Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, 22 July 2015

#teamrayakl (sedang) & #teamrayakualakangsar (Chalet D'Kg Mr.Os)

Assalamualaikum..

selamat hari raya Aidilfitri semua,, semoga lebaran ini memberi 1000 kecerian kepada kita semua.. alhamdulillah semoga kita berjumpa lagi ya ramadhan.. 

ok ini cerita raya aku..

 raya kalini a bit different dimana kali pertama juga lah beraya dengan fmly mertua sbb tahun lepas kite dah ambik turn kan.. so next year kita punyer turn pulak lah.. tp dalam pikir turn sape pun, tp mcm takde beza pun.. sbb malam raya aku kat gombak sbb buat persiapan raya sbb mama semua pun beraya di gombak sbb tgk keadaan kesihatan abah yang agak terbatas.. so mama pun pilih n buat keputusan raya kat gombak dulu then lepas semayang jumaat baru chow balik Kuala kangsar.. 


so mcm biasa rutin setiap tahun.. mmg wajib ada lemang sbb ni fevret abah sebenarnya.. so kitorg pun sehari sebelum raya tu seiapkanlah masak lemang semua untuk makan hari raya esoknya.. sebelum aku ngan mr.H pulanglah ke desa.. desa mana.. mcm jauh padahal DESA SERDANG je punn. so dah bersalam2 ngan mama abah semua mlm raya tu kitorg pun cabut balik serdang plk..

so raya pertama




haaa ni la hari raya pertama kami.. mengadap TV sbb kat kl ni nak g mane hoiii.. laki aku pun dah hilang samping dah lepas semayang raya.. so aku pun makan tido jela hari raya pertama tu.. petang baru g beraya umah pakcik kat nilai.. so mlm tu dah plan nak balik Kuala kangsar sbb ada kenduri..

so balik pun raya ke dua pagi baru gerak.. 
mcm biasa kalo balik kuala kangsar je mane lagi kitorg akan beraya mestilah dtk Chalet D'Kg Mr.Os,
sampai dah tengah hari.. ha sampai je kuala kangsar baru lah aku rasa mcm hari raya.. sbb meriah dgn sedara mara and bejalan beraya n layan budak2 datang beraya.. so dpt jugak la mood raya tu.. so kenduri raya ketiga and plus raya ketiga tu mmg ada aktiviti wajib untuk keluarga iaitu family day.





so raya ke 3 pun menjelma, dan lepas kenduri tahlil n buat doa selamat untuk family dan yang bakal lahir ni nanti (yg ni nanti cerita) selesai makan2 semua.. mulelah acara family day.. mmg fun sbb lupe pasal hand phone media sosial semua mmg u just enjoy ur time with your family yang mmg kepala gila semua.. penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. mcm mcm game kampung kitorg buat sbb nk bg budak2 bandar ni tau ape tu baling tin,, ape tu tarik upih so mmg tak nampak la budak2 ni pegang tab ke i pad ke semua.. semua sibuk nak main game nak dapat hadiah.. hehehe

 belah siang dah habis semua game walaupun aku di quarantine kan tidak dibenarkan join tp takpe tahun depan balas dendam hahaha nak jugak join.. so aku pun berkubang je la dlm pool sambil sorak beri sokongan kepada peserta2 haha..
so belah malam pulak sesi main cabutan bertuah.. yg ni mmg lupe nak ambik gambar.. sbb sebok nak menang cabutan bertuah dpt periuk.. walaupun aku tak cukup bertuah mcm tahun lepas.. tahun lepas dpt bekas air.. tahun ni.. mama aku pulak collect hadiah mahal.. hahaha mmg rezeki die yg aku langsung tak bertuah siap kene ejek tak dpt ape ape hahaha last2 dpt jugak hadiah saguhati.. 

ape ape pun.. i had a great time walaupun mlm tu jugak aku dah kene cabut balik KL balik sbb dah nk start keje.. huhhhh sedihhh 

so itulah cerita raya aku untuk tahun ni.. harap tahun depan dapat la beraya lagi bersama semua yang aku sayang dan yang im so excited utk tahun depan InsyaAllah akan ada org baru sambut ramadhan dan beraya dengan kami.. Alhamdulillah Terima Kasih Allah!..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: its too early, walaupun dah lepas first trimaster aku memilih untuk tidak banyak bercerita tapi aku juga tidak menafikannya,  aku harapkan doa yang baik2 dari rakan-rakan, terima kasih juga buat yang selalu mendoakan aku.. 





Tuesday, 14 July 2015

Cerita Raya - JUADAH HARI RAYA (WAJIB)

Assalamualaikum,,

haaa lebih kurang 3 hari je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.. mesti dah tak sabar dah semua kan.. bg yang perempuan biasa lah dah nak bersiap untuk kepasar nak cari kelengkapan untuk masak menu menu wajib di hari raya.. 

haaa meh aku nak cerita menu wajib bagi keluarga kitorang kalau Hari Raya, dan menu wajib untuk aku dapatkan semperna raya hehehehe
sebab kitorang selalu raya di Kuala kangsar so menu Kuala kangsar tu harus lah di buat...

LEMANG

ni mmg wajib sbb abah adalah Peminat Pulut no 1.. die mmg sgt suke Lemang.. dan die takkan beli.. ni wajib buat setiap tahun.. sampai kitorang adik beradik pun.. InsyaAllah dah boleh dah buat lemang sendiri lepas ni sbb hasil tunjuk ajar dari Abah.. lemang kalau abah buat mmg sedap lembut tak berkerak dan paling best lemak die perrrrgghhhh meleleh air liur..

mcm biasa la lemang mmg balas die dengan rendang daging atau ayam.. tp kalau raya.. mama lagi suke masak rendang daging.. dan paling aku suke lemang Jagung.. perrgghhh tak sabar nak bakar lemang dah ni khamis ni sesi mengadap api bakar lemang!..

KETUPAT

kalau org Joho ni kalau raya takde ketupat mmg tak rasa Rayanya.. jadi disebabkan tahun ni aku dah craving gile dengan ketupat daun ni.. aku dah ckp ngan mama,, taun ni nak buat ketupat nak anyam sendiri taknak la ketupat pelastik je tiap taun.. 

bukan ape.. sbbkan takde yang pandai mengayanm ketupat tu selain mama ngan aku je.. so ma agak malas nak buat sbb tak larat die kata.. jadi kite tgk nanti adakah berjaya dptkan ketupat daun atau pun ketupat pelastik jugak yang di hidang hehehehe

kalau ketupat aku ni mmg selera org joho kuat sikit.. aku suke kuah lodeh letak sambal kacang.. perrrgghhh mmg berulang aku makan... hehehe jangan tanye kenape gemok lepas raya.. hahah


LEMANG PERIUK KERA

haaa ni adalah salah satu menu kegemaran kitorg sekeluarga.. walaupun kitorg tak buat sendiri.. sbb taknak ambik periuk kere tu sbb tau kere tu pun nak raya jugak.. sian die nak masak pki ape nanti kalo periuk die kita ambik.. hahaha

ok menu ni kitorang akan pegi ke rumah sepupu dekat je boleh jalan kaki.. so wajib pegi beraya ke rumah sepupu ni sbb nak makan lemang periuk kere punyer pasal.. mmg sedap lain rasa die. lemang ni dimasak dengan cara kukus pulut dan santan diletakkan di dalam periuk kera tersebut. heheh


LAKSA KUALA KANGSAR


haaa yang ni pun kitorg tak masak sendiri.. sbb bestnyer raya di kuala kangsar ni.. kitorang dah tau rumah mane masak Laksa rumah mane masak mee kari.. so kalau nak makan pegi je beraya rumah jiran-jiran ni.. nampak mcm tak malu kan.. dah tue2 pegi beraya lagi hahahaha tp ini adalah rutin kitorg tiap tiap tahun..tp kitorg pegi beraya bkn nak duit raya pun.kalau dapat alhamdulillah hhahahaha. pegi sbb nk makan n nk jumpe jiran2 le, sbb laksa kuala kangsa ni mmg tak dapat kat KL wehh..

so mmg wajib kitorang pegi beraya ke rumah jiran untuk makan laksa kuale kangsa ni heheheheh so jiran jiran kat kampung tu pun bkn org lain mmg mcm sedara mara.. walaupun kitorg yang tak duduk kt kampung ni pun, skali skala balik pun diorg mesti kenal jugak.. 

jadi itulah antara menu menu wajib yang harus aku dapatkan di hari raya ini.. hehe walaupun raya pertama belah Mr.H tahun ni.. tp takpe mr.H kata raya ke 2 kita balik kuala kangsar juga.. heheh and plus ad kenduri pun kat kampung raya ni.. hehehe harap harap raya tahun ni akan tercapai la semua food list ni masuk dlm perot.. heheh

so selamat hari raya semua.. saya HUSNA BINTI MOHD YUSOF memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca yang ada terguris hati tersinggung dan ad terkasar dalam sebarang penulisan saya sepanjang berblogging ni.. semoga kita terus mengeratkan uquah sesama muslim dan saudara.. hati hati di jalan raya.. semoga Aidilfitri kalini memberi seribu keceriaan kepada semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: insyaAllah lepas raya ad berita gembira nak bagi tau... heheh

*gambar sumber google

Wednesday, 1 July 2015

#WW - SEPARUH RAMADHAN = LAGU RAYA


Assalamualaikum,,


hehehe biaselah kalau dah masuk setengah Ramadhan yang mana tinggal lagi 2 minggu nak raya ni.. radio radio dah mule la mainkan lagu raya... tp selalunya start main lagu raya 15 ramadhan so sure esok ramai dah tunggu nk dgr radio dh main lagu raya kannn hehehehe


so kite yang kt office ni pun mood raya dah sampai kasi pasang lagu raya jugak la.. heheh raya raya juga.. shopping berpada pada.. :)

salam ramadhan ke-14

Thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: taun ni tak shopping raya sangat.. pakai apa yang ada je.. 

Tuesday, 12 August 2014

Part 2 - My Raya At Kedah

Assalamualaikum,

disebabkan harini jalan tak jem,, so hati ada happy sikit laaaa,, haaaaa, dah raya ke berape belas harini,, baru nak sambung story hari rayakan.. nyampahhhh

ok  dah baca Cerite Raya at Kuala Kangsar? haaaa ini sambungan yang mana, aku dan mr.H meneruskan perjalanan ke utara tahan air, iaitu,, negeri jelapang padi KEDAH, dan ini adalah kampung mr.H, aku tak pernah ke sana,, dan hati berkobar-kobar la nak balik kampung kan.. pada mulanya mr.H kata takyah la balik kedah sbb die agak penat sbb sebulan meniaga kan,,so nafsu aku yang bekobar2 nk ke kedah tu luput begitu saja..

tiba-tiba,, dapat call dari papa, yang atok wan excident.. haaaa dan kebetulan kereta abah pula rosak, dan dia nak pakai kereta aku, sbb die kene terbang ke kuching pada raya ke 2 ada show rumah terbuka,, so aku bg die pakai kereta aku,, dan nk ke kedah dah takde kereta,, bincang-punyer bincang, mr.H nak balik la kedah kejap tgk keadaan Atok wan, aku tak pernah jumpa atok wan, dan tok minah sbb kawin aritu diorg tak dtg sbb tak berapa sihat, so Pinjam kereta my Cousin azreen, so bergeraklah kitorang ke kedah perjalanan 3 jam dari kuala kangsar.

sampai dah malam so tidur la dulu,, so sbb malam taknampak lagi apa yang ada di keliling rumah,, bangun je pagiii,, g cari tok wan tok minah,, diorang baikkkk sangat,, diorang sayang aku sampai tak kasi balik,, sambai banyak kali ckp kt mr.H,
 "wawan nanti bawak cucuk tok balik tau, tok suka cucu tok yang ni"
"wawan raya haji balik noo, nanti yuna balik jumpa tok noo raya haji"
*yuna tu semua keje mr.H die kenalkan aku kt tok die nama aku yuna,, haaa sampai ke sudah la yuna, tok pangil aku.. wawan is pangilan mr.H dekat kampung..


aku dah takde atok dan nenek,, sekali dpt nenek n atok mertua,, dan layanan diorang mcm aku ni cucu mereka sendiri, mcm bukan orang luar bagi diorang, peluk aku,, tak lepas tangan ... sedih dan seronok sangat rasa..

ok itu cerita mcm mane jumpa tok minah n tok wan, kemudian aku pun keluar je rumahhh,, haaaaaa keliling rumah sawah padi, seronoknyer tgk pemandangan hijau kekuningan mcm tu,, yang mmg takkan dapt tgk kt KL ni,,


seronok sangat suasana raya di kampung tu mmg sangat terasa, mandi air kolah, lepak bawah pondok makan buah mangga,mr.H punyer gembira isap rokok daun, teringat arwah atok pun isap rokok daun, pusing kampung naik motor, ramai datang rumah tok beraya,, jenguk tok wan,, alhamdulillah,, tokwan sihat dan senyum je kitorang datang,, serious mmg best and aku selalu ckp kt mr.H nanti nak balik kedah lagi eh.. heheheh almatlumlah,, dulu ada kampung,, sekarang dah takde kampung,, semua dah jadi chalet.. hehehehe dan petang tu juga  kitorang berangkat semula ke Kuala kangsar
sebab raya ke 3 ada family day,, haaa nak tgk ape jadi family day kitorang yang huru hara tu,, nanti next entry aku share ok :)..

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: rindu tok minah, to wan, long pah, n semua sedara kedah,, diorang baik sangat :)



Saturday, 2 August 2014

Part 1 - MY RAYA at Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

salam syawal ke 6, haaaa yang di nanti telah tibe,, ewaahhh berangan retis kauuu,, entry pasal raya,, this is my story begin!

ok pada perancangan awal aku dan mr.H tak pikir pun nak balik beraya ke mane,, haaaa confuse nak balik raya,, so setelah difikir2 mr.H nak ikut balik ke Kuala Kangsar yang mana kampung belah family aku. as usual sebelum kawin mmg kitorang setiap tahun akan balik kuala kangsar, walaupun atuk dan nenek sudah tiada,, tapi kampung ttp tak dilupa,,

hari sabtu lepas, kira lepas sahur la cmtu,, terus gerak dari KL ke kuala kangsar,, jalan jem tp kitorang main ngelat lalu jalan lama terus so tak sangkut jem pun,, heheheheh

so bermula la cerita raya kami, tahun pertama beraya bersama suami,, kira menantu la dalam keluarga en.Mohd Yusof. aktiviti wajib bila di kg adalah bakar lemang kalau nak raya,, dan yang best tahun ni, adalah! mr.H yang masak lemang,, wwuuuuu dan semua puji sedap! sukeeellaaateeewww

kami beraya di Chalet D'Kg Mr.Os sbb ni la kampung kami,, walaupun dah jadi chalet kami tetap berkumpul disini,, sbb kat sinila tempat lahir dan tempat beraya kami dari kecik,, cuma bezanya dulu rumah kampung kini dah jadi chalet,, kemeriahan tetap sama, :)

hahahaha so dipagi raya nak tau ape jadi pada raya kami,, lets make pictures tell the story..


ni aron ajiss katenyer hahaha

seronok mr.H dapat berendam yee





















ni pegi beraya rumah jiran kt kampung, 

so ini adalah story 1st Syawal kami,, ada next story yang mana aku ngan mr.H sempat pulang ke kampung Kedah yang mana kampung sebelah Papa Mr.H, kira first time jgk la aku ke kedah dan beraya belah mentua nanti kita story ye,, sbb tgk rupe mcm dh loya2 je tgk gambar aku banyak sangat hehehehehe and ada juga yang mana kitorang buat family day,, ada game and macam-macam lagi, tunggu part 2 yer nanti hehehehe,

thanks 4 your time people,
xoxo Puan Husna

p/s: kenangan raya mmg perlu di semat sebab setiapnya ada kenangan yang akan di ingati :)

Friday, 1 August 2014

teaser - MY RAYA at KUALA KANGSAR

Assalamualaikum,

ok kasi teaser dululah sbb nak story panjang berjela nanti
hehehehe


tunggu yeee.. :) #selfieraya

Thursday, 26 June 2014

BAJU KURUNG MURAH MR.OS - BARU!!

Assalamualaikum,

well hello readers, friends,

eemmmm ramai yang hampa sebab baju kurung mr.os yang aku post sebelum ini meh click sini! --> baju kurung mr.os! telah habis dijual, terima kasih kepada para pelanggan, kami minta maaf ye, tapi,, jangan bersedih kerana stock baru sudah sampai,, yaaaa masih panas lagi baru keluar dari oven,, heheheh

rasa malas nk keluar bersesak sesak cari baju raya? malas nak bergaduh ngan makcik makcik sebab baju yang korang nak beli dah ada orang pegang? allaaa jangan risau dengan duduk dirumah n baju raya sampai direct diriba anda haaaa jimat minyak, jimat tenaga lagi-lagi bulan puasa, dengan cuaca panas ni kannn heheheh ape lagiii shopping online laaa hehe.. jom jom tgk stock baru dari BAJU KURUNG MR.OS!

tapi yang ni harga lain sikit.. tapi masih mengikut budget DIBAWAH RM100 :) haaa nak tgk stock baru meh tgk siniiii..



BAJU KURUNG MODEN MR.OS- BARU !!!

SEMUA SAMA HARGA
RM 99.00 termasuk Penghantaran
SIZE : S, M , L ,XL

baju kurung moden sulam baldu




Baju kurung Pramugari sulam baldu








BAJU KURUNG ZARA - BUDAK 1 hingga 7 Tahun BARU!!


BAJU KURUNG BUDAK RM35.00 TERMASUK PENGHANTARAN!
* baju budak masih belum sempat ambil gambar semua,, tp boleh direct wassap atau call untuk tgk stock yang ada :)

HAAA INI ADALAH STOCK BARU UNTUK HARI RAYA, SO JANGAN LEPASKAN PELUANG, DAN MEREKA AKAN BERADA DI TAMAN SRI RAMPAI BUSINESS PARK SEPANJANG RAMADHAN INI DARI SIANG SAMPAI MALAM..

BAGI YANG INGIN MELIHAT SENDIRI BAJU INI DENGAN LEBIH DEKAT BOLEH TERUS KE SANA NANTI YAAA,, SIAPA CEPAT DIA DAPAT! 


macam biasa kalau nak tgk pilihan warna yang lain boleh direct call atau wassap no dibawah, terdapat lebih 20 pilihan warna untuk stock yang baru ini.. meriahkan raya anda dengan baju yang cantik-cantik :)

Hubungi:
Along Syafiq = 019-725 7720
Yati = 019- 326 7072
Instagram = Haryatie
Facebook = Baju Kurung Mr.Os


thanks for your time people
xoxo Puan Husna


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...