Thursday 30 July 2015

PENTINGNYA INFO DI SCREEN LOCK ANDA!

Assalamualaikum..

salam khamis.. wahhh tak sabar nak habis kerja ni esok last dayyyy yeehhhh.. ehhh tukar topic plk.. ok berbalik kepada topic asal..

semua sekarang mesti ada handphone canggih2 kan.. dan yang pasti bile handphone canggih2 ni semua akan buat screen lock utk elakan org lain ceroboh handphone anda.. 
tapi tahukah anda di sebalik selamat yang korang rasa itu ada bende yang lebih penting korang tak perasan iaitu bila dalam keadaan kecemasan..

contoh : handphone anda tercicir, atau ada perkara2 yang tak di ingini berlaku pada anda.. tp disebabkan handphone anda ber lock.. so orang yang ingin membantu tak boleh nak cari no phone penting untuk mereka hubungi jika didalam kecemasan.. jadi apa yang anda boleh lakukan utk memastikan segala berita penting tentang apa yang terjadi pada anda boleh sampai terus ke keluarga atau org org penting?

ramai yang ambil remeh tentang ini.. tp ini adalah apa yang berlaku sekarang ramai bila berlaku kemalangan tak tahu nak hubungi siapa kalau nak membantu, hanya boleh ambil gambar dan viralkan di media sosial.. supaya waris boleh mengetahui.. tp agak2 nak sampai ke waris tu berapa lama ambil masa?

jadi ini adalah salah satu cara yang boleh membantu..
korang atau apa yang korang boleh letak pada sreen lock korang?

dan ini adalah ape yang dah lame aku buat pada lock screen aku bile org terjumpa phone and tekan butang "On"

so mcm mane aku buat ni adalah dengan create satu gambar dengan letak info yang aku rasa patut then aku save sebagai lock sreen wallpaper yang boleh set bile korang nak set wallpaper korang.. 

 so untuk lock sreen wallpaper aku letaklah gambar mcm kat atas tu so bile lock pun org masih boleh tgk info untuk call siapa yang perlu jika berlaku apa2 kecemasan..

tapi kalau korang tak reti nak buat gambar ke ape, ada alternative lain yang boleh membantu mcm ni..

korang pegi ke "Setting Phone" korang dan korang boleh cari bende mcm kat bawah ni..


so dah jumpe Owner info kat dalam Lock screen yang tempat korang nak setting untuk buat pin ke pattern tu.. so die bawah sekali ada, Owner info.. so click kat situ then akan keluar mcm ni pula...


ok lepas keluar mcm ni korang pun kene la tick kat "show owner info on lock screen" then type apa info yang perlu org tau bile ad kecemasan berlaku.. dah siap korang back balik ke screen biasa dan cuba lock then tekan "on" balik dan korang akan nampak mcm ni


 no telephone atau apa2 info yang korang type tadi akan appear pada lock sreen korang so ini akan memudahkan org yang nak tolong korang cari info atau no-no penting untuk di hubungi bile dalam keadaan kecemasan atau terjumpa phone anda.. 

ingat yer bukan semua org jahat.. dan bukan semua org mencuri.. sekurang2nyer kita dah ikhtiar jika berlaku sebarang kecemasan.. selebihnya kita berserah pada Allah.. 

so selamat mencuba!

thanks for your time
xoxo Puan Husna




p/s : tak sabar nak last day esok!

10 comments:

  1. betul jugak nie..
    tak pernah terpikir pulak..
    tapi biasanyer kalau tercicir tu kena bnyak berdoa.
    susah nak dapat org jujur skang.

    ReplyDelete
  2. good info...dh try buat dh...tq

    ReplyDelete
  3. kite x lock hp...sbb tkut ade kcmasan..dah tau gini boleh la lock hp lepas ni

    ReplyDelete
  4. ha ah kan huhuhu thanks kak husnaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. CK pun baru je buat ni 2-3 hari lepas :)

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. nice ! thanks for sharing darling :D

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...