Tajuk Lagu : Eh
Penyanyi : Zizi Kirana
lirik : Mambang & Zizi Kirana
Komposer : Navigator & Zizi Kirana
sendiri mau ingat
rambut sendiri sikat
kusut lama tak sihat
bagaimana dengan kamu?
sendiri boleh kira
meroyan itu gila
tanya diri sampai bila
nak jaga tepi kain aku?
korus
sakit hati semua nak luah
banyak sudu sampai tak cukup kuah
hati hitam boleh tutup dengan jubah
kecam orang lain sendiri taknak ubah
eh (7x)
mari mari membawang
pasang telinga pasang
kau ada citer aku ada citer
mari kita berdagang
asah asah lidah
usah susah natijah
bukak tutup telinga mulut ... eh
kita hebahkan ghibah
zizi itu zizi ini
dulu suka sekarang benci
makin banyak kena lanyak
bila zizi keluar tv
beras dapur engkau takkan jadi nasi aku
jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku.
ulang korus
mari kita kecam
cerita hangat semalam
si dia tu si dia ni si fulan
resam kita lepaskan geram
bisik bisik bisik
bukan sikit sikit
tak payah risik risik
kisah kelambu terkeluar bilik
dia ini dia itu
takde segan hilang silu
yang ni bini skandal situ
yang tu putus haru biru
suruh laki engkau tolong jangan follow aku
kenapa? sebab tu laki engkau itu bukan jodoh aku
sendiri mau ingat
rambut sendiri sikat
kusut lama tak sihat
bagaimana dengan kamu?
sendiri boleh kira
meroyan itu gila
tanya diri sampai bila
nak jaga tepi kain aku?
ulang korus
zizi masih kat sini
masih lagi berdiri
masih cukup rezeki
jemput makan hati
tak cukup asam garam
kau masih tak tenteram
tak tahan tengok pejam
kalau hasad sila kecam
kecam kecam kecam sampai lebam
kita kecam kecam kecam sampai lebam
kita kutuk kutuk kutuk kutuk sampai besok
kita kutuk kutuk kutuk sampai besok
sakit hati semua nak luah
banyak sudu sampai tak cukup kuah
hati hitam boleh tutup dengan jubah
kecam orang lain sendiri taknak ubah
eh (7x)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
first time dgn lagu ni terus aku rasa die mcm senang gile nk tangkap dlm otak.. and laguni khas utk makcik-makcik bawanggggg... sila hadammm..
xoxo thanks for your time
hakak husna bukan hakak bawang.. tiberrrrr
terbaik
ReplyDelete