Showing posts with label tamiyamini4wd. Show all posts
Showing posts with label tamiyamini4wd. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

TAMIYA : TEMPAT BARU + SIDE STAY

Assalamualikum, ini kisah semalam,

mcm biase la aku ngan mr.H, kalo tak main tamiya, g main ping png, tu je la aktiviti kurang lasak yang rajin sangat kitorang pegi.. hehe

ok nak cite pasal TAMIYA,
kitorang semalam telahpun pergi bermain tamiya di tempat baru, yang mana,, brother ni
sebenarnya 1 kitorg jmpa waktu nak main dulu, kalo sape ingan entry dulu,
ade cite pasal brother MIJI ni, dan alhamdulillah, dipun dah bukak kedai,
beralamat di

LOT G-53,BAZAR RAKYAT PKPS,
EQUINE PARK,  SERI KEMBANGAN
(sebelah GIANT EQUINE dan PASAR BORONG SELANGOR)
atau boleh click link kt bawak ni..

DOWNTOWN TAMIYA MINI 4WD SERI KEMBANGAN

kat sini track berubah2, sebab dorang jenis pasang waktu bukak kedai.
so aku ngan mr.H pegi la main semalam, dan kalo pegi main tak beli barang tak sah kan,, so ini adalah barang yang kitorang grab semalam.

SIDE STAY SUPER II CASIS
inilah side stay namenyer..
ok side stay ni kegunaanya adalah untuk diletak ditengah2, kalau sape pakai casisi SUPER II @ SUPER I
korang tgk kt bawah tu ada lobang bentuk 3 sedi bawah tu, hah tu la tempat letak die, dan die berfungsi 
untuk memastikan kestabilan kereta semasa cornering, supaya potensi kereta untuk terbalik tu rendah la sikit.. yer la semua kete laju2 kan.. dan ditepi nya juga terdapat tempat untuk pasang mass/pemberat,
ok aku beli ini dengan harga RM 12.00 sahaja murah kan.. hekhekhek.. kira tu rate die la 12 ke 15 mcm tu, ok so aku pun teruslah bermain dengan jayanya,

walaupun semalam diorang pasang trek kecik je tapi agak susah untuk setting, kebanyakannya tercampak pada jumper dan line changer.. hahaha tp fun la dpt kawan baru kat sini,

dannnnnnn

yang membanggakan, aku punya kereta berada didalam trek dengan jayanya.. yeeeehhhhaaa..
(angkat kening sikit) hahahaha siap dpt beat time attract lagi tau walaupun kalah 0.25saat je dgn brother 
lg sorang kt situ tp agak membangakan hekhekhke..


ni la rupe nyer aku menyeting kereta, so sape2 yang ade area serdang/seri kembangan/bukit jalil/puchong
boleh la datang main kat sini ok.. diorang ada jual part dan stock kereta pun banyak..

thanks 4 ur time people,
xoxo Puan Husna


p/s: jumaat ni 28/02/2014  ada funrace kat sini, entry fee RM10 je untuk satu kereta.. jom la join ramai2.. :)

Monday, 10 February 2014

KAJANG M4WD ARENA

Assalamualaikum,
Happy Monday guyss,

ok harini aku nak cite la pasal tempat yang paling kerap dikunjungi oleh aku 
dan Mr.H, ni lah tempatnyerrrr... 
taraaaaaaa!!!

KAJANG M4WD ARENA!!

dah namanyer pun kajang, harusssllah dikajang tempatnyerkan,
kalau digombak, mungkin gombaklah namenyer,, hekhekhek
dari umah aku bukit belimbing, untuk kesini dlm 15minit je mcm tu tak jauh sgt pun,

so apa yang menarik disini,
owner yg sangat friendly and environment relex and fun,
(kalau orner baca sila kembang idung sikit hahaha)
ramai la gak racer2 area kajang
yang rajin dtg main kat sini,

semalam, bersamaan Ahad, diorang telahpun membuat satu funrace, 
untuk pertama kali, kira smlm pun mcm seronok2 race namapun fun kan
takkan nak begaduh pulak ye dokkk.
sambil memeriahkan kedai yang baru dibuka la jugak,

aku nagn mr.H tak masuk pun, kitorang dtg pun dah habis dah, dtg untuk main je la
sbb mr.H aku kene keje, so tak sempat, kalo masuk pun msti tak menang,... hahahahaha
sebab kitorg baru lg nk blajar seting2 keta ni hahaha.
btw mmg enjoy,
boleh kenal2 ngan racer2 lain, dan boleh blaja n tanya2 pasal 
nak setting kereta dengan lebih mendalam,
kongsi ilmu la jgk kan.. hehehe

ni ada a few pic yang korang blh tgk2,
and kat sini juga ada jual kereta and part sekali ok, 
kira dtg kalo baru nak main pon boleh beli terus pasang terus lenjan pon bolehhh..

ok kalau nak tau lebih lanjut pasal tmpt ni boleh a clik bawah ni.
dan kalo nak tau diorang bukak ke tak, kene tgk kt FB die sbb kadang2 diorang tutup untuk 
maintenance track atau tukar layout.

 F-3-1A, jalan Prima Saujana 2/C
 Seksyen 2, Taman Prima Saujana
43000 Kajang ,Selangor
(belakang Mc.D dan atas Restoran Prima Saujana )








gambar dari facebook KAJANG M4WD ARENA

ok yang terakhirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!
hahahaha pon boleh kan kau ni husna.. 
eh bia la aku minat.. korang tak minat korang g main gasing ke congkak ke ape2 ke eh.. :)


gamdar dari Facebook KAJANG M4WD ARENA


ok thanks 4 ur time guyss,
xoxo 
Puan Husna


p/s: lain orang lain minatnyer, takde ape salahpun kalau pmpn minat main tamiya, so tak perlu malu dengan minat anda. :) 

Friday, 7 February 2014

TAMIYA - Reinforced Rear Double Roller Stay (Super 1 & 2 Casis)

Assalamualaikum,

cerita barang baru pasal tamiya,
ok ceritanyer bermula mcm ni, semalam aku ngan mr.H nak g main tamiya kat kedai En.Chao yang dekat saujana putra tu, pastu, disebabkan aku ngan mr.H ni telebih cerdik, pegi dengan tanpa segan silu,
last last termalu sendiri, dan barulah kami sedar, yang kami ni ketingalan dik kemodenan zaman masa kini, diorang dah post kt FB yang smalam trek tutup, tp kitorg tak pulak rajin nk bukak FB, hah padan ngan muka kitorg, tak dapat main, tp dapat malu hikhikhikhik,,

ok xpe la sekurang-kurangnya, kitorg dapat gak la bnde yg boleh di grab
apa bendenya?

mari kasi tgk ini barang!!!!


maaf ye dah bukak baru amik gmbr.. hehehehe lupooo pulokk!!
binatang ini diberi nama,, Reinforced Rear Double Roller Stay,
dan ianya dibeli dengan harga
RM 20.00 sahaja.
ok murah saja barang ini, dan susah ditemui.. haha mungkin dah nak pupus kot.. hekhekehk

fungsi nya adalah untuk pasang roller dibahagian belakang, seperti yang diketahui, yg haritu aku ada beli kereta ray stinger, dan kereta itu tak ada bahagian ekornya untuk dipasang roller, so kene beli asing ok, setelah menjumpai aku pun grab lah.

casis super 1, adalah casis lama, dan boleh dikatakan zaman purba gak la, so barang die agak susah untuk dicari, setelah aku menemui aku pun excited lah nak pasangnya,, dan mcm mane rupanya.. meh tgk ni...


yang ni rupe paras selepas mr.H telebih rajin g tukar double roller kat belakang tu,
dan die pasang mass damper kat tepi,

yang ni adalah rupe original kalau lepas pasang, yang mana disertakan
dengan roller yang besar tu.. :)

ni adalah apa yang diperolehi dari dlm plastik tu hehehe
ok itu saja yang dapat dikongsikan,, ada apa2 nak tanya jangan segan boleh comment kt cni ataupun shoutbox ok.. kalau nak tau pasal tamiya boleh CLICK  kt pager atas tu ada tulis TAMIYA, hope ada yang membantu :)

thanks 4 ur time
XOXO
Puan Husna

p/s : ahad ni ada fun race, masih tak tau sama ada nak masuk atau tak.. confuse
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...