ada perkara2 yang tak di ingini berlaku pada anda.. tp disebabkan handphone anda ber lock.. so orang yang ingin membantu tak boleh nak cari no phone penting untuk mereka hubungi jika didalam kecemasan.. jadi apa yang anda boleh lakukan utk memastikan segala berita penting tentang apa yang terjadi pada anda boleh sampai terus ke keluarga atau org org penting?

ramai yang ambil remeh tentang ini.. tp ini adalah apa yang berlaku sekarang ramai bila berlaku kemalangan tak tahu nak hubungi siapa kalau nak membantu, hanya boleh ambil gambar dan viralkan di media sosial.. supaya waris boleh mengetahui.. tp agak2 nak sampai ke waris tu berapa lama ambil masa?

jadi ini adalah salah satu cara yang boleh membantu..
korang atau apa yang korang boleh letak pada sreen lock korang?

dan ini adalah ape yang dah lame aku buat pada lock screen aku bile org terjumpa phone and tekan butang "On"

so mcm mane aku buat ni adalah dengan create satu gambar dengan letak info yang aku rasa patut then aku save sebagai lock sreen wallpaper yang boleh set bile korang nak set wallpaper korang.. 

 so untuk lock sreen wallpaper aku letaklah gambar mcm kat atas tu so bile lock pun org masih boleh tgk info untuk call siapa yang perlu jika berlaku apa2 kecemasan..

tapi kalau korang tak reti nak buat gambar ke ape, ada alternative lain yang boleh membantu mcm ni..

korang pegi ke "Setting Phone" korang dan korang boleh cari bende mcm kat bawah ni..


so dah jumpe Owner info kat dalam Lock screen yang tempat korang nak setting untuk buat pin ke pattern tu.. so die bawah sekali ada, Owner info.. so click kat situ then akan keluar mcm ni pula...


ok lepas keluar mcm ni korang pun kene la tick kat "show owner info on lock screen" then type apa info yang perlu org tau bile ad kecemasan berlaku.. dah siap korang back balik ke screen biasa dan cuba lock then tekan "on" balik dan korang akan nampak mcm ni


 no telephone atau apa2 info yang korang type tadi akan appear pada lock sreen korang so ini akan memudahkan org yang nak tolong korang cari info atau no-no penting untuk di hubungi bile dalam keadaan kecemasan atau terjumpa phone anda.. 

ingat yer bukan semua org jahat.. dan bukan semua org mencuri.. sekurang2nyer kita dah ikhtiar jika berlaku sebarang kecemasan.. selebihnya kita berserah pada Allah.. 

so selamat mencuba!

thanks for your time
xoxo Puan Husna




p/s : tak sabar nak last day esok!

Wednesday, 22 July 2015

#teamrayakl (sedang) & #teamrayakualakangsar (Chalet D'Kg Mr.Os)

Assalamualaikum..

selamat hari raya Aidilfitri semua,, semoga lebaran ini memberi 1000 kecerian kepada kita semua.. alhamdulillah semoga kita berjumpa lagi ya ramadhan.. 

ok ini cerita raya aku..

 raya kalini a bit different dimana kali pertama juga lah beraya dengan fmly mertua sbb tahun lepas kite dah ambik turn kan.. so next year kita punyer turn pulak lah.. tp dalam pikir turn sape pun, tp mcm takde beza pun.. sbb malam raya aku kat gombak sbb buat persiapan raya sbb mama semua pun beraya di gombak sbb tgk keadaan kesihatan abah yang agak terbatas.. so mama pun pilih n buat keputusan raya kat gombak dulu then lepas semayang jumaat baru chow balik Kuala kangsar.. 


so mcm biasa rutin setiap tahun.. mmg wajib ada lemang sbb ni fevret abah sebenarnya.. so kitorg pun sehari sebelum raya tu seiapkanlah masak lemang semua untuk makan hari raya esoknya.. sebelum aku ngan mr.H pulanglah ke desa.. desa mana.. mcm jauh padahal DESA SERDANG je punn. so dah bersalam2 ngan mama abah semua mlm raya tu kitorg pun cabut balik serdang plk..

so raya pertama




haaa ni la hari raya pertama kami.. mengadap TV sbb kat kl ni nak g mane hoiii.. laki aku pun dah hilang samping dah lepas semayang raya.. so aku pun makan tido jela hari raya pertama tu.. petang baru g beraya umah pakcik kat nilai.. so mlm tu dah plan nak balik Kuala kangsar sbb ada kenduri..

so balik pun raya ke dua pagi baru gerak.. 
mcm biasa kalo balik kuala kangsar je mane lagi kitorg akan beraya mestilah dtk Chalet D'Kg Mr.Os,
sampai dah tengah hari.. ha sampai je kuala kangsar baru lah aku rasa mcm hari raya.. sbb meriah dgn sedara mara and bejalan beraya n layan budak2 datang beraya.. so dpt jugak la mood raya tu.. so kenduri raya ketiga and plus raya ketiga tu mmg ada aktiviti wajib untuk keluarga iaitu family day.





so raya ke 3 pun menjelma, dan lepas kenduri tahlil n buat doa selamat untuk family dan yang bakal lahir ni nanti (yg ni nanti cerita) selesai makan2 semua.. mulelah acara family day.. mmg fun sbb lupe pasal hand phone media sosial semua mmg u just enjoy ur time with your family yang mmg kepala gila semua.. penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. mcm mcm game kampung kitorg buat sbb nk bg budak2 bandar ni tau ape tu baling tin,, ape tu tarik upih so mmg tak nampak la budak2 ni pegang tab ke i pad ke semua.. semua sibuk nak main game nak dapat hadiah.. hehehe

 belah siang dah habis semua game walaupun aku di quarantine kan tidak dibenarkan join tp takpe tahun depan balas dendam hahaha nak jugak join.. so aku pun berkubang je la dlm pool sambil sorak beri sokongan kepada peserta2 haha..
so belah malam pulak sesi main cabutan bertuah.. yg ni mmg lupe nak ambik gambar.. sbb sebok nak menang cabutan bertuah dpt periuk.. walaupun aku tak cukup bertuah mcm tahun lepas.. tahun lepas dpt bekas air.. tahun ni.. mama aku pulak collect hadiah mahal.. hahaha mmg rezeki die yg aku langsung tak bertuah siap kene ejek tak dpt ape ape hahaha last2 dpt jugak hadiah saguhati.. 

ape ape pun.. i had a great time walaupun mlm tu jugak aku dah kene cabut balik KL balik sbb dah nk start keje.. huhhhh sedihhh 

so itulah cerita raya aku untuk tahun ni.. harap tahun depan dapat la beraya lagi bersama semua yang aku sayang dan yang im so excited utk tahun depan InsyaAllah akan ada org baru sambut ramadhan dan beraya dengan kami.. Alhamdulillah Terima Kasih Allah!..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: its too early, walaupun dah lepas first trimaster aku memilih untuk tidak banyak bercerita tapi aku juga tidak menafikannya,  aku harapkan doa yang baik2 dari rakan-rakan, terima kasih juga buat yang selalu mendoakan aku.. 





Tuesday, 14 July 2015

Cerita Raya - JUADAH HARI RAYA (WAJIB)

Assalamualaikum,,

haaa lebih kurang 3 hari je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.. mesti dah tak sabar dah semua kan.. bg yang perempuan biasa lah dah nak bersiap untuk kepasar nak cari kelengkapan untuk masak menu menu wajib di hari raya.. 

haaa meh aku nak cerita menu wajib bagi keluarga kitorang kalau Hari Raya, dan menu wajib untuk aku dapatkan semperna raya hehehehe
sebab kitorang selalu raya di Kuala kangsar so menu Kuala kangsar tu harus lah di buat...

LEMANG

ni mmg wajib sbb abah adalah Peminat Pulut no 1.. die mmg sgt suke Lemang.. dan die takkan beli.. ni wajib buat setiap tahun.. sampai kitorang adik beradik pun.. InsyaAllah dah boleh dah buat lemang sendiri lepas ni sbb hasil tunjuk ajar dari Abah.. lemang kalau abah buat mmg sedap lembut tak berkerak dan paling best lemak die perrrrgghhhh meleleh air liur..

mcm biasa la lemang mmg balas die dengan rendang daging atau ayam.. tp kalau raya.. mama lagi suke masak rendang daging.. dan paling aku suke lemang Jagung.. perrgghhh tak sabar nak bakar lemang dah ni khamis ni sesi mengadap api bakar lemang!..

KETUPAT

kalau org Joho ni kalau raya takde ketupat mmg tak rasa Rayanya.. jadi disebabkan tahun ni aku dah craving gile dengan ketupat daun ni.. aku dah ckp ngan mama,, taun ni nak buat ketupat nak anyam sendiri taknak la ketupat pelastik je tiap taun.. 

bukan ape.. sbbkan takde yang pandai mengayanm ketupat tu selain mama ngan aku je.. so ma agak malas nak buat sbb tak larat die kata.. jadi kite tgk nanti adakah berjaya dptkan ketupat daun atau pun ketupat pelastik jugak yang di hidang hehehehe

kalau ketupat aku ni mmg selera org joho kuat sikit.. aku suke kuah lodeh letak sambal kacang.. perrrgghhh mmg berulang aku makan... hehehe jangan tanye kenape gemok lepas raya.. hahah


LEMANG PERIUK KERA

haaa ni adalah salah satu menu kegemaran kitorg sekeluarga.. walaupun kitorg tak buat sendiri.. sbb taknak ambik periuk kere tu sbb tau kere tu pun nak raya jugak.. sian die nak masak pki ape nanti kalo periuk die kita ambik.. hahaha

ok menu ni kitorang akan pegi ke rumah sepupu dekat je boleh jalan kaki.. so wajib pegi beraya ke rumah sepupu ni sbb nak makan lemang periuk kere punyer pasal.. mmg sedap lain rasa die. lemang ni dimasak dengan cara kukus pulut dan santan diletakkan di dalam periuk kera tersebut. heheh


LAKSA KUALA KANGSAR


haaa yang ni pun kitorg tak masak sendiri.. sbb bestnyer raya di kuala kangsar ni.. kitorang dah tau rumah mane masak Laksa rumah mane masak mee kari.. so kalau nak makan pegi je beraya rumah jiran-jiran ni.. nampak mcm tak malu kan.. dah tue2 pegi beraya lagi hahahaha tp ini adalah rutin kitorg tiap tiap tahun..tp kitorg pegi beraya bkn nak duit raya pun.kalau dapat alhamdulillah hhahahaha. pegi sbb nk makan n nk jumpe jiran2 le, sbb laksa kuala kangsa ni mmg tak dapat kat KL wehh..

so mmg wajib kitorang pegi beraya ke rumah jiran untuk makan laksa kuale kangsa ni heheheheh so jiran jiran kat kampung tu pun bkn org lain mmg mcm sedara mara.. walaupun kitorg yang tak duduk kt kampung ni pun, skali skala balik pun diorg mesti kenal jugak.. 

jadi itulah antara menu menu wajib yang harus aku dapatkan di hari raya ini.. hehe walaupun raya pertama belah Mr.H tahun ni.. tp takpe mr.H kata raya ke 2 kita balik kuala kangsar juga.. heheh and plus ad kenduri pun kat kampung raya ni.. hehehe harap harap raya tahun ni akan tercapai la semua food list ni masuk dlm perot.. heheh

so selamat hari raya semua.. saya HUSNA BINTI MOHD YUSOF memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca yang ada terguris hati tersinggung dan ad terkasar dalam sebarang penulisan saya sepanjang berblogging ni.. semoga kita terus mengeratkan uquah sesama muslim dan saudara.. hati hati di jalan raya.. semoga Aidilfitri kalini memberi seribu keceriaan kepada semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: insyaAllah lepas raya ad berita gembira nak bagi tau... heheh

*gambar sumber google

Thursday, 9 July 2015

PRODUCT REVIEW- Apa Jadi Pada Muka Aku Ni BabeSkin365!

Assalamualaikum,

haaaa ni entry tertunggak nak buat review tapi ni baru berkesempatan nak buat.. heheheh

tapi tetap nak berkongsi ape yang terjadi pada kulit aku lepas pakai product BabeSkin365 ni... ok nak tau pasal product ni boleh baca kat sini ok ----> BabeSkin365.. harini aku nak cerita ape jadi kat kulit aku lepas pakai Babeskin ni..

gambar 1 bulan lepas pakai babeskin ni!

haaa sebelum ni mmg tak di nafikan muke aku mmg lah BERMINYAK teruk.. mane taknyer tiap hari bergelumang dengan public kan.. muke pun berhabuk.. so tiap kali nak sampai office ambik tisu je sapu satu muke mmg melekat minyak plus dengan kotoran yang melekat pada muke aku ni..
kira mmg hitam la tisu padahal dari rumah sampai office pagi tu.. tp sampai je office muke dah berminyak n berdaki..

lepas je pakai babeskin ni.. mmg agak berbeza.. muka dah kurang berminyak.. so kalau pagi tu lepas mandi dah cuci muka and pakai babeskin ni.. sampai office and waktu balik pun muka dah kurang minyak berbanding dulu kalo dah masuk ptg tu jangan berangan la nak ambik gambar.. mmg berkilat muke.. tp now tak risau lagi.. ambik gambar pukul berapa pun dah tak risau npk muke berkilat..

lagi la jenis mcm aku ni mmg sangat la pemalas nak makeup and suke bia je muke polos.. but lepas pakai je babeskin ni.. takde la nampak pucat sangat dah muke ni.. and muke nampak lebih fresh je.. 

ok sebenarnya, bukan aku je pakai product ni.. hahaha mr.H pun sebok.. dah sebulan dah die tak beli pencuci muke.. and know what.. die yang mmg tiap masa duk depan dapur,, and lagi la berpeluh-peluh tp customer tegur die,, "amboi berseri-seri nyer ada apa apa ke" hahaha balik cerita kat aku.. tp mmg nampak perubahan paling ketara dkt muke die sbb kulit die mmg nampak sgt halus dan licin.. 

I IS JELOUS! 

haha siap ckp pasni kalo dah abis boleh la order lagi.. hahahaha 
so aku rasa product ni mmg sangat berkesan bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak dan mmg terasa kulit muka makin lembut.. heheh TQ so much babeskin365!

bagi yang nak try product ni boleh la tgk kat sini ok!


Tuesday, 7 July 2015

Duagaan Bulan Puasa- KEANGKUHAN MANUSIA BERHARTA!

Assalamualaikum,,

fuhhh semalam mmg cukup menguji kesabaran.. 
mane tak menguji nyer tgh baru lepas kene bebel kat office tetibe mr.H call kata kereta kene dengki.. haaaa! ingatkan sikit je.. sekali kauuu.. habis kemik, calar, terkopek stiker dek kerana masalah manusia yang merasakan diri dah cukup besar bila berharta.. 


nak tau die buat ape? dia dengan sengaja menghempuk tong gas dan mengheret tong gas die dkt atas kereta aku! ye aku tau kereta aku tak mahal, aku tak pki lexus, aku tak pki BMW aku tak pki CRV aku takde rumah 2 tingkat.. tp bila kau berharta begitu adakah ko boleh buat suke hati pada org lain? bila di tanya kenapa buat mcm tu jawapannya cuma satu! "kau menyusahkan aku"dengan angkuh! sedangkan kitorg tak kacau hidup die pun,, alasan die sbb kitorg block pintu belakang die,, ape takde mulut ke nak pangil alih? laki aku niaga hari2 angkat gas keluar masuk kereta.. takde calar sikit pun???  soalan aku jugak satu "selama kau hidup ni kau menyusahkan kitorg, ada kitorg langgar kereta ko sampai remok? ada kitorg buat ape2 kat kereta kau? yang ko hanjing kan org lagi ada.. tp kalini kau salah orang.. 

pada mulanya mmg kitorg pikir ok la takpelah malas nak layan org gila.. makin di layan die cuma boleh nganjin dari dlm pagar je la.. dan dengan angkuh suruh kitorg buat report polis sbb die kata 
"pegi la report polis ko ingat ad kesan kat aku ke"hahahaha 
mmg kelakar sbb anak ko DSP ASP polis semua kan.. mmg kalo ko buat salah pun ko boleh lepas.so ko pun boleh buat sesuka hati dekat org lain,. tp jangan ingat ko pencen POLIS anak ko POLIS ko boleh buat suke hati kau je.. 

ok mule habis mcm tu je.. mls nak panjang cerita kitorg pun ok la mls nk layan pegi lantak kau la.. harap HAJI kopiah atas kepala tp kalo nak layan org yang HAJI takat letak depan nama je nak buat hape kan.. 

tiba tiba waktu petang aku balik keje,, kitorg meniaga kat depan area rumah, so mmg ad a few jiran yang meniaga jugak kat situ.. dan tiba tiba ternampak die tengah dok menjaja cerita yang kononnya kitaorg salah.. haaa ABAH yang dah panas hati, terus pergi n ckp.. ha nak cerita cerita depan-depan.. takyah nak tunjuk mulia sangat konon ko baik sangat sampai salah sendiri taknak ngaku.. 

disebabkan org kampung ramai kat situ terus abah tunjuk kereta aku yang die kemikkan tu "korang tgk sendiri ape die buat kat kereta anak aku, die ingat die besar boleh buat sukehati die, pastu nak jaja cerita konon kitorg salah" terus org kampung backup kitorg, terus datang jiran kitorg yang lain yg penah jadi mangsa die juga terus bukak cerita jugak yang die dulu pernah pangil jiran aku tu "ANJING" sbb anak die parking kereta dkt rumah org, kalini die terkene dengan salah orang.. terus org kampung tau perangai die.. 

yang adik aku tu dah la badan bonzer die nak lanyaknyer org tua tu.. tp pikir slagi die tak mula kita takyah mula.. yang jiran aku rupenyer mmg dah ramai tak puashati dengan die sbb perangai die yang mmg sangat biadap dan rasa diri dah besar n KAYA sangat.. 

haishhh bulan puasa ni mmg sangat mencabar.. mmg semalam kitorg dh geram sangat-sangat dah.. dah la die buat salah nak pulak jaja cerita kat orang haaa salah org la kau  buat kalini.. mmg kitorg semalam mmg puasa cukup syarat je la sbb semua dah marah membuak2 dah semalam.. 

kitorg takkan marah kalau die tak sebok nak menjaja cerita dongeng die tu konon die mulia ahli syurga.. org lain semua salah org lain semua tak betul sbb org lain takde duit kann.. bawak2 insaf la pakcik,, dah tua, dah pegi HAJI, Umrah, tp perangai masih mcm tu.. tak guna!

haishhhh ni la manusia!

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: bulan puasa ni mmg Allah nak tunjuk yang jahat seseorang tu datang dari diri sendiri, bukan dari hasutan syaitan sbb syaitan semua kene ikat! jadi kalau berkopiah, pakai title HAJI tolong la hormat sikit kopiah tu,, ni berkopiah tp dok tepuk tampa ponggong bini orang! ape kesss? haish!





Wednesday, 1 July 2015

#WW - SEPARUH RAMADHAN = LAGU RAYA


Assalamualaikum,,


hehehe biaselah kalau dah masuk setengah Ramadhan yang mana tinggal lagi 2 minggu nak raya ni.. radio radio dah mule la mainkan lagu raya... tp selalunya start main lagu raya 15 ramadhan so sure esok ramai dah tunggu nk dgr radio dh main lagu raya kannn hehehehe


so kite yang kt office ni pun mood raya dah sampai kasi pasang lagu raya jugak la.. heheh raya raya juga.. shopping berpada pada.. :)

salam ramadhan ke-14

Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: taun ni tak shopping raya sangat.. pakai apa yang ada je.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...