Showing posts with label media sosial. Show all posts
Showing posts with label media sosial. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Mr.OS Meninggal l Sakit? ini Kisah Sebenar!

Assalamualaikum,,

hari yang sangat mencabar semalam bile bermacam macam berita sampai dan berduyun duyun call masuk utk mendapatkan kepastian.. 

 jadi harini aku akn ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. setelah ada yang mengeluarkan berita palsu tentang Abah Meninggal Dunia.. Allahuakbar.. 


berita ni mula tersebar semalam bila gambar abah dimasukkan ke hospital minggu lepas tersebar melalui wassap.. ok kami pun tak tau punca utama gambar tu boleh tersebar. dan disini aku bagi pihak keluarga ingin menegaskan bahawa, ABAH MASIH HIDUP, dan dia semakin sihat Alhamdulillah, gambar beliau dimasukkan ke hospital itu betul.

8 hari abah di tahan di wad untuk menjalani sedikit pembedahan tonsil. dan telahpun selamat pulang ke rumah pada sabtu lepas selepas Doc melaporkan abah semakin pulih dan boleh pulang. kini kesihatan Abah beransur baik, dan semakin baik.. 

Alhamdulillah, Terima Kasih buat yang terus mendoakan kesihatan Abah, Semoga Allah membalas dengan perkara yang baik baik insyaallah, Bagi yang terus Menyokong Mr.Os dan memberi kata semangat untuk beliau aku juga ingin mengucapkan terima Kasih, InsyaAllah kalau tiada apa yang menghalang, Beliau akan mula berkerja seperti biasa tidak lama lagi.. 

Bagi yang menyebarkan berita palsu, aku harap ianya dapat di hentikan serta merta.. kami tak marah cuma kami sedikit terkilan dengan berita bergitu.. namun Abah pun ada cakap pagi tadi.. takpela.. mungkin ni Ujian Allah bagi untuk die Bagi bende baik lepas ni Insyaallah,, Abah mmg verry positif org die,, dan die sangat kuat semangat.. bukan kami taknak menceritakan tentang dia berada di hospital, tapi ini adalah pemintaan dari beliau sendiri yang mana,, taknak orang nampak mcm beliau menagih simpati.. maaf buat semua sekali lagi.. dan Terima Kasih buat yang terus mendoakkan kesihatan beliau..

thanks for your time
xoxo Puan Husna

p/s: Sebarkan berita baik, cari aura baik, insyaAllah dapat yang baik-baik :)

Thursday, 5 June 2014

kenapa kita unfollow seseorang?

Assalamualaikum,


salam khamis hekhekhek,, dah kenape kau ketawa husna heeehhh

Ok, nak tanya, pernahkah korang unfollow seseoramg dari follow list korang? Boleh tak kita share2 kenapa kita unfollow seseorang itu? Dan pernah tak korang di unfollow oleh seseorang dan korang dapat detect tak siapakah orang itu dan kenapa?? Haaaaaaa

Ok aku jarang unfollow orang, and aku mmg suke main follow2 ni sbb makin ramai kita kenal makin banyak bende yang kita dpt tahu kannn, so if aku meng unfollow seseorang itu selalunya atas sebab sebab berikut

1. Orang itu memberi ancaman kepada aku. Mane tau die nk bunuh aku ke kan. (bajet retissss)

2. Aku merasakan bila aku follow die akan menyumbang kepada penambahan dosa aku. Hahahaha mean nti aku mengumpat taknak taknak dosa i allsss nanti.

3. Terunfollow tanpa sedar sbb tersalah tekan. Tp bile rasa mcm tak nampak kt reading list ke, timeline ke cari pastu follow balik heheheh ni mmg selalu jadi kt aku yang jakun ni.

4. Kalau die unfollow aku dulu, pastu aku unfollow die balik. Hahahahaha balas dendam teruk hahah

Ok aku minta maaf kepada sesiapa yang merasa menyampah dengan entry2 aku, yang merasakan aku annoying ke kan sampai rasa nk mengunfollow aku hehehe. Maaf I just be my self. Blog adalah tempat aku share pendapat dan pengalaman dengan cara aku, dan mencari pendapat dan pandangan dari rakan2 lain. Mungkin ini cara aku, agak kasar dan lantang sikit dlm bersura dan ketahuilah aku ini sangat terbuka dengan idea2 org lain juga. easy, if u nice to me, i will nice to you, and if u try to make me mad, i will make u smile.. that me.. tak caya try la hahahahahaha

Ok thanks for your time people
Xoxo PuanHusna

p/s: ada entry sponser menyusul nanti,, bagi yang kuat shopping nanti boleh la tunggu ye.. :)

Tuesday, 27 May 2014

Buzy Menyiapkan Blog/Facebook/Twitter/ Instagram

Assalamualaikum,


salam selasa,, huhhh,, penat nak buat semua ni,, nak perah otak cari idea, nak kene susun cari gambar buat logo, haaaaaa banyaknyerrr.. ape yang aku buat?

seperti tajuk diatas,, disebabkan pengaruh media sosial, atau lebih sedap dipangil media electronic ni telampau kuat pengaruhnya,, sbb sentiasa berada di hujung jari, so aku pun tengah menyiapkan semua medium yang aku rasa ok untuk promosi,, jangan risau,, aku bukan kaki spam, dan hanya akan post di tempat tempat yang sepatutnya sahaja,

ok sekarang aku tengah gigih buat Blog dulu, sbb blog paling banyak bende nak kene buat, pastikan gambar cukup, info cukup, org senang nk cari info. kemas, tak serabut, baru boleh public kan, buat masa sekarang masih under maintenance lagi ye.. hehehehe so nanti harap ramai la para blogger boleh tolong singgah2 n promokan ke.. hehehe

untuk facebook tak risau sangat just masuk gambar je info sikit2 dah boleh public, sbb facebook ni kita boleh selalu update,, so taklah kene buat semua bende dalam satu masa je kann,,

Instagram dengan Twitter pun aku tengah mencari2 lagi gambar sesuai dan info sesuai,, untuk di publish, yer la,, selalunya IG dengan Twitter ni orang boleh cari guna #tag je kan, so aku pun kene create satu #tag yang senang orang nak cari info pasal business ni,,

aku harap aku mampu selesaikan semuanya sebelum bulan puasa ni.,, huuuuhhhh,,

nanti dah siap aku promo kat korang dulu ok! thanks guyss,,

thanks 4 ur time
xoxo Puan Husna


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...