Thursday, 26 September 2013

salahkah kita?

assalamualaikum,

harini aku terpangil utk bercakap tentang isu yg makin ramai rakyat malaysia utarakan
bercakap bukan tanda protes, berhujah bukan tanda memberontak, cuma meluahkan sedikit hasrat hati yang inginkan perubahan sebagai rakyat,

bukan meminta utk menjadi kaya raya, tapi jadilah utk merasa bertuah menjadi rakyat malaysia,
bukan tidak bersyukur dengan apa yg ada,, tp perihatin utk mereka yg lebih kurang bernasib baik,

aku bukan lah tegar utk berpolitik, tapi aku terusik untuk meluahkan rasa kesesalan apabila melihat ada antara rakyat malaysia terpaksa mengemis di negara sendiri utk hidup, sedangkan warga asing lebih mewah dari warganegara sendiri,,
adakah sebab mereka rajin bekerja?
apa org malaysia x rajin?
atau lebih fikirkan murah utk bayar mereka yg datang dari luar dari membantu rakyat senegara sendiri?

aku selalu berbual dengan pekerja asing pump station berdekatan tempat kerja aku, kadang-kadang tanya berapa pendapatan mereka? dan tanya berapa mereka mampu hantar ke kampung, aku sendiri terkejut yg mereka boleh bergaji lebih besar dari aku yg ada pendidikan, dan bekerja dinegara sendiri,, aku kene pergi kerja tempat org ke baru aku boleh selesa?

mereka mungkin bertuah kerana berada ni negara yg mengalu2 kan pekerja asing, mereka mungkin xperlu fikir utk isi minyak kereta atau beli kereta, mungkin juga mereka xperlu beli rumah di malaysia, cuma perlu cari duit hantar balik kampung, dan sudah pun memiliki banglow mewah di negara asal. hasil mencari rezki di negara orang.. tapi rakyat negara ini sendiri tidak punya apa2 selain hutang keliling pingang. aku pun x tau sampai bila perkara ini akan berlalu.. sedih melihat rakyat malaysia sendiri.. dan terasa diri sama seperti warga asing, kerana tiada apa beza antara aku dan mereka..

aku berharap suatu hari nanti akan ada perubahan yang berlaku.
wallahualam..

berharap allah itu membantu setiap hambanya. insyaallah..

thanks 4 reading.
love ya..



No comments:

Post a Comment

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...