Wednesday 24 February 2016

BERSALIN DI HOSPITAL SELAYANG OK KE?

Assalamualaikum,

sementara si kenit ni tido n mood rajin ni sampai baik kita type laju2 hahaha.. dlm entry lepas ada aku ceritakan pengalaman aku melahirkan natrah, and now aku nak cerita pulak pasal service yang aku terima di HOSPITAL SELAYANG yang mana ramai juga aku dengar cerita ckp service itu la ini la di lain2 hospital kerajaan sampai ramai la fobia nak g hospital kerajaan ni bile nak bersalin..


kalau ikutkan ni bukan pertama kali aku gunakan perkhidmatan hospital selayang dah banyak kali.. dari abah sakit, kakak bersalin, mama bersalin and aku sendiri dlm family mmg akan pilih hospital selayang.. 

first, nurse ok ke kat hospital ni? slalu kalau nak bersalin mesti dengar rungutan ibu ibu ni pasal nurse mulut puaka kan.. tp Alhamdulillah dari pengalaman aku n family aku tak jumpe lagi nurse2 yang mulut puaka atau doc yang kerek.. semua layan baik n sangat friendly, nak ckp diorg layan baik sbb Artis tu tak jugak.. sbb aku pegi bukan dengan abah pun.. mane diorg tau pun aku ni anak artis ke ape.. 

2nd, selesa ke hospital selayang ni? aku boleh katakan pada korang.. takyah duduk bilik 1s class pun korang akan rasa selesa sbb 3rd class die pun kipas sorang satu katil, space setiap katil luas, and yang penting tak panas walaupun takde air cond utk 3rd class ni..  sebelum aku di hantar ke wad pun nurse ad tanya nak bilik 1st 2nd atau 3rd, aku ckp je tak kesah la mane yg ada kosong je, so diorg kata 3rd class boleh ye puan,, aku ok jeee yer la bukan nak duduk sampai 3 4 bulan kan.. kira utk bersalin 3 4 hari tu mmg dah selesa sangat dah.. aku ada pengalaman kat hospital lain.. hadoi dengan panas die, dengan sempit.. kesian kat pesakit je sbb tak selesa.. mungkin tu sbb hospital lama kot.. selayang ni pun tak la lame sangat so ok la..

3rd, labour room, sebelum ni ada jugak terbaca pasal hospital lain yang mana katil tak cukup la, sampai ad yg kene tidor atas lantai la semua kan.. tp alhamdulillah, kat sini aku tak nampak lg yg tido atas lantai sementara tunggu nak bersalin.. mmg ada time labour room penuh tp diorg akan pastikan korang akan ditolak ke labour room jugak utk bersalin.. sbb aku tunggu nak masuk wad pun mmg ambik masa tp tak la sampai tidor kat kerusi ke ape.. dlm 3 4 jam dah dpt katil dah boleh stay kat wad sementara diorg akan pantau kalau korg dah ready utk bersalin.. and ad je kes2 yang datang mmg dah nak bersalin sangat dah so terus je masuk labour room utk bersalin.. sbb ad jugak kawan aku cerita kata wife die bersalin kat bilik menunggu je sbb labour room penuh.. tp kene bayar full mak haiii mahal pulak tu ..sampai RM300++ bersalin normal

4rd pasal bill.. bill aku bersalinkan natrah haritu RM127  sahaja utk 4 hari duduk wad, dan bersalin secara operate.. kau rasa mcm nak beranak lagi tak? sbb murah.. ni kalau operate, kalau normal die kata 3rd class ni dalam RM30 mcm tu je.. hoiiiii nak beranak 30 kali pun masih mampu nak bayar hahaha.. nak tau charge2 lain boleh rujuk sini----> CAS HOSPITAL SELAYANG

5th Doctor and Pakar.. aku 4 hari duduk wad siap dah hafal time doc akan melawat so if ada ape2 masalah korang boleh terus direct tanya dgn diorg so diorg akan terangkan terus pada korang apa masalah mengikut kepakaran doc yang dtg n duty waktu tu.. mcm pagi pukul 8-9 mcm tu akan ada doc atau pakar bahagian sakit puan datang utk pantau, lepas tu dlm pukul 10-11 mcm tu pakar bahagian kanak2 utk pantau baby so relex petang pulak diorg akan datang pantau lg and last belah malam.. kira mmg tak la rasa mcm diorg tak ambil tau atau apa.. if ada ape2 masalah diorg akan terus bg tau time tu jugak.. if dah boleh balik diorg yang akan deside boleh balik atau tidak.. tgk pada condition korang.. 

6th ada satu je masalah hospital selayang ni.. masalah PARKING.. haaa ni mmg mane2 hospital pun same kot.. kalau pegi time melawat tu hadoiiii mmg agak susah la nak cari parking.. tp sabtu ahad senang sikit la.. dengar kata diorg tengah nak naik taraf nak buat parking tambahan tp jauh sikit n kene jalan sikit la.. tp ok la atlist ada penambah baikkan.

jadi menurut pengalaman aku, aku sangat berpuas hati dengan servise dekat hospital selayang, aku boleh lavelkan hospital ni 4star utk service yang di berikan dengan kelengkapan dan keadaan hospital yang selesa n staf yang ramah ramah.. bagi yang nak bersalin kat hospital ni.. aku mmg sangat sangat mencadangkan kepada korang.. tp korang kene ingat lain org lain rezeki dia. dan kalau kita ikut prosedure and tak menyusahkan org lain insyaAllah Allahpun akan permudahkan Urusan kita.. 


thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: dah separuh berpantang baru rasa sakit.. pelikkkkk!

6 comments:

  1. Hahaha..pada sy org yg merungut ni mengada je lebih...huhu

    ReplyDelete
  2. lega dgr review yg positive....thank you :)

    ReplyDelete
  3. thank kak... lega rasanya nk wat ceaser kali ke4...

    ReplyDelete
  4. thank kak... lega rasanya nk wat ceaser kali ke4...

    ReplyDelete
  5. Nk tye sblom due date kne g daftar or book dlu ke nme kte kt hospital?sy bru first preg...jd x brapa tahu...

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...