Showing posts with label husna. Show all posts
Showing posts with label husna. Show all posts

Friday, 27 January 2017

PUAN HUSNA KEMBALI!

Assalamualaikum,
 
Salam Jumaat buat semua.. wahhhhh setelah sekian lama kita ni menyepi kini kembali memunculkan diri.. ramai gak Tanya lame hilang mane pergi,.. tak gi mana ada mereput ni haa.. hahaha
 
since lame tak memunculkan diri,, saja nk story2 sikit what happen hampir beberapa bulan ni buat ape, keje ke, anak sihat ke kan...
 
now kak senah ni dah bekerja di tempat baru lebih kurang dah 2 bulan dah.. office  baru environment baru setelah setahun lebih bercuti sbb mcm mcm isu bersalin, abah meninggal, pindah rumah n so on lah.. now kak senah dah boleh Tarik nafas lega dah.. boleh rilex2 siket
 (walaupun sbnrnyer keje banyak)
 
so....
 
ni lah office kak senah kak senah dah jadi hakak HR skrg.. sape cari gaduh kak senah potong gaji hahahahahaahah
 
im happy with my life,, kak senah pun dah 6 bulan pindah rumah n now menetap sepenuhnya bersama suami dan anak tersayang...
 
 
now this lil girl pun dah nak masuk setahun,, dah mcm mcm akal.. and kuat mengamuk.. so si ibu pun redhoo jelah.. ni lah kehidupan kak senah sekarang...
 
tak meniaga???
 
ehhhh mane boleh tak meniaga itu sumber pendapatan utama suami.. suami kak senah masih niaga cuma lokasi je dah berbeza.. now kami berniaga di area seri kembangan sebelah wisma MINLON, ala tempat yg slalu buat sale tu.. so kalau sape2 nak singgah boleh la singgah...
 
tuje kak senah nak story utk harini.. kak senah masih ujud cuma kurang di blog je tu yg blog pun dah mcm rumah puaka niang rapik tu.. hahaha
 
 
ok ada masa nanti kak senah menaip lg ya.. now kak senah nk g bakar mercun dulu sbb esok kan nak raya.. hehehehe happy holiday guys!
 
Tq for your time,
xoxo Puan Husna
 
 
p/s: nanti rajin kak senah open story the morry ya..
 
 


Wednesday, 22 July 2015

#teamrayakl (sedang) & #teamrayakualakangsar (Chalet D'Kg Mr.Os)

Assalamualaikum..

selamat hari raya Aidilfitri semua,, semoga lebaran ini memberi 1000 kecerian kepada kita semua.. alhamdulillah semoga kita berjumpa lagi ya ramadhan.. 

ok ini cerita raya aku..

 raya kalini a bit different dimana kali pertama juga lah beraya dengan fmly mertua sbb tahun lepas kite dah ambik turn kan.. so next year kita punyer turn pulak lah.. tp dalam pikir turn sape pun, tp mcm takde beza pun.. sbb malam raya aku kat gombak sbb buat persiapan raya sbb mama semua pun beraya di gombak sbb tgk keadaan kesihatan abah yang agak terbatas.. so mama pun pilih n buat keputusan raya kat gombak dulu then lepas semayang jumaat baru chow balik Kuala kangsar.. 


so mcm biasa rutin setiap tahun.. mmg wajib ada lemang sbb ni fevret abah sebenarnya.. so kitorg pun sehari sebelum raya tu seiapkanlah masak lemang semua untuk makan hari raya esoknya.. sebelum aku ngan mr.H pulanglah ke desa.. desa mana.. mcm jauh padahal DESA SERDANG je punn. so dah bersalam2 ngan mama abah semua mlm raya tu kitorg pun cabut balik serdang plk..

so raya pertama




haaa ni la hari raya pertama kami.. mengadap TV sbb kat kl ni nak g mane hoiii.. laki aku pun dah hilang samping dah lepas semayang raya.. so aku pun makan tido jela hari raya pertama tu.. petang baru g beraya umah pakcik kat nilai.. so mlm tu dah plan nak balik Kuala kangsar sbb ada kenduri..

so balik pun raya ke dua pagi baru gerak.. 
mcm biasa kalo balik kuala kangsar je mane lagi kitorg akan beraya mestilah dtk Chalet D'Kg Mr.Os,
sampai dah tengah hari.. ha sampai je kuala kangsar baru lah aku rasa mcm hari raya.. sbb meriah dgn sedara mara and bejalan beraya n layan budak2 datang beraya.. so dpt jugak la mood raya tu.. so kenduri raya ketiga and plus raya ketiga tu mmg ada aktiviti wajib untuk keluarga iaitu family day.





so raya ke 3 pun menjelma, dan lepas kenduri tahlil n buat doa selamat untuk family dan yang bakal lahir ni nanti (yg ni nanti cerita) selesai makan2 semua.. mulelah acara family day.. mmg fun sbb lupe pasal hand phone media sosial semua mmg u just enjoy ur time with your family yang mmg kepala gila semua.. penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. mcm mcm game kampung kitorg buat sbb nk bg budak2 bandar ni tau ape tu baling tin,, ape tu tarik upih so mmg tak nampak la budak2 ni pegang tab ke i pad ke semua.. semua sibuk nak main game nak dapat hadiah.. hehehe

 belah siang dah habis semua game walaupun aku di quarantine kan tidak dibenarkan join tp takpe tahun depan balas dendam hahaha nak jugak join.. so aku pun berkubang je la dlm pool sambil sorak beri sokongan kepada peserta2 haha..
so belah malam pulak sesi main cabutan bertuah.. yg ni mmg lupe nak ambik gambar.. sbb sebok nak menang cabutan bertuah dpt periuk.. walaupun aku tak cukup bertuah mcm tahun lepas.. tahun lepas dpt bekas air.. tahun ni.. mama aku pulak collect hadiah mahal.. hahaha mmg rezeki die yg aku langsung tak bertuah siap kene ejek tak dpt ape ape hahaha last2 dpt jugak hadiah saguhati.. 

ape ape pun.. i had a great time walaupun mlm tu jugak aku dah kene cabut balik KL balik sbb dah nk start keje.. huhhhh sedihhh 

so itulah cerita raya aku untuk tahun ni.. harap tahun depan dapat la beraya lagi bersama semua yang aku sayang dan yang im so excited utk tahun depan InsyaAllah akan ada org baru sambut ramadhan dan beraya dengan kami.. Alhamdulillah Terima Kasih Allah!..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: its too early, walaupun dah lepas first trimaster aku memilih untuk tidak banyak bercerita tapi aku juga tidak menafikannya,  aku harapkan doa yang baik2 dari rakan-rakan, terima kasih juga buat yang selalu mendoakan aku.. 





Friday, 26 September 2014

Mual-Mual+Sakit Perut=Apakah?

Assalamualaikum,

selamat hari Jumaat,, semoga dilimpahkan rahmat buat semua..

wahhh hujan rahmat pulak ni kan.. mmg rasa mcm "bestnyer tidoorr"hahahahahaha tetibe,, tp tak boleh nak tido.. banyak tanggungjawab nak kene laksanakan harini,, nak kerja,, nak g hantar tempahan,, nak lunaskan amanah orang.. haaaaa biase la berniaga kan...

ok taknak cerita pasal meniaga sangat,, tapi nak cerita ape yang terjadi kepadaku yang makin menyepi di medan blogger ni,, selalu kalau tak,, asyik2 entry kite je lah kat reading list tu kan.. tamak heheehehehhe

ok dah lebih kurang 3 hari 4 hari ni.. aku mengalami kepelikan sikit dengan diri... bangun pagi je... mula la rasa nak muntah... tah pahal tah.. pastu pegi teman Mr.H beli barang je kat Aeon Big,, lalu je kat bahagian peti Ais,, bau peti ais tu ,, mule la aku nak muntah... haishhh tak pernah pulak jadi macam ni..

semalam paling extreemm,, mmg MC sbb aku ngan mr.H 2dua kene food poison sbb sehari sebelum tu kitorg makan kat luar.. emmm tp mr.H dah ok aku sampai ke hari ini.. masih lagi loya2.. bau je peti ais mule la aku nak muntah balik.. eeeehhh pahal ni..

aku ni pon main2 la cek kat internet kot kot mane tau  tande2 nak ad baby ke kannnn.. mmg excited la aku.. tp aku tgk yang bab loya je yang sama.. yang lain mcm takde lagi pulak tande tande tu. tp bab loya ni pun,, mcm awal lagi je kalau ikut perkiraan aku ni... so taknak excited sangat kang takde kang frust lagi kang... yang mr.H dah nak excited.. tp dah ckp jangan excited sangat tah2 aku ni loya sbb sakit ke ape ke kan.. so semalam sbbkan dah takleh tahan mr.H baak g clinik


haaaa ni Dr Bagi hadiah.. bak kata mr.H dah mcm sakit jantung dah ubat banyak-banyak.. hahahah wehh hello dear hubby,, ni baru sikit tau.. nanti tunggu kalau beranak. n ngandung mmg lagi mcm2 ubat la kene makan.. al matlumlah aku ni kan minah penyakit hahahahahaha..

so kalau sape2 yang ad pengalaman kene mcm aku ni.. boleh la share2 kot2 aku boleh la dapat info sikit2 hehehehe

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: mlm ni  niaga.. yeehhhhhh jom la datang kedai aku lepak!

Wednesday, 10 September 2014

Cabaran 10 Hari : Day 7 - 7 Most Wanted Wishlist! oyeeeehhhhh!

Assalamualaikum,,

wordless wednesday? oooohhh tidakkkk,, nk kene sambung day 7 pule yerrr... hehehe

haaa cakap pasal wishlist kan perrhhh mmg lagi-lagi perempuan.. wish list org mintak 7 kang 700 die bagi sebab semua bende die nak sebenarnya hahahahaha but kalo dah ckp pasal "rembau most wanted" ehhh salah most wanted wishlist kan hahahaha so kita bagi 7 je la eh yang betul2 di impikan..

Note : dengan harapan Mr.H akan baca dan tunaikan ewaaahhhhhhhhhhhhh! "dush dush tumbuk diri sendiri


1. BABY!



setiap orang yang dah berkahwin kan mesti akan terdetik jugak dalam hati nk kan cahaya mata.. tp bukan semua orang diberi semudah A B C, dan ini adalah wishlist yang aku mmg sangat inginkan sejak dari mula berkahwin lagi.. tp takpe Allah itu lebih mengetahui nya.. insyaallah.. aku berserah je..

2. New Handphone


kawan2, family selalu bising nak contact aku susah, whatapp tak jawab,, call kadang2 off,, haishhh maaflah yer.. phone hamba ini zaman purbe so mempunyai banyak masalah,, nak on data pun susah dik non,,, so tengah mengumpul duit lagi nak beli phone baru.. harap2 dapat la phone baru.. sbb lagi2 dah buat business ni mmg phone adalah amat penting bg aku sekarang.. so insyaallah,, jangan risau pasni dah senang dah nak contact yerr.. hahahaha tak dapat i phone pun takpe yang penting sng nak contact wassap semua,, kalo dapat i phone Alhamdulillahhhhh hahahahaah

3. Peti Sejuk Baru


haaaaa wishlist akak akak dah kawin mmg mcm ni,, pelik2 sikit, nak peti ais nak sofa nak mesen basuh nak tv hahahahahaah tp ni bukan ape wishlist, ni adalah kerana haritu Mr.H telah berjaya menjahanamkan perti ais lama,, dan membuatkan die tidak mampu lagi digunakan dan nk repair pulak mcm harga beli baru so this is wishlist nak beli peti ais baru pelissssssss... hahahahah

4. HONEYMOON

alaaaaa bestnyer kalau dapat g honeymoon,, tp tahla nak kemana pun tak tau.. and i hope akan ada la kejutan dari mr.H konon2 nak bawak honeymoon.. takpe tunggu je tunggu je.. harap2 adalah.. tak kesah la dekat ke jauh.. tp dah meniaga ni mcm susah sikit je nk g kannn.. hehehehe

5. Kereta Baru Pelissss!


hahahah bukan la kereta dlm gambar tu yang aku nak pun just sebagai hiasan je.. heheheh ok aku nak kereta baru bukan untuk nak melawa ke ape ke.. mmg bersyukur dengan kereta sekarang,, tak de hutang tak de ape.. so mmg tak sakit kepala la nak pikir bayar die bulan2.. tp ini lebih kepada nak beli kereta baru untuk meniaga.. nak angkut barang senang semua.. so kitorang mmg ad plan nak beli tapi bukan sekarang.. insyaallah kalo business dah maju sikit lagi.. haaaa baru la cari kereta yang sesuai untuk meniaga pulak.. heheheh 

6. DAFTAR COMPANY

wahhh mmg tak pernah pulak aku terfikir akan ada syarikat sendiri pada usia 25tahun ni.. heheheh alhamdulillah jugalah Allah permudahkan.. walaupun bukan la satu syarikat besar lagi.. yaaa insyaallah next week kalau takde ape masalah kitorang akan daftarkan syarikat kitorang dan mulakan business ini dengan secara rasmi.. insyaallah ini wishlist yang rasanya hampir hampir tercapaii.. doakan untuk kami yerr kawan kawan :)

7. RUMAH SENDIRI

sape taknak rumah sendiri kan,, jadi pemilik bukan sewa rumah makan tak habis minum tak sudah.. hahahaha nyanyi pulak aku ni.. semua org aku tau punya wishlist yang sama,, nak kan rumah sendiri.. beli rumah semua.. dan aku ni masih menanti lagi cerita tentang rumah aku tu.. insyaallah.. ini juga wishlist yang aku harap.. dan aku harap harap sangat ianya akan menjadi satu kenyataan wahhhh tak sabar nak ad rumah sendiriiii.. bestnyaaa! insyaallah insyaallah.. :)

fuhhhhhh makin mencabar rupenyer nak pikir bile makin banyak yang di request hahahahaah tp takpe sahut cabaran juga.. 

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: wishlist no 3 tu harap2 la mr.H belikan cepat tak nak dah makan luar je.. boring hahahaha




Monday, 11 August 2014

Suami, Adik Atau Anak?

Assalamualaikum,
salam isnin dan selamat ari raya semuaaaa...

mood raya aku tak pernah luntur hahahahaha,, walaupun sentap! kahkah keje nak sentap je aku ni kan,,
cerita bermula.. alhamdulillah, mr.H telahpun memulakan perniagaan pada hari sabtu lepas di gombak, dan kemungkinan aku juga akan turut berpindah ke sana semua,, tp buat masa sekarang belum lagi sbb aku masih bekerja,

ok kisah tentang Suami,Adik Atau Anak? tengok gambar dibawah ini dan sila nyatakan
APA YANG SAMA?





ok dah tgk kan,, dan sekarang beritahu apa persamaan yang anda nampak? hahahaha, bende paling biasa bila orang jumpa kitorang adalah,, adik beradik eh? lebih  lima ratus enam puluh ribu tiga ratus empat belas orang (main sebat je) yang aku jumpa akan mengajukan soalan yang sama jika orang itu tak kenal atau first time jumpa..

dan selalunya aku adalah mangsa untuk ditanya "ni adik eh? "well aku nampak mcm kakak-kakak sangat ke? eemmm sabor lagi takpe,, dan yang paling extreme adalam hari sabtu lepas, seorang kakak ni datang kedai, dengan selamber tanya kat aku,, "ni adik ke anak?"wwwoooooooo kak ni suami saya kak, hahaha
ada nampak mcm makcik-macik sangat dah ke wehhh aku ni? hahahaha dan boleh die bantai ingat laki aku baru lepas SPM,,

hahahah so kesimpulannya,, aku dah tak kesah dah orang nk ckp aku ni akak-akak ke, macik-macik ke,, yang penting mr.H masih ingat dia suami,, dan sayang aku cehcehceh,, statment jaga hati.. hahahaha nanti aku pakai bedak tebal2 haaaaa baru dia taaauuuu.. hahaha

thanks for your time people
xoxo Puan Husna

p/s: mr.H perasan die mude sangat, lagi2 bila si codol tu puji2 die pink-pink laaa.. perasan izzue islam terus hahahahaha

Thursday, 12 June 2014

ZALORA untuk MAMA!

Assalamualaikum,

disebabkan kaki mama tak berapa nak ada size kat ZALORA ni and, kasut yang die nak takde,, so die pun buatlah pilihan untuk beli bende lain,, ok mama mmg geng ngan aku yang mana,, gila handbag, gila kasut,, sep sikit ma, hahahaha

Alhamdulillah rezeki nak raya,, aku dapat voucher RM100 dari ZALORA dan mmg niat nak belanja mama untuk raya, so bg la die pilih punya pilih punya pilih,,

last last die cakap,

"mama nak handbag la, kasut die mama taknak la,, kalau tak pun kasut dengan handbang boleh ? "

hamboiiiiiiii kalo dpt RM1,000 boleh la ma,, banyak pun boleh, hehehehe pastu die pun ckp nk handbang je,, ok la,, ini la bile older nowadays nak tgk lappy,, ala mama tak nampak la itu la ini ,a hahahahah jenuh jugak nak zoom utk die,,


dah pilih barang tgk-tgk bag yang die berkenan berharga RM89.00 so ada balance lagi aku tambah la beli eyeliner untuk aku, tp sbb eyeliner tu harga melebihi jumlah voucher yang aku ada,, takpe la aku tambahla balance die nanti.. so total semua RM23.00 termasuk shipping.. aaaaaa best kan,, so aku pilih utk buat Cash on delivery sbb senang . barang sampai terus bayar.. eheheh

dapatlah mama pki handbang baru utk raya ni, tak sabar leteeeewwwwww mama tu

thanks for your time love
xoxo Puan Husna

p/s: ok time too balik mr.H dah sampai hehehe

Perkara Paling Romantik Pasangan Kita Pernah Buat?

Assalamualaikum,

salam khamis,, well hello readers,,

ok bercerita pasal pasangan, kalo boleh semua bende kita nak cite kan,, nak bagi tau pasangan kita baling best, paling hensome, paling paling paling dan paling kannn hahaha gurau je,,

dah kenape la si una ni tetibe je buat enty cintan cinton kan, ok ini adalah kerana,,


bukak je nuff tadi ternampak ada P.Screening untuk cerita ni,, and bile baca sinopsis die mcm loving2 sweet2 je kan,, so tertariklah untuk mencuba nasib, mane tau ada rezki boleh la dating g tgk wayang hehehehehe sebelum sepenuhnya masa dihabiskan dikedai bulan puasa nanti.. ok tapiii untuk dptkan tiket ni kene jawab soalan die,, mcm  biasa.. tp kalini soalan die hamboiiiiii...

alamak,,, ape yang mr.H pernah buat paling romentic ehhh? hahahahah tu yang blur kejap tu sbb mr.H ni bukan la romentic sangattt *letak tangan atas baru mata pandang atas.. hahahahah tp ada la meaningful moment yang die pernah buat jugak.. buat lawak banyak la die tu.. stresss haahahaha

susah la aku nak ingat ape yang romentic yang Mr.H buat.. eeemmm nk ckp waktu die propose aku dulu, emmm tak la romantic sangat biase2 je.sbb takde la propose sgt punn. hahahaha kejam,, yang aku buat? emmm rasanya mcm takde jugak,, banyak buat lawak je kitorang ni,, buat huru hara,, ada la.. tak romentic langsung,, semua ckp mcm kawan2 je kitorang ni tp pada hakikatnya laki bini!

aarrrhhhh tak tau la nk jawab ape.. tp jawab je la ehhh,, semoga jawapan diterima dengan jayanya lah hehehehehehhe.. good luck to me.. :)

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: tak sabar nak cuti sebulan ngeehhhh

Tuesday, 10 June 2014

Roti Jala - D'JALA MR.OS

Assalamualaikum,


setelah bertungkus lumus dengan bermacam halangan dan rintangan. heheh,perbincangan bersama mr.H dan kami usahakan bersama,, ewahhh,, akhirnya kami akan memperkenalkan business kami yang pernah disebut-sebut suatu ketika dahulu hehehehe dah mcm zaman purba..

meh tgk meh meh,,

tarrraaaaaa

unofficial lagi tau design ni, just nk kenalkan je dulu.

inilah dia, D'JALA MR.OS yang mana,, aku dan suami mengusahakan perniagaan makanan iaitu ROTI JALA, dan kuih muih lain sekadar sampingan dan yang asasnya adalah ROTI JALA, Alhamdulillah setelah mencuba menjualnya dikawasan perumahan kami, dan sambutan yang baik dari jiran tetangga kami terus untuk mengusahakan perniagaan ini,

ok kelainan roti jala kami adalah, yang selalu orang makan bersama kari,, tetapi, di kedai kami,, kami sediakan 3 pilihan pencicah iaitu, KUAH DURIAN, KARI KAMBING, DAN KARI AYAM,

kami juga mengambil tempahan untuk kenduri seperti cukur jambul, kenduri doa selamat, majlis buka puasa, open house, dan  bermacam acara lain lagi,. untuk bulan puasa ini, kami akan berada di KOMPLEKS MUHIBBAH TAMAN BOLTON GOMBAK dari pukul 3.00 petang sehingga Sahur.

kalau nak cuba boleh la datang ke bazar ramadhan nanti, harga? dont worry harga pasar malam! hehehehe, jadi insyaAllah kalau dimurahkan rezeki, D,Jala Mr.Os akan ada cafe tersendiri,, dimana?, konsep apa? nanti sama-sama kita tunggu,,

heeee untung-untung kalau datang, Mr.Os pun ada nanti kalau die free.. nanti akan di update lagi masa demi masa..


thanks for your time
xoxo Puan Husna







Persiapan Ramadhan - BAZZAR RAMADHAN DAN AIDILFITRI KOMPLEKS MUHIBBAH TAMAN BOLTON GOMBAK

Assalamualaikum,



Alhamdulillah bulan Ramadhan bakal tiba tak lama je lagi,, dah siap ganti puase ke belummmm hehehehe cakap orang,, aku ni pun tengah gigih menganti,,

dulu sblm kawin ganti puasa ada geng ajak mama puasa sama,, ni dah kawin dok umah,, mr.H sibuk laaaaa menyakat,,tp die ingat kite ni budak baru nak belajar puase agaknyer.. heheheh

ok bile sebut je bulan Ramadhan, haaaa paling laju terlintas dlm kepala adalah....

terawih, buka puasa, bazzar, raya, main mercun. hahahahah ni yang mmg sinonim la dgn kita,

so aku pun mengambil kesempatan bulan Ramadhan ini untuk mencari rezeki.. mcm mane ape lagi, BAZAR RAMADHAN la.. hehehe mcm tahun lepas,, aku meniaga di bazar desa serdang,, now tahun ni ada perubahan sedikit,, alhamdulillah,, aku dapat tapak yang mmg depan je dgn rumah mama di Gombak,

dimana di BAZAR RAMADHAN KOMPLEK MUHIBAH TAMAN BOLTON,, ok ini merupakan pertama kali ianya dibuat disitu, dan yang bestnyer tahun ini,,
bermula dari pukul 3 petang dah bermula Bazar Ramadhan untuk juadah berbuka,, dan disambung dengan EXPO Aidilfitri juga disitu,, kira mcm one stop center la,, bagi yang berada disekitar gombak, setapak, selayang, wangsa maju,, so nanti boleh la datang beramai-ramai memeriahkan bazzar ni,,

boleh click kat gambar ini untuk tgk map :)


kalau rasa mlm-mlm lepas buke tu nak cari port lepak nk tengok bola, haaaa kt sini ada bukak Big Screen untuk world cup, sambil lepak minum-minum, makan-makan sambil layan bola, mmg port yang best laaaa sampai sahur tau,, mcm-mcm ada niaga kat sini,, baju, kasut makanan mmg akan meriah la nanti,, nak parking senang, kawasan lapang. so tak yah la bersesak nak cari parking,. :)

apa lagi yang menarik disini,
akan ada Buffet ramadhan yang mana harganya aku tak pasti,, tp mmg ada buffet ramadhan so bagi yang nak bawak family makan berbuka sama-sama kat sini pun boleh.. pasti meriah,, lepas makan berbuka,, boleh jalan tgk-tengok baju..

ok ianya akan mula beroperasi pada pukul 3.00petang sehingga 3 pagi cm tu la kira Sahur. pada 1 Ramadhan Hinggalah raya..
aku juga akan turut berada disitu ntuk meniaga,, nanti nak cari kedai aku paling senang,, korang cari je banner yang terpampang besar2 nama abah kat situ ok.. aku niaga ape? haaaaa, nak suruh tunggu juga ke nak bg tau ni,,

ok la kita belanja sikit la,, aku akan meniaga makanan disitu, start pukul 3 petang sampailah sahur aku akan ada disitu, insyaallah setiap hari,, sape2 yang lalu area situ boleh la singgah-singgah nanti ok,, tunggu next entry aku akan perkenalkan makanan apa lahhh yang husna ni jual kan,, hehehehe :)

Thanks for your time
xoxo puan Husna

p/s: takut nak meniaga, tp sangat excited and tempat ni adalah tempat wedding aku haritu ehehe:)


Thursday, 5 June 2014

kenapa kita unfollow seseorang?

Assalamualaikum,


salam khamis hekhekhek,, dah kenape kau ketawa husna heeehhh

Ok, nak tanya, pernahkah korang unfollow seseoramg dari follow list korang? Boleh tak kita share2 kenapa kita unfollow seseorang itu? Dan pernah tak korang di unfollow oleh seseorang dan korang dapat detect tak siapakah orang itu dan kenapa?? Haaaaaaa

Ok aku jarang unfollow orang, and aku mmg suke main follow2 ni sbb makin ramai kita kenal makin banyak bende yang kita dpt tahu kannn, so if aku meng unfollow seseorang itu selalunya atas sebab sebab berikut

1. Orang itu memberi ancaman kepada aku. Mane tau die nk bunuh aku ke kan. (bajet retissss)

2. Aku merasakan bila aku follow die akan menyumbang kepada penambahan dosa aku. Hahahaha mean nti aku mengumpat taknak taknak dosa i allsss nanti.

3. Terunfollow tanpa sedar sbb tersalah tekan. Tp bile rasa mcm tak nampak kt reading list ke, timeline ke cari pastu follow balik heheheh ni mmg selalu jadi kt aku yang jakun ni.

4. Kalau die unfollow aku dulu, pastu aku unfollow die balik. Hahahahaha balas dendam teruk hahah

Ok aku minta maaf kepada sesiapa yang merasa menyampah dengan entry2 aku, yang merasakan aku annoying ke kan sampai rasa nk mengunfollow aku hehehe. Maaf I just be my self. Blog adalah tempat aku share pendapat dan pengalaman dengan cara aku, dan mencari pendapat dan pandangan dari rakan2 lain. Mungkin ini cara aku, agak kasar dan lantang sikit dlm bersura dan ketahuilah aku ini sangat terbuka dengan idea2 org lain juga. easy, if u nice to me, i will nice to you, and if u try to make me mad, i will make u smile.. that me.. tak caya try la hahahahahaha

Ok thanks for your time people
Xoxo PuanHusna

p/s: ada entry sponser menyusul nanti,, bagi yang kuat shopping nanti boleh la tunggu ye.. :)

Wednesday, 4 June 2014

Boy Konvo IKBN 3 Jun 2014

Assalamualaikum,

salam rabu,, no WW,, sbb agak banyak entry nak di up harini,, insyaallah,

tahniah buat BOY adik aku, atau nama sebenarnya hazwan, yang telah selamat di Konvokan,, ahaha ape dah husna dikonvokan,, hahahah boleh la,, semalam di PICC, abah ngan mama dah sampai awal sbb tgk die ambik sijil,aku smpi lambat dan tunggu kt lobby je la,, then abah call ckp abah mls nk tunggu kt dalam tu lame2 sbb boy pun dah selamat ambik sijil die,, tunggu tunggu sempat la aku pusing kt PICC tu tgk ada pameran la pesembahan la,,

rupenyer abah ngan mama dah lapar, sbb tak makan lagi dari pagi sampai kul 8. kul 10.30 cmtu die keluar dari dewan,, mcm biasa la abah,, jalan sikit orang pangil nak ambik gambar aku ngan mama lari dulu, sempat jugakla die buat show kt situ, sbb ada simulator untuk Golf, soo sbb die mmg seorang golfer, die pun try la,, dah mcm hape dahkan,, orang penuh tgk die main golf kt situ, hahahaha

mama dah boring sampai mama pangil ajak gi minum,, baru la die berganjak, kalau tak sampai petang pun die boleh hadap main golf kt situ.. hahahaha

so aku mama ngan abah pegila kt cafe kt PICC tu sementara tunggu boy keluar dewan, disebabkan makanan untuk sarapan diorang dah bawak masuk dan dah bukak buffet untuk lunch,, abah kata tak kira nak jugak mee kari yang ada tu, pastu die buatkan jugalah untuk kitorang ber 3, ingatkan mahal, RM5.00 saja ye mee kari die, aku pulak tak sempat nak ambik gambar,, mmg udang 5 ekor besar2 dalam tu, kari die sedap gile,, mama kata ni kalau tempat lain selalu dah belas2 ringgit dah ni,, so makan la kitorang 3 beranak disitu, sambil tunggu boy,

sambil tunggu tu pun,, mmg tak berhenti la orang dtg nk bergambar,, tp abah relex je,, die layan je semua orang.. dekat pukul 12.30tgh hari barulah boy keluar so kitorang ambil la gambar kejap pastu terus balik,, sbb abah dah penat.

tahniah buat BOY kerana telah selamat konvo,, dan dah kerje dah pun kt JB, kerje rajin-rajin, nanti boleh kawin! hahaah, selesai dah sorang lagi adik aku. tinggal 2 je lagi.





haaa ni la yang convo sebenarnya.. hahah


thanks for your time people,
Xoxo Puan Husna

p/d: teringat time aku convo dulu abah takde sbb ad kerja,, time sambung belajar pun die tak hantar sbb kerja juga.. hahah

Friday, 30 May 2014

7 Eleven BOLARIO BEAR KU MAKIN BANYAK!

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua,,
haaa adoii kerana terlampau buzy sampai tak sempat menjenguk dan berblogwalking kan diri,, harini pun buzy, tp curi masa jap nak update entry yang lame dah sebenarnyer nk up kan,, tp tah asyik lupe je,, haaa ni baru ingatt..

ala aku pernah story pasal BOLARIO BEAR ni,, tak pernah baca boleh la click -----> SINI





haaaa banyak kan,, ni cume sebahagian je.. mmg ad lagi yang aku tak dpt,, and ada yang dah dpt 2 yang sama,, sbb banyak store 7e kebanyakan bile datang nak tebus je cakap dah habis, emmm frust i tau,, sbb stock tak banyak kot.

so kalau ada tu baik korang terus je tebus, takut nanti kalo lagi lambat lagi takde terus nanti... hehehe comel kan banyak2 cm ni,, nak bagi hadiah kt orang pon boleh  :) so kalau bekenan boleh la pegi kumpul cepat nanti lambat tak dapat.. hehehe

thanks 4 ur time people,
xoxo Puan Husna


Friday, 23 May 2014

Makan Gaji Atau Berniaga?

Assalamualaikum,

salam jumaat yang mulia,,



Topic yang aku perlukan sedikit pendapat dari kalian yang membaca,
this is no right or wrong situation ok,, lebih kepada perbincanggan dan pendapat masing-masing,

kebanyakan ahli keluarga aku membuka business sendiri dan ada juga yang bekerja makan gaji tak kiralah kerajaan ataupun swasta, aku tengok kedua-dua bidang mencari rezeki ini adalah baik, dan jika ditanya pada aku, apa yang aku akan pilih, sama ada berniaga atau makan gaji,

ini adalah pendapat aku, ok let say  gaji kerja office sekarang adalah RM3,000.00 dan berpotensi naik setiap tahun,, dan jikalau korang berniaga,, pendapatan harian korang  contoh meniaga pasar malam, sehari korang mampu collect RM 200.00 x 26hari =RM5,000.00. ok ini adalah cuma kiraan kasar aku..

ye ke pasar malam boleh dpt RM200.00? haaaaaa kalau korang nak tau, sebenarnya,, income average peniaga pasar malam adalah sekitar RM150.00 ke RM1,000.00 satu malam,, mengikut jenis perniagaan mereka,

ya mmg kerja meniaga pasar malam ada naik turunnya,, kira mempunyai risiko yang besar, ye la dengan hujan, pesaing, dan memerlukan kedrat yang agak kuat. tapi adakah korang terfikir yang, apa dicari itu, adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, kalau kita bekerja makan gaji, kita bekerja untuk orang lain, tetapi diberi upah untuk perniagaan ataupun organisasi tersebut, apa yang anda dapat selain gaji? mungkin pencen, mungkin senang buat loan,bonus, mungkin naik pangkat,

ok meniaga takde pencen? sape kate? sebagai contoh,, siapa yang nak perniagaannya lingkup? takde orang inginkan sebegitu, malah menanam cita-cita untuk maju, ada kedai sendiri, ada cawangan, ada wisma, dan macam-macam lagi, adakah ini tidak dikira pencen jika anda sudah tidak perlu bekerja untuk kayakan anda, tapi orang lain pule yang bekerja untuk tolong anda kaya? Bonus? haha yang ni lagi best, mungkin keje makan gaji ada bonus setiap tahun mungkin 1bulan gaji atau lebih, tapi jikalau korang meniaga, Bonus itu dari Allah, tak siapa yang tahu,, mungkin Setiap hari, mungkin 1bulan sekali,. kannnn

aku tidak mengatakan bekerja makan gaji itu tidak baik, tetapi, berniaga juga adalah bagus, dan aku lebih memilih untuk berniaga, sbb bagi aku, jika aku bekerja makan gaji sampai tua, *kalau sempat tua, apa yang aku boleh wariskan kepada anak-anak aku nanti? jawatan aku? duit pencen aku?

kalau aku meniaga, dan diizinkan Allah, rezeki hasil usaha aku, dan aku mampu memiliki kedai sendiri,, sekurang-kurangnya, aku ada bende yang aku boleh wariskan pada anak-anak aku nanti,satu yang aku tetap pegang adalah, REZEKI ITU DARI ALLAH. kita hanya berusaha untuk mencari rezeki itu..

tak kira apa pun kerja kita, yang penting ikhlas, dan niat kerana Allah, dan ingin mendapatkan rezeki yang halal, kaya itu satu ujian dan kaya juga satu anugerah, satu yang aku minta, jangan hina orang meniaga, walau sekadar meniaga nasi lemak tepi jalan, anda tau ke berapa pendapatan dieorg? entah-entah lebih banyak dari anda yang keje makan gaji tu..

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: Jika ada peluang dan minat untuk berniaga,berniagalah, jika tidak punya kesabaran, teruskan dengan apa yang anda mampu. :)

Tuesday, 20 May 2014

Penyambung Legasi UiTM


Assalamualaikum,

salam Selasa,, well hello readers,



eeemmmmm cuti sudah habis,, kembali bekerja seperti biasa,, biase la lepas cuti je,, nak masuk keje,, mule lah lemau mcm biskut dlm tin yang tutup tak rapat tu,, huuuufff,,

tp tetap nak story mory cite best-best je,, taknak on mood sentap lagi,, hhehehe,

berbalik kepada tajuk diatas,, TAHNIAH untuk adik aku si pizul tu sbb berjaya menyambung pelajaran ke UiTM kira penyambung legasi UiTM lepas aku taknak sambung degree sbb gatal nak kawin hahahahaha

ok pada mulanya aku mmg tak yakin dengan die ni,, mane taknyer,, sekolah taknak pegi,, surat merah melambak kt umah sbb tak dtg sekolah,, tp tak datang pun bkn die buat ape,, duduk kt umah ngadap laptop.. haisss,, mmg aku ingat result die hancur la,, then dh kuar result,, ok la,, tak la teruk sangat,, aku pun tak tau bile mase die ni belajar. sampai abah pun cakap, kalau die dapat sambung belajar abah sembelih kambing sekor. har har har,

mane taknyer,, nak beli no UPU pun aku buat, nak daftar UPU pun aku buat,, nak cek keputusan UPU pun aku buat,, Nak isi borang pun aku buat,, haiiiss ape yang kau reti kalo semua aku yang buat? baik aku je yang belajar kan,,, so bile semak UPU tu aku lompat dulu sbb dapat makan kambing hahahahaha, dpt lah die sambung UiTM kos Photography dikampus Melaka, tak kesah lah yang penting die nak sambung belajar dh cukup baik dah, dan kenelah abah sembelih kambing sbb dah nazar hahaha,



so hari ahad haritu sempatlah aku pg ikut die ngan abah ngan mama, beli barang nak masuk asrama, biase la tak pernah duduk asrama, mama lah org yang paling risau,, boleh ke die bangun pg class,, makan ke,, mandi ke,, tidur ke,, boleh ke,, haaaa mmg paling risau mama lah,, habis semua barang di beli,, sapai kasut pun mama tuliskan nama die besar2 sbb takut kene curi,, aku dah gelak dh,, tgk mama buat die mcm nk masuk asrama form 3, padalah dah nak masuk U dah,, aku risau die lari balik je,,

aku harap die dapat buat betul-betul la blaja tu,, jangan separuh jalan die balik mmg aku terajang je.. hahahah, 1/6/2014 ni die daftar masuk, dah alang-alang kt melake tu, aku pun ambik la cuti,, dpt la bejalan sekali,, hehehehe,, bejalan je la kau husna oiii,, tp tu la Mr.H pulak kene keje,.. tinggal la die kejap hahah

thanks 4 ur time people :)
xoxo Puan Husna

p/s: sorang masuk belajar, sorang nak convo.. dah makin tue dh aku ni sebenarnyer. tinggal sorg je lagi yang sekolah..

Friday, 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU! 1996-2010

Assalamualaikum,,


ok hari guru, kalau dulu, zaman sekolah, mcm2 aktiviti akan dilakukan kt sekolah, dari sesi ucapan, game,, bagi hadiah kt cikgu n macam-macam lah,, 

haaa aku dulu kalau hari guru je,, mulalah sebok ckp ngan mama n abah,, belikan la hadiah untuk cikgu, kan hari guru, org lain semua bg hadiah,, so esok nya bangun pagi,, nak g sekolah untuk sambut hari guru, mama dah siapkan hadian untuk bg kt cikgu,, abah belikan,, siap bungkus lagi tau,,

tp sbb aku ni over kan,, so aku bukak dulu nk tgk apa la abah belikan utk cikgu aku ni kan,, sekali haiyaaakkkk die belikan rotan bulu ayam, patutla panjang semacam je hadiah tu,, tp sbb jujur aku pun bagi juga lah,, tp ni sekolah rendah,, kalo sekolah menengah dah pandai kumpul duit sndri beli hadiah,, tp selalunya,, aku akan beli bunga ataupun, buatkan kad utk cikgu.. itu je.. sbb duit blanje aku pun takat RM2.50 je sehari so nk smpi hari guru tu sempat la kumpul RM5.00 ke cm tu nk jugak bg kt cikgu punya pasal..

macam-macam kenangan dengan cikgu, bukan setakat waktu dlm class je,, kt luar class,, aku ingat,, rumah aku ke sekolah waktu form 1 kalau tak salah, kira ambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit la jalan kaki, so tgh aku jalan2 tetibe Cikgu AISYAH, aku ingat die lagi,, die berhenti sbb nak tumpangkan aku je, padahal punya ramai student lain tgh jalan kaki jugak time tu.. hahaha. 

heee now aku tak tau la masih ada ke budaya mcm tu kt sekolah2, yang banyak tgk Cikgu kene tumbuk, cikgu kene saman, cikgu kene marah, cikgu kene serang dengan parent, heemmmm harap-harap cikgu-cikgu ini akan terus tabah mendidik anak bangsa kita,, 

aku tetap nak wish SELAMAT HARI GURU pada semua guru-guru yang pernah mengajar aku,, mmg sangat ramai,, dari sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, Uitm, dan termasuklah sekolah memandu.. yer la tanpe diorg yang mengajar aku, aku tak tau lah mampu ke aku berdiri mcm ni sekarang,, 

TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU DIKENANG!

meh tgk gambar zaman-zaman sekolah dulu hahahahahahaha aku tgk aku gelak!

ni gambar tadika,, mohon cari kalau jumpe hahahaha

ok ni gambar Form 5 

teknik sepang netball team,, im netball player ok.. 


Ni la cikgu KIMIA kitorang, semua takut ngan die,, tp kitorg relex je, ni la CIKGU ZAINAB


rindu pulak zaman sekolah, haaa nak tau aku sekolah mane dulu,,

- S.K.Taman Sri Gombak 1996-2001
-S.M.K.Hillcrest  2002-2004
-S.M.Teknik Sepang 2005-2006

thanks for your time people
xoxo Puan Husna


p/s: dari seorang yang sangat nakal, sampai aku berjaya menjadi manusia.. cikgu tak pernah benci aku,, dan paling ramai cikgu sayang kt aku lah hahaahahahaha



Monday, 12 May 2014

Dia MAMA ku!

Assalamualaikum,

salam Isnin
Well hello readers, and blogger,

Amaran: Entry yang agak berjela..

ok semalam ramaikan yang sambut mothers day,, ok ada yang mengatakan ianya merupakan sambutan orang kafir dimana hari memperingati mother yang kat gereja tu ape semua,,

ok aku tidak menafikan bende tu,, tapi lebih kepada memilih untuk mengingati mama ku yang ku cinta,, ewahhh,, bukan sbb tarikh tu ok,, sbb bagi aku hari-hari kita kene sayang mama, kita cinta mama kita kan,,

aku bukan nak sambut mothers day! tapi nak kenalkan siapa ratu yang sentiasa ada dihati aku,, dulu kini dan insyaAllah untuk selamanya.. PUAN AMIMAH ARIFF, seorang wanita cekal,,

menjadi mama kepada 5 orang anak, yang bermacam kerenah,, yang degil cm aku,, yang nakal cam aku,, yang buat die nangis, ketawa semua aku... adik bradik lain semua baik hahahahaha,

dilahirkan pada 2 november 1967. die ni kelakar sebenarnya, suka buat lawak.. dan paling best die masak, perrhhhhhhh gua cakap sama lu,, ehhh sopan sikit husna.. hehehe semua apa yang anak-anak die teringin nak makan,, die akan cuba usahakan untuk masak juga,, tak pernah complain penat, tak pernah merungut,, malah sentiasa senyum bila bersama anak-anak nya,,

teringat waktu die mengandungkan dik su, anak yang bongsu, die teringin sangat nak makan pizza, dan waktu tu kitorang semua masih belajar, dan ada sedikit masalah kewangan,, ye la pizza kan mahal.. so die memilih untuk buat sendiri je pizza tu.. dan disebabkan rumah aku adalah kawasan kampung, tepung yang di beli untuk buat pizza dicuri oleh monyet, nampak die marah dan terkilan,, tp die masih boleh ketawa sbb tepung dah kene curi ngan monyet,, hahaha,,
tp dapat juga makan pizza lepastu beli tepung lain hahaha

penah menjadi penyambut baby jiran sebelah umah aku tu,, sbb die bersalin kt rumah,, macam mane die yang tidak ada diploma, atau apa-apa sijil jururawat atau doctor,, tp boleh menjadi seorang bidan,, hahaha mama mama,, mama mmg sangat hebat..

menjadi Doctor kepada kucing-kucing yang sakit, dan dibuang,, kucing yang kene langgar,, semua die ubatkan,, dan kucing2 tu boleh hidup dengan sihat dan gemok!, kucing-kucing kat rumah pun sayangkan die,, sampai kalau die ke kedai pun,, kucing2 tu akan ikut die.. sampai hantar diksu pegi sekolah pun, kucing2 tu boleh duduk dlm bakul motor sbb nak ikut die pegi anta diksu sekolah..

dialah mama saya,
PUAN AMIMAH ARIFF a.k.a MAMA, una mungkin susah nak cakap i love u kt mama, agak ego untuk peluk cium mama,, tp sayang, kasih, cinta una dekat mama,, tak pernah kurang,, malah una tau yang una tak kan mampu hidup tanpa mama,, una minta maaf dengan ma, una banyak buat mama sedih, buat ma nangis,, tp una tau mama pun sayangkan una, takde makna kalau una kaya tp tak mampu bahagiakan ma,, takde erti kalau una kerja bagus kalau tak mampu buat ma gembira,, una doakan ma,, sentiasa dilimpahkan rahmat dari Allah,, Diberikan kesihatan yang baik, dilindunggi olehnya,, dan InsyaAllah akan Allah sediakan tempat ma di Syurga InsyaAllah. Terima kasih MAMA. MAMA adalah inspirasi ibu terbaik untuk una,,

I LOVE U MA until Jannah!

And this in MY MOM!







thanks for your time
XOXO PuanHusna


p/s: janganlah puji mama aku lawa,, abis kembang-kembang die nanti hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...