Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Monday, 17 March 2014

Remaja Overdose di FMFA #ASOT650

Assalamualaikum,

salam isnin,
hello Readers,





sedih dan menyayat hati, dalam kebimbangan kita memikirkan tentang MH370 dan masalah jerebu, air dan sebagainya, masih sempat lagi berhibur dengan cara yang bg aku agak menyedihkan, aku akui bukan seorang yang kuat dlm pegangan agama, dan masih belajar untuk memperbaiki diri sebagai hambanya,

aku tersentuh untuk mengulas tentang perkara ini, jom aku share sikit apa kata mereka yang pergi, ini dari FB aku yang tak de niat untuk mengaibkan sape-sape,

A : "korang yang tak pegi jangan nak memekak, cakap mcm tau sangat konsert ape!

B :  "katsane pun diorg ingatkan jugak utk #prayforMH370"

C :  " yang overdose tu budak-budak baru nak up"

aku terfikir, adakah kita perlu tengok je gelagat mereka, yang bagi aku susah untuk ditegur, dan aku tak nafikan siapa aku nak tegur mereka, dan aku memilih untuk diam,dalam berdiamnya aku adakah aku juga akan turut ditanya di akhirat nanti tentan

g ini? aku berkata pada Mr.H, aku bersyukur masih diberi peluang untuk Allah tidak mencabut nyawa aku tatkala aku terlompat2 melayan keseronokan dunia, aku bersyukur, aku diberi peringatan awal untuk tidak terus dijalan itu,

tercengan juga bila lihat gambar2 yang tersiar di media masa tentang mereka yang pergi ke konsert ini, (maaf takde gambar yang aku nak kongsikan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak)
dalam hati aku tersentuh, kan bagus kalau seramai ini umat islam ke majlis ilmu, kan bagus kalau seramai ini umat islam berdoa kepadanya untuk mengelakkan musibah, kan bagus kalau seramai ini anak-anak remaja yang memenuhi masjid2.

aku sentiasa berdoa agar aku,suami aku, keluarga aku, adik-adik aku, rakan-rakan aku, saudara mara aku, tidak mati dalam keadaan yang dimurka Allah, aku berharap kami mati sewaktu sujud kepada-nya, aku berdoa kalau tercabutnnya nyawa aku biarlah aku sedang berzikir kepadanya, aku mengingatinya, dan biarlah aku mati dalam keadaan sempurna ibadahku kepada-nya.

wallahualam, semoga Allah memberi hidayah kepada kita, dan sentiasa dibawah lindungannya
semoga bermanfaat,


thanks 4 read people,
xoxo PuanHusna


p/s: masih mencari MH370, nanti aku update pasal MH370 lagi ok.. :)


Friday, 14 March 2014

Nuffnang Premiere Screening- Need For Speed

Assalamualaikum,
Salam Jumaat,

Hello Readers,



wah wah npk kan tajuk tu , "wahhhh bestnyer dapat tiket free lagi"
hahahahah namun tidakkkkkk.

hahaha ini lah masalah bila tidak bergerak seiring teknologi.. harhar padan muka saya..
nyeeehhhh, kenapa? huh ni aku tgh touching sedih guling2 dh,

sepatutnya yer, hari rabu ak dpt free tiket dri nuffnang untuk NNPS  cerita yg aku excited gile
nak pg tegok.. so aku pun hah dengan semangat, pegi la,, siap pegi awal ok sbb nk sit best,

pukul 8.00 dh sampai kt MID VALLEY seperti yg tertera pada email. hah so tgk xde counter yg bukak lagi,
its ok, ingt kitorg awal, so sempat la joget2 kt mid tu dulu ngan Mr.H.. konon2 nk bg hadiah kt mr.H la ni.. heeeeeeeee, pastu tunggu2 sepatutnya start pukul 9.30, last2 dh 9.30 ckp ngan mr.H salah baca email kot,

bukak email tgk betul, sekali

tergerak hati nk cek kt IG nuffnang, tgk org hashtag NNPremiereScreening, barulah aku tau yang
tempatnya telahpun ditukar ke Paradigm mall, so aku pun
ape lagi nagisssssssss la,(padahal termalu salah tempat) hahahahha

rupanya Nuffnang dh update dekat TWITTER tp aku ni tak up to date rupenya..
ketingalan zaman, jenuh la mr.H pujuk aku dok melalak xdpt tgk Need For Speed (gedik sungguhh).. ahahahah.
gile tak nangis kalo dh excited nk pg skali kene cm tu.. hahah tu namenyer takde rezki yer husna..
xpe kan boleh g tgk jugak nanti.. ok bg yg dh tengok tu tahniah yeee.. (jelous ngan korang hehehe)
bg yg belun jom la kita terjah cinema berhampiran... nah amik trailer die dulu.. blanjerrr sikitt.

ok byeee.. nk booking tiket dlu heheheh


thanks 4 read,
XOXO PUan HUsna


p/s: mlm ni nk g masuk funrace Tamiya kt Equine.. heheheh semoga berjaya kepada saya ye.. hehehe

Monday, 10 March 2014

moody monday - mh370

Assalamualikum,

moody monday,

hati sayu mengenagkan mu,
wahai sang kapal, kami menanti mu,
pulanglah segera kami merayu,
jangan buat kami tertungu.

hilang tanpa berita,
ghaib tanpa tanda,
muncul mukin bermakna,
agar tangisan terhenti jua,

semoga allah melindungi,
kami sentiasa berdoa disini,
pulanglah, agar lega di hati,
tak sangup kami meratapi.

jika takdir tidak bertemu,
tunjukkan kami sedikit tandamu,
mengharap hilang resah gelisah,
agar kami lebih tabah,

teruskan berdoa, agar keajaiban akan berlaku, allah maha besar, allah maha agung, allah maha mengatahui, allah maha mengasihani.

thanks 4 you time
xoxo puan husna


p/s: kalau aku boleh tolong untuk turut serta mencari, aku akan pergi! tp aku hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Tuesday, 11 February 2014

#MyBeautifulWomen

taknak cakap banyak-banyak,
jom nangis sama2..



terima kasih untuk masa anda.. :')
xoxo puan husna

p/s: jika anda punya peluang untuk menyayangi,teruskan menyayangi,. sebelum segalanya pergi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...